Jantung - Kegagalan Jantung

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kegagalan Jantung

Pengenalan

Kegagalan jantung merupakan satu keadaan di mana jantung gagal melaksanakan

fungsi utamanya. Jantung gagal untuk mengekalkan pengeluaran (darah beroksigen)
yang mencukupi bagi seluruh tubuh berfungsi seperti biasa.

Deskripsi

Terdapat dua bentuk utama kegagalan jantung :

1. Kegagalan jantung sistolik Berlaku apabila jantung tidak berupaya mengepam

darah secukupnya ke seluruh badan disebabkan kekurangan daya untuk
melakukan demikian. Akibatnya, darah dari jantung mungkin mengalir semula ke
paru-paru.

2. Kegagalan jantung diastolik Berlaku apabila jantung tidak dapat berehat

sepenuhnya. Oleh yang demikian sedikit sahaja darah dapat memasuki jantung
sebelum ia dipam ke seluruh tubuh, mengakibatkan pengumpulan darah
terutamanya di bahagian bawah badan, termasuklah kaki dan tapak kaki.

Asas Saintifik

Jantung merupakan organ yang penting. Semua organ lain di dalam badan menerima
bekalan oksigen serta nutrien dari darah yang dipam oleh jantung. Darah yang beredar
ke seluruh badan akan kembali ke bahagian jantung kanan. Darah ini dikenali sebagai
darah tidak beroksigen. Jantung kemudiannya mengepam darah itu ke paru-paru untuk
menyerap oksigen semula. Seterusnya, darah yang mengandungi oksigen ini akan
memasuki bahagian kiri jantung dan dipam semula ke seluruh badan.

Aktiviti elektrik jantung dicetuskan oleh sekumpulan sel khusus yang dikenali sebagai
perentak atau pacemaker. Kedua-dua perentak dan otot jantung memainkan peranan
yang amat penting dalam pengecutan jantung.

Apabila otot jantung dan perentak gagal membuatkan jantung mengecut dengan
sempurna, jumlah atau kuantiti darah yang diedar ke seluruh badan akan berkurangan.
Ini menyebabkan berlakunya kegagalan jantung.

Kegagalan jantung merupakan keadaan yang biasanya berlaku secara beransur-ansur,

tetapi dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi akut. Ini kerana badan mempunyai
mekanisma tersendiri untuk mengimbangi atau menampan kesan-kesan akibat
kegagalan jantung. Tiga bentuk utama mekanisma berkenaan ialah:

1. Penebalan otot jantung untuk menguatkan otot tersebut. Ini akan meningkatkan
lagi kekuatan jantung untuk mengecut.

2. Menambahkan kekerapan pengecutan untuk meningkatkan peredaran darah

3. Peningkatan ketahanan salur darah periferi untuk mengekalkan tekanan darah.

1
Mekanisma-mekanisma ini membolehkan tubuh menghentikan pembentukan kegagalan
jantung buat sementara. Malangnya, keupayaan menampan ini mempunyai hadnya dan
akan tiba masa di mana keupayaan jantung untuk mengepam berkurangan dan
kegagalan jantung berlaku jua akhirnya.

Penyebab

Sebarang penyakit yang melibatkan jantung serta mengganggu peredaran darah boleh
menyebabkan kegagalan jantung . Penyakit-penyakit yang disenaraikan di bawah ini
boleh mengganggu keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan:

 Penyakit jantung koronari - mengurangkan pengaliran darah ke jantung. Ini

menghalang otot jantung dari berfungsi dengan berkesan. Setakat ini, penyakit
ini merupakan penyebab kegagalan jantung yang paling lazim.

 Miokarditis - radang otot jantung yang boleh merosakkan otot tersebut.

 Penyakit injap jantung - regurgitasi aorta boleh menyekat pengaliran darah,
dengan yang demikian menghadkan bekalan darah ke sel-sel jantung
 Penyakit-penyakit yang boleh mempengaruhi aktiviti elektrik jantung -
menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan berkesan akibat
degupan jantung yang tidak sekata.

Faktor - Faktor Risiko

Faktor risiko kegagalan jantung termasuklah:

Umur
Risiko meningkat mengikut umur.

Merokok, paras kolesterol yang tinggi serta kegemukan atau obesiti

Ketiga-tiga keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

(penyakit jantung koronari merupakan salah satu penyebab utama kegagalan
jantung).

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko kegagalan jantung
sehingga 200 peratus

Diabetes mellitus

Proses penyakit diabetes ini boleh memusnahkan otot jantung samada secara
langsung ataupun disebabkan oleh kemunculan penyakit jantung koronari.

Keabnormalan genetik

Beberapa keabnormalan genetik boleh menyebabkan penyakit jantung yang

boleh membawa kepada kegagalan jantung.

2
Faktor-faktor yang memburukkan lagi penyakit jantung

 Kardiak (jantung) - aritmia (rentak jantung yang abnormal), serangan jantung

 Bukan-kardiak
o anemia (kekurang sel darah merah di dalam badan)
o pneumonia (radang paru-paru disebabkan oleh bakteria)
o penyakit-penyakit lain
 Berkait dengan rawatan
o Ketidakpatuhan pesakit ( tidak mengambil ubat sebagaimana yang
dinasihatkan oleh doktor)
o Penggunaan dadah anti-keradangan bukan steroid (NSAID), steroid atau
beta blockers
o Lebihan beban cecair.

Insidens

Insidens kegagalan jantung yang kronik akan berganda setiap dekad bagi mereka yang
berumur di antara 40 - 80 tahun. Dari segi umur, penyakit ini lebih biasa berlaku di
kalangan kaum lelaki daripada kaum wanita.

Tanda - tanda dan gejala

Tiada sebarang gejala yang khusus bagi kegagalan jantung, tetapi pesakit mungkin
mengalami perkara-perkara berikut:

 Sesak nafas - juga dikenali sebagai dispnea. Gejala ini terjadi disebabkan cecair
yang berlebihan di dalam paru-paru

 Kelesuan - terjadi disebabkan sel-sel badan tidak menerima oksigen dan nutrien
secukupnya akibat ketidakupayaan jantung mengepam dengan sempurna.
 Pembengkakan - terutamanya di bahagian bawah badan disebabkan cecair yang
berlebihan yang terkumpul di bahagian tersebut.
 Batuk yang berterusan - terutamanya batuk yang menghasilkan mukus (kahak)

Biasanya gejala yang muncul boleh menentukan di sebelah mana kegagalan jantung ini
berlaku, di sebelah kiri atau kanan jantung. Kegagalan jantung di sebelah kanan
menyebabkan pengumpulan cecair di bahagian tersebut. Ini membawa kepada
pengumpulan darah di bahagian kaki, tapak kaki, hati dan abdomen. Kegagalan jantung
sebelah kiri menyebabkan pengumpulan cecair di dalam paru-paru. Ini membawa
kepada masalah kesukaran untuk bernafas. Pengumpulan cecair yang teruk boleh
mengancam nyawa pesakit.

Komplikasi

Berikut merupakan komplikasi yang mungkin timbul:

 Rentak jantung yang abnormal - contohnya fibrilasi atrium

3
 Trombosis atau darah beku dalam vena dalam (Deep Vein Thrombosis - DVT) -
terdapat darah beku di dalam vena dalam di betis. Keadaan ini boleh membawa
maut jika darah beku tersebut tertanggal atau terkeluar dan kemudiannya
tersangkut di paru-paru (embolisma pulmonari).
 Tromboembolisma
 Kegagalan fungsi organ yang penting - disebabkan penurunan kandungan
oksigen yang diterima
 Kematian secara mengejut - disebabkan aritmia ventrikular

Ujian - Ujian

Doktor akan mendiagnosiskan kegagalan jantung berdasarkan perkara-perkara berikut:

 Sejarah perubatan - gejala-gejala yang dialami oleh pesakit

 Pemeriksaan fizikal - untuk mengesan tanda-tanda kegagalan jantung

 Elektrokardiografi (EKG) - untuk menilai aktiviti elektrik jantung; biasanya tiada
ciri-ciri yang khusus - selalunya bacaan EKG adalah normal
 Ekokardiografi - untuk menilai fungsi jantung menggunakan ultrasound.
 X-ray dada - untuk menentukan saiz serta bentuk jantung dan melihat sebarang
keabnormalan pada paru-paru.

4

Pemantauan

Mereka yang berisiko tinggi perlu mengikut arahan berikut untuk mengurangkan peluang
mendapat kegagalan jantung:

 Jumpa doktor secara tekal

 Ambil ubat sebagaimana yang dinasihatkan

 Jumpa doktor secepat mungkin apabila wujudnya gejala

Prognosis

Kesan kegagalan jantung adalah serius dan sangat penting. Lebih kurang separuh
hingga dua pertiga dari pesakit akan mati dalam masa 5 tahun selepas diagnosis (1).
Kemandirian dipengaruhi oleh umur pesakit serta keadaan keseluruhan kesihatannya
serta keterukan penyakit tersebut.

5
Pencegahan

Langkah-langkah pencegahan boleh diambil untuk mengurangkan atau menghapuskan

faktor risiko. Langkah-langkah berikut perlu dipertimbangkan dengan serius:

 Lakukan pemantauan terhadap berat badan anda Obesiti merupakan salah satu
dari faktor risiko kegagalan jantung. Oleh yang demikian, kawal berat badan
anda.

 Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol, lemak serta

sodium (garam) Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan cecair
terkumpul di dalam badan. Ini akan menghalang kesan dadah lain seperti
diuretik.
Makanan yang tinggi kandungan lemak juga boleh menyumbang kepada
terjadinya atau memburukkan lagi penyakit jantung koronari. Penyakit jantung
koronari merupakan salah satu penyebab utama kegagalan jantung. Menjaga
diet adalah amat penting bagi mencegah kegagalan jantung.
 Berhenti merokok: Merokok merupakan faktor risiko utama yang boleh
memburukkan lagi keadaan. Hanya dengan berhenti merokok, faktor risiko
penyakit jantung boleh dikurangkan.
 Elakkan pengambilan alkohol: Ia merupakan satu lagi faktor risiko yang penting
yang perlu dijauhi.

Satu lagi faktor yang amat penting bagi mencegah kegagalan jantung ialah dengan
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada doktor anda. Ambil ubat sebagaimana yang
dinasihatkan. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika terdapat sebarang
perubahan pada gejala yang dialami, supaya rawatan yang bersesuaian dapat
dilaksanakan

You might also like