Budaya Dan Pembelajaran

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

NAMA AHLI : JULIA EHMAWAI

KHAIRUNNISA MOHD HANIFIAH

KUMPULAN : PISMP IPG 5E

Soalan tugasan: Sebagai seorang guru kelas, anda berhadapan dengan situasi

terdapatnya bibit-bibit sentimen perkauman dalam kalangan pelajar anda yang

berbilang kaum. Huraikan cadangan strategi anda ambil untuk menangani

masalah tersebut bagi mewujudkan budaya pembelajaran berfokuskan konsep

masyarakat 1 Malaysia.

DEFINISI

Sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, sebaiknya kita mengenali

dahulu pengertian budaya dan pembelajaran itu sendiri. Terdapat pelbagai

pendapat dan definisi yang telah diberikan oleh banyak pihak mengikut

kesesuaian latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Sesetengah pihak

berpendapat bahawa perkataan budaya adalah berasal daripada perkataan

Sanskrit dan Melayu. Budhi adalah berasal daripada perkataan Sanskrit yang

bermaksud kecergasan fizikal dan akal. Kecergasan fizikal dan akal ini telah

menerangkan bahawa seseorang akan menentukan tahap pemikiran mereka

dalam menangani pelbagai masalah dalam kehidupan. Manakala, perkataan


Daya yang berasal daripada perkataan melayu pula memberi maksud kekuatan

kuasa, tenaga dan pengaruh. Ianya memberi maksud bahawa seseorang itu

akan menggunakan kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh untuk membantu

dalam menjana pemikiran mereka. Seterusnya, apabila kedua-dua perkataan ini

dicantumkan ianya akan memberikan suatu definisi budaya iaitu budaya

merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan

akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani

sesuatu masalah dan akhirnya berjaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain daripada itu, budaya juga telah ditakrifkan sebagai kemajuan akal

fikiran, akal budi iaitu cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya (Kamus Dewan,

2005). Ianya juga diklasifikasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh

kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,

politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Manakala, budaya

sekolah pula dinyatakan sebagai kepercayaan, perlakuan dan tingkah laku yang

mengkategorikan sekolah dalam istilah bagaimana individu melayan dan

memahami antara satu sama lain, keagamaan dan tradisi yang mempengaruhi

kerjasama dan integrasi dalam sekolah tersebut (Gary Phillips, 1993). Budaya

sekolah juga ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan

sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal.

Manakala pembelajaran pula merupakan perbuatan atau pengalaman

seseorang pelajar yang diperoleh melalui pendidikan (Kamus Webster). Dari


perspektif pendidikan, pembelajaran telah ditakrifkan sebagai perubahan tingkah

laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperoleh melalui

proses pendidikan. Oleh itu, pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas ini

akan sentiasa mendedahkan guru dan murid kepada pola hubungan

kepelbagaian kaum. Seperti yang kita sedia maklum dengan definisi budaya itu

sendiri, ianya juga melibatkan aktiviti sosial yang akan berlaku antara satu pihak

dengan pihak yang lain. Maka, kita akan sentiasa berinteraksi dalam

mendapatkan ilmu pengetahuan.


PUNCA MASALAH PERKAUMAN

Negara kita merupakan sebuah negara yang sangat unik kerana telah

dihuni oleh rakyat yang pelbagai kaum. Namun, disebabkan perkara ini juga

terdapat beberapa masalah yang timbul. Walaupun sudah lama Malaysia

merdeka, tetapi perpaduan atau integrasi kaum masih berada pada tahap yang

menggusarkan. Masalah ini mempunyai banyak punca. Selain daripada

latarbelakang sejarah, budaya, bahasa, serta agama yang berbeza antara kaum-

kaum, terdapat banyak lagi sebab-sebab lain yang menyumbang kearah

kelesuan integrasi kaum di Malaysia selama ini. Selain itu, terdapat juga salah

faham mengenai dasar kerajaan yang dianggap berat sebelah. Semuanya

berkaitan dengan persepsi negatif kaum-kaum bukan bumiputera terhadap

dasar-dasar utama kerajaan, khususnya dasar sosial yang dianggap hanya akan

menguntungkan orang Melayu sahaja. Dasar utama kerajaan ini yang matlamat

akhirnya ialah untuk mewujudkan perpaduan negara yang lebih baik telah

menerima sambutan dingin daripada kaum-kaum bukan bumiputera ini. Oleh

sebab itu, timbulnya masalah sentimen perkauman yang wujud dalam kalangan

masyarakat terutamanya murid di sekolah-sekolah. Murid-murid di sekolah

apabila diperhatikan mereka lebih cenderung bergaul dengan rakan-rakan yang

sama kaum dengan mereka. Bagi mereka, terdapat suatu jurang atau perbezaan

yang sangat besar sehinggakan pergaulan mereka juga seperti terbatas.

Kelas sosial yang berbeza antara setiap murid di dalam kelas adalah di

antara faktor ketidakserasian dan wujudnya bibit-bibit sentimen perkauman. Oleh


itu, aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tidak dapat dilaksanakan dengan baik

kerana tiada keserasian antara mereka. Selain daripada itu, wujud juga satu

pergaulan yang negatif di mana murid-murid akan menubuhkan kelompok-

kelompok mereka sendiri dan mengasingkan kelompok yang berlainan kelas

sosial. Kelas sosial yang berbeza menyebabkan mereka berpendapat bahawa

mereka tidak sepatutnya bergaul dengan mereka yang berbeza kelas sosial.

Mereka yang berkelas sosial tinggi tidak mahu bercampur gaul dengan mereka

yang dianggap tidak sama taraf dengan mereka.Maka, komunikasi diantara

mereka tidak berlangsung kerana tiada interaksi antara murid yang lain. Selain

daripada itu, terdapat juga layanan berbeza yang telah diberikan oleh segelintir

guru-guru di sekolah berdasarkan kelas sosial anak muridnya. Oleh kerana anak

muridnya berkedudukan lebih tinggi daripada anak murid yang lain, maka

perhatian telah diberikan lebih kepada anak murid tersebut. Yang lebih

menyedihkan, murid yang berkelas rendah telah dipinggirkan dan tidak

berpeluang memperoleh pendidikan yang sewajarnya.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada sentimen perkauman yang

timbul di dalam kelas ialah perbezaan bahasa yang diguna seharian. Setiap

kaum mempunyai bahasa ibunda mereka yang tersendiri. Semenjak lahir lagi

mereka telah dididik oleh ibu bapa dengan menggunakan bahasa sendiri serta

penggunaan bahasa tersebut telah menyebabkan mereka hanya mahir bertutur

menggunakan bahasa yang selalu diaplikasikan semasa di rumah. Yang lebih

malang lagi, terdapat juga mereka yang tidak pernah didedahkan dengan

persekitaran masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat


masalah yang dialami oleh murid sekolah rendah yang masih baru memasuki

alam persekolahan yang tidak mampu menguasai Bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi negara. Natijahnya, mereka akan menghadapi kesukaran dalam

memulakan pergaulan dengan pelajar lain yang berlainan bahasa di dalam kelas

dan hanya bergaul dengan mereka yang bertutur sama bahasa dengannya. Oleh

itu, kesinambungan ini berterusan terhadap mereka yang berjaya melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi misalnya IPTA di mana mereka juga

mempunyai kelompok yang hanya bergaul sesama bangsa dengan mereka.

Selain daripada itu, ibu bapa yang berprasangka buruk terhadap kaum-

kaum yang lain juga merupakan penyebab anak-anak mereka mencetuskan

sentimen perkauman di dalam kelas yang mempunyai pelbagai kaum. Hal ini

terjadi mungkin kerana anak-anak telah diajar tentang sikap perkauman yang

tinggi dan mereka dihalang sama sekali daripada bergaul dengan bangsa yang

lain. Hal ini berlaku mungkin kerana kejadian 13 Mei yang meragut ramai nyawa

disebabkan pertelingkahan kaum telah menanamkan perasaan dendam yang

mendalam terhadap jiwa masing-masing. Oleh itu, para ibu bapa ini menyangka

bahawa anak-anak mereka tidak sepatutnya bergaul dengan musuh. Maka,

anak-anak ini hanya dibenarkan bergaul dengan mereka yang sama bangsa

sahaja. Pemikiran para ibu bapa seperti ini adalah salah sama sekali.

Seharusnya peristiwa yang berlaku pada 13 Mei dijadikan pengajaran dan

ikhtibar kepada semua lapisan masyarakat bukannya menghangatkan lagi api

dendam dalam diri.


Walaupun kerajaan telah cuba melaksanakan pelbagai usaha untuk

menangani masalah ini, namun ianya seperti tidak dihargai. Di antara usaha

yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan ialah Sekolah Wawasan. Sekolah

Wawasan ini akan mendedahkan semua pelajar yang pelbagai kaum untuk

merasai persekitaran yang sama. Pada mulanya, ramai yang berpendapat

bahawa ianya merupakan jalan penyelesaian yang terbaik kepada masalah yang

dihadapi. Tetapi, terdapat juga beberapa pihak yang tidak menerima idea yang

telah dikemukan kerajaan ini. Bagi mereka, sekolah ini ditubuhkan bagi tujuan

menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina secara perlahan-lahan. selain

daripada itu, terdapat juga usaha untuk memperkenalkan matapelajaran Sejarah

bermula dari peringkat UPSR lagi. Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains

Sosial dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Nik Anuar

Nik Mahmud berkata dalam ucapannya, beliau bersetuju dengan cadangan

kerajaan untuk melaksanakan pengajaran subjek sejarah di peringkat UPSR,

tetapi ia bukanlah satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ketegangan

hubungan kaum kerana banyak lagi cara yang boleh digunakan ( Harakahdaily ).

Subjek ini perlu diperkenalkan kepada masyarakat supaya mereka mempelajari

serta mengetahui sejarah bahawa orang melayu merupakan pengasas kepada

Negara ini. Walaubagaimanapun, ramai yang kecewa dengan pelaksanaannya

kerana kebanyakan pelajar yang mengambil matapelajaran ini menganggapnya

sebagai suatu subjek yang perlu lulus dalam peperiksaan. Oleh itu, ramai yang

tidak mengambil ikhtibar melalui apa yang telah dipelajari.


STRATEGI GURU

Oleh itu, penyerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar hendaklah

dilakukan dari awal bangku sekolah lagi di samping pengajaran yang diberikan

oleh ibu bapa semenjak kecil. Hal ini amat perlu supaya anak-anak mengetahui

kepentingan perpaduan dalam negara kita ibarat melentur buluh biarlah daripada

rebungnya. Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan yang kedua hampir

selepas keluarga kanak-kanak. Maka, guru hendaklah memainkan peranan yang

sangat besar dalam melahirkan generasi yang mampu mengukuhkan lagi ikatan

antara semua masyarakat. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya berupaya

mewujudkan suatu budaya pembelajaran yang berkonsepkan 1 Malaysia seperti

yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun

Abdul Razak. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum

bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. 

Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah

perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara

kaum. Guru-guru di sekolah mempunyai tanggungjawab yang sangat besar

kerana didikan yang diberikan kepada pelajar akan memberi kesan terhadap

kehidupan rakyat di Negara ini.

Sebagai seorang guru yang berdedikasi serta bertanggungjawab terhadap

generasi masa hadapan, kita perlulah bersedia menyediakan pelbagai langkah

dalam mengelakkan wujudnya sentimen-sentimen perkauman dalam kelas yang

diajar. Masalah-masalah yang selalu timbul disebabkan oleh sentimen


perkauman ini perlulah dianggap serius supaya ianya tidak berlarutan dan

menjadi semakin teruk pada masa akan datang. Guru yang profesional dalam

menguruskan keadaan kelas yang mempunyai pelbagai kaum seharusnya

mengetahui latar belakang seseorang murid yang akan diajar. Walaupun

seseorang murid itu mempunyai latar belakang yang tidak begitu baik, seorang

guru yang dedikasi tidak akan menyisihkannya kerana setiap anak murid yang

datang ke sekolah memerlukan pendidikan yang mungkin mampu mengubah

taraf hidup mereka menjadi lebih baik. Semua murid yang berada di dalam kelas

yang diajar perlulah diberikan layanan yang sama rata tidak kira dia mempunyai

kelas sosial yang tinggi atau tidak. selain daripada itu, terdapat juga guru yang

mempunyai sifat perkauman yang tinggi. Mereka akan melebihkan pengajaran

kepada murid yang mempunyai bangsa yang sama dengan guru tersebut sahaja.

Guru seperti ini tidak begitu gemar melihat murid berbangsa lain lebih berjaya

daripada bangsanya sendiri. Mungkin pada tanggapan guru tersebut, sekiranya

bangsa lain lebih bagus mungkin bangsanya pula akan ditindas. Pemikiran

negatif ini haruslah dibuang sejauh-jauhnya sebagai seorang guru. Guru

sepatutnya mempunyai perasaan yang murni untuk mendidik murid dengan

harapan mereka mampu menjadi generasi yang hebat tidak mengira apa bangsa

sekali pun kerana semuanya merupakan rakyat Malaysia.

Untuk mengelakkan sentimen perkauman ini juga, guru perlulah

memainkan peranan yang amat penting semasa mengendalikan pengajaran

yang berpusatkan kepada aktiviti. Kebiasaannya aktiviti-aktiviti yang dijalankan

memerlukan kumpulan yang bekerjasama untuk melaksanakan tugasan. Oleh


itu, guru sepatutnya mengelakkan pembahagian kumpulan berdasarkan kepada

kaum mereka. Hal ini mungkin akan menguatkan lagi rasa kekitaan di antara

mereka. Kumpulan yang dibentuk hendaklah dipelbagaikan supaya mereka

dapat bergaul dengan baik kerana tugasan tersebut membantu mereka lebih

bekerjasama dalam membuat hasil yang terbaik. Pergaulan yang erat antara

mereka juga mungkin akan mengajar mereka untuk mempelajari bahasa yang

mereka gunakan. Bahasa merupakan salah satu alat yang amat penting dalam

menguatkan lagi ikatan antara murid. Oleh itu, sekiranya sebelum ini mereka

tidak boleh bergaul dengan mereka yang berlainan kaum kerana perbezaan

bahasa, maka mereka tidak lagi mempunyai masalah dari segi tersebut. Selain

itu, guru juga boleh mewujudkan budaya 1 Malaysia melalui pengendalian

berpusatkan aktiviti dengan melakukan tugasan yang diselitkan dengan nilai-nilai

kewarganegaraan yang baik misalnya aktiviti menulis karangan berunsurkan 1

Malaysia di mana kita dapat menyelitkan nilai-nilai yang baik untuk murid-murid.

Melalui penulisan ini, secara tidak langsung mereka akan menyedari

tanggungjawab mereka terhadap negara dan bersama-sama mewujudkan satu

negara yang aman dan harmoni.

Selain itu, strategi yang boleh dijalankan oleh guru bagi mengatasi

masalah jurang perkauman ini adalah dengan menyatupadukan murid-murid

pelbagai kaum dengan penggunaan satu bahasa. Secara amnya, guru harus

sentiasa memberitahu dan mengingatkan kepada murid-murid tentang

penggunaan Bahasa Melayu yang mana merupakan Bahasa Kebangsaan

negara kita dan digunakan secara rasmi. Selain itu, guru juga hendaklah
menegaskan tentang penggunaan bahasa tersebut untuk berkomunikasi tidak

kiralah ketika belajar ataupun semasa berada di luar sekolah. Hal ini kerana,

secara tidak langsung dengan hanya penggunaan satu bahasa ketika

berkomunikasi murid-murid berbilang bangsa ini dapat menemui satu

perhubungan dan persamaan yang erat antara mereka seterusnya menghayati

perpaduan yang tercipta dari perhubungan tersebut. Guru boleh

mengaplikasikan konsep Bahasa Malaysia Merentasi Kurikulum (BMMK) apabila

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas di mana aspek

penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang unggul dan

dinamis untuk pengajaran bagi setiap mata pelajaran. Aspek bahasa ditekankan

dalam konsep ini iaitu dari segi sebutan, struktur ayat, tatabahasa dan istilah-

istilah spesifik serta gaya bahasa yang sesuai. Selain itu, keutamaan BMMK

adalah kepada penggunaan bahasa itu sendiri di mana haruslah tepat, jelas,

gramatis dan sesuai dengan laras bahasa. Kepentingan Bahasa Melayu secara

tersurat dan tersirat dalam mencapai perpaduan dalam kalangan murid-murid

berbilang kaum menjadi tanggungjawab bagi guru dengan mempertingkatkan

penguasaan kemahiran bahasa Melayu melalui aktiviti pengajaran yang menarik.

Terdapat tujuh belas nilai utama dalam rancangan KBSR yang harus

diamalkan oleh murid-murid sekolah rendah iaitu baik hati, berdikari,

kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, hemah tinggi, hormat, kasih sayang,

keadilan, kebebasan, keberanian, patriotisme, kerajinan, kerjasama,

kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Nilai-nilai


murni ini boleh dijadikan strategi paling utama bagi guru menjalinkan

hubungan mesra antara murid-murid pelbagai kaum. Nilai-nilai murni ini dapat

diterapkan oleh guru dalam semua mata pelajaran dengan itu secara tidak

langsungnya murid dapat menghayati dan berfikir kelebihan setiap nilai-nilai

murni seterusnya menerapakan pula dalam hidup mereka. Selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip

persepaduan antara unsur-unsur intelek, rohani, sosioemosi dan jasmani.

Persepaduan unsur-unsur ini akan membolehkan potensi individu

berkembang secara menyeluruh dan seimbang sekaligus menjadikan setiap

mereka mengamalkan setiap nilai-nilai murni. Di peringkat sekolah, nilai-nilai

murni dapat disemai dan dipupuk melalui pengajaran mata pelajaran Agama

Islam dan Pendidikan Moral, penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran

yang lain, aktiviti kokurikulum dan aktiviti budaya sekolah. Hal ini akan

menyebabkan Malaysia akan dapat mencapai matlamat dalam menjadikan

seluruh kaum dan bangsa sebagai 1Malaysia. Justeru, untuk mencapai

matlamat 1Malaysia, guru perlulah menyediakan ruang dan peluang bagi

murid-murid belajar, menghayati seterusnya mengamalkan nilai-nilai murni

tersebut secara langsung ketika proses pembelajaran dan tidak langsung

dalam kehidupan mereka.

Merujuk penerangan mengajarkan nilai-nilai murni yang diterapkan

dalam proses pengajaran sebelum ini, guru turut boleh menyelitkan

pengetahuan tentang nilai-nilai 1 Malaysia yang boleh diselitkan dalam


pembelajaran murid-murid sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang sedang

giat dikempenkan oleh kerajaan bagi menguatkan ikatan perpaduan semua

kaum dan bangsa di Malaysia. Demi mengubah Malaysia dan membawa

Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian lebih tinggi, guru haruslah

mendidik nilai-nilai 1 Malaysia tersebut ke dalam diri murid-murid ketika

mereka masih di bangku sekolah kerana kanak-kanak lebih memahami dan

mudah menerima nilai yang baik. Selari dengan pepatah ‘Kanak-kanak

umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Hanya dengan

menggantikan tanggungjawab ibu bapa itu kepada guru kerana

tanggungjawab mendidik murid-murid banyak terletak di bahu seorang guru.

Satu nilai yang merangkumi nilai-nilai yang menanamkan Budaya

Kecemerlangan akan membolehkan murid mempraktikkan budaya tersebut

dan akan berkembang menjadi lebih seimbang. Maka, untuk merealisasikan

konsep 1 Malaysia, semua warga Malaysia harus mengamalkan nilai-nilai

seperti berikut:

 Nilai 1 :Mempelajari dan mengamalkan Budaya

Kecemerlangan

 Nilai 2 :Memupuk semangat ketabahan dan kegigihan

untuk mengharungi sebarang rintangan

 Nilai 3 :Bersikap rendah hati untuk menjalin hubungan

mesra dengan orang lain


 Nilai 4 :Mengubah sikap toleransi yang negatifkepada sikap

penerimaan yang positif ke arah meningkatkan meritokrasi.

 Nilai 5 :Mengamalkan nilai kesetiaan sebagai asas

kepercayaan dari segi perhubungan di antara satu sama lain.

 Nilai 6 :Mengamalkan pronsip meritokrasi dengan

pertimbangan semua lapisan warga negara mendapat peluang

yang terbaik untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan

negara.

 Nilai 7 :Mengamalkan budaya membaca dan meneruskan

pembelajaran sepanjang hayat untuk member perkhidmatan dan

sumbangan kepada kemajuan negara.

 Nilai 8 :Menghargai dan mengamalkan nilai integriti iaitu

kejujuran, kebenaran dan tepati janji.

Strategi untuk membuang bibit-bibit sentiment perkauman yang lain ialah

dengan menjalankan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

(RIMUP) dengan giat dan aktif di sekolah. Untuk pengetahuan umum,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada

awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke

semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. RIMUP ialah satu

program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan

kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan


bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Guru

haruslah sedar dengan kepentingan program ini dan menyediakan peluang

kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang.

Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat

diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan

hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan

harmoni. Sejajar dengan matlamat RIMUP untuk mewujudkan persefahaman,

hubungan mesra dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan murid yang

berbilang kaum sejak kecil, guru boleh menjalankan aktiviti yang bersesuaian

untuk menggalakkan program ini berjalan. Antara aktiviti atau projek yang boleh

dilakukan oleh guru dan pohak sekolah dan melibatkan semua murid ialah

Program Padu Anak Malaysia, pertandingan dan aktiviti sukan, sambutan Hari

Raya, majlis ramah mesra, lawatan sambil belajar dan lawatan ke tempat

bersejarah. Melalui aktiviti yang dijalankan ini akan wujud kerjasama antara

murid-murid ini seterusnya mewujudkan persefahaman dan muhibbah. Dengan

adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-

menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan

kaum yang lain.


RUMUSAN

Kesimpulannya, perpaduan di negara kita semestinya tidak akan tercapai

sepenuhnya sekiranya masih wujud jurang yang berlaku terutamanya di

peringkat sekolah kerana di sekolahlah tempatnya kita memperoleh didikan

sama ada baik atau sebaliknya. Hal ini kerana murid yang diletakkan di sekolah

umapama botol yang kosong dan guru akan mengisinya dengan matlamat akan

penuh dengan isi yang berguna. Maka, kita sebagai seorang guru perlulah

sentiasa menitikberatkan aspek-aspek perkauman ini di dalam kelas

terutamanya bagi mengukuhkan lagi ikatan sesama masyarakat yang berbilang

kaum ini. Guru yang demokratik juga amat penting bagi mewujudkan interaksi

dua hala antara guru dan murid dapat berjalan dengan selesa dan baik. Hal ini

perlu bagi mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis.

Sehubungan dengan itu, murid juga dapat menimbulkan perasaan saling hormat

menghormati tanpa perasaan negatif antara satu sama lain. Kita juga perlulah

menekankan kasih sayang antara semua pihak serta menimbulkan kemesraan

diantara guru dengan murid, murid dengan murid serta antara warga sekolah

dengan ibu bapa. Perkara ini amatlah perlu bagi menguatkan lagi ukhuwah yang

mungkin akan mengelakkan gejala yang tidak baik atau perasaan dendam yang

akan mencetuskan pergaduhan. Sekiranya pelaksanaan konsep sekolah


penyayang ini dapat dijalankan dengan baik, maka kemungkinan objektif konsep

1 Malaysia yang sentiasa disebut-sebutkan ini akan tercapai suatu hari nanti.

You might also like