Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

13.

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin Nya dapat saya

menyiapkan kerja kursus berteraskan ilmu yang di berikan kepada saya. Tidak

dilupakan juga ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Cik

Shaireena Bte Jaafar yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan

tugasan ini.

Semasa menjalankan tugasan yang berikan ini, saya telah berusaha sedaya upaya

untuk menyiapkan kerja ini. Saya telah menggunakan pelbagai cara untuk menyiapkan

kerja ini seperti mendapatkan maklumat melalui pencarian di dalam internet dengan

bertujuan ia dapat membantu menambahkan lagi maklumat yang sedia ada. Saya juga

menghadapi masalah ketika mencari maklumat di dalam internet kerana capaian

internet di blok saya tidak memuaskan dan sangat perlahan.

Berdasarkan kerja kursus yang saya dan kawan-kawan lakukan ini, saya telah

mendapat banyak pengetahuan tentang HIV dan AIDS yang sebelum ini saya tidak

berminat untuk mengetahuinya. Daripada kerja kursus ini juga, baru saya sedar betapa

pentingnya pengetahuan tentang HIV dan AIDS terutama kepada bakal guru seperti

saya yang akan keluar mengajar nanti. Selain itu juga, saya juga dapat mengetahui

tentang maksud,cara penyebaran dan langkah pencegahan virus HIV dan

AIDS.Pengetahuan ini sangat berguna untuk diperaktikkan mahupun dijadikan

panduan dalam kehidupan seharian dan untuk didedahkan kepada murid-murid di

sekolah kelak.Sebagai seorang guru,kita juga berperanan dalam mencegah virus dan

wabak ini kerana kita harus menerangkan hal-hal berkaitan HIV dan AIDS kepada
murid-murid sejak mereka kecil lagi ibarat kata pepatah’Melentur Buluh Biarlah Dari

Rebungnya’.

Akhir kata, saya ucap sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung

Mohamad Hazim Bin Karim Ghani


(900317015811)
12.Bibliografi

APAKAH HIV?.Penerbit Majlis AIDS Malaysia.


Diakses pada Ogos 1/2010 daripada
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/apakah_hiv.htm

Fakta HIV/AIDS.Diakses pada Ogos 1/2010 daripada


http://www.prostar.gov.my/Fakta_Ujian_BM.htm

APA ITU AIDS DAN HIV.Diakses pada Ogos 2/2010 daripada


http://kelabprostarjempol.blogspot.com/2007/05/cara-mencegah-hiv-aids.html

deeyan(2008). Penyakit HIV/AIDS.Diakses pada Ogos 2/2010 daripada


http://www.sioloon.com/penyakit-berjangkit-f153/penyakit-hiv-aids-t9674.htm

NO. OF NEW HIV INFECTIONS, AIDS CASES AND AIDS DEATHS BY GENDER PER
YEAR REPORTED IN MALAYSIA(From 1986 until December 2008).
Source: AIDS/STI Unit, Ministry of Health Malaysia
Prepare by: Resource Center. Malaysian AIDS Council (MAC).
Diakses pada Ogos 3/2010 daripada
http://www.ptfmalaysia.org/statistic.htm

Anny_chimouth(2009).Hiv Aids.Diakses pada Ogos 3/2010 daripada


http://www.scribd.com/doc/22745321/Hiv-Aids
11.Rumusan

Kesimpulannya,HIV adalah sejenis virus berbahaya yang

menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakitnya manakala AIDS adalah

Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit.Virus HIV adalah punca kepada AIDS

iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit. Kebanyakan simptom AIDS juga

merupakan simptom penyakit kecil seperti selsema (influenza), tetapi bagi

AIDS, simptomnya berulang-ulang atau tidak hilang langsung

Seseorang boleh dijangkiti virus HIV melalui hubungan seks dengan

pesakit yang telah dijangkiti, pertukaran darah atau produk darah dari individu

yang telah dijangkiti, dari ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung dan

dari organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti.Walaupun virus ini

mudah merebak,tetapi virus ini tidak boleh menular melalui sentuhan ataupun

konteks biasa,perkongsian makanan,kemudahan awam dan melalui gigitan

nyamuk.Oleh itu,pesakit AIDS tidak sepatutnya diabaikan atau dipulaukan

dalam masyarakat.

Langkah pencegahan yang boleh dilakukan pula ialah mengamalkan

seks selamat,jangan berkongsi peralatan peribadi yang boleh dicemari darah

seperti pisau cukur,jangan menderma darah atau organ jika dijangkiti,elakkan

dari mengandung jika dijangkiti dan yang paling utama ialah berilah didikan

agama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah

laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.

You might also like