Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 234

SEJARAH DALAM KEHIDUPAN KITA

1. Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bererti bagi semua rakyat Malaysia.

2. Pada hari tersebut, negara kita telah bebas daripada penjajahan kuasa asing.

3. Pada setiap tahun kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengadakan
upacara         yang penuh gemilang sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan terhadap
negara tercinta.
4. Hari Kemerdekaan disambut kerana:

    (a) Berterima kasih kepada pejuang negara yang berjaya membebaskan negara
daripada                 penjajah.
    (b) Negara kita merdeka dan berdaulat.

5. Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari guru di sekolah dan segala kejadian
yang             berkaitan dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara adalah sebahagian
daripada                 sejarah kita.

6. Mengetahui erti sejarah membolehkan kita lebih memahami dan mempelajari tentang
diri,         keluarga dan negara.

7. Mempelajari sejarah juga membolehkan kita lebih mengenali diri kita.

8. Apabila kita mengenali diri kita, ini akan dapat membina cara hidup yang
bermatlamat dan         berwawasan.

9. Mengenali negara kita pula membolehkan kita menghargai, berbangga serta


mencintai             negara ini.

10. Semangat ini amat penting bagi generasi pewaris kepada negara Malaysia.

Contoh-contoh Peristiwa Bersejarah


Upacara Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 oleh Allahyarham Yang
Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj.

Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan oleh Tun Dr. Mahathir


Mohamad pada 1 Februari 2001.

PENGERTIAN SEJARAH

1. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun.

2. Syajaratun bermaksud:
    (a) POhon atau pokok
    (b) Salasilah
    (c) Riwayat
    (d) Keturunan
    (e) Asal usul

3. Terdapat pelbagai definisi mengenai sejarah daripada tokoh-tokoh sejarah seperti


berikut:

(a) Ibnu Khaldun - Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau


peradaban                  manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-
sifat masyarakat itu.
(b) Herodotus - Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka                
melakukannya.
(d) Muhd. Yusof Ibrahim - Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu
peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

4. Kesimpulannya, sejarah ialah penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku.

5. Rekod- rekod lalu dikaji oleh para sejarawan dan hasil kajian mereka dikeluarkan
dalam           bentuk penulisan, foto, filem dan lain-lain.
CIRI-CIRI SEJARAH

1. Ciri-ciri sejarah dapat membantu merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku.

2. Gambaran sesuatu peristiwa yang lalu dapat dibentuk, dengan mengumpulkan dan      
menjalinkan maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah.

Fakta yang Tepat dan Benar

1. Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa, tempat dan tarikh yang dapat
dibuktikan     kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih.

2. Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah.

3. Fakta sejarah juga perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.

4. Sebagai contoh:

(a) Penemuan arkeologi di Kota Tampan, Perak membuktikan petempatan awal di


negara kita      bermula sejak 35 000 tahun dahulu.
(b) Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.

Penting  dan Bermakna

1. Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat penting
dan                 bermakna pada dirinya.

2. Oleh itu, sesuatu peristiwa sejarah itu dianggap penting dan bermakna.

3. Peristiwa sejarah itu amat penting kerana memberi kesan kepada individu,
masyarakat dan
    negara.

4. Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat  
    pengenalan diri dan lesen memandu.

5. Kad Pintar ini akan memudahkan diri kita untuk berurusan.

6. Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang
rapat
   dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang.

7. Kad Akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor
mengandungi
    maklumat perkahwinan seperti tarikh perkahwinan. Kad ini boleh mengingatkan
individu
    tentang tarikh ulang tahun perkahwinannya.

8. Selain daripada sambutan Hari Kebangsaan, terdapat upacara yang disambut


bersama oleh
    masyarakat di peringkat kebangsaan seperti:
    (a) Majlis Sambutan hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2001 yang disambut di
Stadium
         Putra, Bukit Jalil pada 12 Mei 2001.
    (b) Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2001 yang disambut di
Kompleks Kota           al-Azim, Melaka pada 16 Mei 2001.

9. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa pekerja serta guru dan disambut di
peringkat         kebangsaan.

10. Selain itu, tarikh permulaan sekolah ialah peristiwa bermakna bagi diri pelajar.
Sebab dan Akibat

1. Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan mencari kebenaran tentang sesuatu
peristiwa    
    yang lalu.

2. Sejarah juga menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku.

3. Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan
akibat             sesuatu peristiwa:
    (a) Apa,
    (b) Siapa,
    (c) Bila,
    (d) Di mana,
    (e) Mengapa, dan
    (f) Bagaimana sesuatu peritiwa itu berlaku

4. Kesahihan sesuatu fakta dapat dibuktikan dengan cara berikut:


    Contoh: Kemasukan imigran kaum Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman    
penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang                
mempunyai budaya dan amalan sendiri.

5. Kota A Famosa pula membuktikan Melaka pernah dijajah oleh Portugis.

6. Peninggalan sejarah telah menjadi iktibar kepada kita bahawa kezaliman dan
perpecahan       perpaduan akan membawa kebinasaan dan kemungkinan kita akan
dijajah semula.

7. Sejarah mendorong seseorang itu kepada sikap ingin tahu seperti mengapa,
bagaimana          dan kesannya terhadap sesuatu peristiwa.

8. Perkara ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat Malaysia untuk hidup
dalam                  suasana aman dan bersatu padu kerana kita mengetahui ciri-ciri
budaya dan amalan setiap       kaum.
SUMBER SEJARAH

1. Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu
peristiwa.

2. Sejarah ditulis berasaskan sumber sejarah.

3. Sebagai contoh, buku Sejarah Malaysia merupakan sumber sejarah bagi mendapatkan
maklumat tentang sejarah di Malaysia.

4. Sumber sejarah terbahagi kepada:


     (a) Sumber pertama atau sumber primer
     (b) Sumber kedua atau sumber sekunder

Sumber Pertama

1. Sumber pertama juga dikenali sebagai sumber primer. 

2. Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam keadaannya
masih     asli, belum ditafsirkan, diolah atau dicetak.

3. Sumber primer adalah dalam bentuk:


    (a) Kertas 
    (b) Fosil
    (c) Artifak
    (d) Keterangan lisan

4. Contoh-contoh surat pertama ialah:


    (a) Surat peribadi
    (b) Diari
    (c) Fail rasmi jabatan
    (d) Manuskrip yang belum dicetak
    (e) Batu bersurat

5. Sejarawan digalak menggunakan sumber pertama kerana ini dapat membawa


sejarawan          menghampiri situasi sebenar yang berlaku.

6. Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan yang
boleh     dirujuk.

Muzium Negara

Sumber Kedua

1. Sumber kedua dikenali sebagai sumber sekunder.

2. Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis.

3. Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan.

4. Contoh-contoh sumber kedua ialah:


    (a) Buku
    (b) Ensiklopedia
    (c) Majalah dan surat khabar
    (d) Buku teks
    (e) Rencana
    (f) Jurnal
    (g) Laporan tahunan jabatan
    (h) Risalah
KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH

1. Untuk memperoleh sumber kedua terdapat beberapa kaedah yang digunakan, iaitu:
    (a) kaedah lisan
    (b) kaedah bertulis
    (c) kaedah arkeologi

Kaedah Lisan
1. Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber.

2. Sejarawan memperoleh maklumat melalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh  


seseorang tokoh.

3. Maklumat yang diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan
perbualan dinamakan kaedah lisan.

4. Sumber sejarah yang diperoleh melalui kaedah lisan berkait rapat dengan sastera
rakyat          seperti mitos, lagenda dan puisi.

5. Sejarawan akan memilih, mentafsir dan membandingkan fakta untuk mendapatkan


kebenaran maklumat tersebut. 

6. Sejarawan perlu berbuat demikian kerana terdapat kelemahan pada sumber lisan ini
seperti wujud unsur tokok tambah yang dicampuradukkan dengan mitos, legenda dan     
dongeng.

7. Perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet,         
televideo, cakera padat dan pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali
sebagai kaedah pandang dengar.

8. Menonton dan mendengar berita atau liputan secara langsung melalui televisyen
dianggap     sebagai sumber lisan.

9. Kaedah mendapatkan sumber lisan yang lain ialah melalui:


     (a) Temu ramah
     (b) Penceritaan

10. Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar
belakang                ataupun pandangan daripada seorang tokoh.

Kaedah Bertulis

1. Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis.

2. Pengkaji telah mentafsir menggunakan bahan-bahan seperti:


    (a) Catatan perjalanan
    (b) Diari
    (c) Tulisan dan gambar pada kulit binatang
    (d) Duit syiling
    (e) Daun
    (f) Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu, gading dan
kertas.
    (g) Surat
    (f) Manuskrip

3.  Melalui sumber yang ditulis, dilakar dan dipahat sejarawan memperoleh maklumat
mengenai:
    (a) Sesuatu perkara
    (b) Peristiwa atau kejadian
    (c) Tokoh
    (d) Perundangan
    (e) Adat resam

4. Sumber tulisan juga akan memudahkan kita memahami sesuatu situasi atau tempat
dengan     mudah dan jelas.

5. Sebagai contoh, melalui pembacaan buku Sejarah Melayu, kita dapat


menggambarkan             sistem sosial, ekonomi dan politik yang diamalkan pada zaman
pemerintahan kerajaan             Kesultanan Melayu Melaka.

Batu Bersurat 

Kaedah Arkeologi

1. Melalui kaedah arkeologi, fakta diperolehi menggunakan proses cari gali bahan-bahan
purba yang biasanya tertanam di dalam tanah atau dasar laut.

2. Kaedah arkeologi juga merupakan cara memperoleh maklumat berdasarkan kajian


saintifik.

3. Selain kaedah proses mencari gali, cabang bidang arkeologi lain ialah angkasa lepas
dan     maritim.

4. Bahan-bahan purba yang ditemui melalui proses cari gali seperti candi, monumen,     
tembikar, pinggan mangkuk, fosil, alat-alat pertanian dan perhiasan dikenali sebagai
    artifak.

5. Kebanyakan artifak ini boleh dilihat di muzium manakala dokumen pula disimpan di
arkib.

6. Melalui penemuan artifak ini, ahli arkeologi ,memperjelaskan kegiatan dan budaya
sebenar     masyarakat pada zaman dahulu.

7. Melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan


tinggalan sejarah dapat disahkan.

8. Ahli arkeologi dan sejarawan dapat membuat tafsiran terhadap maklumat yang
diperoleh.

PENTAFSIRAN SEJARAH

1. Terdapat pelbagai pandangan atau tafsiran mengenai bagaimana sesuatu peristiwa itu
berlaku.

2. Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau     
sebaliknya.

3. Sejarah akan menjadi kaku dan tidak bermakna jika tidak dibuat tafsiran.

4. Sejarawan perlu berusaha mencari sesuatu jawapan atau menerangkan tentang sebab
dan     musabab berlaku sesuatu peritiwa itu.

5. Pengkaji sejarah juga perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara
yang          betul dan tepat.

6. Tafsiran tentang sesuatu peristwa sejarah berbeza mengikut kaca mata antara ahli
sejarah.

7. Sebagai contoh, berikut ialah perbezaan pendapat mengenai peritiwa pembunuhan


J.W.W.     Birch, Residen Inggeris di Perak.
8. Tafsiran sejarah berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong        
sesuatu pihak.

9. Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah. Sebagai contoh:
    (a) Peristiwa kedatangan Inggeris di Tanah Melayu.
(b) Perjuangan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh dan Dato' Maharajalela.
10. Sejarawan atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang
sesuatu       peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab.

11. Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar
kepada                masyarakat tentang sesuatu peristiwa itu.

KEPENTINGAN SEJARAH

1. Kepentingan sejarah ialah: 


    (a) Sejarah dapat mebantu kit mengenali diri sendiri, masyarakat, bangsa dan
negara.           
    (b) Sejarah dijadikan iktibar dan pengajaran sebagai panduan untuk masa kini dan
hadapan.
    (c) Sejarah dapat memupuk semangat setia, jujur, berani dan bangga kepada negara
kita.
    (d) Sejarah membantu menghargai dan memelihara apa yang dimiliki dan menjadi    
warganegara yang bertanggungjawab mempertahankan negara.

Tujuan Mempelajari Sejarah

1. Pengetahuan yang banyak boleh diperoleh dengan mempelajari sejarah.

2. Perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan pengetahuan sejarah ialah:


    (a) Membuat penilaian mengenai sesuatu peritiwa.
    (b) Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa.
    (c) Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa.

3. Mempelajari sejarah dapat memberi pemahaman tentang tamadun awal bangsa kita
yang         telah wujud, di negara kita iaitu:
        (a) Zaman Paleolitik
        (b) Zaman Neolitik
        (c) Zaman Logam

4. Melalui penemuan tapak-tapak awal petempatan manusia Zaman Paleolitik di Kota


Tampan,     membuktikan bahawa:
        (a) Negara dan bangsa kita telah menempuh zaman tersebut.
        (b) Dapat melahirkan rasa jati diri yang tinggi.
        (c) Membentuk keperibadian bangsa.
        (d) Menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia.

5. Ramai tokoh dan pemimpin negara telah menyumbang khidmat bakti untuk                 
mempertahankan negara. sebagai contoh, Tunku Abdul Rahman Putra bersama
pemimpin         yang lain berusaha memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa
berlaku pertumpahan     darah.

6. Dengan mempelajari sejarah membolehkan kita mengetahui:


    (a) Mengapa kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah?
    (b) Bagaimana kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah?
    (c) Di mana berlaku proses kemerdekaan?
    (d) Bilakah kemerdekaan tanah air diisytiharkan?
    (e) Apakah kesan kemerdekaan tanah air daripada penjajah terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara?

7. Selepas merdeka, pemimpin negara yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra    
berusaha memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf
hidup     rakyat.

8. Warganegara Malaysia perlu menghargai jasa dan usaha pemimpin dahulu dan kini.

9. Generasi muda seharusnya tidak leka dan perlu memenuhi kemerdekaan degan penuh
tanggungjawab dan berhati-hati supaya kesilapan masa lampau tidak berulang.

10. Keamanan dan kemajuan yang dikecapi membolehkan generasi kini merangka
wawasan           masa depan dengan lebih yakin.

11. Usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara juga dapat        
dilaksanakan.
Faedah Mempelajari Sejarah

1. Sejarah boleh memberikan kita panduan dan iktibar pada masa kini dan hadapan.

2. Sejarah juga memaparkan segala peristiwa, iaitu sama ada yang baik ataupun buruk.

3. Sejarah juga dapat memberi pengajaran dan panduan untuk kita membetulkan diri
daripada     sebarang kesilapan yang berlaku pada masa dahulu.

4. Kejayaan bangsa kita pada masa dahulu boleh menjadi perangsang untuk terus
berjaya,         iaitu bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya negara
dijajah oleh             Portugis, Belanda dan Inggeris selama 450 tahun sehingga negara
kita mencapai                     kemerdekaan.

5. Kita  juga perlu menghayati kegigihan pemimpin-pemimpin kita yang berusaha untuk
mencapai kemerdekaan dan kemudian berusaha mengisi kemerdekaan dengan
merancang     pelbagai pembangunan.

6. Negara kita yang dahulunya mundur semasa penjajahan berubah dengan


pembangunan         yang begitu pesat sekali.

7. Kini, Malaysia berusaha menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2020.

8. Sejarah telah memberi pengajaran kepada kita sentiasa beringat dan berwaspada
supaya         sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang.

9. Sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme, iaitu perasaan cintakan tanah air.

10. Semangat patriotisme akan lahir jika kita tahu siapa diri, bangsa dan negara kita.

11. Mempunyai asas sejarah yang teguh membolehkan kita menjadi rakyat yang bangga
akan       negara dan rela berkorban untuk mempertahankan negara.

12. Sejarah juga membantu kita memelihara dan menghargai kemerdekaan dan
kedaulatan           negara.

13. Mempelajari sejarah bermakna kita mempelajari tentang diri, keluarga, masyarakat
dan           negara demi kebaikan bersama.

14. Dengan asas sejarah yang kukuh, rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman
walaupun           terdiri daripada pelbgai kaum.
 
Pengenalan Zaman Prasejarah

1. Zaman Prasejarah ialah zaman sebelum sejarah direkodkan secara bertulis.

2. Zaman prasejarah penting dipelajari untuk memudahkan kefahaman dan                    
menghubungkaitkannya dengan perkembangan tamadun manusia di Asia Tenggara.

3. Zaman prasejarah di dunia dibahagikan kepada empat tahap. Iaitu:


Tahap-tahap zaman prasejarah di dunia

4. Namun demikian, Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik kerana alat batu
Haobinh                yang digunakan pada zaman Mesolitik telah dijumpai di Bukit
Jawa,Lenggong,Perak pada           zaman Paleolitik. Alat ini dijumpai oleh Pusat
Arkeologi Malaysia, Universiti Sains                     Malaysia. 

5. Zaman prasejarah boleh diketahui melalui kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi.

6. Mereka mengkaji melalui tinggalan purba atau artifak purba.

7. Barangan purba atau artifak purba terdiri daripada batu, tembikar, serpihan tulang
dan               batu-batan yang dibina.

Barangan purba atau artifak purba.


Zaman Paleolitik

1. Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 hingga 300
000              tahun dahulu. Alat batu yang digunakan ialah alat repihan seeprti alat batu
penetak.

2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik ialah seperti berikut:


     (a)Lokasi:
        (i)Kota Tampan, Bukit Jawa, Bukit Bunuh,Lenggong,Perak.
       (ii)Gua Niah,Sarawak.
      (iii)Tingkayu,Sabah.

     (b)Ciri-ciri penempatan dan masyarakat:


       (i)Hidup berpindah-randah atau nomad.
      (ii)Tinggal di dalam dan di luar gua serta sekitar kawasan tasik.

     (c)Kegiatan utama:


       (i)Memburu binatang liar.
      (ii)Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun.
     (iii)Mengamalkan cara hidup sara diri.  

     (d)Peralatan:
       (i)Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri
dalam                   kehidupan seharian.

     (e)Kepercayaan:
       (i)Mengamalkan kepercayaan aninisme.
      (ii)Mengamalkan upacara perkuburan.
Zaman Neolitik

1. Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu.

2. Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada    
tembikar, menternak binatang dan bercucuk tanam.

3. Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut:


    (a)Lokasi:
       (i)Gua Cha,Kelantan
      (ii)Bukit Tengkorak,Sabah

    (b)Ciri-ciri penempatan masyarakat:


       (i)Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai.
      (ii)Membuat pembahagian kerja.
     (iii)wujud sistem bermasyarakat.
     (iv)Mempunyai seorang ketua.

    (c)Kegiatan utama:
      (i)Bercucuk tanam.
     (ii)Menangkap ikan.
    (iii)Berburu dan menternak binatang.
    (iv)Memungut hasil hutan.
     (v)Berdagang secara bertukar barang.
    (vi)Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang.

    (d)Peralatan:
      (i)Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu.
     (ii)Mencipta tembikar, bekas air,periuk dan belanga.
    (iii)Tulang mawas yang diperbuat daripada besi digunakan untuk melombong.

    (e)Kepercayaan:
      (i)Mengamalkan kepercayaan aninisme.
Peralatan Zaman Neolitik
Pengebumian manusia Zaman Neolitik

Pengukuhan Minda

Zaman Logam

1.    Zaman Logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Manusia zaman ini telah mula
mencipta alat gangsa dan besi.

2.    Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah:


        (a)Lokasi:
            (i)Sungai Tembeling,Pahang.
            (ii)Gua Harimau,Perak.
            (iii)Changkat Menteri,Perak.

        (b)Ciri-ciri penempatan masyarakat:


            (i)Mula hidup secara menetap di satu tempat.
            (ii)Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua.
            (iii)Mengamalkan adat resam.

        (c)Kegiatan utama:


            (i)Bercucuk tanam.
            (ii)Menangkap ikan.
            (iii)Menternak binatang.
            (iv)Berburu.
            (v)Berdagang secara tukar barang.

        (d)Peralatan:


            (i)Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi.

        (e)Kepercayaan:


            (i)Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu.
            (ii)Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.
Peralatan Zaman Logam
Pengukuhan Minda
Perbandingan Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam

Keistimewaan Zaman Prasejarah

1.    Kesimpulan daripada pengkajian zaman prasejarah telah membuktikan bahawa    
penempatan awal telah lama wujud di negara kita.

2.    Perkembangan tamadun manusia ini hampir setanding dengan ketamadunan bangsa
lain            di dunia.

3.    Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kegigihan masyarakat
parasejarah yang berusaha membuat perubahan, menandakan mereka ialah masyarakat
yang gigih berusaha. 
Pengenalan Kerajaan Awal di Asia Tenggara

1.    Sejarah kerajaan awal Asia Tenggara dibahagikan kepada dua buah kerajaan,
iaitu:
        (a)Kerajaan Agraria
        (b)Kerajaan Maritim

2.    Kerajaan Agraria terdiri daripada kerajaan Funan dan Kerajaan Angkor.

3.    Kerajaan Maritim terdiri daripada kerajaan Champa,Kerajaan Srivijaya,


Kerajaan Majapahit,        Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Chih Tu.
Kerajaan Agraria

1.    Kerajaan Agraria ialah sebuah kerajaan yang terletak di pedalaman dan
ekonominya                bergantung kepada kegiatan pertanian.

2.    Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan kawasan    
pedalaman.

3.    Antara kerajaan ini ialah Kerajaan Funan dan Kerajaan Angkor. Kedua-dua
kerajaan ini            terletak di Lembah Sungai Mekong.

4.    Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah:


        (a)Mengutip hasil hutan.
        (b)Berburu.
        (c)Menangkap ikan.

5.    Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara
tetap dan        menternak binatang.

6.    Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah.

7.    Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang
demikian, masyarakat agraria membina empangan dan terusan  untuk menjalankan    
pertanian dan penternakan binatang.

8.    Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan
pertanian                    seperti sawah padi.

9.    Raja atau pemerintah pula bertanggungjawab membina terusan dan menguruskan
sistem        pengairan yang dibina.
10.  Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti
Kerajaan Funan dan Kerajaan Angkor.

11.  Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini.

12.  Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya
menguasai teknologi pembinaan terusan dan saliran. Ini akhirnya membentuk sebuah
kerajaan Agraria yang kuat.

Kerajaan Angkor

1.    Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-7 Masihi.

2.    Pusat Kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.

3.    Kawasan Selatan Tasik Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama kerana:
        (a)Tasik ini terletak di bahagian tengah Kampuchea.
        (b)Mempunyai tanah rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian.
        (c)Iklim yang panas serta lembap sepanjang tahun.
        (d)Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan
sekitar tasik.
        (e)Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi yang
lain.
        (f)Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk. 

4.    Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem pertanian.


        (a)Baray ialah kolam air besar yang dibina untuk menampung 30 juta meter padu
air.
        (b)Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah.

5.    Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa mutlak dan
dianggap                sebagai Devaraja.

6.    Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan tugas pentadbiran.

7.    Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman kegemilangan ialah
zaman                pemerintahan Suryavarman II. 

8.    Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima agama Hindu-
Buddha                sebagai agama utamanya.

9.    Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh kerajaan
Angkor.

Angkor Wat

Kerajaan Funan

1.    Kerajaan Funan merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara yang wujud pada
abad                Pertama Masihi.
2.     Kerajaan ini muncul di bahagian selatan Kemboja yang berpusat di Vyadhapura.

3.    Bandar pelabuhan kerajaan ini ialah Oc-Eo.

4.    Kepesatan kerajaan ini bergantung kepada bandar  Oc-Eo.

5.    Kerajaan Funan juga telah membina empangan, terusan dan takungan air untuk
kawasan        pertaniannya terutama tanaman padi sawah.

6.    Sungai Mekong dan kawasan persisiran pantai ialah sumber bekalan air utama.

7.    Raja Kaundinya merupakan raja pertama kerajaan Funan. Beliau menggunakan
gelaran            Kurung Bnam yang bermaksud raja-raja gunung.

8.    Fa Shih-man merupakan seorang Jeneral yang agung.

Kerajaan Maritim 

1.    Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan


kegiatan            yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.

2.    Pusat pentadbiran kerajaan maritim tertumpu di kawasan muara sungai. Kawasan
ini                merupakan kawasn tumpuan penduduk.

3.    Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama.Sungai berfungsi
sebagai            laluan perdagangan ke kawasan pedalaman.

4.    Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan di kuala sungai.


5.    Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagai kemudahan seperti
bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual
beli.

6.    Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada        
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar.

7.    Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China
Selatan                ialah seperti kerajaan  Chih Tu, Champa dan Kedah Tua.

8.    Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya dan
kerajaan        Majapahit.

9.    Dalam urusan perdagangan:


        (a)Perdagangan kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah.
        (b)kerajaan ini juga menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan
pedalaman dan              pulau-pulau berhampiran.

10.    Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran adalah seperti
hasil                  hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damar, gaharu, dan cendana.

11.    Barangan tersebut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.


Kegiatan          ini dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai pelabuhan
entrepot.

12.    Barangan ini dijual kepada  pedagang negara China, India, Arab dan Eropah.

13.    Disebabkan perdagangan merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan maritim,


masyarakat maritim mahir dalam teknologi pembinaan kapal.

14.    Masyarakat maritim mahir dalam ilmu pelayaran dan mampu belayar hingga ke
Afrika                  Timur.
Kerajaan Champa 

Kerajaan Champa

1.    Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien.

2.     Raja Champa ini telah dipengaruh oleh agama Hindu.

3.    Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya.

4.    Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal.

5.    Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir pada kurun ke-
15.

6.    Menurut sumber sanskrit, pada tahun 400 Masihi, Kerajaan Champa diterajui oleh
Bhadravarnom.

7.    Kerajaan Champa ditadbir oleh 14 buah dinasti.

8.    Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud. 

Kerajaan Chih Tu

Kerajaan Chih Tu

1.    Kerajaan Chih Tu terletak di hulu Sungai Kelantan.

2.    Menurut catatan I-Ching, kerajaan ini bermaksud Tanah Merah.

3.    Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada awal ke-6 Masihi.

4.    Chih Tu mempunyai corak pentadbiran yang tersusun dan rajanya berkuasa
mutlak.

5.    Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan
dan            pentadbiran.

6.    Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan


Srivijaya.

Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya

1.    Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke-7 Masihi.

2.    Kerajaan ini berpusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabhuan
Srivijaya        yang penting.

3.    Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Rajanya berkuasa
mutlak.

4.    Mengikut catatan Arab, raja juga dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja
di Pulau.

5.    Raja memerintah melalui nasihat daripada menteri-menterinya.

6.    Menteri-menteri pula ialah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat.

7.    Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat
bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu.

8.    Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran, iaitu pentadbiran
diraja,            pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah.

9.    Srivijaya dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa.

10.    Oleh itu,kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di    
Kepulauan Melayu.

11.    Antara hasil bumi Srivijaya ialah damar, cendana, lada hitam, kapur barus dan
kemenyan.
12.    Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menjadi pusat
pertukaran                  barangan antara China, India dan Barat.

Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua

1.    Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua dikenali sebagai Cheh-Cha. Kerajaan ini
wujud pada        kurun ke-5 Masihi.

2.    Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini
juga                    dikenali sebagai Kataha.

3.    Pelabuhan utama kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian
berpindah        ke Lembah Bujang.

4.    Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya
agama            Hindu.

5.    Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah
Bujang.

6.    Pelabuhan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar dan pusat
pertukaran            barang-barang.

7.    Kapal-kapal yang belayar dari Arab, Parsi, India dan Sri Lanka akan singgah di
pelabuhan        ini sebelum meneruskan pelayaran ke Timur.  

8.    Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan
Lembah            Bujang dan Sungai Mas.

9.    Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar
padi            utama.
10.  Status pelabuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan
hasil            tempatan seperti beras, emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk
dan gading.

11.  Kegemilangan kerajaan ini sebagai pusat perdagangan antarabangsa terbukti


dengan            penemuan arkeologi di Lembah Bujang, iaitu:
            (a)Dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman Sultan al-
Mutawakil                         (tahun 847-861 Masihi).
            (b)Manik dari India dan kaca dari Timur Tengah.

Kerajaan Majapahit

Kerajaan Majapahit

1.    Pengasas kerajaan ini ialah Raden Wijaya yang menerima pengaruh agama Hindu-
Buddha.

2.    Melaksanakan sistem pentadbiran Undang-Undang Manu.

3.    Pentadbiran raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri.
Mengamalkan 
       konsep Devaraja.

4.    Kerajaan Majapahit dikatakan mencapai zaman kegemilangan pada masa


pemerintahan            Hayam Wuruk atau Raja Senegara.

5.    Baginda dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada.

6.    Keamanan yang dicapai oleh kerajaan ini menyebabkan Majapahit dikunjungi oleh
pedagang-pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah.

7.    Majapahit telah menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke-15 Masihi.
8.    Kataha(Kedah Tua), Temasik, Sungai Brantas dan Sungai Solo merupakan
pelabuhan
       utama.
SEJARAH - TINGKATAN 1

KEGEMILANGAN MELAKA
Sistem Pentadbiran Yang Sistematik

1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik.

2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali


sebagai    
    Sistem Pembesar Empat Lipatan.

3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan.

4. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar
Berempat.

5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu


Bendahari.

6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti rajah di bawah ini.
                     Struktur pentadbiran Melaka

7. Pembesar Berempat ini dibantu oleh:


(a) Pembesar Berlapan
(b) Pembesar Enam Belas
(c) Pembesar Tiga Puluh Dua
            
8. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan dan berdaulat.

9. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan


    pemerintah.

10. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan
      mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka.

11. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek, iaitu dalam
      pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam.
12. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan
jujur dan       bijaksana untuk memajukan Melaka.

13. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan


Melaka.

Peranan Pembesar Berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan

1. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan ialah satu sistem yang sistematik.
2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran.

Pembesar dan kawasan pegangan


1. Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia
daripada
    pembesar kepada sultan.

2. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku

    keadaaan tidak puas hati di kalangan pembesarnnya.

3. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan
wilayah.

4. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai  'kawasan pegangan' .

5. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu:


(a) Bendahara  kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan.
(b) Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar.
(c) Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik.
(d) Temenggung tiada kawasan pegangan.
(e) Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan.

6. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut
cukai.

7. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan


pemakanan' .

8. Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan.

Pentadbiran Berwibawa
1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu
sistem
    pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang.

2. Melalui sistem ini, setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab masing-
masing
    bagi melicinkan pentadbiran kerajaan.

3. Tanpa sistem pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan lemah.

                       Perbandingan jawatan pembesar dahulu dan sekarang


Pusat Perdagangan

Pemangkin Kemajuan Perdagangan di Melaka

Kedudukan geografi

1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka iaitu di pertengahan jalan
    perdagangan antara Timur dan Barat.

2. Pedagang-pedagang asing yang berulang-alik di antara India( Barat ) dan China


( Timur )
    akan singgah berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air
ataupun
    membaiki kapal.

3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh
Banjaran
     Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.

4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin


Monsun
    untuk pulang dan datang ke Melaka.
(a) Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac
membawa
     pedagang China ke Melaka dan pada masa yang sama akan membawa pedagang
Asia Barat
     dan India belayar pulang dari Melaka.
(b) Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula
akan
     membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama
membawa
    pedagang China belayar pulang dari Melaka.

5. Selain itu, muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar

     berlabuh dengan selamat di kawasan pelabuhan.

6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka
mengawal
     laluan kapal-kapal dagang dengan mudah.

7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan
untuk
    kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu
pertahanan
    serta tempat memerhati musuh.

8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisiran pantai pula


menjadikannya sukar
    ditembusi musuh.

Kemudahan pelabuhan

1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk


menarik
    pedagang-pedagang asing.

2. Antara kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah


    persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang.

3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu,


jong,
    lancar, gajah, dan pekerja untuk kemudahan para pedagang mengangkut barangan
ke
    gudang.

4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan
pe
    layaran atau semasa menunggu pertukaran angin monsun.
Peranan Syahbandar

1. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di          
Melaka melalui sistem pentadbiran yang diketuai olehnya.

2. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan keselamatan,


     kemakmuran dan keamanan di Melaka.

3. Syahbandar berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan


bijak.

4. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah:


(a) Menguruskan cukai.
(b) Menguat kuasa peraturan keluar masuk kapal.
(c) Menguruskan gudang.
(d) Menguruskan pasar.
(e) Menjaga kebajikan pedagang.
(f) Menjaga keselamatan pedagang.
(g) Menjadi hakim di pelabuhan.

5. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan pedagang:

Peranan Laksamana dan Orang Laut

1. Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka.

2. Orang Laut pula ditugaskan mengawal keselamatan perairan Selat Melaka.

3. Pedagang berasa selamat kerana keberanian orang Laut menjaga keselamatan dan
    keamanan ketika mereka berdagang di Melaka.
Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka

1. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan menggubal undang-


undang
    seperti Undang-undang Laut Melaka.

2. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal.

3. Undang-undang Laut Melaka mengandungi:


(a) Peraturan dan tatatertib berniaga.
(b) Cara berjual beli.
(c) Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal.
(d) Larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

Sistem Cukai dan Surat Perdagangan

1. Melaka mengenakan cukai yang berpatutan dan adil terhadap pedagang.

2. Para pedagang perlu membayar cukai rasmi atau Panduan sebelum berjual beli.

3. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka dikenali sebagai
Sistem Cukai
    Berkeutamaan.

4. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan:


(a) Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai
sebanyak
      6%.
(b) Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka

     dikehendaki memberi persembahan  iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan


      Syahbandar.
(c) Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.

5. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga
untuk
    urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga.

6. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk:


(a) Memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar.
(b) Sumber pendapatan kerajaan.
Penggunaan sistem mata wang

1. Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melalui
sistem
    tukar barang dan penggunaan mata wang.

2. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
dan
    kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi penggunaan mata wang tersebut.

3. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipannggil calains.

4. Pada permukaan  wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka
pada masa
    itu.

5. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini
dibawa dari
    Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat.

6. Penggunaan mata wang telah melancarkan urusan perdagangan dan menggalak


pedagang
    berdagang di Melaka.

Pelabuhan enterpot

1. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot.

2. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari


kepulauan
    Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan
Melayu.

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

1. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka.

2. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas
oleh
    pedagang di pelabuhan Melaka.

3. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan


pegawai
    Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

4. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran


Melaka atau
    tanah jajahan Melaka.

5. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran,
ekonomi
    agama dan pendidikan.

Kematangan Hubungan Luar

Hubungan Serantau

1. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai,


Jawa,
     Kampar dan Siak.

2. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negeri-negeri ini kerana
    kegiatan perdagangan seperti:
(a) Pasai- membekalkan lada hitam, emas dan beras.
(b) Jawa- membekalkan beras, bahan makanan dan rempah.
(c) Kampar dan Siak- membekalkan emas.

Pasai
1. Menurut Tome Pires, hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat
Iskandar Syah
    (1414-1424) mengahwini puteri Pasai.

2. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan.

3. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan


dengan
     hukum agama Islam.

4. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-
hara
    dengan menghantar pembesar dan tenteranya.

5. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-


menghormati dan
     tolong-menolong.

6. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah salam digunakan
semasa
    berutus surat.

7. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan Melaka telah mendapat bekalan seperti
lada
    hitam, beras dan emas.

Kampar dan Siak

1. Penaklukan Melaka keatas Kampar dan Siak pula membolehkan Melaka mengawal
     pengeluaran emas.

2. Secara tidak langsung telah memajukan kegiatan ekonomi di negeri-negeri tersebut.

3. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan Kampar apabila
berutus
    surat dengan Melaka, kedua-dua negara ini akan menggunakan istilah sembah.

4. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan taraf kerajaan Kampar dan Siak lebih
rendah
    berbanding dengan Melaka.

5. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka.

6. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansor Shah
melawat
     Majapahit. Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga.

Hubungan Antarabangsa Melaka

China

1. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo( Dinasti Ming ), baginda telah


memperluaskan
    hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri.

2. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching
tiba di
    Melaka.

3. Semenjak lawatan itu, hubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajan


Melaka
    dengan China bertambah erat.

4. Hubungan kerajaan Melaka dengan China memberi keuntungan kerana kerajaan


Melaka
     mendapat pengiktirafan daripada China.

Siam

1. Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerama semasa
Parameswara di  
    Temasik, baginda telah membunuuh Temagi iaitu wakil Siam.

2. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang
diwakili
    oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam.

3. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan
ekonomi.

4. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati.

Ryukyu

1. Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan


Kepulauan
     Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an.

2. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah.

3. Dalam kandungan tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai


kelakuan
     pedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka.
4. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur
dengan
    peraturan dan Undang-undang Melaka.

5. Ini terbukti bahawa Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka.

Gujerat

1. Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat.

2. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka.

3. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu.

4. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama islam di Melaka.

Tanah Arab

1. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran islam di Melaka.

2. Mereka juga membeli:


(a) Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu.
(b) Kain sutera dan teh dari China.

Pusat Pengembangan Agama Islam

1. Kedah dan Terengganu merupakan antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah


Melayu
    yang menerima agama Islam.

2. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke-9. Ini terbukti dengan penemuan batu
nisan
     di Tanjung Inggeris, Kedah.

3. Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang, Terengganu membuktikan agama Islam
telah
     bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi.
                            
4. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke-15, apabila Megat Iskandar
Syah
    memeluk agama Islam.

Kedatangan Agama Islam ke Melaka

1. Megat Iskandar Shah (Sultan Melaka) yang telah memeluk Islam setelah berkahwin
dengan
    Puteri Pasai.
2. Tindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat jelata.

3. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin,  agama Islam disebarkan
oleh
    mubaligh Arab, Sayid Abdul Aziz yang datang dari Makkah.

4. Beliau telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian menggunakan
nama
    Sultan Mahmud Shah.

5. Beliau juga telah berjaya mengislamkan pembesar dan rakyat Melaka.

6. Pedagang-pedagang dan Arab dan India juga berdakwah semasa berdagang.

7. Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin dengan


     penduduk setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk berdakwah di Melaka.

8. Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat Melaka.

9.Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama
tersebut
   kerana meliputi semua aspek kehidupan seperti:
(a) Toleransi
(b) Adil
(c) Rasional

Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam

1. Pada abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam.

2. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di
Melaka
     untuk berdakwah.

3. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka.

4. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk
dihantar
    keluar untuk menyebarkan agama Islam.

5. Pemerintah juga mengambil berat terhadap pendakwah dengan menyediakan


pelbagai
    kemudahan seperti tempat tinggal kepada pendakwah.

6. Sultan Melaka sendiri menyambut baik kedatangan Islam dengan menganuti agama
    tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata.

7. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa  ke Pasai untuk
bertanyakan
    mengenai hal-hal agama demi mendalami agama Islam.
8. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.

9. Sultan Muzaffar Shah telah beberapa institusi agama seperti masjid, madrasah dan
surau
    untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran.

10. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah
ilmu
      untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan.

11. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkenal di Melaka. Beliau telah
      mengarang kitab Insan al-Kamil.

12. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti:
(a) Menterjemah kitab-kitab.
(b) Menyadur kitab-kitab.
(c) Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan.

13. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah:


(a) Hikayat Amir Hamzah
(b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

14. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai Islam
seperti
       konsep musyawarah.

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam Ke Asia Tenggara


Sinar Islam di Melaka
Kesan Politik

1. Kewujudan institusi kesultanan menggantikan sistem beraja merupakan kesan


utama
    pengembangan Islam di Melaka.

2. Gelaran raja digantikan dengan sultan.

3. Sultan Muhammad Shah ialah sultan yang pertama menggunakan gelaran 'sultan'.

4. Ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka. Mereka


menasihati    
    sultan supaya memerintah secara adil dan saksama.

5. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-


undang seperti
     Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka untuk mewujudkan satu
sistem
     pemerintahan yang adil, bermuafakat, bermusyawarah dan persamaan taraf.

6. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak.

Kesan Sosial

1. Al-Quran telah menjadi asas sistem pendidikan dalam masyarakat Melayu.

2. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.

3. Tulisan Jawi juga telah diperkenalkan dan digunakan secara meluas.

4. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang
Melayu
    seperti:

Pusat Kegiatan Ilmu

Peranan Istanan sebagai Pusat Kegiatan Intelektual

Jurutulis, pengarang dan ulama di istana


1. Istana merupakan pusat perkembangan ilmu pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

2. Istana juga merupakan tempat perkumpulan golongan cerdik pandai yang terdiri
daripada
     jurutulis, pengarang dan ulama.
Karya sastera

1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka.

2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi.

3. Antara karya sastera terjemahan ialah:


(a) Hikayat Amir Hamzah
(b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
(c) Hikayat Iskandar Zulkarnain

4. Karya sastera saduran pula ialah:


(a) Hikayat Bulan Belah
(b) Hikayat Nabi Bercukur
(c) Hikayat Bakhtiar
(d) Hikayat Nabi Wafat
(e) Hikayat Nabi Yusof

5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, Hikayat Melayu juga telah
    dihasilkan. Antaranya ialah:
(a) Hikayat Hang Tuah
(b) Hikayat Bayan Budiman

6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang telah digubal


seperti
    Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan


pada
    zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, undang-undang ini disusun semula.

Istana Melaka

1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta
    perbahasan antara golongan alim ulama mengenai agama.

2. Sebagai contoh, Kitab Darul Manzum merupakan kitab yang berkaitan dengan
aspek-aspek
    ketuhanan.

3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka.

4. Istana Melaka juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan


seperti
     buku-buku penulis tempatan dan penulis asing.

Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan
dalam
     kegiatan dakwah.

2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

3. Tulisan jawi juga telah digunakan.

4.  Huruf-huruf jawi dibawah ini ditambah berasaskan huruf Arab:

1.6 Perluasan Kuasa

1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa
dan
    pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar.

2. Melalui perluasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
kerana
    dapat menguasai hasil ekonomi daripada jajahan yang ditaklukinya.

Cara-cara Perluasan Kuasa

Perluasaan kuasa dengan cara penaklukan.

1. Kerajaan Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan lain seperti Pahang dan
Kampar.

2. Tujuan perluasan kuasa dijalankan adalah untuk:


(a) menjamin keselamatan,
(b) kemakmuran,
(c) keutuhan kerajaan Melaka.

3. Kerajaan Melaka berjaya meluaskan kuasanya kerana:


(a) Kebijaksanaan Sultan Melaka dalam mengatur strategi.
(b) Askar Melaka yang berani dan sanggup berkorban.

Perluasan kuasa dengan cara kerelaan raja negara lain untuk menjadi naungan Melaka

1. Beberapa pemerintah secara rela bernaung di bawah kerajaan Melaka kerana


kejayaan
    Melaka.

2. Sultan Melaka biasanya akan menabalkan raja-raja dibawah naungan Melaka.

3. Jambi dan Lingga adalah antara kerajaan-kerajaan yang bernaung di bawah


kerajaan
    Melaka.

4. Kerajaan Melaka meluaskan pengaruhnya melalui pemberian bantuan kepada


kerajaan lain
    yang menghadapi keadaan huru-hara di dalam negeri.
(a) Melaka telah membantu Raja Pasai, Sultan Zainal Abidin yang menghadapi
pemberontakan
      untuk menggulingkan beliau.
(b) Melaka juga membantu Pasai mengalahkan kerajaan Aru yang merupakan
ancaman kepada
      Pasai dan Melaka.

5. Pasai walaupun setaraf dengan Melaka, telah mengakui kekuasaan Melaka kerana
    bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan Melaka.

Perluasan kuasa dengan cara perkahwinan

1. Perkahwinan adalah faktor yang digunakan oleh kerajaan Melaka untuk meluaskan
    empayarnya.

2. Putera dan Puteri Sultan Melaka telah berkahwin dengan putera dan puteri
kerajaan lain
     seperti Kelantan, Pahang dan Siak.

3. Hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah kerajaan dapat diperkukuhkan


melalui
    perkahwinan dan meluaskan pengaruh kerajaan Melaka.

Kebijaksanaan Pemimpin dalam Perluasan Kuasa Melaka

1. Pada kurun ke-15, Melaka merupakan sebuah kerajaan yang agung.

2. Kejayaan Melaka sebahagian besarnya adalah kerana Melaka mempunyai ramai


pemimpin
    yang bijak.

3. Selain daripada itu, Melaka mendapat sokongan padu daripada rakyat dan
tenteranya gagah     dan setia.

Sultan Muzaffar Shah

1. Kerajaan Melaka mula meluaskan kuasannya pada zaman pemerintahan Sultan


Muzaffar
    Shah.

2. Kawasan yang berjaya dikuasai ialah Pahang, Inderagiri dan Kampar.

3. Sultan Muzaffar Shah telah melakukan tindakan tindakan yang bijak untuk
meluaskan
    empayar Melaka. Antaranya ialah:
(a) Menghantar Tun Perak untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka.
(b) Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China. Kesan hubungan ini ialah Melaka
diiktiraf
      oleh China dan kerajaan-kerajaan lain di rantau Asia Tenggara.
(c) Baginda menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-
Muslim di
      istana. Keamanan dalam negeri terjamin dan keadaan ini membolehkan baginda
      menumpukan usaha perluasan kuasa.

Sultan Mansor Shah

1. Sultan Mansor Shah meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menguasai Bernam
dan         Perak (Semenanjung Tanah Melayu) dan Siak (pantai timur Sumatera).

2. Baginda juga dapat menghalang cubaan Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk
    membebaskan diri daripada kesan penguasan Melaka.

Sultan Alauddin Riayat Shah

1. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah merupakan
seorang
     pemimpin yang warak dan mementingkan pentadbiran negara.

2. Menurut Sejarah Melayu, baginda merupakan seorang yang gagah.

3. Baginda mengambil berat keamanan dan keselamatan dalam negeri Melaka.

4. Baginda pernah menyamar menjadi rakyat biasa untuk membenteras kejadian


jenayah di
    Melaka.

5. Keamanan yang diperoleh membolehkan baginda menumpukan perhatian penuh


kepada
    usaha-usaha perluasan kuasa.

6. Kemenangan besar yang dicapai oleh bagiinda ialah peperangan dengan Aru.
Laksamana
    Hang Tuah memainkan peranan yang penting dalam peperangan tersebut.

Kepimpinan Tun  Perak

1. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai


    pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara.

2. Tun Perak ialah Bendahara Melaka yang termasyhur.

3. Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga
menjadi
    sebuah empayar sehingga beliau digelar 'Pembina Empayar'.
4. Beliau juga digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas
perlantikan
    sultan-sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja.

5. Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka, Tun Perak memegang jawatan


Penghulu di
    Klang.

6. Tun Perak juga berjaya mematahkan dua serangan Siam pada tahun 1445 dan 1456.

Peristiwa serangan Siam 1445

1. Dalam peperangan ini Tun Perak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan
isteri ke
    Melaka untuk mempertahankan, Kota Melaka.

2. Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang bermati-


matian
    mempertahankan Kota Melaka.

Peristiwa serangan Siam 1456

1. Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat.

2. Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu kecil sebagai


muslihat
    perang.

3. Tindakannya itu menyebabkan pihak Siam sukar megejar tentera Melaka.

4. Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai


oleh
    tentera.

5. Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera
Siam.

6. Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam.

Peristiwa serangan ke atas Pahang.

1. Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang.

2. Pahang ketika itu di bawah naungan Siam.

3. Tun Perak berjaya dalam serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah jajahan
Melaka.

Peristiwa pembunuhan Tun Besar


1. Tun Perak ialah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau
menuntut
    bela apabila Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak beliau
Tun
    Besar.

2. Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak
Raja
    Muhammad.

3. Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke atas Raja
    Muhammad. Beliau berkata ' Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi
akan kita
    pertuankan raja seorang ini janganlah.'

4. Raja Muhammad tidak dilantik menjaid Sultan Melaka. Baginda dihantar ke


Pahang dan
    ditabalkan menjadi Sultan Pahang.

5. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetian
rakyat
    kepada Sultan Melaka.

Kesan Perluasan Kuasa

1. Perluasan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan, iaitu:


(a) Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai.
(b) Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat.
(c) Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan
takluk
     dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja.
(d) Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah jajahannya.
(e) Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.
2. Penaklukan dan perluasan kuasa menjadikan Melaka semakin kuat dan maju
kerana
    kerajaan Melaka dapat menguasai kekayaan wilayah yang dijajah dan ditaklukinya.

3. Perluasan kuasa ini juga membolehkan agama Islam dapat disebarkan ke wilayah-
wilayah
     yang di bawah kekuasaan Melaka.

4. Melaka juga telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan merupakan
     penyambung keagungan kerajaan Srivijaya.

5. Melaka telah muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka.

6. Keadaan ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan
    berwawasan serta mendapat sokongan daripada rakyat dan tentera.

7. Melaka bukan sahaja maju dalam politik tetapi dari segi ekonominya dan terkenal di
seluruh
    dunia.

8. Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dicapai
oleh    
    kerajaan Melaka.
KEMEROSOTAN MELAKA

 
Faktor Kemerosotan Melaka dan Kejatuhan
Melaka

1. Pada kurun ke-15, Melaka memainkan peranan


sebagai pusat perdagangan dan pusat
    penyebaran agama Islam.

2. Melaka telah menjadi sebuah kerajaan yang


kaya, kuat dan berpengaruh.

3. Zaman kegemilangan Melaka adalah pada


zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah.

4. Kemasyhuran Melaka telah menarik kuasa


Eropah seperti Portugis untuk datang ke Melaka.

5. Kedatangan kuasa Portugis ke Melaka adalah


ketika Melaka sedang mengalami
     kemerosotan pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Shah.

6. Antara faktor kemerosotan dan kejatuhan


Melaka ialah:
    (a) Kelemahan kepimpinan.
    (b) Masalah perpaduan.
    (c) Kelemahan askar Melaka.

Kelemahan Pemimpin.
1. Selepas kematian Tun Perak, Melaka ketandusan
pemimpin yang berkebolehan seperti
     beliau.

2. Bendahara Tun Mutahir (1500-1510) telah


menggantikan tempat Tun Perak. Beliau telah
     menjalankan dasar pilih kasih.

3. Ini menimbulkan perasaan iri hati di kalangan


pembesar-pembesar lain terhadap Bendahara
    Tun Mutahir.

4. Pembesar-pembesar Melaka telah memfitnah


Tun Mutahir hendak mengatasi kekayaan
    Sultan Mahmud Shah.

5. Tanpa usul-periksa, Sultan Mahmud Shah telah


menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun
    Mutahir serta ahli keluarganya.

6. Akhirnya, Sultan Mahmud Shah telah menyedari


Tun Mutahir telah difitnah dan
    menyerahkan kuasanya kepada puteranya, Raja
Ahmad.

7. Sultan Ahmad Shah pula tidak dapat


memerintah Melaka dengan baik. Baginda tidak
cekap
    dan lemah dalam pentadbiran.
8. Bendahara Tun Perpatiih Putih, iaitu pengganti
Bendahara Tun Mutahir ialah seorang tua
    yang telah uzur dan tepok (lumpuh disebabkan
sesuatu penyakit).

9. Keadaan ini menyebabkan pentadbiran Melaka


bertambah lemah kerana:
    (a) Ketiadaan pemimpin yang berwibawa.
    (b) Amalan rasuah berleluasa.
    (c) Fitnah-memfitnah berlaku secara berleluasa.

10. Pedagang-pedagang memilih pelabuhan lain


kerana kerajaan Melaka tidak mengamalkan
      sistem cukai yang sedia ada tetapi mengenakan
kadar cukai yang sangat tinggi.

11. Pedagang telah pergi ke pelabuhan lain kerana


cukainya lebih rendah seperti Brunei,
      Acheh, Bantam dan Patani.

Masalah Perpaduan

1. Persaingan antara orang Melayu dengan orang


India Muslim telah berlaku untuk
    mendapatkan pengaruh setelah Bendahara Tun
Mutahir dilantik menjadi Bendahara
    Melaka.

2. Amalan pilih kasih dalam pentadbiran


merupakan punca persaingan antara
    pembesar-pembesar Melaka.

3. Kesan daripada masalah perpaduan antara


pembesar menyebabkan rakyat berpecah belah
    dan tidak bersatu padu.

4. Justeru itu, keutuhan kerajaan dan serta


kegiatan perdagangan di Melaka terjejas.

Kelemahan Askar Melaka

1. Tentera Melaka tidak mempunyai alat senjata


moden seperti Portugis.

2. Antara senjata yang digunakan ialah:


     (a) Keris,
     (b) Panah,
     (c) Sumpit Beracun,
     (d) Perisai,
     (e) Tombak dan lain-lain.

3. Portugis pula telah menggunakan alat senjata


yang lebih baik seperti meriam dan senapang
    yang dapat menembak dari jarak jauh.

4. Kapal perang mereka juga mempunyai bilangan


merian yang banyak serta dapat membedil
    Melaka dari laut.

5. Selain itu, Portugis juga mempunyai tentera yang


terlatih dan sudah biasa dengan
    peperangan.

6. Sementara Melaka pula terlalu bergantung


kepada askar-askar upahan Jawa untuk
     mempertahankan Melaka. Askar upahan Jawa
tidak berjuang sepenuh hati kerana mereka
     tidak berjuang untuk mempertahankan tanah
air sendiri.

7. Askar-askar Portugis pula mempunyai pemimpin


yang berkebolehan seeprti Alfonso de
     Albuquerque.

8. Askar Melaka pula tidak mempunyai struktur


yang lengkap seperti askar Portugis.
9. Askar-askar Portugis juga mendapat sokongan
daripada pangkalan tentera mereka di Goa,
     India.

10. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis


setelah askar upahan Melaka dari Jawa telah
      melarikan diri semasa Portugis menyerang
Melaka.

Perbezaan antara angkatan perang Melaka dengan


Portugis.
Repllika kapal Perang Portugis

Senjata askar Melaka, keris


Senjata askar Portugis, meriam

Kedatangan Portugis

Mengapakah Portugis Datang ke Timur?

1. Portugis ialah sebuah negara kecil yang terletak


di barat daya benua Eropah.

2. Portugis ialah orang Eropah yang terawal datang


ke Asia Tenggara iaitu pada abad ke-15.

3. Kedatangan Portugis ke Timur adalah kerana


penemuan jalan laut, penyebaran agama
    kristian dan kegiatan perdagangan.

4. Faktor kedatangan orang Portugis ke Asia


Tenggara ialah faktor keagamaan, kekayaan dan
    kemegahan, 'Gospel, Gold and Glory'.

5. Putera Henry telah menggalakkan pelayar dan


orang Portugis untuk menjelajah ke Timur
    berdasarkan slogan 'Gospel, Gold and Glory'.

6. Atas galakan Putera Henry, ramai rakyatnya


berani menjelajah ke Timur. Antara kejayaan
    rakyat Portugis ialah:
     (a) Bartholomew Diaz berjaya sampai ke
Tanjung Harapan pada tahun 1488.
     (b) Vasco da Gama sampai di India pada tahun
1498.
     (c) Lopez de Sequiera tiba di Melaka pada tahun
1509.

Agama (Gospel)

1. Orang Portugis mahu menyebarkan ajaran


agama kristian kepada masyarakat di Timur.

2. Orang Portugis mahu meneruskan Perang Salib


dan menebus kembali kekalahan mereka
     pada kurun ke-12.

3. Orang Portugis mahu menghancurkan Kerajaan


Islam seperti Melaka yang merupakan
    pusat perkembangan dan penyebaran agama
Islam.

Ekonomi (Gold)

1. Orang Portugis hendak menguasai perdagangan


rempah dan menghalang monopoli
    pedagang-pedagang Islam ke Timur.

2. Rempah sangat diperlukan di Eropah untuk


mengawet  dan melazatkan makanan seperti
    daging serta dapat memanaskan badan mereka.

3. Oleh yang demikian, rempah ini mempunyai


permintaan yang tinggi di Eropah dan
    perdagangan rempah amat menguntungkan.

4. Namun demikian perdagangan rempah seperti


lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan
    buah pala ini dimonopoli oleh pedagang Islam di
Timur.

5. Pedagang Islam mendapat banyak keuntungan


kerana menjualnya dengan harga yang
    tinggi di Eropah.

6. Portugis beranggapan dengan menguasai


Melaka, mereka dapat menguasai pusat
    pengumpulan rempah dan seterusnya menguasai
jalan perdagangan rempah dan
    memonopoli  hasil rempah yang sangat
menguntungkan.

Politik (Glory)

1. Orang Portugis mendapat galakan daripada


Putera Henry (1394-1460).
2. Putera Henry juga digelar Henry Ahli Pelayaran.
Baginda telah mendirikan sebuah pusat
    penyelidikan pelayaran dan membina kapal-
kapal di Sagres.

3. Baginda juga pernah terlibat dalam Perang Salib


di Afrika Utara dan begitu
    bersungguh-sungguh untuk mencari jalan ke
Timur.

4. Kejayaan dalam aktiviti penjelajahan, pelayaran


serta pembinaan empayar akan
    meningkatkan martabat negara.
Portugis Menguasai Melaka

1. Pada tahun 1509, Raja Manuel telah menghantar


satu rombongan yang diketuai oleh Lopez
    de Sequiera ke Melaka.

2. Ketibaan rombongan ke Melaka adalah untuk


berunding tentang peluang perdagangan
    serta memulakan hubungan antara kedua-dua
buah kerajaan.

3. Ketibaan rombongan tersebut pada


permulaannya disambut baik oleh Sultan Mahmud
    Shah.

4. Orang Portugis dibenarkan berniaga dan Sultan


Melaka menjamin keselamatan mereka
     ketika berdagang di Melaka.

5. Saudagar Islam dari Gujerat dan Jawa telah


memberi maklumat kepada Bendahara Tun
     Mutahir tentang kedatangan orang Portugis
untuk:
      (a) Menguasai perdagangan.
      (b) Menentang agama Islam.

6. Bendahara Tun Mutahir kemudian


memaklumkan berita tersebut kepada Sultan
Melaka dan     telah menasihati sultan untuk
menangkap orang Portugis.

7. Sultan mengarahkan supaya rombongan


Portugis bersama pegawai kanan rombongan
    bernama Ruy de Araujo ditangkap. Terdapat
juga beberapa orang Portugis yang terbunuh
    dalam kejadian ini.

8. Lopez de Sequiera bersama beberapa


pengikutnya telah berjaya melarikan diri ke Goa.

9. Raja Portugal sangat marah dan baginda telah


menghantar sepasukan tentera laut di bawah
    pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk
menyerang Melaka pada tahun 1510.

10. Alfonso de Albuquerque telah tiba di Melaka


pada tahun 15111 dan mengemukakan tiga
       tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah, iaitu:
       (a) Membebaskan semua orang Portugis yang
ditawan.
       (b) Membayar ganti rugi akibat penawanan
rombongan rombongan Portugis.
       (c) Membenarkan Portugis membina kubu di
Melaka.

11. Ketiga-tiga tuntutan tersebut ditolak oleh


Sultan Mahmud Shah.

12. Penolakan tersebut telah membuka peluang


kepada Alfonso de Albuquerque untuk
      menyerang Melaka pada 25 Julai 1511.
Alfonso de Albuquerque

Peristiwa serangan Portugis ke atas Melaka.

1. Pada 25 Julai 1511, tentera Portugis mula


mencapai kejayaan iaitu apabila berjaya
     menguasai jambatan Sungai Melaka.

2. Kejayaan ini berdasarkan maklumat yang


diberikan oleh Si Kitol kepada pihak Portugis.

3. Melaka melancarkan serangan balas terhadap


Portugis yang diketuai oleh Sultan Ahmad
    Shah dan angkatan Perang Portugis terpaksa
berundur. Kejayaan askar Melaka
    mengalahkan pihak Portugis kali ini kerana
semangat mereka yang membaca setelah
    mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah.

4. Setelah mengumpul kekuatan dan tenaga semula,


pada 10 Ogos 1511, sekali lagi tentera
     Portugis melancarkan serangan dan berjaya
mengalahkan angkatan perang Melaka.

5. Pada 24 Ogos 1511, tentera Portugis telah


melancarkan serangan yang lebih hebat buat kali
     ketiga dan akhirnya Melaka berjaya ditawan.
6. Sultan Mahmud Shah, kerabat diraja, pembesar
dan pengikutnya telah berundur ke Muar
    kemudian ke Pahang dan seterusnya ke Bentan.

7. Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah


kerajaan yang baru di Bentan setelah
     kemangkatan anakandanya, Sultan Ahmad
Shah.

8. Sultan Mahmud Shah tidak berputus asa dan


terus melakukan beberapa siri serangan
     untuk mendapatkan semula Melaka.

Pengajaran daripada peristiwa sejarah

1. Kita perlu menyanjung serta berasa bangga


dengan usaha untuk mempertahankan
     kedaulatan bangsa seperti yang ditunjukkan
oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad
     Shah dan rakyat Melaka.

2. Rakyat sejati sanggup berkorban untuk


mempertahankan bangsa dan negara.

3. Perlu mengambil iktibar supaya negara kita


tidak jatuh kepada kuasa asing.
Urutan peristiwa penaklukan Melaka oleh Portugis.

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

Parameswara di Palembang

1. Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Palembang,
Timur        
    Sumatera, iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada tahun 1400.

2. Palembang pernah menjadi pusat kerajaan Srivijaya.

3. Palembang juga pernah menjadi negara dibawah kekuasaan Majapahit.

4. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil


kesempatan    
    untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit.

5. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas


diserang
    Majapahit.

6. Parameswara telah berundur ke Temasik.


Parameswara di Temasik

1. Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit,


Parameswara
    bersama pengikutnya yang terdiri daripada Orang Laut berundur ke Temasik.

2. Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan
Siam.
     Beliau telah menyambut Parameswara dengan baik.

3. Parameswara mendapati Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya


yang
    strategik.

4. Temasik juga pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah
menuntut hak     pertuanannya.

5. Parameswara bertindak membunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik dan

    berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya.

6. Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan Majapahit pula cuba


menguasai
    Temasik. Baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di
Muar.

Kedatangan, Parameswara di Melaka

1. Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan.

2. Parameswara dan para pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Ujung dan
Bertam.

3. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon
api-api
    dan pokok bakau di persisiran pantai.

4. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun.

5.Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan
Orang Asli.
   Pekerjaan utama mereka ialah nelayan.

6. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut


dan
    mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut.

Faktor-Faktor Pemilihan
1. Parameswara mendapati kedudukan tersebut amat baik kerana berhampiran
dengan laut
    yang menjadi tempat laluan kapal dagang.

2. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh.

3. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau juga boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar
dan
     memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.

4. Pokok bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan
semula    
    jadi.

5. Angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya


    terlindung dari angin monsun.

   
Perjalanan Parameswara ke Melaka

Asal Usul Nama Melaka


Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka

1. Parameswara ialah seorang pemimpin yang bijak dan berwawasan.


2. Beliau cekap dalam perancangan membangun dan memajukan Melaka menjadi
sebuah
    pelabuhan yang dapat menarik pedagang asing.

3. Beberapa langkah yang berkesan telah diambil oleh Parameswara untuk


membangunkan
    Melaka menjadi pelabuhan entrepot.

Langkah-langkah Parameswara Membina Melaka


1. Parameswara bijak merancang dan berusaha gigih untuk memantapkan kemudahan
yang         terdapat di pelabuhan Melaka.

2. Baginda  telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti:


(a) Kemudahan gudang untuk menyimpan barang.
(b) Kemudahan membaiki kapal.
(c) Kemudahan tempat tinggal kepada pedagang.
(d) Kemudahan pengangkutan seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja
turut
       disediakan.
(e) Bekalan air bersih dan makanan.

Menjalinkan hubungan dengan Siam


1. Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam iaitu dengan menghantar ufti tahunan.

2. Oleh yang demikian, Melaka tidak diserang oleh Siam dan menjadikan keadaan
Melaka
    aman dan damai.

3. Siam juga mengiktiraf kedaulatan Melaka.

Hubungan dengan negara China


1. Mengasaskan perhubungan baik dengan China untuk menjamin keselamatan
Melaka.

2. Hubungan persahabatan dengan China telah membawa kepada perkembangan


Melaka
    dengan lebih pesat.

3. Kedatangan Laksamana Yin Ching, utusan Maharaja China ke Melaka pada tahun
1404 telah
    membuka jalan untuk menjalinkan perhubungan dengan China.

4. Hubungan ini tidak terputus, pada tahun 1405 dan 1409, Laksamana Cheng Ho telah
datang
    melawat Melaka mewakili Maharaja China.

5. Melaka menjadi negeri naungan China dan bersetuju menghantar ufti.

6. Sebagai balasan kerajaan China telah mengurniakan:


(a) payung kuning;
(b) cap mohor;
(c) sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.

7. Antara faedah yang dipeoleh ialah:


(a) Kerajaan Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat.
(b) Parameswara telah diiktiraf sebagai raja yang berdaulat.
(c) Melaka memperoleh perlindungan daripada ancaman Siam.
(d) Perhubungan ini membolehkan Melaka berkembang maju dan aman damai.

Sistem pemerintahan yang teratur


1. Parameswara juga telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur.

2. Baginda telah mewujudkan jawatan seperti:


(a) Pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri.
(b) 40 orang bentara untuk menjalankan  perintah raja.
(c) Biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran raja.

3. Parameswara dan para pembesar telah menyumbang kepada pembangunan Melaka


ketika itu.

Bantuan Orang Laut


1. Demi menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka, Parameswara telah
mendapatkan
     bantuan Orang Laut untuk menjaga perairan Melaka.

2. Orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan serta mahir tentang selok-belok Selat

     Melaka.

3. Sikap mereka yang taat setia kepada sultan dan kerajaan telah memberikan
sumbangan
     yang besar kepada keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka.

Ikatan Konsep Daulat

1. Melaka tidak akan maju dan membangun jika Parameswara tidak dibantu oleh
rakyat Melaka
     yang terdiri daripada Orang Melayu, Orang Laut dan Orang Asli.

2. Ketiga-tiga kaum ini memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan


Melaka:
(a) Orang Asli- membekalkan hasil hutan, seperti ubat-ubatan, gaharu, cendana,
damar, rotan
                          dan lain-lain untuk kegiatan perdagangan.
(b) Orang Laut- membekalkan hasil laut, seperti ikan dan menjaga keselamatan Selat
Melaka.
(c) Orang Melayu- ketua-ketua dalam masyarakat melayu dilantik memegang jawatan
seperti
                                hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
3. Melaka berkembang maju dan membangun dengan cepat hasil semangat sedia
berkorban
    rakyatnya demi negara, taat setia raja yang menjadi lambang perpaduan dan
menghargai
    pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara.
JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA

Usaha-usaha Menegakkan Semula Kewibawaan


Kesultanan Melayu Melaka Oleh Sultan Mahmud Shah
1. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis,Sultan Mahmud Shah, pembesar-pembesar
serta
    pengikutnya termasuk Orang Laut, telah melarikan diri ke Pagoh dan kemudian
membina    
    kubu pertahanan di Bentayan, Muar.

2. Tidak lama kemudian, baginda berpindah pula ke Pahang ke Bentan atau dikenali
sebagai    
    Pulau Riau.

3. Di Bentan, baginda telah mengukuhkan kedudukan dan kekuatan tentera untuk


menyerang
    Portugis yang bertapak di Melaka.

4. Maharaja Lingga, Raja Inderagiri, Raja Siak dan Sultan Aru(Deli) telah menghadap
Sultan
      Mahmud Shah di Bentan.

5. Taat setia telah dinyatakan oleh wakil dari kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah

    Kampar, Klang, Rembau dan Sungai Ujong kepada baginda.

6. Pada tahun 1521, Bentan telah diserang oleh Portugis.

7. Sultan Mahmud Shah telah mengatur serangan balas terhadap Portugis di Melaka.

8. Baginda telah berusaha sebanyak lima kali untuk menawan semula Melaka tetapi
usaha
    baginda tidak berjaya.

9. Serangan antara kedua-dua kuasa ini berlarutan hingga tahun 1526.

10. Pada tahun 1526, Portugis bertindak balas menyerang Bentan dengan bantuan dari
Goa.

11. Serangan tersebut telah berjaya memusnahkan Bentan dan Sultan Mahmud Shah
        kemudian berundur ke Kampar sebuah jajahan Melaka. Baginda mangkat di
Kampar,
        Sumatera pada tahun 1528.

Pengasasan Kerajaan Johor


1. Putera bongsu Sultan Mahmud Shah, Raja Ali, dilantik sebagai sultan yang baru
dengan
    gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564).

2. Baginda juga dikenali sebagai Raja Ujong Tanah dan Bentan.


3. Pada akhir abad ke-16, Ujong Tanah dikenali dengan nama Johor.

Penerusan Warisan Melaka


1. Sultan Alauddin Riayat Shah II ialah pengasas kerajaan Johor pada tahun 1528.

2. Bendahara dan Seri Nara Diraja telah ditugaskan untuk membangunkan pusat
pentadbiran
    Kerajaan Johor di Pekan Tua.

3. Sebuah kota pertahanan telah dibina dan dikenali sebagai Kota Kara bagi menjaga
    keselamatan ibu negeri Johor itu.

4. Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudian mengukuhkan kuasanya iaitu dengan


menguasai
    semula semua jajahan takluk Melaka dan menjadikannya sebagai jajahan takluk
Johor.

5. Johor menguasai semula hal ehwal Pahang dan menentukan   Sultan Pahang yang
baru.

6. Pada tahun 1540, Johor telah meluaskan   kuasanya dengan menakluki   Aru.

7. Penguasaan Johor tehadap tanah jajahan takluknya berterusan pada abad ke-17 oleh
    Laksamana Tun Abdul Jamil.

8. Wakil Johor telah ditempatkan   di Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan.

9. Tanah jajahan takluk Johor juga memberi bantuan kepada Johor dengan menghantar
askar
    mereka untuk menyertai angkatan perang Johor apabila diminta.

10. Selain itu, negeri-negeri yang dikawal oleh Johor juga membekalkan barangan
eksport
      kepada Johor, sebagai contoh Klang membekalkan bijih timah, kayu gaharu dan
gading
      gajah.

11. Walau bagaimanapun pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berpindah dari
satu
      tempat ke satu tempat di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga
kerana
        sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi.

12. Perpindahan ini sebagai satu muslihat untuk mempertahankan diri.


Sultan Alauddin Riayat Shah II memperkukuhkan kuasa.

 
Pusat-pusat pemerintahan Johor
Usaha Johor menguasai Melaka
1. Hasrat Johor untuk menguasai Melaka semula tidak pernah padam.

2. Pemerintah Johor, para pembesar dan rakyat tidak mudah berputus asa walaupun
setiap
    percubaan menemui kegagalan.

3. Pada bulan Jun 1551, Johor telah melakukan usaha yang besar iaitu bergabung
dengan
    angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka.

4. Angkatan tersebut mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi kekebalan kota A
Famosa
    dan peralatan senjata pihak Portugis yang jauh lebih baik menyebabkan usaha
tersebut
    gagal.

Kota A Famosa

5. Serangan angkatan Johor berterusan sehingga tahun 1564.

6. Dua orang pembesar Johor yang terlibat dalam peperangan ini ialah Tun Sri Lanang
dan
    Laksamana Tun Abdul Jamil.

7. Pada tahun 1608, angkatan perang Johor telah bergabung dengan askar Belanda dan
    akhirnya berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.

8. Angkatan perang Johor yang diketuai oleh Laksamana Tun Abdul Jamil telah
mengepung
      Melaka dari darat dan Belanda pula menyerang dan mengepung dari laut.

9. Walaupun Portugis telah dapat dikalahkan, Johor masih tidak dapat menguasai
Melaka,
    sebaliknya Belanda yang menduduki Melaka.
10. Akan tetapi ketabahan, kegigihan dan keberanian Johor untuk merampas semula
Melaka
      daripada tangan Portugis perlu kita hormati dan sanjungi.

Kejatuhan Portugis akibat serangan gabungan angkatan perang Johor dan Belanda.

Kebangkitan Acheh
1. Pada tahun 1520-an, Acheh telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat
perdagangan
    selepas kejatuhan Melaka.

2. Pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki telah beralih ke Acheh setelah
Portugis
    mengenakan peraturan dan sekatan perdagangan yang ketat serta cukai yang tinggi.

3. Portugis berbuat sedemikian kerana mahu menghapuskan monopoli perdagangan di


      kalangan pedagang asing.

4. Selain itu, Acheh juga berkembang sebagai pusat penyebaran agama Islam yang
penting di
    Gugusan Kepulauan Melayu.

5. Acheh berjaya menjadi kuasa yang kuat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda
    Mahkota Alam (1607-1636).

6. Selain mahu menguasai perdagangan Selat Melaka, baginda juga berazam untuk
menguasai
    Semenanjung Tanah Melayu.

7. Acheh muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang kuat kerana kemajuan
      perdagangan antarabangsanya.

8. Acheh menyerang Perak pada tahun 1575 dan tahun 1620.

9. Pahang diserang pada tahun 1617 dan Kedah pada tahun 1619.

10. Acheh menguasai Pahang dan berkuasa menentukan bakal sultan Johor setelah
menawan
      Johor.

11. Acheh juga berjaya menakluki Pedir dan Pasai dan menguasai perdagangan lada
hitam
      yang amat diperlukan oleh pedagang asing.

  Faktor-faktor Perang Tiga Segi


Persaingan Johor dengan Acheh dan Portugis
1. Perang Tiga Segi melibatkan tiga kuasa iaitu Johor, Portugis di Melaka dan Acheh.

2. Peperangan ini adalah untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dan berlarutan

      hampir selama 100 tahun(1536-1636).

3. Kadangkala ketiga-tiga kuasa tersebut berperang secara bersendirian tetapi terdapat


juga
    dua buah kuasa telah bergabung untuk menentang kuasa yang lain.

4. Kedua-dua kuasa Acheh dan Johor ingin mengusir Portugis dari Melaka kerana:
      (a) Kerajaan Acheh- Portugis bertujuan mahu menghalang perdagangan Acheh.
      (b) Kerajaan Johor- bertujuan untuk merampas semula Melaka dari Portugis.

5. Kerajaan Acheh juga menyerang Johor kerana:


    (a) Kerajaan Acheh menyerang Johor- kerana Johor merupakan ancaman bagi
kerajaan    
          Acheh kerana perdagangan Johor yang berkembang maju.

6. Pihak Portugis menyerang Johor kerana:


    (a) Portugis menyerang Johor- kerana beranggapan Johor bersatu dan berpakat
dengan
          Acheh untuk menyerang Melaka.

Kegemilangan Kerajaan  Johor


Kebangkitan Semula Johor
1. Menjelang tahun 1641, jajahan takluk Johor telah berkembang luas meliputi wilayah
pantai
    barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga ke Singapura, Bentan dan
Lingga.

2. Johor juga menguasai Bengkalis, Kampar, Siak, Klang, Batu Pahat, Muar dan
Pahang.

3. Faktor yang membantu Johor mencapai kegemilangan ialah:


    (a) Kecekapan Sultan dan Pembesar Johor mentadbir negeri.
    (b) Kemajuan dalam kegiatan perdagangan.
    (c) Perkembangan bidang persuratan.

Jajahan takluk Johor

Johor Sebagai Pusat Perdagangan


1. Johor telah berkembang menjadi pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu kerana
dapat
      mengumpul pelbagai hasil dagangan dari jajahan takluknya yang luas.

2. Kapal dagangan Johor telah berdagang hingga ke Maluku dan Makasar pada tahun
1623.

3. Pedagang-pedagang asing juga singgah dipelabuhan Johor terutamanya pedagang


China
    dari Canton(Guangzao) dan Amoy.

4. Belanda dan Inggeris juga berdagang di pelabuhan Johor.

5. Pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau
semasa    
    pemerintahan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1685 hingga tahun 1699.

6. Terdapat pelbagai barangan tempatan dan luar negeri yang diperdagangkan di


pelabuhan
    Johor.
    (a) Barangan Tempatan:
          Seperti damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin,
garam,    
            kayu gaharu dan beras.

      (b) Barangan Luar Negeri:


            Seperti benang emas, kain sutera putih, teh, barangan tembikar dan tembaga
(dari    
            China).

7. Johor juga terkenal sebagai pembekal kain corak baru.

8. Pelbagai kemudahan pelabuhan seperti gudang serta khidmat membaiki kapal di


pelabuhan
    boleh didapati.

9. Perdagangan juga dijalankan melalui dua cara iaitu:


    (a) Secara tukar barang.
    (b) Menggunakan mata wang.

10.   Sistem pentadbiran pelabuhan yang cekap seperti sistem cukai yang berpatutan juga

        menyebabkan pelabuhan Johor mendapat sambutan pedagang.


        (a) Setiap bahara lada hitan-dikenakan cukai sebanyak 6 keping emas.
        (b) Setiap bahara timah- 10 keping emas.

11. Selain cukai, Johor juga mengamalkan sistem naungan bagi menjamin keselamatan
        pedagang asing.

12. Melalui sistem ini, setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera
Bongsu,
      Temenggung dan Laksamana.

13. Demi menjaga keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh seperti kerajaan
Melaka,
      Kerajaan Johor juga menyerahkan tugas tersebut kepada Orang Laut.

14. Orang Laut ditugaskan menjadi pengawal pelabuhan, pegawai perairan Johor,
penunda
      dan penunjuk arah.

15. Kedudukan pelabuhan yang strategik juga dari segi geografi menjadikan pelabuhan
Johor
        terlindung daripada tiupan angin monsun.

16. Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka dan dengan itu Johor
dapat
      mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.

17. Johor menjadi pusat pembuat kapal persisiran pantai iaitu seperti banteng,baluk,
kolek,
      pencalang dan pencacap.
Pelabuhan Batu Sawar
Pelabuhan Batu Sawar
1. Pelabuhan Batu Sawar berada di kedudukan yang strategik, iaitu berhampiran
dengan
      muara Sungai Johor.
2. Pelabuhan ini berjaya menarik pedagang-pedagang dari China, India dan Kepulauan
      Melayu.

3. Sultan Abdul Jalil Shah II telah memastikan semua kemudahan seperti gudang dan
    kemudahan membaiki kapal tersedia.

4. Pegawai yang cekap juga dilantik untuk menguruskan perdagangan di pelabuhan.

Pelabuhan Riau

Pelabuhan Riau
1. Pelabuhan Riau terletak di Pulau Bentan.

2. Sultan Mahmud yang memerintah Johor dari tahun 1685 hingga 1699 telah
memajukan lagi
      pelabuhan ini.

3. Pelabuhan Riau telah berkembang menjadi pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.

4. Kesibukan pelabuhan Riau telah diakui benar oleh Gabenor Thomas Silcher iaitu
Gabenor
    Belanda di Melaka.

5. Beliau menyatakan bilangan kapal yang belayar ke Riau begitu banyak sehingga
sungai itu
      sukar dilalui.

Perkembangan Persuratan Melayu di Johor


1. Kerajaan Melayu Johor juga terkenal sebagai pusat kegiatan persuratan sejak abad
ke-18.
2. Banyak karya telah dihasilkan tetapi penulisnya tidak dapat dikenal pasti.

3. Antara karya yang terkenal pada zaman ini ialah:


    (a) Sejarah Melayu yang ditulis oleh Bendahara Johor, Tun Muhammad atau lebih
dikenali               sebagai Tun Sri Lanang pada tahun 1612.
    (b) Hikayat Hang Tuah iaitu tentang kisah seorang pahlawan Melayu yang handal
serta
          sangat taat kepada pemerintah. Hikayat ini juga telah mengagungkan nama
Kesultanan
          Melayu Melaka sebagai sebuah empayar Melayu yang agung.

4. Riau yang menjadi pusat kerajaan Johor telah menghasilkan banyak kerja sejarah,
bahasa
    dan buku agama pada abad ke-18.

5. Pengarang yang terkenal pada masa itu ialah Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji.

6. Naskah asal hasil penulisan beliau adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.

7. Pada abad ke-19, naskah tersebut dicetak dengan menggunakan kaedah 'cap batu'.

8. Sejak abad ke-17 lagi, Johor juga dikenali sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam,
      terutamanya semasa Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.

9. Pada abad berikutnya, Riau mengambil alih sebagai pusat pengajian ilmu agama
Islam dan
    pusat perkembangan persuratan Melayu.
Kemerosotan Kerajaan Johor
1. Persengketaan di kalangan pembesar dan sultan menyebabkan kegemilangan
kerajaan
    Johor mulai merosot.

2. Terdapat empat faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut iaitu:


    (a) Perang Johor-Jambi.
    (b) Perebutan Kuasa.
    (c) Penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor.
    (d) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C).

Perang antara Johor dengan Jambi


1. Johor terikat dalam peperangan dengan Jambi pada penghujung abad ke-17 yang  
    mengambil masa hampir 9 tahun, iaitu antara tahun 1670 sehingga 1679.

2. Peperangan ini berpunca apabila Jambi yang merupakan jajahan takluk Johor mahu
bebas
    daripada Johor.

3. Malah, Jambi mula menyaingi kerajaan Johor dalam kegiatan perdagangan. Pada
    pertengahan abad ke-17, Jambi mula muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang
baru  
    di Selat Melaka.

Kedudukan Jambi

 
4. Jambi telah meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor dan peperangan telah
    bermula pada tahun 1670.

5. Batu Sawar dan Johor Lama telah diserang oleh Jambi pada tahun 1673. Akibat
serangan
    Jambi, perdagangan di Johor telah terjejas.

6. Keadaan Johor semakin tidak selamat untuk diduduki oleh itu, pada tahun 1677,
Sultan
      Abdul Jalil Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang.

7. Terdapat beberapa jajahan takluk Johor telah berusaha untuk membebaskan diri dari
Johor
    ketika peperangan ini berlaku.

8. Namun demikian, kekuatan kerajaan Johor pulih kembali di bawah Laksamana Tun
Abdul
    Jamil.

9. Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya mengembalikan kegemilangan Johor dengan


    mengalahkan Jambi pada tahun 1679 dengan bantuan Orang Bugis.

10. Beliau kemudian dianugerahkan gelaran Paduka Raja sebagai mengenang jasa
beliau.

11. Laksamana Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik
memegang
        jawatan kanan dalam kerajaan Johor seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri
Amar
        Diraja.
Perang Johor - Jambi

Perebutan Kuasa
1. Laksamana Tun Abdul Jamil ialah pembesar yang berpengaruh di Johor.

2. Beliau juga seorang panglima perang yang gagah dan berani.

3. Laksamana telah mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku
raja
      pada tahun 1623.

4. Pada tahun 1677, Laksamana telah melantik menantunya menjadi Sultan Johor
dengan
    gelaran Sultan Ibrahim Shah.
5. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dianggap sebagai pembesar negeri yang
tertekan
    tidak menyenangi arahan dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil.

6. Laksamana juga telah mengenepikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid semasa
melantik
    Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun menjadi Sultan Johor pada
tahun 1685.

7. Anaknya iaitu bekas permaisuri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah dilantik sebagai
    pemangku raja.

8. Sekali lagi Bendahara Tun Habib Abdul Majid tidak puas hati kerana beliau
sepatutnya
    menjalankan tugas sultan sebelum sultan dewasa.

9. Perebutan kuasa di kalangan pembesar ini telah menjejaskan kestabilan politik negeri
    Johor.

10. Setelah Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia pada tahun 1688, barulah
Bendahara
      Tun Abdul Majid mendapat semula kuasanya.

11. Beliau berusaha menyatukan semula pembesar Johor yang bersengketa.

12. Setelah Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul
Jalil
      dilantik menjadi Bendahara Johor.

Perebutan Takhta
1. Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II   telah dibunuh oleh seorang pembesar.
Baginda
    tidak meninggalkan seorang waris.

2. Baginda dibunuh ketika dijunjung untuk pergi bersembahyang Jumaat di masjid.


Peristiwa
      ini dikenali sebagai 'Sultan Mahmud mangkat dijulang'.

3. Selepas kemangkatan baginda, pembesar-pembesar telah melantik Bendahara Tun


Abdul
    Jalil Shah menjadi Sultan Johor   yang menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil
Riayat Shah
    IV(1699-1718).

4.Perlantikan tersebut menandakan berakhirlah pengaruh pemerintahan Keturunan


    Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan bermulalah pemerintahan Bendahara yang
bukan
    berasal dari keturunan Raja Melaka.

5. Raja Kechil iaitu seorang putera raja dari Siak telah mendakwa diri baginda sebagai
putera       Sultan Mahmud Shah II.

6. Raja Kechil telah menuntut takhta Johor, dengan memerangi Sultan Abdul Jalil
Riayat Shah
    IV.

7. Raja Kechil telah menyerang Johor pada tahun 1717 dengan bantuan angkatan
perang
      Minangkabau.

8. Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan mereka menyokong Raja Kecil
sebagai
    bukti taat setia mereka pada Kesultanan Johor, daripada Kesultanan Melaka.

9. Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Abdul
Jalil
    Rahmat Syah, setelah berjaya menguasai Johor.

Perebutan takhta kerajaan Johor.


Penglibatan Bugis di Johor
Kedatangan orang Bugis ke Tanah Melayu

1. Orang Bugis berasal dari Makasar di Sulawesi Selatan.

2. Mereka terkenal sebagai pelaut, lanun, pedagang dan askar upahan yang cekap serta
      mahir.

3. Pelabuhan Makasar terkenal dengan perdagangan rempah dan pelabuhan ini telah
ditawan
      oleh Belanda pada tahun 1667.

4. Akibat penawanan tersebut, perdagangan orang Bugis tergugat dan mereka mula
berhijrah
    ke Kepulauan Melayu.

5. Petempatan awal orang Bugis di Tanah Melayu ialah di Kuala Linggi dan Kuala
Selangor.

6. Orang Bugis ini dipimpin oleh anak Raja Bugis iaitu:


      (a) Daeng Perani
      (b) Daeng Merewah
      (c)  Daeng Chelak
      (d) Daeng Menambun
      (e) Daeng Kemasi

Campur tangan Bugis di Johor

1.Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah merancang pekatan
dengan
    anak Raja Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil dari Johor.

2. Pada tahun 1722, Raja Kechil telah dikalahkan dan disingkirkan dari Johor.

3. Raja Sulaiman ditabal sebagai Sultan Johor dan kedudukan Bugis kukuh di Johor.

4. Sultan Sulaiman kemudian telah melantik Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda
Riau
    sebagai ganjaran daripada pertolongan tersebut dengan gelaran sebagai Kelana Jaya
    Putera dan Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua.

5. Dengan perlantikan tersebut, bermulalah pertapakan kuasa Bugis di Johor.

Penyingkiran Raja Kechil


Pertikaian antara Orang Melayu Johor dengan Orang Bugis

1. Orang Bugis terus memperkukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka melalui


      perkahwinan di antara pembesar-pembesar Bugis dengan keluarga diraja Johor.
      Anak-anak mereka menggunakan gelaran raja pada awal nama seperti Raja Haji,
Raja Ali
      dan Raja Jaafar.

2. Pakatan antara orang Melayu Johor dengan Bugsi tidak bertahan lama.

3. Orang Melayu mula berasa kuasa mereka semakin kurang dan kedudukan Bugis
bertambah
      kuat.

4. Yamtuan Muda Bugis tetap mempertahankan haknya untuk melantik Sultan Johor
mengikut
      pilihannya.

5. Orang Melayu Johor mula merasakan kuasa Sultan semakin lemah dan pembesar
Melayu
      semakin hilang kuasa.

6. Pertikaian Orang Melayu Johor dengan Bugis untuk melantik sultan yang baru telah
      melemahkan pentadbiran Kerajaan Johor.

7. Akhirnya pembesar Melayu Johor telah meminta bantuan Belanda untuk mengusir
Orang
    Bugis dari Riau pada tahun 1784.

8. Apabila Bugis diusir, pembesar Melayu menguasai semula tampuk pemerintahan


Johor.

9. Tetapi, pada tahun 1802, Orang Bugis kembali semula ke Riau.

10. Sekali lagi persaingan berlaku antara orang Melayu dengan orang Bugis.

11. Pembesar Johor terus berusaha mengekalkan kuasa dan pengaruh di kawasan
      masing-masing.:

12. Riau terus dikuasai oleh Orang Bugis.

13. Orang Laut pula berpecah mengikut pembesar Melayu.

14. Ramai di antara mereka merajuk dan menjauhkan diri daripada sultan dan
pembesar.

15. Keadaan ini menunjukkan perpecahan yang berlaku dalam kerajaan Johor amat
serius.

Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C)


1. Dengan bantuan Johor, Belanda telah berjaya mengusir Portugis dari Melaka dan
    menduduki Melaka pada tahun 1641.

2. Penguasaan Belanda ke atas Melaka bertujuan menguasai perdagangan rempah di


Timur
    daripada Portugis.

3. Pada tahun 1602, Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau
      Vereenigde Oost-Indische Compagnie(V.O.C) dan bertapak di Betawi.

4. V.O.C memulakan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar.

5.V.O.C merasakan bahawa penguasaan Bugis dalam pemerintahan Johor merupakan


satu
    ancaman.

6. Belanda telah melakukan beberapa serangan ke atas   pihak Bugis di Teluk Ketapang
dan
      Riau.

7. Belanda telah melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau. Oleh yang
demikian,
      V.O.C dapat menawan dan mengusir Orang Bugis. Ini menyebabkan Orang Bugis
memusuhi
      Belanda.

8. Belanda akhirnya dapat meluaskan pengaruh di Johor   dan juga di Tanah Melayu
apabila
      kekuasaan Orang Bugis dapat dilumpuhkan.

9. Permusuhan dan persengketaan antara V.O.C dengan orang Bugis sejak tahun 1667
      memberi kesan buruk kepada perkembangan Johor.

10.Belanda yang bertapak di Betawi dan Melaka berusaha untuk menguasai Johor.

11. Apabila Belanda menguasai Riau, jawatan Yamtuan Muda dan Sultan dihapuskan.
KERAJAAN NEGERI-
NEGERI MELAYU
Latar Belakang Pembentukan Kerajaan-kerajaan Melayu

Pengenalan

1.    Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud pada zaman dahulu tidak mempunyai
sempadan
        yang jelas.

2.     Kerajaan-kerajaan ini terbahagi kepada Kerajaan Melayu yang tua dan Kerajaan
Melayu
         yang baru.

3.     Kerajaan-kerajaan Melayu yang tua ialah kerajaan yang wujud sebelum zaman
Kesultanan
        Melayu Melaka seperti:
        (a)    Kedah
        (b)    Pahang
        (c)    Perak

4.     Kerajaan-kerajaan Melayu yang baru pula ialah kerajaan yang terbentuk selepas
zaman
        Kesultanan Melayu Melaka seperti:
        (a)    Kelantan
        (b)    Terengganu
        (c)    Negeri Sembilan
        (d)    Selangor

Kerajaan Melayu yang Tua


Kedah

       
 
           Jata negeri Kedah
   

                Peta negeri Kedah

    

              Bendera Kedah

Asal usul nama Kedah

1.    Terdapat beberapa nama yang merujuk Kerajaan Kedah oleh orang Cina,
Pedagang India,
       pedagang Arab dan Orang Siam.
            (a)    Orang Cina memanggil Kedah sebagai Cheh-Cha.
            (b)    Pedagang India memanggil Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau
Kadaram.
            (c)    Pedagang Arab memanggil Kedah sebagai Kalah atau Kalah Bar.
            (d)    Orang Siam memanggil Kedah sebagai Sai.
Pembentukan Kerajaan Kedah
1.    Kedah dibahagikan kepada tiga pusat pentadbiran oleh Sultan Muzaffar Shah,
iaitu
        (a)    Kota Palas
        (b)    Langkawi
        (c)    Kota Ulu

2.    Pusat pentadbiran Kedah kemudian berpindah-pindah. Sehingga pada tahun


1735. Kota
       Setar menjadi pusat pemerintahan yang baru.

3.    Dari Kota Setar wujudlah bandar Alor Setar yang menjadi ibu negeri Kedah
sekarang.

Keistimewaan dan keunikan kerajaan Kedah

1.    Kedudukan Kedah yang strategik telah menarik minat pedagang dari:


        (a)    Arab
        (b)    Parsi
        (c)    India
        (d)    Sri Lanka
        (e)    China
        (f)     Barat

2.    Sebagai sebuah kerajaan yang maju, Kedah menghadapi cabaran dan ancaman
daripada
       kuasa luar.
3.    Kedah memerlukan sokongan daripada negara jirannya, Siam yang lebih kuat
untuk
       menjamin keselamatannya.

4.    Justeru itu, Kedah telah menghantar bunga emas ke Siam sebagai tanda
persahabatan.

5.    Kedah telah diserang oleh Acheh yang diketuai oleh Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam
       pada tahun 1619.

6.    Sultan Kedah telah berundur ke Perlis dan meminta bantuan daripada Siam.

7.    Untuk menjamin keselamatan negerinya, Sultan Kedah telah menjalinkan


persahabatan
       dengan Burma apabila kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia ditawan oleh
Burma pada
        tahun 1767.

8.    Pada kurun ke-18, Kerajaan Kedah kurang stabil kerana:


       (a)    Ancaman oleh Siam
       (b)   Perebutan takhta dan pertikaian di kalangan kerabat diraja.

9.    Untuk menghadapi ancaman Siam, kerajaan Kedah telah meminta pertolongan


pihak
       Inggeris.

10.    Siam telah menakluk Kedah pada tahun 1821 kerana:


         (a)    Kerajaan Kedah enggan akur pada Siam.
         (b)    Hubungan baik kerajaan Kedah dengan pihak Inggeris.

11.    Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya telah berundur ke Pulau Pinang.

12.    Dari Pulau Pinang, pembesar Kedah telah menyusun strategi untuk menyerang
tentera
         Siam di Kedah.

13.    Akhirnya, Kedah berjaya mendapatkan semula kemerdekaan dari Siam pada
tahun 1842.

14.    Kedah dan Siam menjalinkan hubungan semula yang lebih erat selepas tahun
1842.

15.    Hubungan baik ini telah membantu Kedah menjadi sebuah negeri yang aman
dan
         makmur.

16.    Negeri Kedah terkenal sebagai sebuah pelabuhan entrepot kerana sejak 1800
tahun
         lalu, Kedah merupakan sebuah negara perdagangan.

17.    Kedah juga mengamalkan Undang-Undang Laut Melaka.

18.    Selain itu, sistem sukat dan mata wang juga turut memudahkan urusan
perdagangan.

19.    Antara hasil tempatan yang diperdagangkan di pelabuhan Kedah ialah emas,
bijih timah,
         lada hitam, damar, rotan, tanduk dan gading.

20.    Oleh itu, permuafakatan dan kerjasama dengan negara jiran amat penting untuk

         meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.

Perak
         

                   Jata negeri Perak

          

                     Peta negeri Perak

         

                   Bendera negeri Perak

Asal usul nama Perak

1.    Nama negeri Perak dikaitkan dengan sejenis logam iaitu Perak.

2.     Menurut A. Halim Nasir dalam bukunya Sejarah Perak , nama Perak diambil
sempena
        Sungai Perak.

3.    Terdapat sejenis ikan berwarna putih seperti perak di Sungai Perak yang terletak
di
       Chegar Galah.
Pembentukan kerajaan Perak

1.    Dua sumber yang boleh dirujuk tentang sejarah awal Perak ialah Sejarah Melayu
dan
       Salasilah Perak.

2.    Menurut Sejarah Melayu dan Salasilah Perak, Kerajaan Perak diasaskan oleh
Sultan
       Muzaffar Shah, iaitu putera Sultan Mahmud Shah dari Melaka pada tahun 1528.

3.    Tun Saban telah memohon seorang putera Sultan Mahmud Shah untuk dijadikan
raja di
       Perak.

4.    Sultan Mahmud Shah berkenan dengan permintaan mereka dan menghantar


Raja
        Muzaffar Shah bersama alat kebesaran negeri, Cura Si Manjikini ke Perak.

5.    Gelaran baginda ialah Sultan Muzaffar Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud
Shah.

6.    Pusat pemerintahan baginda di Tanah Abang.

Keistimewaan dan keunikan kerajaan Perak

1.    Kekayaan hasil bumi Perak dengan bijih timah telah menarik minat kuasa-kuasa
asing
       untuk menakluki Perak.

2.    Perak berkembang dan kaya dengan hasil bijih timah semenjak zaman kerajaan
Beruas
       dan Manjung.

3.    Pada tahun 1575, Perak ditakluki dan menjadi naungan kerajaan Acheh.

4.    Belanda juga tertarik dengan kekayaan bijih timah di Perak.

5.    Pada tahun 1651, Belanda telah mengepung Perak.

6.    Belanda meminta Perak menjual bijih timah tersebut hanya kepada Syarikat
Hindia Timur
       Belanda (V.O.C) dengan menandatangani perjanjian dengan Belanda.

7.    Perjanjian tersebut ditandatangani antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan


Thomas
       Acheppers pada 13 Mac 1753.

8.    Sempadan antara Siam dan Perak telah ditentukan oleh Bendahara Megat
Terawis pada
        zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah di Melaka.

9.    Tujuan penentuan sempadan ini adalah untuk memudahkan pungutan cukai oleh
       pembesar Perak.

10.    Sebuah lombong yang diusahakan oleh Orang Reman dari Siam di Klian Intan
telah
          menjadikan Perak negeri yang kaya hasil pungutan cukai di situ.

11.    Ini menyebabkan Siam amat berminat untuk menakluki Perak.

12.    Kedah telah menyerang Perak atas arahan Siam iaitu pada tahun 1816, 1818 dan
1819.

13.    Pada tahun 1819, Perak telah tewas dalam serangan dan menyebabkan:
        (a)    Perak terpaksa menghantar bunga emas sebagai ufti kepada Siam setiap
tahun.
        (b)    Orang Siam dibenarkan membeli bijih timah dengan tidak membayar cukai.

14.    Namun demikian, tindakan Siam tidak berhasil disebabkan penglibatan British
melalui                Perjanjian Low di Perak.
Pahang

          

              Jata negeri Pahang


     

                 Peta negeri Pahang

      

                Bendera Pahang

Asal usul negeri Pahang

1.    Pada abad ke-9 dan ke-10, Kerajaan Pahang telah wujud.

2.    Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena sebatang pokok
yang
       tumbang merentangi Sungai Pahang di Kampung Kembahang iaitu Pokok
Mahang.

3.    Dalam sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura.

4.    Menurut rekod China, Orang China menyebut Pahang sebagai Phang atau
Pahangh.

5.    Orang Arab menyebut Pahang sebagai Fahan.

6.    Pada tahun 1225, penulis China, Chao Ju-Kua menyatakan bahawa Pahang
dikenali
        sebagai Pong Fong dan kerajaan ini di bawah naungan kerajaan Palembang.
Pembentukan kerajaan Pahang

1.   Raja Muhammad Shah putera kepada Sultan Mansor Shah, Sultan Melaka telah
dilantik
      menjadi Sultan Pahang yang pertama pada tahun 1470 dengan gelaran Sultan
Muhammad
      Shah.

2.   Bermulalah keturunan Kesultanan Melayu Melaka menguasai kerajaan Pahang.

3.   Pada tahun 1641 sehingga 1673, Pahang diletakkan di bawah pemerintahan


Yamtuan
      Muda Johor, iaitu Raja Bajau.

4.   Oleh yang demikian, berakhirlah pemerintahan keturunan Kesultanan Melayu


Melaka.

5.   Perpecahan yang berlaku dalam kerajaan Johor menyebabkan Pahang diletakkan


di
      bawah penguasaan Bendahara Johor.

6.   Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan dengan gelaran Sultan Ahmad al-
Muadzam Shah             selepas merampas kuasa daripada Bendahara  Tun Mutahir
pada tahun 1882.
Keistimewaan dan keunikan kerajaan Pahang.

1. Mengikut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan:


    (a) Beras
    (b) Bijih Timah
    (c) Hasil hutan seperti:
        (i)   Kayu Kapur
        (ii)  Gaharu
        (iii) Kapur Barus
Kerajaan Melayu yang Baru
Kelantan

    
       Jata negeri Kelantan

   
          Peta negeri Kelantan

     
      Bendera negeri Kelantan

Asal usul nama Kelantan


1.    Shen-Yau dari Dinasti Tang (618-907 Masihi) seorang sejarawan China,
mencatatkan nama        Kelantan sebagai Ho-Lo-Tan atau Kuo-lo-Tan.

2.    Pengarang Researches on Ptolemy's Geography of Eastern Asia iaitu Gerini


menyatakan          Kelantan adalah gabungan antara perkataan 'kolam' yang
bermaksud tanah dengan                    'antam' yang bermakna sempadan.

3.    Gabungan itu kemudiannya menjadi 'Kolantam' dan seterusnya menjadi


Kelantan.

Pembentukan kerajaan Kelantan

1.    Kelantan telah diperintah oleh beberapa raja yang berlainan dari pelbagai daerah
yang            berasingan.

2.    Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan telah bersatu.

3.     Pada tahun 1777, Long Yunus telah memindah ibu kotanya dari Kota Kubang
Labu ke                 Kota Bharu.

4.    Pada akhir pemerintahannya, Long Yunus menghadapi pertikaian dengan Sultan


Terengganu.

5.    Pada tahun 1794, Terengganu telah cuba menyerang Kelantan.

6.    Selepas kemangkatan Long Yunus, Terengganu dengan bantuan Patani telah


menyerang          Kelantan pada tahun 1795 sehingga 1800.
7.    Pada tahun 1801, Long Muhammad, putera Raja Long Yunus telah melancarkan
serangan          balas dari Ulu Kelantan.

8.    Baginda berjaya membebaskan semula negeri Kelantan daripada Terengganu.

9.    Selepas peperangan itu, Long Muhammad mengisytiharkan dirinya Sultan


Kelantan                    dengan gelaran Sultan Muhammad I.

Keistimewaan dan keunikan kerajaan Kelantan.

1.    Demi menjaga kemerdekaan Kelantan serta serangan dari luar, baginda telah
menjalinkan        hubungan diplomatik dengan Siam.

2.    Pada tahun 1818, Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam dan sebagai
balasan,              Siam pula memberi hadiah yang berharga.

3.    Penghantaran bunga emas ini dibuat setiap tiga tahun sekali sehingga tahun 1909.

4.    Setelah hubungan diplomatik ini terjalin, Terengganu tidak lagi bermusuh dengan
Kelantan.

5.    Rentse telah mencatatkan bahawa Kelantan terletak di laluan perdagangan


antara Timur          dan Barat.

6.    Kuala Sungai Kelantan merupakan tempat persinggahan terkenal di kalangan


peniaga              sebelum mereka berdagang ke Teluk Siam, Kemboja dan China.

7.    Wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis telah digunakan.

8.    Negeri Kelantan juga terkenal dengan panggilan Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Terengganu

     
   Jata negeri Terengganu

  
      Peta negeri Terengganu

     

          Bendera terengganu

Asal usul nama Terengganu

1.    Negeri Terengganu dikatakan terletak di Kuala Sungai Terengganu.

2.    Menurut Sultan Umar, Sultan Terengganu ke-9, asal usul nama Terengganu
bermula                  dengan sebutan taring anu. Anu merujuk sebutan bagi harimau.

Pembentukan Kerajaan Terengganu

1.    Kerajaan Terengganu ditubuhkan sekitar tahun 1700 sehingga 1703.

2.    Rajanya yang pertama ialah Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja yang berasal
daripada                keluarga Bendahara Pahang, dilantik menjadi menjadi Raja
Terengganu dengan gelaran            Sultan Zainal Abidin I.

3.     Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, iaitu Sultan Johor telah melantik Sultan
Zainal Abidin I         sebagai Sultan Terengganu kerana hubungan persaudaraan.

Keistimewaan dan Keunikan Kerajaan Terengganu

1.    Kerajaan Terengganu dikatakan mencapai zaman kegemilangannya semasa


pemerintahan        Sultan Mansor Shah I, iaitu Sultan Terengganu kedua.

2.    Terengganu telah berkembang pesat dan menjadi pusat perdagangan pedalaman


utama          dan terpenting di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-18.

3.    Pelabuhan Kuala Terengganu telah menjadi pelabuhan persinggahan bagi


pedagang                asing sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka.

4.    Sultan Terengganu, Sultan Mansor Shah I juga merupakan saudagar yang


berjaya dan                baginda begitu mengambil berat tentang perdagangan di
pelabuhan. Baginda melantik              wakil di pelabuhan untuk menguruskan
perdagangan bagi pihak baginda.

5.    Antara barangan yang diperdagangkan ialah lada hitam, emas dan bijih timah.

6.    Hasil keluarannya berjumlah lebih kurang 30 000 Dolar Sepanyol.

7.    Terengganu juga menjalinkan hubungan persahabatan dengan Siam.

8.     Pada tahun 1765, Siam telah meminta bantuan Terengganu menyerang Raja
Ligor dan               disetujui oleh Sultan Mansor Shah I.

9.     Sultan Mansor Shah I juga telah menghantar bunga emas ke Siam. Penghantaran
bunga           emas oleh Terengganu dianggap kerajaan Siam ketuanannya ke atas
Terengganu.

10.    Terengganu adalah antara negeri yang terawal di Tanah Melayu menerima
pengaruh                  Islam.

11.    Buktinya adalah dengan penemuan:


         (a) Artifak pada abad ke-13, iaitu sebuah tembaga purba yang bertulisan ayat al-
Quran                     (surah al-Kahfi dan al-Taubat) bertarikh 652 Hijrah bersamaan
1254 Masihi.
         (b) Prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masihi yang
menyebut                          tentang sepuluh darma atau undang-undang khususnya
tentang hukum jenayah                        Islam.

12.    Sultan Omar merupakan Sultan Terengganu yang berpegang kuat pada ajaran
Islam.
Selangor

        

             Jata negeri

   

                Peta negeri Selangor

       

           Bendera negeri Selangor

Asal Usul Nama Selangor

1.    Nama asal Selangor ridak dapat diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berasal
daripada        Sungai Selangor.

Pembentukan Kerajaan Negeri Selangor

1.    Sejarah Selangor berkait rapat dengan Sejarah Klang, iaitu sebuah pusat
perdagangan            entrepot yang penting yang pernah dikunjungi pedagang-
pedagang China dan Kepulauan        Melayu.

2.    Daerah Klang pernah berada di bawah naungan Majapahit pada abad ke-14.
3.    Kemudian, kampung-kampung kecil di Selangor berajakan kerajaan Melayu
Melaka.                  Sultan Selangor berasal daripada orang Bugis yang mendirikan
petempatan di Kuala                  Selangor dan Kuala Linggi.

4.    Daerah-daerah Selangor yang pernah menjad negeri naungan Melaka pada abad
ke-15              ialah Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor).

5.    Tun Perak ialah penghulu Klang sebelum dilantik menjadi Bendahara Melaka
oleh Sultan          Muzaffar Shah (1445-1458).

6.   Selangor merupakan kerajaan yang baru muncul pada abad ke-18.

7.    Pada kurun ke-17, Orang Bugis telah mendirikan penempatan di Kuala Selangor
dan                  Klang.

8.    Klang sebenarnya dikuasai Orang Besar Klang yang bergelar To' Engku Klang
yang                    berasal daripada keturunan Sultan Johor yang berketurunan
Bendahara.

9.    Pada tahun 1700, Orang Besar Klang telah menghadiahkan cap mohor kepada
Yamtuan            Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor.

10.  Menjelang kurun ke-18, kedudukan Orang Bugis semakin kuat.

11.  Raja Lumu, anak Daeng Celak dilantik oleh Orang Bugis sebagai Sultan Selangor.

12.  Baginda telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud (Sultan Perak) pada tahun 1766
dengan                memakai gelaran Sultan Salehuddin Shah.

13.  Sultan Salehuddin Shah berjaya menjadikan Selangor sebagai negeri terkuat di    
Semenanjung pada masa itu.  
  

Keistimewaan dan keunikan Kerajaan Selangor

1.    Setelah kemangkatan Sultan Salehuddin Shah, Sultan Ibrahim Shah telah ditabal
menjadi          Sultan Selangor.

2.    Baginda berjaya memajukan negeri Selangor sebagai pengeluar bijih timah.

3.    Kemajuan negeri Selangor ini menyebabkan Belanda ingin menguasai Selangor.

4.    Belanda telah memulakan langkah dengan menyerang Sultan Ibrahim Shah di


Kuala                    Selangor.

5.    Sultan Ibrahim terpaksa berundur ke Hulu Selangor, Bernam dan seterusnya ke


Pahang.

6.    Sultan Ibrahim telah meminta bantuan Pahang pada tahun 1785 untuk
menyerang Belanda.
7.    Baginda dapat menguasai semula Kuala Selangor.

8.    Namun demikian, Belanda telah mengepung semula Kuala Selangor pada tahun
1786.

9.    Sultan Ibrahim Shah telah meminta bantuan kerajaan Perak dan perjanjian
kerjasama                antara kedua-dua kerajaan telah terlaksana.

10.  Sultan Muhammad Shah telah ditabal menjadi Sultan Selangor setelah
kemangkatan                  Sultan Ibrahim Shah.

Negeri Sembilan

         

           Jata Negeri Sembilan


 

        

                   Peta Negeri Sembilan

         
                 Bendera Negeri Sembilan

Asal Usul Nama Negeri Sembilan

1.    Negeri Sembilan terdiri daripada sembilan daerah atau luak iaitu:


       (a) Sungai Ujong
       (b) Jelebu
       (c) Johol
       (d) Inas
       (e) Rembau
       (f)  Jempul
       (g) Ulu Muar
       (h) Terachi
        (i) Gunung Pasir

Pembentukan  kerajaan Negeri Sembilan

1.    Kedatangan Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan dan menetap di Naning,


Sungai                Ujong dan Rembau disebabkan kemajuan negeri Melaka.

2.  Mereka menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka yang berasal dari Melayu-
Jambi.

3.  Ujong, Klang, Jelebu dan Johol merupakan daerah kepunyaan penduduk asli.
Kesemua            daerah ini di bawah kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.

4.  Negeri Sembilan tidak aman setelah:


        (a) Melaka telah jatuh ke tangan pihak Portugis.
        (b) Pengaruh Bugis di Johor bertambah kuat.
        (c) Bermula kesultanan Bugis di Selangor.

5.   Keadaan-keadaan ini menyebabkan penghulu-penghulu di Negeri Sembilan


memohon               seorang putera raja untuk mentadbir negeri mereka.

6.    Namun demikian, Kerajaan Johor tidak dapat membantu dan kuasa diberikan
kepada                  penghulu-penghulu ini untuk mendapatkan seorang putera raja dari
Pagar Ruyong.

7.    Menurut sumber lisan yang baharu, Raja Melewar yang berasal dari Pagar
Ruyong telah            dijemput oleh penghulu-penghulu di Negeri Sembilan atas
persetujuan Sultan Johor.

8.    Raja Melewar telah pergi ke Siak dan Johor untuk mendapatkan keizinan untuk  
memerintah Negeri Sembilan.

9.    Raja Melewar ditabal sebagai Yamtuan pada tahun 1773.

10.  Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong tamat selepas Raja Lenggang
menjadi                  Yamtuan Besar.

Keistimewaan dan Keunikan Kerajaan Negeri Sembilan

1.    Hasil pengeluaran Negeri Sembilan ialah:


        (a) Bijih Timah
        (b) Beras
        (c) Hasil hutan

2.    Hasil pengeluaran Negeri Sembilan adalah untuk kegiatan perdagangannya.


WARISAN KESULTANAN MELAYU 
                                                                                                      
    

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran


1.    Negeri-negeri Melayu telah mempunyai sistem pemerintahan dan jentera
pentadbiran                  yang teratur untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

2.    Sistem pemerintahan ialah cara:


        (a) Pentadbiran sesebuah kerajaan.
        (b) Pengurusan sesebuah kerajaan.

3.    Sistem pemerintahan beraja diamalkan di negeri-negeri Melayu

4.    Raja atau sultan ialah tunggak dalam sistem pemerintahan negeri Melayu.

5.    Struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu bermula dari peringkat kampung,


daerah atau          jajahan dan negeri.
6.    Struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri-negeri adalah seperti jadual 9.1.

    

7.    Pembahagian dalam pentadbiran ini adalah untuk menjamin perlaksanaan arahan


dan      
       pemerintahan dari sultan dengan lebih berkesan.

    

     Struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri-negeri melayu.

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran


Negeri-negeri Melayu

Raja atau Sultan

1.     Raja atau sultan mengetahui pentadbiran pada peringkat negeri.

2.    Di dalam pentadbiran, sultan dibantu oleh:


       (a) Kerabat diraja
       (b) Pembesar

3.    Sultan merupakan lambang kedaulatan negeri.


4. Kuasa sultan dianggap mutlak dan berdaulat.

5.    Sultan yang berdaulat mempunyai :


       (a) Kesempurnaan,
       (b) Kebolehan dan
       (c) Keistimewaan ketika memtadbir kerajaannya.

6.    Kedaulatan sultan bertujuan untuk memastikan pembesar dan rakyat melaksanakan


tugas        serta tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh baginda.

7.    Sultan mempunyai tanggungjawab menyatupadukan rakyat, menjaga keamanan dan

       kemakmuran negeri.

8.    Kedaulatan sultan dilihat melalui :

       (a) Kemampuan melaksanakan undang-undang dengan adil.


       (b) Kecemerlangan dalam pentadbiran negeri.
       (c) Keunggulan peribadi sultan.
       (d) Kepahlawanan sultan menentang musuh.

9.    Konsep daulat amat dimuliakan oleh rakyat. Rakyat yang menderhaka dan tidak
menurut    
       perintah akan ditimpa tulah.

10.   Tulah ialah malapetaka yang berbentuk sumpahan atau hukuman daripada sultan
yang      
       akan ditimpa si penderhaka.

11.  Keistimewaan dan kedaulatan sultan diperkukuhkan dengan :


       (a) Alat-alat kebesaran raja.
       (b) Bahasa dalam
    
Alat-alat kebesaran raja
Bahasa dalam         

1.    Bahasa yang digunakan oleh sultan disebut sebagai bahasa dalam atau bahasa
istana.

2.    Bahasa ini tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa.


3.    Antara bahasa yang digunakan ialah :

    

    
Peranan Pembesar dalam Sistem
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu

Pembesar dalam peringkat negeri

1.     Pembesar di peringkat negeri memainkan peranan dalam membantu pentadbiran


       dan melaksanakan perintah sultan.

2.    Mereka berkuasa dalam :


       (a) Kuasa mentadbir      (b) Mengutip cukai

Pembesar Peringkat daerah dan jajahan


1.    Pembesar peringkat daerah dan jajahan dilantik dengan pemberian surat tauliah
       oleh sultan.

2.    Pembesar jajahan dan daerah amat menghormati dan mentaati sultan kerana
        menghargai kepercayaan sultan terhadap mereka.

3.    Tugas utama pembesar jajahan ialah :


       (a) menjaga dan mengekalkan keamanan.
       (b) Mempertahankan kedaulatan negeri.
       (c) Menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan.
       (d) Menyediakan tenaga kerja.

Peringkat kampung
 
1.    Ketua pada peringkat kampung ialah ketua kampung.

2.    Ketua kampung juga dikenali sebagai :


       (a) Penggawa        (b) Penghulu

3.    Tugas seorang ketua kampung ialah :


       (a) memungut cukai.
       (b) Membekalkan tenaga kerja.
       (c) Mengekalkan taat setia masyarakat kampung.
       (d) Menjadi perantara antara pembesar dengan rakyat.

4.    Terdapat juga golongan yang penting dalam pentadbiran peringkat kampung,


       iaitu :
       (a) Golongan agama     (b) Ahli magis

Golongan agama

Ahli magis
    

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran


Negeri Sembilan

Adat perpatih dalam sistem pemerintahan


  dan pentadbiran

1.    Negeri Sembilan mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berbeza


       dari negeri-negeri Melayu yang lain.       

2.    Sistem pemerintahan di Negeri Sembilan mengikut Adat Perpatih sementara    


       negeri-negeri Melayu yang lain mengamalkan Adat Temenggung.

3.    Kedua-dua adat ini, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung berasal dari
       Sumatera,  Indonesia.

4.    Adat ini berbentuk apabila seorang pembesar di kawasan Sumatera


       membahagikan kawasan pentadbiran kepada dua orang anaknya iaitu,
       Datuk perpatih dan Datuk  Ketemenggungan.
5.    Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Beliau memerintah  
       Palembang.

6.    Adat Temenggung dibawa pada abad ke-15, ke Tanah Melayu setelah keturunan
       Raja Palembang datang ke Melaka.

7.    Adat Perpatih pula diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang memerintah
       Pagar   Ruyong, Sumatera.

8.    Orang Minangkabau yang berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Negeri


Sembilan
       dan Naning telah memperkenalkan Adat Perpatih.

9.    Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Tanah Melayu kecuali Negeri


       Sembilan dan Naning.

10.  Dalam Adat Perpatih, orang yang mahir mentafsir dan melaksanakan hukum
       dinamakan Ketua Adat.

Peranan pemerintahan dan pembesar dalam


struktur pemerintahan Negeri Sembilan
 
Yamtuan Besar

1.     Yamtuan Besar adalah pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan.

2.    Pada zaman sekarang, Yamtuan Besar dikenali sebagai Yang Dipertuan Besar.

3.    Peranan Yamtuan Besar sama dengan peranan raja-raja Melayu di negeri Melayu.

Undang 

1.    Undang merupakan ketua bagi semua luak atau luhak.

2.    Di Negeri Sembilan terdapat empat luak yang diperintah oleh Undang iaitu :
       (a) Sungai Ujong
       (b) Jelebu
       (c) Johol
       (d) Rembau

3.    Daerah-daerah lain diperintah oleh Penghulu.

4.    Tugas utama Undang ialah memilih Yamtuan Besar.

Lembaga

1.    Lembaga merupakan ketua suku kaum atau waris.


2.    Peranan Lembaga ialah :
       (a) Memilih Undang.
       (b) Menjaga keselamatan dan keamanan.
       (c) Mengendalikan pembahagian harta pusaka.
       (d) Menyelesaikan pertelingkahan antara suku.
       (e) Menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.

Buapak

1.    Buapak ialah Ketua Perut.

2.    Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.

3.    Peranan Buapak ialah menjadi tempat rujukan soal yang berkaitan adat dan
       hukum.

    

Pemilih pemimpin dalam Adat Perpatih

1.    Amalan Adat Perpatih adalah bersifat demokrasi.

2.    Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih adalah seperti berikut :


   

3.    Amalan demokrasi dalam Adat Perpatih dapat dilihat dalam perbilangan adat
seperti di
       bawah : 

    

Alat kebesaran raja di Negeri Sembilan

1.    Antara alat-alat kebesaran yang menjadi lambang kekuasaan dan pengesahan


      Yang Dipertuan Besar ialah :
       (a)  16 kaki payung kuning.
       (b)  16 bilah keris panjang.
       (c)  16 batang tombak benderang.
       (d)  Lapan buah tepak sirih.
       (e)  Lapan buah tempat abu.
       (f)   Lapan batang tiang lilin.
       (g)  Empat tunggul (panji berwarna kuning)
       (h)  Dua tunggul panji-panji berwarna merah.
       (i)   Dua tunggul panji-panji yang berwarna hitam.
   
Sistem Perundangan Kerajaan Melayu
1.    Sistem perundangan di negeri Melayu meliputi undang-undang adat dan
       undang-undang bertulis.

2.    Undang-undang adat terdiri daripada :


       (a) Adat Perpatih
       (b) Adat Temenggung

3.    Undang-undang bertulis ialah :


       (a) Hukum Kanun Melaka
       (b) Undang-undang Laut Melaka
       (c) Undang-undang Pahang
       (d) Undang-undang 99 Perak
       (e) Undang-undang Kedah

    
Undang-undang Adat

1.    Undang-undang adat dihafal secara turun temurun.

2.    Undang-undang ini menjadi peraturan yang mesti dipatuhi.


   
3.    Undang-undang adat merupakan peraturan-peraturan berdasarkan amalan
       kebiasaan  dalam masyarakat.

4.    Undang-undang adat terdiri daripada :


       (a) Adat Temenggung
       (b) Adat Perpatih

Undang  Temenggung
1.    Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dari Palembang,
       Sumatera.

2.    Adat ini mengutamakan keturunan keluarga nasab bapa, iaitu lelaki menjadi waris
       pusaka.

3.    Adat ini diamalkan di semua negeri Melayu kecuali di Negeri Sembilan.

4.    Perlaksanaan adat ini amat jelas dalam tiga perkara seperti :


       (a) Sistem berkeluarga
       (b) Sistem pewarisan harta pusaka
       (c) Sistem politik dam pemerintahan
       (d) Sistem perundangan

5.    Tok Sidang, Tok Penghulu atau Tok Penggawa berperanan mentafsir dan
       melaksanakan hukum adat.

Undang Perpatih

1.    Adat ini diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyong,
       Sumatera.

2.    Adat Perpatih mengutamakan perut (ketua) keluarga sebelah perempuan, iaitu


       perempuan menjadi pewaris pusaka.

3.    Adat ini diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka.

4.    Hukum adat ini tidak pernah ditulis dan hanya dihafal oleh ketua adat.

5.    Antara ciri-ciri Adat Perpatih yang diutamakan :


       (a) Bidang pemerintahan.
       (b) Bentuk hukuman kepada pesalah.
       (c) Sistem jurai keturunan.
       (d) Pewarisan harta pusaka.
       (e) Adat perkahwinan.

6.    Adat ini mementingkan prinsip demokrasi dan kerjasama di dalam masyarakat  


       keseluruhannnya. 

Ciri-ciri Perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih.


Undang-undang Bertulis

1.     Undang-undang bertulis ialah himpunan peraturan larangan dan adat istiadat dalam

       bentuk bertulis.

2.    Undang-undang bertulis awal ialah :


       (a) Hukum Kanun Melaka
       (b) Undang-undang Laut Melaka

3.    Undang-undang ini digubal pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

4.    Penyebaran unsur undang-undang ini telah berlaku di Johor, Perak, Pahang dan
       Kedah kerana negeri tersebut adalah jajahan takluk Melaka.    
    

    

    
    
Kegiatan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu
1.    Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang paling asas dan
       dijalankan secara kecil-kecilan. 

2.    Antara kegiatan ekonomi sara diri ialah :


       (a) Kegiatan pertanian
       (b) Kegiatan perikanan.
       (c) Kegiatan pembuatan kraf tangan.

3.    Pengeluaran kegiatan ini adalah untuk memenuhi keperluan harian sahaja dan
       selebihnya akan dijual.

4.    Perlombongan juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi.

5.    Perkembangan perdagangan pula telah mewujudkan :


       (a) Sistem mata wang dan cukai.
       (b) Sistem timbangan dan ukuran.
       (c) Sistem pengangkutan.      

Pertanian
  
1.    Masyarakat Melayu rajin menanam pelbagai jenis tanaman yang dijadikan sumber
       makanan yang penting seperti : 
       (a) Padi sawah
       (b) Padi huma
       (c) Sayur-sayuran
       (d) Buah-buahan
       (e) Ubi

2.    Kawasan utama pertanian ialah kawasan berhampiran sungai kerana :


       (a) Tanahnya subur
       (b) Mudah mendapatkan sumber air.

3.    Antara kawasan penanaman utama padi ialah :


       (a) Kawasan delta sungai di Kedah.
       (b) Kawasan delta sungai di Kelantan.

4.    Peralatan yang digunakan ialah :

    
    

5.    Bagi menambah hasil pengeluaran, empangan telah dibina untuk menakung air.

6.    Air yang ditakung disalurkan kekawasan pertanian melalui terusan.

7.    Terusan yang terkenal di Tanah Melayu ialah Terusan Wan Mat Saman.

Perikanan
    
1.    Masyarakat Melayu menggunakan peralatan tradisional untuk menangkap ikan.

2.    Hasil tangkapan dipaerdagangkan kerana mendapat permintaan yang tinggi.

3.    Lebihan tangkapan akan dibuat :


       (a) Ikan kering
       (b) Belacan
       (c) Budu
       (d) Keropok

4.    Antara peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan ialah serkap, bubu,
       tangguk dan tanggul.

    
                           Alat menangkap ikan

Kraf Tangan
   
1.    Masyarakat Melayu tradisional memeang mahir dan kreatif dalam membuat kraf
       tangan yang indah dan menarik.

2.    Masyarakat Melayu bijak dalam menggunakan sumber-sumber semula jadi untuk


       dibuat kraf tangan seperti :

      
            Daun nipah dan daun                        Digunakan untuk dijadikan                  
                      mengkuang                                tikar, bakul dan tudung salji

3.    Masyarakat Melayu juga mahir :

    

Perlombongan

1.    Negeri-negeri Tanah Melayu kaya dengan hasil logam seperti :


       (a) Bijih timah
       (b) Emas

2.    Kegiatan perlombongan merupakan pekerjaan tradisional masyarakat Melayu.


3.    Kegiatan utama perlombongan bijih timah ialah di :
       (a) Selangor-Sungai Bernam, Sungai Selangor dan Sungai Klang.
       (b) Perak-Lembah Kinta, Larut Tinggi dan Beruas.
       (c) Negeri Sembilan-Sungai Linggi dan Sungai Ujong.

4.    Kaedah melombong yang dilakukan oleh masyarakat Melayu tradisional ialah :


       (a) Mendulang atau melampan
       (b) Lombong siam

5.    Bijih timah akan dijadikan bahan dagangan mata wang dan perkakas rumah.

6.    Emas dilombong di :
       (a) Kelantan
       (b) Pahang
       (c) Terengganu

7.    Emas dan perak digunakan untuk membuat barang perhiasan.


                                                                                
Sistem Percukaian     
1.    Hasil pertanian, perlombongan dan hasil hutan akan dikenakan cukai.

2.    Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan melambangkan kekuasaan  


       pembesar di sesuatu tempat.

3.    Sungai ialah tempat yang penting bagi kegiatan memunggut cukai.  

4.    Cukai yang dipungut terdiri daripada :

    
   

Sistem Serah

1.    Sistem serah telah diamalkan dalam masyarakat Melayu.

2.    Sistem serah ialah pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan
       oleh rakyat kepada pemerintah.    

3.    Pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diserahkan merupakan


       balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat.

4.    Kadar serta nilai serahan yang perlu diberikan adalah bergantung pada hasil
        tanaman dan ternakan yang diperoleh dalam tahun tersebut.

Sistem Kerah

1.    Sistem kerah juga diamalkan dalam masyarakat Melayu.

2.    Sistem kerah merupakan satu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah.

3.    Antara pekerjaan yang dilakukan dalam sistem ini ialah :


       (a) Membina istana
       (b) Membina kubu
       (c) Membina jalan
       (d) Membina saliran
4.    Dalam sistem ini, rakyat dapat menunjukkan sikap taat setia, sedia berkorban dan  

       berganding bahu dengan pemerintah.


   

Perdagangan

1.    Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi orang Melayu yang penting sejak 2000
       tahun dahulu.

2.    Ini adalah kerana Semenanjung Tanah Melayu merupakan pusat perdagangan


       kerana kedudukannya yang stategik di jalan perdagangan antarabangsa.

3.    Kegiatan ini dilakukan secara berjual beli dan tukar barang.

4.    Sultan dan pembesar merupakan pemodal dan memonopoli perdagangan.

5.    Rakyat biasa pula menjalankan kegiatan perdagangan seperti berjaja di pasar atau
       di luar kawasan.

6.    Pusat perdagangan terletak di pelabuhan yang berhampiran dengan muara


       sungai.  Sebagai contoh :
       (a) Pelabuhan Melaka
       (b) Pelabuhan Kedah
       (c) Pelabuhan Klang
       (d) Pelabuhan Johor Lama

7.    Pelabuhan-pelabuhan tersebut merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran    


       barangan dari Timur dan Barat.

8.    Barang-barang yang utama didagangkan ialah :


       (a) Rempah
       (b) Garam
       (c) Gambir
       (d) Hasil tenunan
       (e) Bijih timah
       (f)   Beras
       (g) Lada hitam

9.    Hasil hutan juga merupakan bahan perdagangan yang penting. Kegiatan


mengumpul
       hasil hutan untuk tujuan perdagangan dikenali sebagai meramu.

10.  Antara hasil hutan yang diperdagangkan ialah :


       (a) Kayu kayan
       (b) Rotan
       (c) Damar
       (d) Madu lebah

Sistem mata wang dalam


kegiatan perdagangan

1.    Sebelum mata wang digunakan, kegiatan perdagangan dilakukan dengan sistem


       barter.

2.    Sistem barter ialah sistem pertukaran barang dengan barang lain mengikut
       keperluan penjual dan pembeli.

         
        Sistem barter atau sistem pertukaran barang

4.    Kulit siput geweng dan siput gerus digunakan sebagai mata wang yang paling
       awal oleh pedagang.

5.    Kemudian dengan perkembangan ekonomi, mata wang logam daripada emas dan
       timah  telah digunakan.

6.    Pada abad ke-15, di Melaka, sejenis mata wang logam yang diperbuat dari timah
       yang dikenali sebagai kaleng (calains) digunakan oleh pedagang.

7.    Antara mata wang yang digunakan oleh kerajaan Melayu ialah :


    
   

       
       Siput gerus dan siput geweng yang digunakan
               sebelum mata wang logam digunakan.

Sistem Timbangan dan Sukatan dan Ukuran

1.    Sejak zaman dahulu lagi masyarakat Melayu telah mempunyai sistem timbangan,
       sukatan dan ukuran yang berkait rapat dengan perdagangan.

2.    Sukatan digunakan untuk mengukur isi padu sesuatu benda.

3.    Alat-alat seperti kaul, cupak dan gantang digunakan untuk menyukat beras, bijih
       timah, rempah, garam dan kacang.

4.    Timbangan pula digunakan untuk mengukur berat sesuatu barangan.

5.    Dacing dan pikul digunakan untuk timbangan barang seperti emas, perak,
       bijih timah dan rempah.

6.    Masyarakat Melayu tradisional juga mahir dalam mengukur keluasan dan


       jarak antara dua tempat.

7.    Unit relung digunakan untuk mengukur keluasan tanah di Kedah.

8.    Selain itu mereka juga menggunakan anggota badan untuk mengukur jarak yang
       pendek seperti :
       (a) Jengkal-pengukuran jarak di antara hujung ibu jari dengan jari kelengkeng.
       (b) Hasta-ukuran jarak di antara hujung siku hingga ke hujung jari hantu.
       (c) Depa-panjang diantara dua hujung tangan didepakan.

9.    Untuk ukuran jarak antara sebuah kampung dengan kampung yang lain
       berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan seperti :
       (a) Sepelaung
       (b) Setanak nasi
       (c) Sehari
       (d) Sepekan
       (e) Sepurnama

10.  Masyarakat Melayu menggunakan anugerah Tuhan seperti penggunaan


       anggota badan
       untuk pengukuran.

    
             Alat untuk menyukat beras, bijih timah,
                          rempah, garam dan kacang.
 
    
                
                                                                 Pikul

      

Pengangkutan

1.    Pedagang negeri-negeri Melayu pada masa dahulu menggunakan jalan air


       dan darat  untuk menjalankan kegiatan perdagangan kerana dapat mengangkut
       barangan dengan mudah dan cepat.

2.    Mereka menggunakan pengangkutan air seperti jalur, kolek, perahu dan sampan.

3.    Perahu dan rakit digunakan di sungai untuk mengangkut barangan dari kawasan
       pedalaman ke pelabuhan dan untuk menangkap ikan.

4.    Bahtera dan jong dan perahu layar digunakan dilaut.


5.    Binatang seperti lembu, kerbau dan gajah pula digunakan sebagai pengangkutan
       darat untuk mengangkut barang.

6.    Pada abad ke-16, terdapat Jalan Denai Penarikan yang menghubungkan Melaka
       dengan Pahang melalui Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang. Jalan
       ini dapat memendekkan perjalanan dari negeri di Pantai Barat ke negeri di Pantai
       Timur.

7.    Sungai amat penting sebagai jalan pengangkutan utama dan banyak penempatan
       didirikan di kawasan yang berhampiran dengan sungai.

Sosiobudaya
1.    Sosiobudaya ialah corak kehidupan yang menjadi amalan sesebuah masyarakat.

2.    Sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional dapat dilihat dalam struktur susun


       lapis masyarakat, gaya hidup dan kegiatan sosiobudaya yang lain.

Struktur Masyarakat Melayu Tradisional

1.    Dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, kedudukan individu boleh


berubah
       melalui dua cara iaitu melalui :
       (a) taraf sedia
       (b) taraf percapaian

2.    Melalui taraf sedia, pertukaran tugas atau pekerjaan berlaku tanpa menjejaskan
       taraf  sosialnya.

3.    Melalui taraf pencapaian pula, berlaku perubahan lapisan ke lapisan yang lebih
       tinggi kerana kebolehan istimewa atau hikmat baktinya kepada pemerintah.

4.    Pembahagian lapisan hanya sebagai suatu cara untuk menjelaskan peranan dan
       tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.

5.    Susun lapis masyarakat Melayu dibahagikan kepada kumpulan :


       (a) Pemerintah       (b) Diperintah.

Golongan pemerintah

1.    Sultan atau raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kerajaan di negeri
       -negeri Melayu.
     
                            Susun lapis masyarakat Melayu

2.    Golongan pemerintah terdiri daripada :


       (a) Raja atau sultan
       (b) Keluarga dan kaum kerabat raja
       (c) Pembesar
       (d) Ulama
       (e) Pendeta

3.    Tanggungjawab seorang sultan ialah menyatukan rakyat, menjamin keamanan


       dan kemakmuran negara.

4.    Sistem penggantian raja berbeza antara satu negeri dengan satu negeri yang lain.
       Sebagai contoh, Perak menggunakan sistem giliran.

    

Kaum kerabat diraja

1.    Bagi melicinkan pentadbiran, raja dibantu oleh kaum kerabat dalam mentadbir
       negara.
2.    Mereka akan menjalankan tugas rasmi dan ada yang dilantik menjadi pembesar
       di daerah atau raja di jajahan.

Golongan pembesar

1.    Golongan pembesar juga menjalankan tugas pentadbiran yang membantu sultan


       menjalankan pentadbiran.

2.    Pembesar mengarah rakyat melakukan kerja awam demi kepentingan negara.

3.    Jawatan pembesar biasanya jawatan perwaris dan disandang secara monarki,


       contohnya jawatan laksamana disandang oleh keluarga Hang Tuah.

4.    Mereka dilantik oleh raja atau sultan.

Golongan ulama

1.    Ulama pula membantu kerajaan mendidik rakyat supaya berakhlak mulia.

2.    Mereka juga menjadi penasihat sultan, bertugas sebagai guru agama, kadi atau
       imam.

3.    Terdapat dua kumpulan ulama, iaitu ulama tempatan dan luar negeri.

Golongan Pendeta

1.    Selain ulama, terdapat juga golongan pendeta yang pakar dalam ilmu
       pengetahuan.

2.    Mereka pakar dalam bidang salasilah raja, kesusasteraan, kebudayaan,


       kesenian dan adat istiadat Melayu.

3.    Justeru itu, mereka menjadi pakar rujuk sultan atau raja dan masyarakat.

Golongan diperintah

1.    Golongan diperintah ialah golongan yang merdeheka dan hamba.

2.    Golongan merdeheka ialah rakyat biasa yang bermastautin tetap dan orang asing.

3.    Pekerjaan rakyat biasa adalah menjadi pedagang, peniaga, petani, tukang ukir,
       pembuat senjata dan barang tembikar.

4.    Mereka juga ada yang menjadi penghibur raja, pelakon sandiwara, pawang atau
       bomoh.

5.    Rakyat asing pula menjadi askar upahan, pedagang atau pelombong.

6.    Mereka juga tidak terkecuali daripada mematuhi dan menghormati undang-


undang
       dan adat yang ada di negeri-negeri Melayu.

7.    Golongan hamba ialah golongan terbawah dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
       (a) Hamba raja
       (b) Hamba berhutang
       (c) Hamba biasa

8.    Mereka melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pertanian, perlombongan


       dan pertahanan.

9.    Hubungan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah terjalin


       hasil daripada sikap hormat-menghormati.

10  Ini terbukti melalui bahasa yang digunakan iaitu mengikut kedudukan masing
      -masing.

  

Gaya Hidup Masyarakat Melayu

Gaya hidup golongan bangsawan

1.    Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup sesuatu masyarakat atau bangsa


       yang merangkumi kelakuan, pemikiran, tindakan, hasil kegiatan, kerohanian dan
       penciptaan benda.

2.    Gaya hidup golongan bangsawan dan rakyat biasa adalah berbeza.

3.    Gaya hidup golongan bangsawan merangkumi :


       (a) Adat istiadat.
       (b) Bahasa
       (c) Cara berpakaian

4.    Gaya hidup golongan bangsawan diamalkan di dalam istana sementara golongan


       rakyat biasa mengamalkan gaya hidup mereka di luar istana.

5.    Antara gaya hidup golongan bangsawan ialah upacara pertabalan sultan, upacara
       kemangkatan sultan, upacara menyambut tetamu, dan pakaian sultan.

6.    Gaya hidup golongan bangsawan dapat menggambarkan status mereka yang


       tinggi dan membezakan mereka dengan golongan rakyat.

Upacara pertabalan sultan

1.    Gaya hidup golongan bangsawan dapat dilihat melalui upacara pertabalan Sultan
       Melaka. Bendahara duduk berhampiran dengan singgahsana.

2.    Laksamana dan Seri Bija Diraja membawa pedang kerajaan.

3.    Alat-alat kebesaran kerajaan akan dibawa bersama seperti :


       (a) Keris panjang
       (b) Cogan
       (c) Tepak
       (d) Ketur
       (e) Tempat bara
       (f)  Kitab al-Quran

            
                                           Singgahsana

Upacara kemangkatan sultan

1.    Upacara kemangkatan sultan diadakan semasa kemangkatan serta pemakaman


       raja atau kerabat diraja.

2.    Pelantikan pengganti sultan dilakukan semasa istiadat pemakaman.


 
3.    Jenazah baginda akan disempurnakan mengikut hukum agama Islam.

4.    Bendera kuning akan diturunkan dan diganti dengan bendera putih.

5.    Tembakan meriam dilepaskan bagi menghebahkan kepada rakyat tentang


       kemangkatan raja.

Istiadat menjunjung duli

1.    Istiadat menjunjung duli ialah istiadat menyembah raja oleh pembesar negeri.

2.    Istiadat ini adalah bagi menunjukkan kedaulatan sultan dan taat setia rakyat
       kepada sultan.

3.    Upacara istiadat dilakukan di balairung seri.

4.    Selain itu sebelum menghadap sultan, beberapa perkara perlu dipatuhi.

    

Upacara menyambut tetamu

1.    Sambutan yang diberikan kepada tetamu atau utusan rasmi hendaklah mengikut
       protokol.

2.    Kedududkan taraf tersebut bergantung pada banyak atau kurang alat kebesaran
       dan peralatan yang digunakan.

3.    Upacara menyambut tetamu berbeza berdasarkan kedudukan negara utusan sama


       ada setaraf atau tidak.

Pakaian sultan

1.    Pakaian diraja pula dibuat dengan menggunakan emas dan dihiasi dengan
       permata.

2.    Alat penghias yang dipakai terdiri daripada pending, dokoh, bengkuang dan keris.
Gaya hidup rakyat jelata

1.    Masyarakat tradisional mengamalkan amalan murni untuk membentuk


perpaduan.

2.    Mereka mengutamakan semangat berkumpulan serta nilai-nilai murni seperti


       hormat-menghormati, bekerjasama dan bergotong-royong.

Amalan gotong-royong

1.    Amalan gotong-royong akan dilakukan semasa mengadakan majlis perkahwinan,


       bersawah dan membina jalan.

2.    Masyarakat di utara semenanjung di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menamakan


       amalan ini berderau atau berseraya.

Menghormati jiran

1.    Menghormati jiran juga menjadi amalan utama dan jiran dianggap sebagai
keluarga
       terdekat.

2.    Melalui hubungan ini, akan wujudlah keadaan aman, tenteram dan harmoni.

Menghormati pemimpin dan orang tua

1.    Budaya menghormati pemimpin dan orang yang lebih tua juga ditunjukkan melalui
       pelbagai cara.

2.    Adat harian ini diikuti dan dipatuhi seperti :


       (a) Membongkok apabila berjalan dihadapan orang tua.
       (b) Tidak mencampuri atau mencelah percakapan orang tua.
       (c) Memberi salam apabila menziarahi rakan.
       (d) Menghormati tetamu dengan menghidangkan tepak sirih, minuman dan
             makanan.

Budaya ziarah-menziarahi

1.    Budaya ziarah-menziarahi juga menjadia amalan masyarakat Melayu.

2.    Tetamu hendaklah memberi salam dan akan dijawab oleh tuan rumah.

3.    Tetamu hendaklah membasuh kaki dan bersalaman dengan tuan rumah.

4.    Selepas mempersilakan tetamu masuk, tikar dihamparkan untuk tetamu duduk.

5.    Tepak sirih disorongkan dan tetamu akan dihidangkan dengan makanan dan
        minuman.
6.    Sebelum makan, mereka akan membasuh tangan dan membaca doa.

7.    Menyuap nasi menggunakan tangan kanan dan ketika makan, perbualan dan
       ketawa kurang dilakukan kerana dianggap kurang sopan ketika makan.

Kesan budaya masyarakat Melayu

1.    Sikap toleransi dan tolong-menolong dalam masyarakat Melayu akan memupuk


       perpaduan.

2.    Gaya hidup yang diamalkan menunjukkan kehidupan masyarakat tradisional


       dalam suasana bersatu padu dan harmoni.

Kegiatan Masa Lapang Masyarakat Melayu

Kegiatan masa lapang golongan pemerintah

1.    Masa lapang bagi golongan yang pemerintah ialah ketika mereka tidak


       menjalankan urusan pentadbiran negara.

2.    Di istana, sultan dan pembesar akan dihiburkan oleh golongan penghibur seperti
       tukang cerita, penyair, penyanyi dan ahli muzik.

3.    Antara muzik dan tarian yang dipersembahkan ialah tarian Asyik dan tarian Mak
       Yong.

Kegiatan masa lapang golongan rakyat

1.    Masa lapang bagi rakyat pula ialah semasa mereka menunggu hasil atau selepas
       menuai hasil serta pada waktu petang atau malam selepas bekerja.

2.    Bagi golongan bangsawan dan rakyat, mereka menggunakan masa lapang


       dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain sepak raga, catur, senjata,
      bersilat dan menunggang kuda.

3.    Golongan rakyat juga mengisi masa lapang dengan bermain layang-layang, gasing,
       bersilat dan congkak.

4.    Selain itu, ada di kalangan mereka pandai bercerita, berpantun dan bersyair.

Kesan aktiviti masa lapang masyarakat Melayu

1.    Aktiviti masa lapang ini secara tidak langsung akan memupuk persefahaman dan
      saling  membantu.

2.    Selain berhibur, mereka dapat menajamkan fikiran dan ingatan mereka kerana
       pemain-pemain ini ada yang memerlukan daya pemikiran yang pantas.
   

    
Karya Persuratan

1.    Karya persuratan ialah cara pengarang untuk menyampaikan buah fikirannya dan
       dihasilkan melalui tulisan jawi.

2.    Antara hasil karya dalam bidang agama ialah seperti :


       (a) Fikah                    (d) Tafsir
       (b) Usuluddin            (e) Hadis
       (c) Tasawuf

3.   Selain itu, terdapat juga karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah, bahasa dan
      perubatan.

4.    Antara karya tersebut ialah :


       (a) Misa Melayu
       (b) Sejarah Melayu
       (c) Syair Sultan Ahmad Tajiddin
       (d) Nazam Kamsul Ula
       (e) Tuhfat al-Nafis
       (f)   Kitab al-Darr al Manzum

Jenis karya

    

5.    Sastera lisan dapat menghiburkan disamping memberi nasihat.

6.     Penglipur lara adalah tukang cerita yang menyampaikan cerita rakyat secara lisan.

7.    Penglipur lara akan menggunakan alat muzik seperti rebab dan gendang.

8.    Hasil karya persuratan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Kesenian Rakyat

1.    Antara hasil kesenian rakyat, ialah seni muzik, seni tari , seni suara, seni ukur,
      seni bina, seni tekat, seni tenun dan seni mempertahankan diri.

2.    Melalui kegiatan seni ini :


       (a) Bakat dan nilai mutu kesenian yang tinggi dapat dipamerkan.
       (b) Membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
       (c) Mencerminkan kemahiran, daya kreativiti dan pemikiran, kepakaran dan
            pengetahuan  tinggi masyarakat Melayu.

Seni muzik

1.    Hadrah dan gamelan ialah antara seni muzik kita yang boleh dibanggakan.

2.    Antara alat-alat muzik yang digunakan ialah rebana ubi, seruling, kompang,
       nafiri  dan  gong.

    
                      Alat muzik tradisional melayu

Seni tari dan seni suara

1.    Selain ini, seni tari dan seni suara juga merupakan antara bentuk kesenian
       masyarakat Melayu.

2.    Antara tarian yang terkenal ialah joget, inang, zapin, kuda kepang dan asyik.

3.    Seni suara atau lagu yang terkenal ialah endoi atau dendang Siti Fatimah, ulit anak,

       nazam marhaban, nasyid, qasidah, hadrah, dikir barat, rodat dan ghazal.

       
             
                                 Tarian Melayu

Seni rumah orang Melayu

1.    Rumah orang Melayu pula dapat menggambarkan sifat kreatif masyarakat


       tersebut yang menghubungkannya dengan alam sekitar.

2.    Rumah orang Melayu :


       (a) Berbumbung panjang
       (b) Bertebar layar
       (c) Tidak berpaku

3.     Rotan atau akar digunakan untuk mengikat persendian.

4.    Bahagian dalam rumah pula dihiasi dengan pelbagai ukiran yang bermotifkan
alam
       semula jadi.

5.    Unsur-unsur dari luar dan Melayu juga mempengaruhi seni bina rumah orang
       Melayu, contoh Rumah Melayu di Negeri Sembilan yang bercorak seni bina rumah
Minangkabau.

6.    Rumah dari kelantan, Terengganu dan Pahang pula dipengaruhi oleh seni bina
       Siam dan Majapahit.

7.    Rumah Melayu di Johor pula mendapat reka bentuk Belanda.

      
                        Rumah orang Melayu

Seni ukiran
 
1.    Masyrakat Melayu juga mahir dalam ukiran dan ini dapat lihat ukiran pada
tembaga,
       pintu  dan mimbar masjid.

2.    Ukiran yang dihasilkan biasanya bercorak ukiran timbul, terbenam dan tembus.

3.    Tema utama ukiran ini kebanyakannya berbentuk daun, bunga serta ayat-ayat
        al-Quran  dengan tulisan khat.

        
           Seni ukiran orang Melayu

Seni tekat

1.     Seni tekat pula dapat dilihat pada kain baldu yang dijadikan kain dasar dan
       disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga serta pohon-pohon.

2.    Antara hasil seni tekat ini ialah kipas, bantal dan balutan tepak sirih.

      
                Seni tekat orang Melayu

Seni tenun

1.    Seni tenun terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

2.    Terdapat tiga jenis tenunan, iaitu


       (a) Tenunan biasa
       (b) Benang ikat celup
       (c) Songket

3.    Corak tenunan ini berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri.
          
          Seni tenun orang Melayu

Seni mempertahankan diri

1.     Silat adalah seni mempertahankan diri yang penting.

2.    Silat penting bagi seseorang individu untuk :


       (a) Mendisiplinkan diri
       (b) Membentuk ketahanan diri menghadapi musuh.
 

       
                       Silat

    

Adat Resam

1.    Adat resam ialah suatu amalan yang ditetapkan oleh masyarakat dan diwarisi
       secara turun temurun.

2.    Adat resam yang masih diamalkan sehingga kini ialah seperti adat perkahwinan,
       adat menyambut kelahiran bayi dan adat berkhatan.

3.    Melalui adat resam, kerjasama, tolong-menolong dan budaya hormat-menghormati


       dapat dipupuk selain perasaan patuh dan bersyukur pada Tuhan.

Adat perkahwinan

    

1.     Merisik dilakukan terlebih dahulu bagi mengetahui gadis yang dihajati


       berpunya atau tidak.

2.    Cincin tanda diberikan sebagai tanda setuju.

3.    Kemudian pihak lelaki akan menghantar rombongan peminangan dengan


       membawa cincin pertunangan.

4.    Perbincangan dilakukan untuk menentukan tarikh akad nikah dan majlis


       perkahwinan akan ditetapkan.

5.     Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan.

6.    Upacara akad nikah biasanya dijalankan oleh jurunikah.

7.    Seterusnya majlis perkahwinan berlangsung dan pengantin akan bersanding di


       atas pelamin.
    

Adat menyambut kelahiran bayi

1.    Upacara adat menyambut kelahiran bayi pula diadakan selepas seminggu bayi
       dilahirkan.

2.    Kenduri dan upacara mencukur rambut bayi diadakan sebagai tanda kesyukuran
      kepada Allah s.w.t.

3.    Di majlis ini, sesetengah tempat diadakan bacaan berzanji dan marhaban.

4.    Majlis ini akan diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.
           
                      Upacara mencukur rambut bayi

Adat berkhatan

1.    Anak lelaki yang sudah baligh atau cukup umur pula akan dikhatankan.

2.    Majlis ini biasanya dilakukan secara beramai-ramai.

3.    Sebelum upacara ini, kanak-kanak akan dimandikan dengan air bunga dan
       kemudian diarak mengelilingi kampung.

4.    Upacara berkhatan akan dijalankan oleh Tuk Mudin.

Pendidikan
   
1.    Pendidikan masyarakat Melayu tradisional dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
        pendidikan, tidak formal dan pendidikan formal.

Pendidikan tidak formal

1.     Pendidikan tidak formal di pelajari secara tidak langsung dan disampaikan melalui
       cerita  lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki.

2.    Contohnya, seorang kanak-kanak akan mempelajari segala pantang larang, adat


       istiadat  dan adat sopan daripada ibu bapa atau orang dewasa yang
       berpengalaman.

3.    Selain itu, kemahiran pertukangan dan ilmu perubatan tradisional juga diajar
       secara tidak formal.

4.    Kemahiran ini diajar atau diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak itu sendiri
       atau pengalaman ketika melakukannya.

5.    Kemahiran ini akan diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain
       seperti seni mempertahankan diri.

Pendidikan formal       

1.    Pendidikan formal terus berkembang selepas kedatangan agama Islam.


2.    Kitab Darul Manzum telah menjadi panduan pelajaran agama bagi penduduk
       Melaka.

3.     Tok guru memainkan peranan penting dalam pendidikan agama dan bahan
        rujukan utama ialah kitab muqaddam dan al-Quran.

4.    Peringkat pengajian yang perlu diikuti ialah :-


       (a) Membaca muqaddam dan al-Quran mengikut tajwid yang betul.
       (b) Setelah tamat, upacara khatam al-Quran dijalankan oleh tok guru.
       (c) Pendidikan mengenai fardu ain, akhlak, mengira, menulis jawi, tajwid,
             rukun islam dan rukun imanturut diberikan untuk melahirkan umat islam
yang                               sempurna.

5.    Pengajian biasanya dilakukan selepas waktu zohor atau maghrib di rumah tok
       guru.

6.    Pelajar lelaki dan perempuan duduk berasingan dan mereka diwajibakan menutup

       aurat dan berpakaian sopan.

7.    Tok guru tidak mengenakan sebagai bayaran tetapi sebagai penghargaan


        ibu bapa murid akan memberikan bahan makanan kepada tok guru dan
        membantu tok guru melakukan kerja di rumah atau di sawah.

8.    Pusat atau tempat yang menjadi pendidikan ialah :


       (a) surau               (d) sekolah pondok
       (b) Madrasah        (e) Rumah tok guru
       (c) Masjid              (f) Istana

9.    Terdapat juga masyarakat Melayu yang melanjutkan pelajaran ke Makkah.


   
SABAH
                                                        
    

  
Latar Belakang Sejarah Sabah
1.    Nama Sabah berasal daripada perkataan 'saba', iaitu sejenis buah pisang yang
      dipanggil pisang saba.

2.    Masyarakat Bajau pula megenali pisang ini sebagai pisang jaba.

3.    Nama Sabah digunakan kerana kebanyakan penduduk di sekitar pantai barat


       Sabah menanam pisang ini.

4.    Negeri Sabah juga terkenal dengan gelaran Negeri di Bawah Bayu.

           
              Bendera negeri Sabah         Jata negeri Sabah

              
                                               Peta Sabah

Pertalian dengan Kesultanan Brunei dan Sulu

1.    Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja, sultan atau organisasi yang boleh
       diiktiraf sebelum abad ke-16.

2.    Oleh itu, sistem pemerintahan di Sabah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu :
       (a) Sistem politik kesukuan
       (b) Sistem politik kesultanan
       (c) Sistem politik ketua bebas

3.    Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman yang didiami oleh


       kaum Kadazandusun, Murut dan Orang sungai.

4.    Mereka hidup dalam kelompok kecil dan dipisahkan dengan kaum lain oleh bentuk
       muka bumi seperti banjaran gunung, bukit bukau dan sungai.

5.     Sistem politik kesultanan diamalkan oleh masyarakat yang tinggal di persisiran


       pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.

6.    Sisitem politik kesultanan ini bermula pada abad ke-17 lagi apabila Sabah
       dikuasai oleh Kesultanan Brunei yang meliputi kawasan pantai dan persisiran
       Sabah.

7.    Pelbagai masalah dan perebutan kuasa berlaku semasa pemerintahan Kesultanan


       Brunei, antara tahun 1662 hingga tahun 1674.

8.    Selepas itu, Sultan Muyiddin telah menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada

       Sultan  Sulu pada tahun 1704kerana memberi pertolongan kepada baginda


       menewaskan musuhnya.

9.    Kesan penyerahan tersebut, Sabah telah diperintah oleh dua kesultanan, iaitu
       Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

    

Masyarakat Sabah
Kumpulan Etnik dan Penempatan

1.    Dianggarkan terdapat lebih 30 kumpulan etnik di Sabah.

2.    Antara kumpulan etnik yang utama ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei,


       Murut, Suluk, Orang sungei, Kadayan dan Bisaya.
3.    Kedudukan penempatan mereka mengikut kawasan seperti :
       (a) Persisiran pantai
       (b) Lembah pantai
       (c) Daerah pedalaman

   

       Penempatan masyarakat di Sabah


      

Kegiatan Sosiobudaya
1.    Sabah mempunyai pelbagai kumpulan etnik. Masyarakat Sabah banyak
       dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya.

2.    Ahli keluarga dan masyarakat berperanan penting membimbing golongan muda


        mengenai :
       (a) Peraturan         (c) Agama
       (b) Adat resam      (d) Kepercayaan

3.    Peraturan, adat resam, agama dan kepercayaan telah diwarisi turun-temurun.

4.    Sosiobudaya dipelajari oleh masyarakat Sabah sejak turun-temurun melalui


       pendidikan tidak  formal.

Pendidikan

1.    Pendidikan tidak formal diperoleh melalui keluarga dan masyarakat.

2.    Melalui pendidikan tidak formal pelajar mempelajari cara-cara :


       (a) Memancing
       (b) Memanjat
       (c) Berburu
       (d) Bertukang
       (e) Menyumpit
       (f)  Bersawah
       (g) Berternak
3.     Pendidikan formal dijalankan di surau, pondok dan rumah guru agama.

4.    Perkara diajar ialah pendidikan agama Islam seperti membaca al-Quran dan
       menulis jawi.

Peraturan dan Adat Resam

1.    Undang-undang adat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian  


       masyarakat bumiputera di Sabah.

2.    Amalan undang-undang adat ini bertujuan memelihara dan menjamin


       kesejahteraan hidup.

3.    Antara undang-undang adat ialah :


       (a) Babas
       (b) Sogit
       (c) Kepanasan

4.    Jika pergaduhan berlaku, seseorang akan dikenakan hukuman babas.

5.    Apabila seseorang melakukan kesalahan, merosakkan harta benda dan


       mencederakan seseorang, hukuman sogit akan dikenakan.

6.    Jika seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat, dia akan


        dikenakan hukuman kepanasan.

7.    Amalan di atas dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat.

8.    Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan-dusun, jika seseorang itu tidak


       mematuhi undang-undang adat yang ditetapkan, malapetaka seperti wabak
       penyakit,  bencana alam serta kerosakan tanaman akan berlaku.

9.    Undang-undang adat lain yang diamalkan ialah berkaitan dengan pertanian,


       perkahwinan dan kematian.
   
      
                      Undang-undang adat berkaitan dengan pertanian, perkahwinan dan kematian.

   

Agama dan Kepercayaan


1.    Pada peringkat awal, masyarakat etnik di Sabah mengamalkan kepercayaan pagan
       dan kepercayaan aminisme.

2.    Pagan ialah nilai dan pegangan kepercayaan pada perkara ghaib, iaitu
       mempercayai hubungan antara kehidupan dengan alam semesta.

3.    Pada abad ke-16, pengaruh agama Islam secara beransur-ansur telah membawa
       perubahan dalam kehidupan masyarakat Sabah terutama di kalangan etnik
       Bajau dan Melayu-Brunei.

4.    Untuk menjamin keharmonian dan kebahagiaan hidup bermasyarakat, kumpulan


       etnik ini telah  mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di
       rumah panjang.

5.    Peranan ketua dalam etnik beragama Islam ialah menguatkuasakan hukum agama
        Islam.

6.    Di kalangan etnik yang bukan beragama Islam pula, orang tua berperanan
       menguatkuasakan  undang-undang adat.

Agama dan kepercayaan etnik Kadazandusun

1.    Masyarakat Kadazan mengamalkan kepecayaan animisme.

2.    Hanya sebilangan kecil masyarakat ini beragama Islam.

3.     Kinorohingan ialah tuhan mereka yang satu. kinorohingan bersemayam di dunia


       lain.

4.    Masyarakat ini juga percaya bahawa roh setiap orang yang mati akan pergi ke
       Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya akan pergi lebih jauh, iaitu sama ada
       di syurga atau neraka.

5.    Upacara Megavau akan diadakan setiapa tahun untuk menghormati


       semangat padi.

6.    Pesta Kaamatan diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Kinorohingan yang


       telah memberikan mereka hasil padi yang banyak.

7.    Pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau diadakan semasa Pesta Kaamantan.

8.    Ratu Cantik melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.

9.    Bomoh yang membuang kepanasan pula dipanggil Bobohizan.

Agama dan kepercayaan etnik Murut


 
1.    Masyarakat Murut mempercayai kepercayaan animisme.

2.    Mereka percaya setiap batu, pokok dan sungai mempunyai roh.


3.    Mereka mempunyai tempat suci, iaitu Gunung Antulai atau Gunung Aru
       (Gunung Hantu).

4.    Mereka juga mempercayai Aki Kopuno, iaitu kuasa yang ,mencipta segala-galanya.

5.    Bomoh yang boleh berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.

   

Kesenian
1.    Masyarakat Sabah kaya dengan seni budaya yang tersendiri.

2.    Pada 30 dan 31 Mei, iaitu semasa Pesta Menuai dijalankan, petani akan
       datang beramai-ramai untuk menjual hasil tanaman mereka di tempat perayaan
       atau Tamu Besar.

3.    Antara seni budaya masyarakat Sabah ialah tarian, muzik, kraf tangan, anyaman,
       pertahanan diri, pertukangan, ukiran dan binaan.

Tarian-tarian Masyarakat Sabah

1.    Terdapat pelbagai jenis tarian di Sabah yang dipersembahkan dalam majlis utama
       setiap kumpulan etnik.

2.    Tarian inji juga dipersembahkan kepada pelancong asing sebagai daya tarikan
       dan keunikan negeri Sabah.

Tarian Magunatip

1.    Ditarikan dalam majlis menyambut perayaan Hari Magavau yang ditarikan oleh
       kaum Murut.

2.    Tarian ini diiringi pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri daripada lelaki
       dan wanita yang berpakaian tradisi.

3.    Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu
       tersebut supaya tidak berganjak daripada kedudukannya.

Tarian Sumazau

1.    Ditarikan semasa sambutan pesta menuai, musim perayaan dan dalam majlis
       tertentu.

2.    Tarian ini ditarikan oleh etnik Kadazandusun.

3.    Biasanya tarian ini disertakan dengan pertandingan Unduk Ngadau atau ratu
       cantik.

    
                   Tarian Sumazau

Tarian Mengalang
1.    Ditarikan dalam upacara menyambut tetamu yang datang dari jauh, berpindah
       rumah dan Hari Monggotam atau Hari Pesta Menuai oleh etnik Murut.

Alat Muzik

1.    Kebanyakan alat muzik masyarakat bumiputera Sabah diperbuat daripada buluh.

2.    Terdapat pelbagai jenis alat muzik yang dicipta iaitu :


       (a) Bas
       (b) Kulintangan dan Salun
       (c) Sompotan
       (d) Gabang
       (e) Suling

3.    Penciptaan pelbagai alat muzik ini menunjukkan masyarakat Sabah merupakan


       masyarakat yang unik.
 

            
              Kulintang dan salun                                   Sompotan

Rumah Panjang

1.    Seni bina masyarakat Sabah juga dapat dilihat pada pembinaan rumah panjang
       yang didiami oleh masyarakat Murut dan Rungus.

2.    Peralatan yang digunakan untuk membuat rumah panjang ini ialah buluh,
       rotan dan daun rumbia.

3.    Masyarakat yang tinggal di rumah panjang ini ialah masyarakat yang istimewa
       kerana mereka dapat hidup dalam sesebuah keluarga yang besar.

4.     Ketua rumah panjang menjadi penghubung antara pemerintah dengan rakyat.

    
                  Rumah panjang di Sabah

Kraf Tangan

1.    Masyarakat Sabah juga mempunyai pelbagai barangan kraf tangan seperti kain
       tenun, senjata dan alat muzik.

2.    Masyarakat Sabah juga mahir dalam seni anyaman seperti anyaman bakul dan
       tikar.

    
            Kraf tangan masyarakat Sabah

Kegiatan Ekonomi
1.    Kegiatan ekonomi di Sabah banyak dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di
       persekitaran tempat tinggal mereka.

2.    Terdapat tiga jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan, iaitu pertanian sara diri,
       perikanan dan perdagangan.

Ekonomi Sara Diri

1.    Kebanyakan mereka yang mengamalkan kegiatan sara diri menjalankan aktiviti :


       (a) Pertanian 
       (b) Memungut hasil hutan
       (c) Menangkap ikan
    
Pertanian

1.    Kegaitan pertanian dijalankan melalui dua kaedah, iaitu :


       (a) Pertanian pindah
       (b) Pertanian kekal

2.    Kaedah pertanian pindah melibatkan penanaman padi huma di kawasan kaki


bukit.

3.    Selepas dua hingga tiga tahun, petania akan berpindah di tempat baru.

4.    Jenis pertanian kekal yang diusahakan padi sawah.

5.    Pertanan ini diusahakan oleh masyarakat Kadazandusun yang tinggal di lembah


       pantai barat seperti di Penampang, Papar, Tuaran, dan juga di lembah bukit
       di Renau, Tambunan dan Keningau.

6.    Selain tanaman di atas, masyarakat Sabah juga menanam ubi, keledek,


       sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa dan menternak binatang.

Perikanan
1.    Penduduk Melayu-Brunei, Suluk dan Bajau yang tinggal di persisiran pantai pula
      menjadikan kegiatan memungut hasil laut sebagai punca pendapatan utama.

2.    Antara hasil laut ini termasuklah agar-agar, timun laut dan karang laut.

3.     Orang Bajau juga merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir.

4.    Kegiatan perikanan dijalankan oleh penduduk yang tinggal di persisiran pantai


       seperti :
       (a) Teluk Brunei
       (b) Teluk Kimanis
       (c) Sekitar pantai Sandakan
       (d) Sekitar pantai Semporna

5.    Masyarakat Bajau yang menetap di persisiran pantai merupakan golongan nelayan


       yang masih menggunakan cara penangkapan tradisional.

6.    Mereka menggunakan jaring dan kelong.

Sarang Burung

1.    Gua Gomantong di Sandakan ialah pengeluar utama sarang burung yang


        dieksport ke China.

2.    Terdapat dua jenis sarang burung, iaitu berwarna putih dan coklat.

3.    Sarang burung yang berwarna putih lebih disukai kerana mempunyai khasiat yang
       tinggi. Kebanyakannya dieksport ke China.

4.    Kerja memungut sarang burung merupakan kerja yang merbahaya kerana


       pemungut memanjat dinding yang tinggi dengan menggunakan buluh dan tangga.

Memungut Hasil Hutan  

1.    Kegiatan utama orang Murut ialah memungut hasil hutan.

2.    Antara hasil hutan yang dipungut ialah damar, rotan dan madu lebah.

Perdagangan

1.    Pasar tamu menjadi tempat masyarakat pelbagai etnik bertukar-tukar barangan


       dan berjual-beli.

2.    Perdagangan yang dijalankan di kalangan masyarakat etnik ialah perdagangan


       secara tukar barang.

3.    Antara barangan yang menjadi pertukaran ialah damar, getah perca, bahan getah,
       lilin lebah, rotan, sumbu badak, manik dan barang-barang makanan.
4.    Perdagangan dengan perdagangan Cina pula dijalankan dengan menggunakan
       wang.

5.    Pasar tamu menjadi tumpuan ramai peniaga dari kawasan pedalaman dan
       kampung yang berdekatan untuk menjual hasil keluaran mereka.

6.    Pelbagai barangan mudah didapati seperti hasil laut dan beras diniagakan oleh
       orang Bajau,   Melayu-Brunei dan Suluk.

7.    Orang Kadazan-dusun dan Murut pula memperdagangkan hasil hutan.

8.    Selain urusan perdagangan, pasar tamu juga dapat mengeratkan hubungan antara
       etnik serta mewujudkan semangat muhibah dan harmoni.
SARAWAK
                                                        
   
Latar Belakang Sejarah Sarawak
1.    Nama Sarawak berasal dari nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak
    
2.   Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga keseluruh Sarawak.

3.    Manusia telah wujud di Sarawak kira-kira 40 000 tahun dahulu.

4.    Bukti kewujudan manusia di Sarawak ialah penemuan beberapa peninggalan


sejarah di
       Gua Niah seperti :-
       (i)   Tembikar
       (ii)  Pisau yang diperbuat daripada batu.
       (iii) Kapak yang diperbuat daripada batu.
       (iv) Lukisan yang diconteng pada dinding gua.
 
5.    Hasil penemuan tersebut, telah membuktikan Sarawak sebagai salah sebuah
negeri
       terawal yang diduduki oleh manusia di Asia Tenggara.

            
        Jata Negeri Sarawak                Bendera Negeri Sarawak

    

                            
                               Barang-barang yang ditemui
                                                      di Gua Niah
              

          
                                                                     Sarawak
                  
Pertalian Sarawak dengan Kesultanan Brunei dan Sulu

1.    Kerajaan Brunai telah meluaskan kuasanya ke Sarawak sejak abad ke-15 lagi.

2.    Kerajaan Brunei mentadbir Sarawak dengan membahagikan Sarawak kepada


       beberapa unit jajahan.

3.    Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorang pembesar.


4.    Pembesar diberi kuasa autonomi untuk mentadbir unit jajahan seperti :
       (a) Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap.
       (b) Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

Masyarakat Sarawak
1.    Serawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang mempunyai bahasa, budaya dan
cara
       hidup yang berbeza.

2.    Kedudukan pertempatan mereka mengikut kawasan seperti :


       (a) Persisiran pantai
       (b) Lembah sungai
       (c) Daerah pedalaman
       (d) Kawasan tanah tinggi

3.    Kawasan berpenduduk padat ialah :


       (a) Di dataran pantai
       (b) Lembah sungai di bahagian barat Kuching
       (c) Kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

4.    Corak penempatan dan taburan yang berselerak menyebabkan mereka tidak


banyak
       berhubung dengan orang luar.

5.    Ini mendorong setiap kelompok etnik ini membentuk identiti kebudayaan masing
       -masing mengikut persekitaran mereka.

6.    Kumpulan etnik Sarawak terdiri daripada orang :


       (a) Iban
       (b) Melayu
       (c) Melanau
       (d) Bidayuh
       (e) Kenyah
       (f)  Kelabit
       (g) Penan
       (h) Murut
       (i)  Punan
       (j)  Kedayan
       (k) Kayan
    

  

Kegiatan Sosiobudaya
1.    Sarawak mempunyai pelbagai kumpulan etnik. Oleh yang demekian, wujud
pelbagai
        corak sosiobudaya.

2.    Setiap kumpulan etnik sosiobudaya yang berbeza antara satu sama lain.

3.    Kumpulan etnik ini mewarisi kegiatan sosiobudaya melalui generasi sebelumnya.

4.    Walaupun terdapat pelbagai sosiobudaya di Sarawak, setiap kumpulan etnik


       mengamalkan nilai menghormati budaya yang diamalkan oleh etnik lain.

Pendidikan

1.    Pendidikan tidak formal diperoleh melalui cerita-cerita lisan yang berkaitan


dengan
       amalan dan kepercayaan turun-temurun seperti cara-cara berburu dan memungut
hasil
        hutan.

2.    Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama dan perkara diajar
ialah
       pendidikan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi.

3.    Selain itu, pendidikan yang berkaitan dengan hukum Islam seperti cara
melaksanakan
       ibadat diajar oleh guru al-Quran, imam dan lebai.

    

Peraturan dan Adat Resam

1.    Adar resam yang terdapat dalam setiap kumpulan etnik di Sarawak perlu
diamalkan
       dan dipatuhi mengikut kumpulan etnik masing-masing.
2.    Amalan adat resam di Sarawak mempunyai keunikan yang tersendiri.

3.    Bagi masyarakat yang beragama Islam, cara hidup dan adat resam adalah
berasaskan
        agama Islam.

4.    Sementara masyarakat yang bukan beragama Islam, mereka akan mematuhi dan
       mengamalkan cara hidup dan adat resam yang telah diwarisi turun-temurun
daripada
       nenek moyang mereka.

Tuai Rumah

1.    Masyarakat bumiputera di Sarawak mempunyai tuai rumah kecuali orang


Melayu.

2.    Tuai rumah bertanggungjawab :


       (a) Menjaga keselamatan dan keamanan kawasannya.
       (b) Menyelesaikan masalah perkahwinan, penceraian, peraturan dan perayaan.
       (c) Menentukan tarikh dua upacara penting iaitu Hari Gawai atau pesta menuai
dan
            perayaan 'beranyi'.

3.    Kebanyakan masyarakat Iban, Bidayuh dan masyarakat orang Ulu masih tinggal
       di rumah  panjang dan hidup seperti sebuah keluarga.

4.    Fungsi rumah panjang seperti sebuah perkampungan dan tuai rumah


       bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan anak buahnya.

       
                    Rumah panjang di Sarawak                        Tuai rumah sedang meraikan
                                                                                                       kedatangan tetamu
             

Peraturan dan Adat Resam Kumpulan Etnik di Sarawak

Orang Iban

1.    Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dikenali
        tajau.

2.    Tajau diwarisi turun-temurun, dianggap suci, bernilai dan dihormati.

3.    Fungsi tajau ialah sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.

       
                 Tajau                          Orang Iban
 
Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah

1.    Orang Kayang, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang-
gelang
       timah atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut.

2.    Menindik telinga merupakan lambang kecantikan.

3.    Jenis anting-anting juga melambangkan status yang berbeza dan diwarisi turun
       -temurun.
4.    Kumpulan etnik ini juga melukis tatu atau mencacah badan dengan pelbagai corak
       yang mempunyai makna tersendiri.

                
          Orang Kenyah menggantung           Melukis tatu di badan merupakan 
            anting-anting sehingga cuping               adat resam kumpulan etnik
                    telinga menjadi lanju.                                     di Sarawak.

Orang Melayu Sarawak

1.    Orang Melayu Sarawak mengamalkan peraturan dan adat resam yang berasaskan


       ajaran agama Islam.

2.    Hidup masyarakat dan saling membantu terutama majlis perkahwinan, kenduri,


       menanam padi dan perayaan.

Kebudayaan

1.    Pelbagai perayaan disambut dengan meriah oleh penduduk di Sarawak mengikut


       kumpulan etnik.

Melanau

1.    Orang Melanau menyambut Perayaan Kaul.

2.    Tujuan perayaan ini diadakan ialah untuk menjamu ipok yang mengawal laut.

3.    Perayaan ini diadakan bertujuan untuk :


       (a) Memperoleh tangkapan yang memuaskan.
       (b) Keselamatan ketika berada di laut.
       (c) Mengelakkan sebarang penyakit.

4.    Serahang disediakan untuk menjamu ipok.

5.    Serahang dibuat daripada daun buluh dan daun nipah.

6.    Di dalam serahang diletakkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai, atau rokok
daun
       untuk menjamu ipok.

Iban
1.    Orang Iban merayakan Perayaan Gawai atau Pesta Menuai.

2.    Jenis-jenis Hari Gawai ialah :


       (a) Gawai Antu
       (b) Gawai Batu
       (c) Gawai Kenyalang
       (d) Gawai Burung

4.    Orang Iban meraikan pesta menuai padi dan mereka akan menarikan Tarian
Ngajat
       sebagai tanda kesyukuran.

    
                 Tarian Ngajat

Orang Melayu Sarawak       

1.    Orang Melayu Sarawak mempunyai sejenis kesenian, iaitu bergendang.

2.    Hanya kaum lelaki sahaja yang akan menari dalam persembahan ini.

3.    Kaum wanita akan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.

4.    Tarian ini merangkumi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.       


Agama dan Kepercayaan

1.    Masyarakat bumiputera Sarawak masih mengamalkan kepercayaan animisme.


Namun
       demikian sebilangannya adalah kecil.

2.    Antara masyarakat tersebut ialah Iban, Murut, Kelabit, Kayan dan Bisaya.

3.    Mereka percaya semua benda seperti gunung, bukit, besut, pokok kayu, sungai
dan
       hutan mempunyai roh dan semangat.

4.    Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam pula mempercayai makhluk


ghaib
       yang dipanggil ipok.

5.    Penan nomad pula mengamalkan hidup berpindah-randah terutama apabila


berlaku
       sesuatu kematian.

6.    Kepercayaan mereka ialah :


       (a) Dilarang menetap secara kekal di sesuatu tempat.
       (b) Dilarang menebang pokok besar.
       (c) Dilarang melapangkan kawasan hutan.

7.    Orang Iban pula percaya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan
       rumah, kawasan tersebut hendaklah disemah terlebih dahulu.

8.    Bunyi burung ketupung dan beragai pula menandakan mereka tidak boleh
mendirikan
       rumah di kawasan tersebut.
Seni Muzik

1.    Masyarakat Sarawak kaya dengan alat muzik.

2.    Kebanyakan alat muzik dibuat daripada buluh.

3.    Antarannya ialah :
       (a) Gendang           (c) Sape
       (b) Suling               (d) Engkerurai

                 
              Sape                    Gendang                                                      Sape

                       
                                                    Engkerurai

                                      Pelbagai alat muzik Sarawak

Kegiatan Ekonomi
1.    Negeri Sarawak kaya dengan sumber semula jadi.

2.    Kegiatan ekonominya banyak bergantung pada bentuk muka bumi, kawasan


        penempatan  suku kaum dan sumber alam.

3.    Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang utama.

Ekonomi Sara Diri

1.    Kebanyakan masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan ekonomi sara diri


seperti :
       (a) Menanam padi huma atau padi bukit.
       (b) Menjadi nelayan.
       (c) Memungut hasil hutan.
       (d) Berniaga secara kecil-kecilan.

2.    Masyarakat Iban, Kayan, Kenyah dan Murut yang tinggal di kawasan pedalaman
pula
       menanam padi di sekitar rumah mereka secara bergotong-royong.

3.    Berburu dan memungut hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang
       penting bagi kumpulan etnik yang tinggal di kawasan pedalaman.

4.    Orang Penan yang tinggal di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang, berburu
binatang
       dengan menggunakan sumpitan.

5.    Penduduk di pedalaman pula memungut hasil hutan seperti jelutung, damar dan
rotan.

6.    Hasil hutan ini ditukar dengan barang keperluan harian seperti beras dan garam.

    
       Berburu menggunakan sumpitan

     
            
                           Kumpulan etnik di Sarawak dan kegiatan
                                       ekonomi masing-masing.

Pertanian

1.    Kegiatan pertanian yang penting di Sarawak ialah menanam :


       (a) Padi huma
       (b) Padi sawah
       (c) Lada hitam
       (d) Sagu

Padi huma

1.    Padi huma ditanam oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di sekitar tempat
tinggal
       mereka. Padi huma merupakan makanan yang penting bagi kaum tersebut.

2.    Padi huma boleh ditanam di kawasan berbukit bakau.

3.    Penanaman padi ini juga tidak memerlukan sistem saliran.

4.    Kawasan rumah panjang juga digunakan untuk menanam padi huma.

5.    Kawasan ini akan dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang
tersebut.

Padi sawah

1.    Orang Kelabit terlibat dalam penanaman padi sawah di kawasan hulu Sungai
Baram.

2.    Mereka terkenal dengan pengeluaran beras Bario.


3.    Padi sawah di Sarawak tidak terkenal seperti di Semenanjung Tanah Melayu.

Sagu

1.    Sarawak merupakan pengeksport sagu.

2.    Kaum Melanau menjalankan perusahaan sagu.

3.    Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada sagu yang dipanggil ripo.

Lada hitam

1.    Orang Kedayan dan Murut mengusahakan penanaman lada hitam.

2.    Lada hitam ialah tanaman tradisional yang terpenting di Sarawak.


   

Perlombongan

1.    Bahan galian utama ialah emas dan antimoni yang diusahakan sejak abad ke-19.

2.    Kegiatan ini ditadbir oleh Datu Patinggi Ali pada peringkat awal.

3.    Kaum Bidayuh terlibat aktif dalam mengusahakan kedua-dua perlombongan ini.

4.    Orang Cina yang tinggal di Bau, Paku dan Bidi juga terbabit menjalankan
kegiatan
       melombong emas.

Perdagangan

1.    Sarawak telah menjalinkan hubungan perdagangan sejak zaman kegemilangan


       Kesultanan Melayu Melaka lagi.

2.    Masyarakat Sarawak telah terlibat dalam kegiatan perdagangan sejak 1000 tahun

       dahulu.

3.    Antara buktinya ialah :


       (a) Penemuan wang syiling dan bekas buatan China yang berusia beribu-ribu
tahun
            dahulu.
       (b) Tembikar Cina yang berusia 1000 tahun telah dijumpai di Santubong.

2.    Antara barangan dagangan dari Sarawak yang diperdagangkan di pelabuhan


Melaka
       ialah:      
       (a) Lada hitam
       (b) Halia
       (c) Kapur barus
       (d) Sarang burung
       (e) Emas
       (f)  Permata
       (g) Ikan

3.    Sarawak juga menerima kunjungan pedagang Cina untuk mendapatkan lada


hitam,
        kapur barus, emas, kayu cendana, sumbu badak, dan telur penyu.

4.    Orang Cina pula menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di kawasan
       tertentu seperti si Santubong.

5.    Kemajuan kegiatan pedagangan di Sarawak juga telah menarik minat pedagang


asing
       dari China, Arab, India dan Kepulauan Melayu.

6.    Antara barangan yang dibawa oleh mereka ke Sarawak ialah tembikar, sutera,
barang
        logam, kain dan barang perhiasan.
        
              Tembikar Cina yang dibawa oleh
               pedagang dari China untuk ditukar
            dengan barangan pedagang Sarawak.        

You might also like