Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

JIHAD DAN PENGORBANAN

Objektif
“Jihad dan pengorbanan tidak boleh dipisahkan
kerana ia amat berkait rapat dan saling
memerlukan diantara satu sama lain. Tiada
perjuangan tanpa pengorbanan dan sesuatu
pengorbanan adalah mustahil tanpa
wujudnya proses perjuangan”.
Pengertian Jihad dan Pengorbanan

Menurut Ibn Abbas : Jihad bermaksud menggunakan kemampuan yang ada pada


jalan dakwah /jihad dan tidak takut kepada celaan orang lain pada jalan Allah.

Manakala menurut Dr. Said Ramadhan al-Buti : Jihad ialah berusaha meninggikan


kalimah Allah, membentuk sebuah masyarakat Islam, menggunakan usaha melalui
peperangan sebahagian daripadanya. Adapun matlamatnya ialah membentuk
masyarakat Islam dan mendirikan negara Islam.

Oleh itu, jihad menurut pengertian khas ialah berperang fi sabilillah. Adapun
maknanya secara umum ialah ; kehidupan kita umumnya bermula daripada
peringkat awal sehinggalah pengakhiran kehidupan seseorang itu adalah jihad.

Pengorbanan menurut Imam Hasan al-Banna ialah menggunakan (mewakafkan)


diri , harta, waktu dan kehidupan untuk mencapai matlamat. Tiada jihad tanpa
disertai pengorbanan.
Skop jihad Amat Luas

Konsep jihad dan pengorbanan menjadi lebih jelas lagi apabila


baginda Rasulullah saw memberikan skop gambarannya di dalam
sebuah hadith bermaksud :

"Ditanya kepada Rasulullah saw tentang seorang lelaki yang


berperang kerana mahu dikenali sebagai pahlawan, seorang lagi
berperang untuk dikenali sebagai seorang yang berjasa
mempertahankan bangsa / kabilahnya dan yang seterusnya untuk
menunjukkan kehebatannya (riya`), yang mana satukah dikira
sebagai berjuang fisabilillah? Maka Rasul saw menjawab:
Barangsiapa yang berperang semata-mata untuk meninggikan
kalimah Allah (Islam) maka mereka adalah fi sabilillah”
 
(Bukhari/Muslim)
Keistimewaan Jihad dan Pengorbanan

Ia menjadi lebih istimewa lagi apabila Allah swt menjanjikan ganjaran terbesar
untuk mereka yang dikategorikan sebagai mujahid yang berkorban di jalan
Allah, firmanNya bermaksud :

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum
lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang
dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata
(wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”
 
(3: 142)
JIHAD ADALAH JALAN DAN SYIAR DAKWAH ISLAMIYAH

~ Jihad Merupakan medan Dakwah~

Rasulullah telah memberikan garis panduan yang amat jelas tentang Jihad dan ia merupakan merangkumi skop
yang amat luas iaitu mengeksploitasi apa sahaja yang digunakan bertujuan untuk meninggikan agama ALLAH /
ISLAM selagi ia dibenarkan syarak, Rasulullah saw menjelaskan ;

”Kuda yang ditambat untuk berperang fisabilillah (tuannya akan memperolehi) kebaikan sehingga hari kiamat
samada ganjaran pahala (syahid) ataupun harta rampasan perang (ghanimah - kemenangan)”(Bukhari/Muslim)

~Jihad adalah Kewajipan Berterusan Sehingga Hari Kiamat~

Imam Hasan al-Banna menyatakan di dalam Risalahnya : Ia adalah kewajipan yang berterusan sehingga hari
kiamat seperti maksud hadith Rasulullah saw ”Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak berperang
(fisabilillah) atau tiada niat untuk berperang fisabilillah maka matinya adalah (seperti) mati jahiliyah”. Adapun
martabat yang paling rendah ialah (jihad melalui) engkar dengan hati , manakala yang paling tinggi ialah
berperang fisabilillah.”

”Di antara cara berjihad ialah melalui jihad lisan (nasihat), jihad melalui pena dan tangan (kuasa). Begitu juga
dengan berkata benar terhadap pemerintah yang zalim. Sesungguhnya dakwah tidak akan hidup tanpa jihad.”
JIHAD MEMBAWA KEMULIAAN

~Jihad Menjadi Sebab Musabbab diberikan Hidayah oleh Allah~



Hidayah tidak datang bergolek, bahkan ia perlu diusahakan dengan bersungguh-
sungguh , Firman Allah swt bermaksud:

” Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi


kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki
amalannya.”

(29:69)
~Jihad Adalah satu Fardhu/Kewajipan ~

Menurut Imam Hasan al-Banna : ”Alhi-ahli ilmu


yang terdiri daripada mujtahidin, muqallidin, salaf
dan khalaf telah sepakat (ijma’) mengatakan jihad
adalah fardhu Kifayah untuk mengembangkan
dakwah dan fardhu Ain untuk menangkis serangan
kuffar”.
~ Hanya Jihad berupaya Membebaskan dan Mempertahankan Islam dan Ummah daripada belenggu
musuh.~

Beberapa coretan sejarah telah membuktikan bahawa Islam tidak berjaya dimusnahkan bahkan ia tidak
berani diusik oleh musuh apabila semangat jihad masih membara di dalam sanubari umat Islam.
Diantaranya seperti :

Peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah dan para Sahabat.

Kejatuhan tentera Monggol yang ganas di dalam peperangan ”Ain Jalut”.

Kejayaan Salahuddin al-Ayyubi Membebaskan Masjidil Aqsa daripada tangan pihak salib (kristian).

Golongan Kolonial gagal menduduki tanah Palestin di akhir zaman pemerintahan Uthmaniyah walaupun
kerajaan pada waktu itu amat lemah.

Peperangan dengan Mesir - Isreal – berjaya mengambil kembali suez dan sinai daripada Israel.

Pencerobohan Afghanistan oleh Soviet Union.

Pencabulan kemanusiaan oleh Israel yang lengkap dengan senjata moden tidak berupaya
menghapuskan Palestin yang bersenjatakan batu dan Hizbullah di Lubnan yang berbekal ”Katyusha”.

Pengakuan king Richard (Raja British) : “Pihak Salib telah melakukan kesilapan besar dengan
melancarkan peperangan terhadap orang Islam yang mana keadaan mereka (orang Islam) cintakan mati
(syahid) sedangkan kita (tentera salib) berperang dengan mereka dalam keadaan amat takut kepada
kematian.”.
TIADA JIHAD TANPA
PENGORBANAN
Janji Allah Adalah Benar : Jihad adalah perniagaan
yang paling menguntungkan apabila bermodalkan
(pengorbanan) jiwa dan harta di jalan Allah.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang


yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda
mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh Syurga.”
 
(9: 111)
• Rujukan
• www.episodeperjuangan.blogspot.com

You might also like