Professional Documents
Culture Documents
Petikan Berita
Petikan Berita
KERACUNAN MAKANAN
Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan
muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.
Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang
keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan
aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah
dimaklumkan tentang kejadian ini.
Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital
Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak
stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai
Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.
Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.
Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk
membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin
sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap
kebersihan kantin tersebut.
Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA
Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA
KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai
Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu
daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal
Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang.
Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang
kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran
rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan
dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-
sama isteri dan anak-anaknya.
Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000
dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan
mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar
semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha.
Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang
ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya
untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan
makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya.
Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian
dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap
kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus
melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam
bidang pertanian ini.
Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA
2 Berapakah jumlah hadiah yang bakal diterima oleh Encik Zainal Abidin bin
Tahir?
A 1
B 2
C 3
D 4
5 Aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir ialah …
Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA
BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandi-
manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam
perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah
Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman.
Ketika kejadian berlaku, arus Sungai Renggam agak deras kerana pada sebelah
paginya hujan turun dengan lebat. Mangsa-mangsa lemas sememangnya sudah biasa mandi
di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah
Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong.
Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus.
Mangsa itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas
dua lagi mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus
mencari mangsa.
Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu. Mereka terperanjat dengan
kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri
latihan bola sepak. Namun begitu, mereka redha dengan kejadian yang berlaku dan berharap
Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA
A Pemancing ikan
B Penduduk kampung
C Rakan mereka sendiri
D Pihak bomba dan penyelamat
Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA
Petikan 1
1. B
2. D
3. A
4. B
5. C
Petikan 2
1. C
2. B
3. A
4. D
5. C
Petikan 3
1. C
2. A
3. D
4. A
5. D
Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak