Bomb A

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Logo Bomba

THURSDAY, FEBRUARY 5, 2009

Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang
yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan
perkhidmatan secara profesional.

Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan
juga kemakmuran negara.

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning melambangkan jabatan
menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang
digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.
Sejarah Kadet Bomba
SUNDAY, FEBRUARY 7, 2010

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat
permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan
Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri
Sembilan dan telah di hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri
Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.

Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan
tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika
menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk
membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal,
persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan persatuan
kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan
kemanusiaan.

Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang
teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam
menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang
bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.
Garis Panduan Kadet Bomba
FRIDAY, FEBRUARY 5, 2010
Pakaian Kadet Bomba
FRIDAY, FEBRUARY 5, 2010

Saiz imej boleh dibesarkan dengan klik pada imej tersebut


Lagu Kadet Bomba dan Penyelamat
Malaysia
TUESDAY, FEBRUARY 2, 2010

Kadet Bomba bersatu


Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni


Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan


Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )
Pakaian Bomba
WEDNESDAY, MARCH 11, 2009

Tuck-In

Mess Night

Bush Jacket
Baju Rasmi

Baju Melayu

Baju Bomba
Baju Api

Dress

You might also like