Professional Documents
Culture Documents
Habib Noh
Habib Noh
Dalam gerakan nasionalisme tak membabitkan penampilan Habib Noh bin
Muhammad Al‐Habshee, sebaliknya beliau dikenali sebagai ulama yang memiliki sifat‐sifat karamah.
Dilahirkan di Kedah pada 1788 (iaitu selepas kedatangan Francis Light ke Pulau Pinang pada 1776),
tak banyak diketahui tentang kehidupan awal beliau. Bagaimanapun berdasarkan fakta lisan beliau
berasal darikeluarga empat adik‐beradik lelaki iaitu Habib Noh, Habib Ariffin danHabib Zain (kedua‐
duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin yang meninggal di Daik, Indonesia. Dari
perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, mereka
dikurniakan hanya seorang anakperempuan bernama Sharifah Badaniah. ‐ (Gambar, potret Habib
Noh)
Sharifah Badaniah kemudiannyaberkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al‐Shatri di Jelutong,
PulauPinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan
bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka
mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah,
Syarifah Muznah,Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah. Dari banyak sumber, Habib Nuh sampai ke
Singapura tidak lama setelahSir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu ialah
tiga puluhan tahun. Walaupun destinasi terakhirnya di Singapura, tetapi beliau banyak mengembara
terutamanya ke Johor Bahru dan negeri‐negeri lain di Malaysia untuk berdakwah.
Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit
fajar. Di samping itu Habib Noh kerap berkunjung ke makam‐makam (tanah perkuburan), selalu
mendoakan roh‐roh yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama‐sama kawan‐
kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk berseorangan diri. Beliau amat
digemari oleh semua peringkat umur, terutamanya kanak‐kanak, malah selalu membelikan gula‐gula
dan memberi wang kepada kanak‐kanak, fakir miskin dan yang memerlukan. Kerana itu
tidaklahmenghairankan jika ramai yang melihat berbagai‐bagai karamah beliau. ‐ (Gambar, kubur
Habib Noh di dalam masjid Haji Salleh di Singapura)
Beliau dikurniakan oleh Allah kebolehan untuk ghaib, dan dilihatkembali di tempat‐tempat yang
jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjidil Haram di Makkah
sekalipun bukan secara fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada bakal
haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Apabila jemaah itu sampai di sana, dia telah
disambut oleh Habib Noh sendiri. Habib Noh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke
atas kanak‐kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang kanak‐kanak
yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tapak tangan beliau di atas luka itu dan membaca
doa.
Dalam masa yang singkat, kanak‐kanak itu sudah boleh berlari semula seolah‐olah tiadaapa‐apa yang
berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak‐kanak itu amatgembira, dia telah memberikan wang kepada
1
Habib Noh, tapi Habib Nohmemberikan wang itu kepada yang memerlukan. Habib Noh sanggup
mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak‐kanakyang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya
Lebar dari rumah beliau diTelok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak‐
kanak.Bila beliau sampai di rumah kanak‐kanak itu, ibubapa kanak‐kanak ituterkejut melihat pakaian
Habib Noh langsung tidak basah. (Gambar, makam Habib Noh di Bukit Palmer, Singapura).
Air bertukar menjadi susu
Dalam satu insiden lain, Habib Noh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Bila
beliau pergi ke sana, beliau dapatibahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli
makanan untukanak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar cerita itu, lantas
mengambil satu tempurung kelapa, menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan
kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak‐kanak tersebut. Habib Noh
juga dikenali mempunyai kelebihan meramal masa depan.Beliau seolah‐olah tahu jika seseorang itu
sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau.
Pada satu masa seorang India Muslim balik keIndia mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya.
Dia telah berniatbahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akanmenghadiahkan
kepada Habib Noh satu hadiah. Bila dia pulang, diaterkejut bila melihat Habib Noh sudah sedia
menunggunya di tepi laut. Habib Noh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji
untukmemberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata,“Katakan kepada saya
wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati
menghadiahkan kepada tuan.” ‐ (Gambar, 49 anak tangga untuk naik ke makam Habib Noh)
Habib Noh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untukbersedekah kepada orang
miskin, yang memerlukannya dan kanak‐kanak.” Sambil memeluk Habib Noh, India Muslim itu
berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang
dirahmatiAllah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tigahari untuk
menghadiahkannya kepada tuan.” Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan.
Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Noh telahpulang ke rahmatullah pada
hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan14 Rabiul Awal 1283.
Habib Noh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, dikediaman Temenggong Abu
Bakar, Johor. Bila berita itu tersebar, ramai orang dari berbagai peringkat, termasuk orang‐orang
Inggeris yang telah masuk Islam melalui Habib Noh, dan mereka yang berada di kepulauan
berhampiran menziarahi beliau. Semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti
harian untuk membawa pengunjung‐pengunjung itu dengan percuma. Tapi sejurus sebelum
rombongan jenazah itu meninggalkan rumah Temenggong ke tanahperkuburan, satu fenomena
ganjil telah berlaku.
Sebelum meninggal, Habib Noh telah berpesan kepada kawan‐kawannya agarjenazah beliau
dikebumikan di Mount Palmer, yang merupakan tanahperkuburan kecil pada masa itu. Walau
bagaimana pun pada hari beliaumeninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesan itu dan mereka
semuabersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampaimasanya untuk
2
mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah.Tidak ada seorang pun terdaya
mengangkatnya. Sekitaran jadi kelamkabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu
tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki‐lelaki yang gagah.
Nasib baik, seseorang akhirnya teringat pada pesan Habib Noh dan telahtampil menceritakan hal
yang sebenarnya kepada setiap orang. Setiaporang sedar bahawa mereka telah lupa pesanan itu
lantas memutuskanuntuk bergerak ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda ituboleh
diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar! bergema. Maka jenazah Habib Noh telah selamat
dikebumikan di Mount Palmer.
3