Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN MALURI

JALAN WIRAWATI 6, TAMAN MALURI,


55100 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA:
PERTANDINGAN ISYARAT RIMBA
UNIT BERUNIFORM

TARIKH CADANGAN :
28 JULAI 2010 ; RABU; 1400 – 1600
30 JULAI 2010 ; JUMAAT; 0730 - 0745

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI
KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah


melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah
sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif dan murid-murid
yang aktif serta minda yang kreatif.

2.0 MATLAMAT DAN RASIONAL

Aktiviti yang dapat melahirkan murid-murid yang aktif serta pemikiran yang
kreatif secara tidak langsung dapat mewujudkan pembelajaran yang baik di
dalam kelas selain melahirkan murid yang berdisiplin dan sentiasa berfikiran
terbuka dalam membuat sebarang keputusan.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan awal mengenai isyarat rimba yang sering


digunakan semasa perkhemahan.
ii. Mewujudkan sifat kepimpinan yang tinggi di kalangan ahli kumpulan.
iii. Dapat melahirkan insan yang kreatif dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi.
iv. Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan.

4.0 TEMA

“Kembali ke Alam Rimba”

2
5.0 KONSEP PERLAKSANAAN

Pertandingan yang akan diadakan ini adalah berteraskan kekuatan mental dan
semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan.

6.0 PENYERTAAN

Sejumlah 40 orang peserta akan menyertai program ini tidak termasuk 4 orang
guru pembimbing pasukan, 6 orang guru praktikum serta 4 orang guru tetap
yang mewakili setiap unit beruniform.

i. Senarai nama ahli Jawatankuasa Program yang akan menyertai


program adalah seperti dalam lampiran 1
ii. Senarai nama peserta boleh dilihat pada bahagian lampiran.

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Othman B. Abd Hamid


Naib Pengerusi : Pn. Faridah Bt. Baharum
: Pn. Khamsinah Bt Abd. Aziz
: En. Mashar B. Hamdan
Penasihat (Mentor) : En. Jamil B. Abong
: Cik Sharifah B. Dahalan
Pengarah Program : Cik Wan Nor Ain Bt. Wan Hamdan
Penolong Pengarah : Cik Farah Diyana Bt. Kammoo
Setiausaha : En. Abdullah Syukur B. Mohd Nadzri
Bendahari : Cik Rabiatul Natrah Bt. Rosman

3
JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PROGRAM : Cik Lisa Bt. Agus


: En. Mohd Muhaimie Mohd Nour Azlan
: Cik. Saibas Bt. Kadir
AJK SURAT MENYURAT : Cik Berna Dona Tianam
: Pn. Istihana Bt. Bakar
AJK FOTOGRAFI : En. Mohd Harith B. Mohd Rohaizat
ALATAN/ TUGAS KHAS : En. Abdullah Syukur B. Mohd Nadzri
: Cik Rabiatul Natrah Bt. Rosman
: Cik Farah Diyana Bt. Kammoo
: Cik Wan Nor Ain Bt. Wan Hamdan

8.0 KUMPULAN SASAR


Keutamaan akan difokuskan kepada guru pelatih kepada di SK Taman Maluri
serta beberapa orang guru tetap di sekolah tersebut.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Projek ini dilakukan dengan bantuan mentor dan guru sekolah ini sendiri bagi
menjayakan pertandingan ini. Aktiviti ini juga di awasi oleh mentor kami sendiri.

10.0 TENTATIF

PERTANDINGAN ISYARAT RIMBA UNIT BERUNIFORM


Tempat : Foyer SK Taman Maluri & sekitar sekolah
Tarikh : 28 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 1400 – 1600

4
Masa Aturcara

1345 Peserta berkumpul di foyer SKTM

1345 – 1400 Taklimat ringkas mengenai pertandingan

1400 – 1410 Guru-guru mengambil tempat masing-masing

1415 – 1600 Peserta dilepaskan berperingkat-peringkat


mengikut unit beruniform

1600 Pertandingan tamat


Peserta berkumpul semula di foyer
Bersurai

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN ISYARAT RIMBA


Tempat : Foyer SK Taman Maluri
Tarikh : 30 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 0730 – 0745

11.0 PERALATAN / ANGGARAN BELANJAWAN


Senarai peralatan yang digunakan.
BIL PERALATAN KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT (RM) (RM)
1. Pingat Emas 11 3.00 33.00
2. Pingat Perak 11 3.00 33.00
3. Pingat Gangsa 22 3.00 66.00

5
12.0 PENUTUP

Semoga Kertas Kerja ‘Pertandingan Isyarat Rimba Unit Beruniform’ ini mendapat
perhatian sepenuhnya oleh pihak sekolah serta diluluskan dan dibenarkan untuk
dijalankan. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………........
(ABDULLAH SYUKUR B. MOHD NADZRI)
Setiausaha
Pertandingan Isyarat Rimba Unit Beruniform
.

Disokong oleh,

…………………………….
(EN. MASHAR B. HAMDAN)
GPK Ko-kurikulum
SK Taman Maluri, Kuala Lumpur

Diluluskan oleh,

…………………………….....
(EN.OTHMAN B. Abd Hamid)
Guru Besar
SK Taman Maluri, Kuala Lumpur

You might also like