Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

PENGENALAN

Institusi Kewangan Islam

Institusi kewangan Islam ialah institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen-
instrumen kewangan, disamping memudahkan aliran sumber-sumber antara peserta-peserta
pasaran. Dalam melaksanakan peranannya sebagai pencipta dan peniaga instumen kewangan,
institusi kewangan merupakan peserta yang penting dalam pasaran kewangan dan
melaksanakan berbagai fungsi utama dalam sistem kewangan. Fungsi yang terpenting sekali
ialah bertindak sebagai pengantara kewangan, pengantara kewangan, memudahkan proses
penyaluran dana tabungan untuk pelaburan, iaitu proses penyaluran tabungan dari pada unit
lebihan daripada sesebuah ekonomi dengan obligasi kewangan (janji untuk bayar) daripada
unit kekurangan.

PERBEZAAN BANK KONVENSIONAL DAN BANK ISLAM

Bank Konvensional

Wang
Bank Pelanggan

Wang + Imbuhan

Bank Islam

Barangan & Servis


Bank

Pelanggan
Wang

1
Terdapat tiga jenis bank konvensional ialah Bank Pusat iaitu merupakan sebuah badan
kewangan yang bertanggungjawab menjaga kestabilan kewangan sesebuah negara dan
menurut dasar kerajaan. Biasanya ia dipunyai dan ditadbir oleh kerajaan. Kemudian Bank
Perdagangan merupakan institusi yang dimiliki oleh pihak-pihak persendirian yang bertujuan
untuk mencari keuntungan. Bank-bank jenis ini memainkan peranan terpenting dalam
ekonomi moden, mempunyai paling banyak bilangan, dan melakukan pelbagai tugas penting
dalam ekonomi, dan yang ketiga pula ialah Bank –Bank Khusus. Iaitu bank-bank yang
mengeluarkan pinjaman kepada golongan atau sektor-sektor tertentu sahaja seperti Bank
Perusahaan/Perindustrian, Bank Pertanian dan Bank Hartanah. Bank-bank Khusus ini
kebiasaannya mengeluarkan pinjaman-pinjaman jangka sederhana dan panjang.

Perbankan Islam di Malaysia

Perbankan Islam adalah perbankan yang menawarkan produk-produk kewangan yang


berteraskan prinsip-prinsip syariah. Konsep dan mekanisme operasi telah berubah daripada
konsep pinjam meminjam yang menjadi teras sistem perbankan konvensional kepada konsep
jual beli, perkongsian, kerjasama dan sebagainya. Perbankan di tubuhkan untuk menggerak
dana-dana dan menggunakannya selaras dengan syariat Islam bagi tujuan mengembangkan
ikatan kesatuan Islam dan memastikan keadilan pengagihan disamping mengunakan dana-
dana tersebut selaras dengan prinsip-prinsip Islam.

Usaha awal penubuhan perbankan Islam di Malaysia bermula seawal penubuhan Tabung Haji
pada November 1962 yang telah memulakan operasinya pada 30 September 1963. Kejayaan
Tabung Haji mendorong pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar
menubuhkan sebuah bank Islam sepenuhnya. Gerakan ini adalah hasil pelbagai perbincangan
dan kajian demi kajian yang akhirnya menghasilkan rumusan bahawa wujudnya keperluan
menubuhkan sistem perbankan yang berteraskan syariah. Gelombang ini turut dicetuskan di
peringkat antarabangsa di mana usul untuk menubuhkan bank Islam di negaranegara Islam
telah dibincang dalam Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri Luar Negara Islam dalam tahun
1971.

2
Hasilnya, Kabinet meluluskan penubuhan bank Islam yang pertama pada tahun 1983 yang
dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah Akta Perbankan
Islam 1983.

Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah menunjukkan perkembangan dan
peningkatan yang memberangsangkan. Sebelum 1993, Malaysia hanya mempunyai sebuah
bank Islam dengan 36 cawangan yang terhad. Namun selepas kerajaan memperkenalkan
SPTF pada 1993, perbankan Islam boleh diperoleh dihampir 2,500 cawangan bank Islam,
bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan. Kini, industri perbankan Islam kini
diperkukuhkan lagi apabila institusi perbankan konvensional yang menawarkan SPI diberi
pilihan untuk mengubah operasi SPI mereka kepada sebuah bank Islam sepenuhnya. Bagi
menyemarakkan lagi perkembangan industri perbankan Islam ini pihak kerajaan juga
menawarkan lesen perbankan Islam kepada bank-bank asing. Pada tahun 2008, pendapatan
yang dijana oleh industri perbankan Islam mencatatkan pencapaian yang sangat
memberangsangkan. Ia memperoleh pendapatan kasar melebihi RM9 bilion dan kini aset
perbankan Islam telah menghampiri RM300 bilion.

3
Pengenalan Al-Tawarruq

Dari aspek bahasa tawarruq ialah perkataan Arab yang berasal daripada daripada al-wariq,
iaitu wang perak, dirham atau perak. Al-Quran telah menggunakan perkataan al-wariq dalam
firman Allah:

ۡ َّ‫ق ِّم ۡنهُ َو ۡليَتَلَط‬ ۤ


‫ف َواَل ي ُۡش ِع َر َّن بِ ُكمۡ اَ َحدًا‬ ٍ ‫ة فَ ۡليَ ۡنظُ ۡر اَيُّهَا اَ ۡز ٰكى طَ َعا ًما فَ ۡليَ ۡاتِ ُكمۡ بِ ِر ۡز‬fِ َ‫فَ ۡاب َعثُ ۡۤوا اَ َح َد ُكمۡ بِ َو ِرقِ ُكمۡ ٰه ِذ ٖ ۤه اِلَى ۡال َم ِد ۡين‬

Maksudnya: Sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke
bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih
baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit
habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh
(semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun
menyedari akan hal kamu.

(al-Kahf 18:19)

Manakala perkataan al-tawarruq pula memberi maksud al-wariq, iaitu meminta wang.1

Dari segi istilah ia sebenarnya tiada disebut mengenai tawarruq pada istilah fiqh kecuali pada
mazhab Hanbali. Dari segi istilah Syara’ pula, tawarruq bererti seseorang yang membeli satu
barangan dengan pembayaran secara tangguh, kemudian orang itu menjual pula kepada
pembeli lain dengan harga yang kurang daripada pembelian pertama itu, bagi tujuan
mendapatkan wang tunai.2 Mengikut Sheikh ‘Abd Allah ibn Sulaiman al-Mini’ pula
menyebutkan pengertian tawarruq menurut istilah adalah sebagaimana berikut:

“tindakan orang yang perlu kepada wang, dengan cara menghindarkannya dari cara-cara
riba. Caranya ialah orang tersebut membeli barang dengan harga yang mendekati jumlah
wang yang diperlukannya. Tetapi ia menambah harganya sebagai imbalan penundaan
pembayarannya. Kemudian ia menjual barang tersebut kepada orang yang bukan penjual
kepada, dengan tujuan agar ia dapat memenuhi keperluannya sekarang” 3

1
Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), “Konsep dan perlaksanaan al-tawarruq dalam pembiayaan peribadi :
kajian di Al-Rajhi Bank (Malaysia)”, (Latihan Ilmiah Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya), h.16
2
Ibid.
3
Ibid.

4
Secara amnya (kesimpulannya), tawarruq merupakan satu prinsip yang melibatkan dua
peringkat urusniaga iaitu melibatkan belian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal
barangan tersebut dan kemudiannya pembeli akan menjual semula barangan tersebut secara
tunai kepada pihak ketiga.

Kontrak al-tawarruq boleh digambarkan dalam pelbagai formasi. Namun secara kasarnya
terdapat dua formasi al-tawarruq. Dalam formasi pertama, al-tawarruq berlaku dalam keadaan
pembeli pertama membeli barangan secara ansuran dan menjualnya kepada pihak ketiga
secara tunai dengan harga yang rendah. Dalam formasi sebegini, pihak ketiga tidak
mempunyai kaitan langsung dengan penjual barangan pertama. Dalam kes sedemikian,
penjual barangan pertama tidak boleh dikaitkan dengan jualan tunai yang dilakukan oleh
pihak pembeli barangan selepas itu. Situasi ini diistilahkan sebagai al-tawarruq al-fardi oleh
sesetengah sarjana muamalat semasa.

Walaupun pada prinsipnya al-tawarruq al-fardi dianggap harus oleh majoriti para ulama,
tetapi setelah proses tawarruq menjadi satu kaedah untuk mendapatkan pembiayaan wang,
para ulama telah berbeza pendapat tentang hukumnya.

Formasi kedua ialah formasi yang melibatkan amalan al-tawarruq yang digunakan dalam
sesebuah sistem kewangan yang menjadikannya sebagai satu medium pembiayaan yang
sistematik. Dalam hal ini, dalam kebanyakan keadaan, pembeli barangan terakhir tadi
bertindak sebagai wakil kepada penjual barangan pertama ataupun penjual pertama akan
mewakili pembeli terakhir dalam menguruskan kontrak. Menurut sesetengah penyelidik
muamalat kontemporari, kaedah al-tawarruq sedemikian layak diistilahkan sebagai al-
tawarruq al-munazzam atau al-tawarruq al-masrafi. Kebanyakan sistem perbankan moden
mengamalkan tawarruq masrafi atau munazzam untuk memudahkan para pelanggan
mendapatkan tunai (cash) tanpa perlu mencari pembeli barangan yang dibeli daripada bank.

Dalam konteks perbandingan secara kasar antara kontrak bai’ al-‘inah dengan kontrak al-
tawarruq, kedua-duanya adalah sama dari sudut matlamat, iaitu untuk mendapat wang tunai
menerusi transaksi jualan, dan berbeza dari dua sudut yang lain. Pertama, bal’ ‘inah tidak
melibatkan pihak ketiga sebagai pembeli barangan jualan, tetapi tawarruq pula sebaliknya..
Kedua, bai’ ‘inah memerlukan barang jualan kembali semula kepada penjualnya atau barang
belian kembali semula kepada pembelinya sedangkan tawarruq pula tidak beroperasi
sedemikian.

5
Terdapat dua versi tawarruq, versi pertama adalah Tawarruq Fardi yang berlaku apabila
pembeli membuat pembelian secara ansuran dan apabila telah memiliki barangan yang dibeli,
dia kemudiannya menjualnya dipasaran secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Dalam
keadaan ini penjual pertama tidak mempunyai kaitan dengan pembeli kedua dipasaran.
Kebanyakkan ulama mengharuskan transaksi ini kerana penjualan barang kepada pihak ketiga
tidak mempunyai kaitan dengan penjual pertama.

Versi tawarruq yang kedua berlaku apabila pihak ketiga menjadi wakil kepada penjual
pertama untuk membeli barang daripada pembeli pertama. Ia juga boleh berlaku apabila
pembeli mewakilkan kepada penjual untuk membeli barang tersebut. Transaksi ini dinamakan
sebagai Tawarruq Munazzam atau Tawarruq Masrafi. Para ulama kurang bersetuju dengan
aplikasi tawarruq mengikut versi ini kerana ia adalah sebuah medium untuk mendapatkan
tunai secara sistematik dan terancang.

PANDANGAN ULAMA’ TENTANG KONSEP TAWARRUQ

Terdapat tiga pandangan Ulama mengenai konsep Tawarruq ini, iaitu pandangan daripada
Ulama’Silam,Ulama’Kontemporari dan Ulama’Semasa.

Ulama’ silam turut berbeza pandangan mengenai konsep tawarruq. Sebagai contoh, menurut
Ibn Qudaimah, jika barangan itu hendak dijual secara tunai kepada penjual asal itu dengan
harga yang lebih rendah, barangan itu hendaklah telah berkurangan dalam aspek sama ada
kualiti mahupun kuantiti dan jika tidak ia hanyalah sama dengan bay’ al-‘Inah yang menjuru
kepada riba. Akan tetapi, jika barangan itu dijual kepada pihak yang ketiga secara tunai
dengan harga yang rendah, maka ia dibolehkan, sekalipun pihak yang ketiga itu ialah bapa
atau anak kepada penjual itu.4

Manakala mengikut al-Hummam, ulama’ mazhab Hanafi yang lebih cenderung


mengharamkan bay’ al-‘inah, beliau berpendapat bahawa tawarruq sebagai harus tetapi khilaf
al-awla (bertentangan dengan yang lebih baik). Sementara itu, al-Zayla’i yang juga tokoh di
kalangan mazhab Hanafi mengatakan hukum tawarruq adalah makruh. Dapat disimpulkan
disini bahawa Ulama’Silam mengharuskan penggunaan Tawarruq dalam transaksi perniagaan.

4
Ibid.

6
Bagi pandangan Ulama’Kontemporari pula, secara umumnya ianya terdapat dua pandangan
utama, iaitu pertamanya mengharuskan tawarruq, sama ada berbentuk al-tawarruq al-
munazzam mahupun tawarruq al-fardhi. Antara yang mendokong pendapat ini ialah seperti
Sheikh ‘Abd Allah ibn Sulaiman al-Mini’, Usamah Bahr dengan beberapa syarat.

Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan terdapat perbezaan antara al-tawarruq al-
fardhi dengan al-tawarruq al-munazzam. Pendapat ini mengharuskan al-tawarruq al-fardhi
tetapi menganggap al-tawarruq al-munazam sama seperti bay’ al-‘Inah. Antara mereka yang
berpendapat sedemikian adalah seperti Dr. Ahmed Budhyi al-Din, Dr Sami al-Suwaylem dan
Dr. Hussin Hamid Hasaan.

Pandangan yang terakhir pula ialah pandangan dari Ulama’Semasa. Dalam pandangan
Ulama’Semasa ini terbahagi kepada dua pendapat iaitu pendapat daripada Fuqaha Timur
Tengah dan Fuqaha Malaysia.

Mengikut pendapat dari Fuqaha Timur Tengah, pada mulanya Majma’ Fiqh al-Islami
(persidangan ke 15) telah mengharuskan konsep tawarruq kerana keputusan ini sebenarnya
merujuk kepada tawarruq yang tidak wujud persepakatan awal antara pihak yang berinteraksi.
Walau bagaimanapun, dalam persidangan yang ke 17 keputusan yang di buat ialah
mengharamkan tawarruq. Keputusan ini terpakai untuk bentuk tawarruq yang diamalkan
disesetengah institusi kewangan atau yang diistilahkan sebagai al-tawarruq al-munazzam.
Alasan penolakan tawarruq tersebut ialah tindakan institusi kewangan menjadi wakil kepada
mustawrriq iaitu pelanggan yang memerlukan kecairan wang tunai menjual barangan yang
dibeli daripada institusi yang tertentu kepada pihak yang ketiga mempunyai persamaan
dengan amalan bay’ al-‘Inah dan tidak menepati bentuk tawarruq yang diharuskan oleh
ulama’ silam.5

Walau bagaimanapun, al-tawarruq al-munazzam telah diharuskan oleh Majlis Penasihat


Kewangan Islam Timur Tengah seperti HSBC Amanah, Arab National Bank, The National
Commercial Bank dan Shamil Bank. Antara ahli penasihat yang telah meluluskan bentuk al-
tawarruq ialah Syeikh ‘Abdullah b. Sulaiman al-Mani’. Selain daripada itu, antara
cendiakawan Islam semasa yang mengharuskan al-tawarruq yang diperkenalkan dalam
kewangan Islam semasa adalah Dr. Musa Adam ‘Isa, Dr. Usamah Bahr dan Dr. Sulaiman
Nassir al-‘Ulwan6
5
Iman Salleh (2009), op.cit
6
Ibid.

7
Dan di antara ulama’ semasa yang menolak bentuk al-tawarruq yang diamalkan oleh intitusi
kewangan Islam ialah Dr Khalid bin ‘Ali al-Musyaiqah, Dr Rafiq Yunus al-Migt, Dr
Muhammad b Abdullah al-Syaibani, Dr Sami Suwailem dan Dr Hussin Hamid Hassan.7

Kemudian, mengikut Fuqah di Malysia pula, Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara
Malaysia dalam pertemuan atau mensyuarat yang ke 51 yang dilaksanakan pada 28 Julai 2005
bersamaan dengan 21 Jamadil Awal 1426 Hijrah telah memutuskan bahawa produk deposit
dan pembiayaan berdasarkan konsep tawarruq yang dikenali sebagai murabahah komoditi
adalah dibenarkan. 8

Tawarruq ditakrifkan sebagai tatacara yang melibatkan pembelian aset berdasarkan


musawamah (harga yang disepakati melalui tawar-menawar) atau murabahah dan penjualan
berikutnya dari aset yang sama kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai9

Ini berbeza dari bay’ Bithaman Ajil (BBA) sebagaimana biasanya dipraktikkan di Malaysia
dan bay’ al-‘Inah sebagai tawarruq melibatkan pihak ketiga, dan dalam urus niaga tawarruq
tidak ada keadaan untuk penjualan yang mendasari objek yang akan dikembalikan semula
(dijual kembali) kepada pemilik asal.10

DALIL-DALIL DAN PENGHUJAHAN TERHADAP TAWARRUQ

Dalil-dalil dan Hujah-hujah Golongan yang Menyokong

7
Ibid.
8
http://www.azmilaw.com.my/archives/Article_9_Tawarruq_00093603_.pdf, tarikh akses 5 April 2010
9
Ibid.
10
Ibid.

8
1. Firman Allah Ta’ala

ۚ ‫ڪلُونَ ٱل ِّربَ ٰو ْا اَل يَقُو ُمونَ إِاَّل َك َما يَقُو ُم ٱلَّ ِذى يَتَخَ بَّطُهُ ٱل َّش ۡيطَ ٰـنُ ِمنَ ۡٱل َم‬
‫ ُع‬f‫ا ۡٱلبَ ۡي‬ff‫الُ ٓو ْا إِنَّ َم‬ffَ‫أَنَّهُمۡ ق‬ffِ‫كَ ب‬ffِ‫سِّ‌ َذٲل‬ ُ ‫ٱلَّ ِذينَ يَ ۡأ‬
۬ ۚ ۗ
ِ‌ۖ ‫ۥۤ إِلَى ٱهَّلل‬ ُ‫ ُره‬fۡ‫لَفَ َوأَم‬f‫ا َس‬ff‫ َم‬ ‫هُ ۥ‬fَ‫ٱنتَهَ ٰى فَل‬ffَ‫ َم ۡو ِعظَةٌ ِّمن َّربِّ ِهۦ ف‬ ‫ِم ۡث ُل ٱل ِّربَ ٰوْ‌ا َوأَ َح َّل ٱهَّلل ُ ۡٱلبَ ۡي َع َو َح َّر َم ٱل ِّربَ ٰوْ‌ا فَ َمن َجٓا َءهُ ۥ‬
ۡ َ‫كَ أ‬fِ‫َو َم ۡن عَا َد فَأُوْ لَ ٰـٓ ِٕٕٮ‬
‌ِۖ َّ‫ص َح ٰـبُ ٱلن‬
َ‫ار هُمۡ فِيہَا خَ ٰـلِ ُدون‬

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan
berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya
dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Ta’ala menghalalkan semua jentuk jual beli,
kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Kita katakan “semua” kerana Allah Ta’ala
menyebut perkataan ‫ بيع‬disertai ‫( في‬alif-lam makrifah). Justeru itu, golongan yang
mengharuskan tawarruq ini mengatakan tawarruq termasuk jual beli kerana di sini tidak
terdapat dalil yang mengecualikan tawarruq dari makna umum firman Allah di atas. Jadi
Allah Ta’ala menghalalkan tawarruq.

2. Firman Allah Ta’ala:

ۡ َ‫ بِد َۡي ٍن إِلَ ٰ ٓى أَ َج ۬ ٍل ُّم َس ۬ ًّمى ف‬f‫يَ ٰـٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُ ٓو ْا إِ َذا تَدَايَنتُم‬
ُ‫ٱڪتُبُو ۚ‌ه‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka
hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)

Berdasarkan ayat ini, tawarruq adalah sejenis jual beli dan hutang piutang yang
termasuk dalam makna ayat umum di atas.11

11
Ibid.

9
Golongan Yang Menolak

Imam Ibn Taymiyyah menganggap jual beli tawarruq satu transaksi yang selalunya
dilakukan oelh golongan yang berhadapan dengan keadaan terdesak (darurat), keadaan di
masa dia amat memerlukan wang tunai di tangan. Lantaran itu, hujah yang dikemukakan
mereka adalah hadis yang berkaitan dengan jual beli golongan tersebut.12

Al-Quran, Firman Allah s.w.t:

َ ‫َوأَ َح َّل ٱهَّلل ُ ۡٱلبَ ۡي َع َو‬


ۚ‫ح َّر َم ٱلرِّ بَ ٰوْ‌ا‬

Maksudnya: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Dalam ayat ini Allah s.w.t telah mengharamkan riba, sementara bay’ al-‘Inah dan al-
tawarruq merupakan perantara yang paling hampir kepada riba dan ia merupakan sesuatu
wasilah kepada sesuatu perkara yang haram dan hukumnya juga haram.13

Al-Sunnah, Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ة‬ff‫ايعتم بالعين‬ff‫ "اذا تب‬:‫ول‬ff‫لم يق‬ff‫ه وس‬ff‫لى هللا علي‬ff‫ول هللا ص‬ff‫معت رس‬ff‫ س‬:‫ال‬ff‫ا ق‬ff‫ هللا عنهم‬f‫عن ابن عمر رضى‬
"‫ الى دينكم‬f‫ الجهد سلط هللا عليكم ذال اليذزعه حتى ترجعوا‬f‫ بالزرع وتركتم‬f‫ إذناب البقر ورضيتم‬f‫واخذتم‬

Maksudnya: daripada Ibnu Umar r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “jika
kamu melakukan akad menggunakan bay’ al’Inah dan mengambil ekor-ekor lembu dan
meninggalkan jihad, nescaya Allah akan menempatkan kehinaan ke atas kamu yang tidak
akan diangkatNya sehingga kamu kembali (bertaubat) kepada agamamu”.14

PERSPEKTIF HUKUM BERKENAAN KONSEP TAWARRUQ

Disebabkan kedudukan al-Tawarruq hampir sama dengan Bay’ al Inah, maka kebanyakan
perbincangan berkenaan dengan al-tawarruq di bawah tajuk Bay’ al Inah. Justeru dalil-dalil

12
Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), op.cit, h 30.
13
Iman Salleh (2009), op.cit
14
Ibid.

10
atau hujah kepada transaksi al-tawarruq telah dirumus oleh kebanyakan fuqaha’ bersama-
sama hujah transaksi bay’ al-Inah kecuali segolongan fuqaha’ khususnya daripada mazhab
Hambali.

Secara ringkasnya, menyentuh berkenaan hukum al-tawarruq ini boleh dikatakan bahawa
terdapat tiga pola penghukuman terhadap kontrak ini jika ditinjau kepada perbendaharaan
hukum para fuqaha’ dari pelbagai mazhab. Pola penghukuman yang pertama ialah pandangan
yang mengatakan transaksi al-tawarruq adalah haram kerana ia menyerupai bay’ al-Inah yang
dipersepsikan haram kerana digunakan sebagai hilah kepada riba.

Pola yang kedua ialah pendapat yang mengatakn bahawa hukum adalah makruh kerana
konsepnya yang hampir sama dengan bay’ al-Inah. Pola penghukuman ketiga pula ialah
pendapat yang mengatakan ia adalah diharuskan, berasaskan prinsip bahawa semua urus niaga
jual beli adalah diharuskan dan kerana terdapat perbezaan stuktur yang nyata antara al-
tawarruq dengan bay’ al-Inah.

Oleh kerana masih terdapat keraguan berkenaan dengan “objektif riba” yang wujud dalam
kontak ini sesetengah sarjana hukum muamalat telah meletakkan beberapa syarat dalam
mengharuskan kontrak al-tawarruq. Antara syarat-syarat berkenaan ialah ketiadaan institusi
yang menawarkan pinjaman secara al-Qard al-Hasan, tidak menzahirkan akad seolah-olah
menyerupai kontrak pinjaman dan jualan barangan oleh pembeli hendaklah setelah benar-
benar berlaku perolehan milik.

Dalam arena hukum tempatan, konsep al-tawarruq diterima pakai khususnya dalam konteks
peningkatan kualiti dan mutu keputusan Syariah serta dengan pengmbilkiraan proses
penyeragaman keputusan hukum dengan pusat-pusat kewangan Islam lain pada paras
antarabangsa. Hal ini boleh dilihat dalam keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
Malaysia pada mesyuarat ke-51 bertarikh 28 Julai 2005 bersamaan 21 Jamadilakhir 1426
yang memutuskan bahawa produk deposit dan pembiayaan berdasarkan kontrak al-tawarruq
atau lebih popular sebagai Murabahah komoditi diharuskan. (Resolusi Syariah dalam
Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, Mac 2007, hal 23-25).

PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM MENUJU MASA HADAPAN

Kini, perbankan dan kewangan Islam mampu untuk maju setapak dalam perkhidmatan produk
Tawarruq Masarafiy. Ini kerana, jika dulu ia menjadi kontroversi berikutan aset
11
diperdagangkan mempunyai pelbagai kesulitan, terutama apabila produk itu tidak diingini
pelanggan, namun hasil usaha sebuah syarikat, iaitu IDOTTV, pelaksanaan konsep itu lebih
efektif, kemas, dan tulen.

Menghampiri konsep Tawarruq Haqiqi, ia kini lebih selesa daripada sudut syariah kerana
konsep jual belinya berfungsi sebagai pemerolehan keuntungan halal. Aset yang dijadikan
komoditi pula benar-benar diperlukan oleh banyak pihak dan pasti dimanfaatkan berbanding
konsep Tawarruq sebelum ini, iaitu komoditinya dijual kembali pada penghujungnya kepada
penjual dan pemegang aset.

Kalau dulu, aset digunakan dalam konsep Tawarruq tidak diguna pakai oleh pembeli dan
dijualkan kepada pihak ketiga melalui bank bagi memperoleh tunai, dan jarang menemui
pelanggan menjualnya sendiri bagi memperoleh keuntungan. Kini, komoditi yang lebih
diingini oleh banyak pihak, sedia untuk diperdagangkan dan ia diyakini sehingga pelanggan
boleh menguruskan penjualannya sendiri.

Komoditi baru ini adalah dalam bentuk masa bercakap (telecommunication airtime) yang
diberi nama Sistem Perdagangan Tawarruq Perbankan Islam (The Islamic Banking Tawarruq
Trading System) dan dilancarkan oleh IDOTTV pada Ogos 2009. Melalui sistem ini risiko
kepada bank Islam juga lebih berkurangan kerana harga dan nilai ‘airtime’ itu lebih stabil dan
‘fleksible’ berbanding komoditi lain. Malah, sebagaimana disebut sebelum ini, permintaannya
juga sangat tinggi dan tidak putus-putus.

Bank juga tidak memerlukan sebarang gudang simpanan komoditi, melakukan semakan
terhadap komoditi sebelum jualan dan tanpa kos pengangkutan untuk pemindahan serta
beberapa urusan lain. Pemilikan ke atas ‘airtime’ sungguh mudah disemak dan diurus
berbanding komoditi lain dan tidak sesekali akan mengganggu harga komoditi asas walau
permintaannya tinggi.

Ini berbeza dengan transaksi Tawarruq dilakukan perbankan Islam membabitkan nilai ratusan
jutaan ringgit yang dikhuatiri kebanyakan ulama, yang bimbang ia boleh memberi kesan
kepada harga pasaran semasa sesuatu komoditi itu, sekali gus membebankan masyarakat.
Namun, dengan penggunaan ‘airtime’ sebagai komoditi, kebimbangan itu kini tidak timbul.

Disokong dengan sistem automatik canggih, kepercayaan terhadap sistem ini adalah
berpotensi tinggi bagi menaik taraf produk institusi kewangan Islam di dalam negara kita.
12
Justeru, pengamal perlu perbankan Islam menyahut pembaharuan dalam pelaksanaan sistem
Tawarruq yang diguna pakai.

Ini kerana konsep Tawarruq yang menggunakan masa bercakap sebagai aset komoditi mampu
menghubungkan industri kewangan Islam dengan industri telekomunikasi, selain mampu
mengawal jualan masa bercakap kepada pihak syarikat yang memenuhi syarat hukum syariah.

PRODUK TAWARRUQ DALAM PERBANKAN ISLAM

Produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam pada
ketika ini dibangunkan berdasarkan dua konsep iaitu bai inah dan Tawarruq. 

Maklumat Tentang Kad Bank Islam

Kad Bank Islam (KBI) ialah kad pertama yang sepenuhnya berteraskan Kontrak Syariah
dan ditawarkan kepada Muslim dan bukan Muslim di Malaysia. KBI adalah kad yang bebas
dari riba dan gharar.

Riba biasanya diterjemahkan sebagai “faedah” iaitu amaun lebihan yang dicajkan ke atas
sebarang transaksi urusniaga yang melibatkan perak, emas dan wang. Ghararialah
ketidakpastian atau keraguan, dan elemen ini tidak terlibat di dalam KBI memandangkan
keuntungan maksima telahpun dijelaskan terdahulu.

Pusat Kad Bank Islam beroperasi berteraskan konsep Syariah yang dikenali sebagai
Konsep Tawarruq.

Definasi Tawarruq Mengikut Bank Islam

 
Tawarruq ialah ialah membeli barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh (kos +
untung) dan menjualnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah kepada pihak selain
daripada penjual asal.

13
Secara umumnya, tawarruq dan bai’ ‘inah mempunyai objektif yang sama, iaitu bertujuan
mendapatkan hasil tunai daripada transaksi jual-beli, tetapi berbeza dalam 2 aspek iaitu;
pertama, bai’ ‘inah tidak melibatkan pihak ketiga sebagai pembeli (aset/komoditi), di mana
tawarruq melibatkan penglibatan pihak ketiga. Kedua, aset yang terlibat dalam jual-
beli bai’ ‘inah akan dikembalikan semula kepada pemilik asal, manakala proses itu tidak
terlibat langsungdalam tawarruq.
 

Kelebihan Utama Kad Bank Islam

 Tiada yuran tahunan

 Tiada caj kewangan berganda

 Tempoh 20-hari pengecualian caj kewangan

 Perlindungan Takaful percuma ke atas baki tertunggak bulanan

 0.3% rebat tunai atas pembelian runcit

 Kadar rendah pindahan baki

 Kadar rendah pengeluaran tunai

 40 % diskaun fi penulisan wasiat

 Mematuhi kehendak Syariah sepenuhnya


 

Pencapaian Kad Bank Islam

 Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM (2010)

 Kad World MasterCard pertama bercirikan Islam yang pertama di Asia Pasifik
(2009)

 Anugerah Peningkatan Jualan Tertinggi Visa Kredit (2009)

 Anugerah Platinum ‘Marketing Leadership’ untuk ‘Best E-Commerce Related


Initiative’ MasterCard Asia Pasifik (2006)

 Kad Platinum MasterCard bercirikan Islam yang pertama di Asia Tenggara (2006)

 Pengeluar & Pemeroleh Kad yang pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan
MasterCard SecureCode (2005)

14
 Kad Kredit Visa SmartChip bercirikan Islam yang pertama di Asia Pasifik (2003)

 Pengeluar Kad yang pertama melaksanakan ‘Global Clearing Management System’


(2002)

 Kad Pertama yang menepati EMV 2000 oleh MasterCard International (2002)
 

 Pusat Kad Bank Islam (“PKBI”) juga menawarkan pelbagai saluran pembayaran dan
servis kepada semua Ahli Kad. Ahli Kad boleh membuat pembayaran melalui;

 Auto-Debit daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa Bank Islam

 Perbankan Internet

 Perbankan SMS

 Mesin Deposit Tunai di semua cawangan Bank Islam seluruh Malaysia

 Cek tunai kepada PKBI

 Deposti Tunai / Cek di semua cawangan Bank

 Kemudahan Interbank GIRO

Salah satu ciri istimewa KBI ialah setiap Ahli Kad layak mendapat Pelan Perlindungan
Takaful Percuma berserta Khairat Kematian. Pelan Takaful ini menawarkan penyelesaian
baki tertunggak KBI dan juga membebaskan waris daripada sebarang beban kewangan yang
ditinggalkan oleh Ahli KBI. Disamping itu, KBI menawarkan pelbagai kelebihan,
kemudahan lain yang menarik jika dibandingkan dengan kad kredit konvensional yang lain.

15
Konsep Syariah : Tawarruq
Kontrak Syariah : Bai' Murabahah, Wakalah

1. Gambar Rajah Struktur Produk

16
 

2. Aliran Proses bagi Produk - Langkah Demi Langkah

i. Pelanggan memohon produk pembiayaan berasaskan konsep Tawarruq daripada Bank.


Bank mendapatkan dokumen transaksi Tawarruq daripada pelanggan.

17
ii. Bank akan membeli komoditi di Bursa Logam London (LME) melalui Broker 1.

iii. Di bawah kontrak Murabahah, Bank kemudiannya menjual komoditi itu kepada
pelanggan pada Harga Jualan Bank (Pokok + Keuntungan) berdasarkan terma
pembayaran tertangguh.

iv. Di bawah kontrak Wakalah, pelanggan meminta Bank menjual komoditi itu di
pasaran.

v. Bertindak sebagai ejen jualan yang dilantik untuk pelanggan, Bank menjual komoditi
tersebut kepada Broker 2.

vi. Bank kemudiannya mengkreditkan Wariq (hasil) daripada jualan komoditi ke akaun
pelanggan.

vii. Akhirnya, pelanggan membayar amaun kena dibayar kepada Bank (Pokok +
Keuntungan) melalui kaedah ansuran yang telah dipersetujui.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MENGGUNAKAN KONSEP TAWARRUQ

Al-Tawarruq ialah menukarkan pinjaman kepada jualan barangan itu sendiri kepada pihak
yang meminjam secara ansuran dengan harga yang lebih mahal, bagi membolehkan pembeli
menjualnya semula di pasaran secara tunai bagi mendapatkan wang yang diperlukan. 

18
Dalam konsep pembiayaan pendidikan ini, seseorang yang memerlukan wang menemui
seorang peniaga atau bank lalu membeli satu barangan daripadanya dengan harga ansuran
untuk tempoh tertentu, kemudian pembeli menjualnya di pasar secara tunai dengan harga
yang kurang daripada harga yang dibelinya bagi menbolehkannya melepaskan hajatnya
dengan harga yang diperolehi secara tunai. Melalui konsep ini pembeli membeli barangan
tersebut tetapi tidak berniat untuk menggunakannya tetapi mengambil manfaat daripadanya
dengan menjualnya walaupun terpaksa menanggung kerugiaan. Kelebihannya produk yang
digunakan menggunakan transaksi yang mengikut syariah. Pengguna dapat menggunakan
manfaat wang secara tunai dan menanggung kerugian bagi memenuhi hajatnya untuk
mendapatkan wang tersebut. Di samping itu juga, kerugian tersebut adalah bagi membantu
bank Islam untuk mendapatkan keuntungan di atas perkhidmatan yang diberikan serta untuk
membantu Bank Islam membuat modal pusingan untuk tranksaksi yang seterusnya. Sebagai
kemudahan kepada umat Islam untuk melanjutkan pelajaran, pihak bank memberikan ‘qard
hasan' atau pinjaman kebajikan kepada pelajar terbabit. Syaratnya ialah peminjam boleh
meminjam bagi nilai yang tidak kurang daripada RM60000. 

CONTOH PENGIRAAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i BANK ISLAM

JUMLAH PEMBIAYAAN YANG BOLEH DIPOHON:


         MINIMUM RM 10.000.00
         MAKSIMUM RM 20.000.00

19
 
TEMPOH PEMBIAYAAN YANG BOLEH DIPOHON:
1TAHUN - 10TAHUN
 
JUMLAH PEMBIAYAAN
 Jumlah maksimum yang boleh dipohon oleh kakitangan kerajaan yang baru
berkhidmat adalah sehingga RM20,000.
 Contoh Pengiraan Jumlah Pembiayaan:
 Gaji Pokok =  RM 1493.44    Elaun Tetap = RM 600.00
o = RM 1493.44 + RM 600.00
 = RM 2093.44 (Jumlah Pendapatan Kasar)
 
Komitmen bulanan tidak boleh melebihi    40%      = RM 2093.44 X 40%
                                                                                       = RM 837.37
 
Contoh komitmen bulanan:-         
       KWSP   ( 8% )                                      = RM 167.47
              Pembiayaan dilain2 Bank (jika ada)                = RM 0.00
              Kereta                                                = RM 300.00
                                                                
Cara pengiraan :-                                               = RM 837.37 - RM 167.47 - RM 300
= RM 369.90
Maka Bayaran Maksima Bulanan di Bank Islam      = RM 369.90

tidak boleh melebihi jumlah ini. Gunakan jumlah RM 369.90 ini dan rujuk kepada jadual
untuk mengetahui berapakah jumlah pembiayaan yang boleh dilakukan dan apakah tempoh
tahun yang bersesuaian.               
                                         

KADAR KEUNTUNGAN BANK

TAHUN PEMBIAYAAN KEUNTUNGAN BANK

1 – 3 TAHUN 4.1 %

4 – 10 TAHUN 5.6 %

20
Secara kesimpulannya, memperkembangkan sistem muamalat adalah menjadi usaha setiap
ulama fikah tempatan dan luar negara bagi memastikan persekitaran ekonomi Islam berdaya
saing dan mampu memenuhi tuntutan semasa selagi ia tidak terlibat dengan elemen-elemen
negatif yang diharamkan. Usaha memajukan produk muamalat tidak hanya berlaku masa kini
tetapi sejak dahulu lagi ulama telah mengambil pelbagai reaksi proaktif bagi menyahut
keperluan semasa masyarakat tentang isu ekonomi. 

Perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai sesuatu perkara baru adalah menjadi lumrah
dalam perbahasan. Ia tidak sahaja berlaku dinegara kita tetapi juga kepada masyarakat Islam
di luar negara. Sebagai contoh perkembangan produk perbankan Islam yang dikenali
sebagai bai`al-taqsit. Pada peringkat awal produk ini diperkenalkan, terdapat sebilangan
ulama yang mengkritik keharusannya. Sebahagian ulama mengatakan ia adalah harus kerana
penambahan harga bagi tujuan jualan secara tangguh adalah berbeza daripada penambahan
yang berlaku dalam amalan riba. Sebahagian ulama berpendapat bahawa bai` al-taksit adalah
riba kerana ia menyerupai amalan riba. 

21

You might also like