Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 18

SAINS DAN KAEDAH

SAINTIFIK
Sebagian besar ilmu pengetahuan dalam semua
bidang yang bersangkut dengan duniawi atau
alam adalah terbit daripada penyelidikan oleh
ahli ilmu dalam bidangnya.

Suatu penyelidikan itu perlulah dijalankan


dengan menggunakan kaedah saintifik sebelum
hasilnya boleh dianggap sebagai suatu
sumbangan baharu kepada bidang ilmu
berkenaan.
Makna Sains
• Kaedah saintifik bergantung semata-mata pada
logik penaakulan akal manusia, dan mestilah
berdasarkan fakta semata-mata atau pada
andaian-andaian yang dianggap munasabah
menurut pemikiran manusia.
• Sesuatu prinsip yang dihasilkan oleh sains
mestilah boleh diuji secara empirikal. Ini
bermakna, suatu kajian itu mestilah boleh
diulangi oleh orang lain yang menggunakan
kaedah yang sama. Jadi, setiap penyelidik
hendaklah menerangkan kaedahnya secara
terperinci, tanpa menyembunyikan sesuatu.
FAKTA SAINS: Sifatnya Nisbi
• Fakta sains sentiasa mengalami perubahan yang terus
menerus dari zaman ke zaman
• Contoh: pada abad ketiga sebelum Masihi ahli falsafah
Yunani telah menyarankan semua planet mengiringi
matahari. Ptolemy (Mesir) mengutarakan pendapat
bahawa matahari yang mengelilingi bumi. Pendapat ini
telah diterima selama 1300 tahun.
• Pada tahun 1543 M Copernicus mengubah pendapat ini
kepada keadaan yang telah dicadangkan oleh ahli
falsafah Greek. Pada tahun 1632 Galileo, berdasarkan
pemerhatian dan perkiraan, menyokong pendapat
Copernicus bahawa bumi bukanlah pusat kepada sistem
cakrawala.
Ahli-ahli sains berpendapat
bahawa:
• Fakta (yang dicerap oleh pancaindera)
yang menjadi inti pati sains, atau ilmu,
adalah:
1. Nisbi atau relatif dan bukan mutlak
sifatnya
2. Bersifat fakta hanya dari perspektif atau
pandangan yang terbatas dari segi ilmiah
Penyelidikan Pendidikan
• Dalam pendidikan, perlakuan yang berlaku
adalah campuran interaksi antara psikologi (ilmu
yang berkaitan dengan perlakuan seseorang)
dan sosiologi (perlakuan manusia dalam suatu
kumpulan).
• Penyelidikan pendidikan tergolong agak
kompleks kerana mesti mengambil kira semua
aspek teori dan prinsip yang berkaitan dengan
tingkah laku manusia
Perbezaan antara kaedah non-
saintifik dengan saintifik
Kaedah non-saintifik Kaedah saintifik
1.Akal biasa 1. Tersusun,
/pemerhatian umum bersistematik dan
boleh diuji
2.Tidak tersusun, tidak 2. Digunakan dalam
bersistematik dan tidak penyelidikan ilmiah
boleh diuji
Kriteria Penyelidikan yang baik
1. Saintifik; suatu aktiviti yang terhasil
daripada proses pembuktian secara
sistematik.
Apakah sesuatu fakta yang ditonjolkan itu
sah atau boleh dipercayai? Ia perlu diberi
sokongan dengan rasional atau
dibuktikan melalui langkah-langkah
tertentu.
Kitaran sains
Fakta atau teori dibuktikan melalui
dua kaedah lazim
Induktif ialah kesimpulan yang dibuat daripada pemerhatian am. Sebagai contoh, sekiranya
setiap kali dilakukan pemerhatian didapati beberapa pelajar lebih aktif belajar pada waktu pagi,
kesimpulan yang dibuat bahawa kemungkinan semua pelajar sememangnya suka belajar pada
waktu pagi.

Deduktif ialah kesimpulan yang dibuat daripada pemerhatian khusus kepada secara am.
Sebagai contoh, sekiranya setiap kali dilakukan pemerhatian didapati semua pelajar lebih aktif
belajar pada waktu pagi, kesimpulan dibuat bahawa kemungkinan setiap pelajar sememangnya
suka belajar pagi hari. Induktif dan deduktif saling bertindan.
Orang ramai selalu menggunakan kaedah pemikiran induktif dan kaedah pemikiran deduktif untuk
menerangkan sesuatu kejadian, tetapi cara mereka mungkin terlalu longgar dan bebas (tanpa
kawalan). Secara ringkas, daripada teori seseorang membuat deduksi tentang sebarang
pemerhatian. Dari pemerhatian, seseorang boleh membuat induksi tentang teori. Dalam sains
sosial, perkara yang berkaitan dengan teori tidak semestinya telah sempurna atau tidak boleh
diubah lagi. Dengan itu, perkataan “semua orang” jarangkali dibuat dalam membuat ramalan
perlakuan seseorang. Kita hanya layak menggunakan “kemungkinan besar” ia berlaku.
2. Empirikal; melibatkan empat cara dalam
proses pembuktian saintifik: (a)
pengenalan masalah, (b) pembinaan
hipotesis, © pengutipan data atau
pemerhatian dan (d) kesimpulan.
Langkah-langkah dalam kaedah saintifik ini mempunyai ciri-ciri tertentu
yang melibatkan pembentulan-kendiri berdasarkan logik dan
bersistematik supaya boleh diulang-uji sebagai cara mencari
kebenaran. Ia melibatkan suatu kitaran bersepadu penakulan
induktif dan deduktif yang telah dibincangkan sebelum ini.
Induktif ialah proses membina ide dari pengalaman dan deduktif pembinaan ide
dalam pengalaman khusus berdasarkan sesuatu teori. Pengalaman
termasuk dalam amali dan pemerhatian.

Katakan daripada pengalaman, kita memerhatikan pelajar dalam bidang sains


di kawasan kita merosot dari tahun ke tahun. Kita katakan itulah
masalahnya (persoalan ialah apa sebabnya?). Kita ingin menjalankan kajian
supaya dapat mengatasi masalah tersebut (iaitu kenapa dikaji?). Kita
katakan itulah rasionalnya. Kita membuat deduksi (kesimpulan daripada
pemerhatian umum) bahawa mungkin ia disebabkan oleh pengajaran guru.
Kita perlu merujuk kepada teori-teori pembelajaran. Kita dapati kaedah
terbaik untuk pengajaran sains adalah dengan menjalankan kaedah inkuiri
seperti cadangan Dewey. Itulah teorinya yang menjadi landasan kajian kita.
Darinya kita membuat deduksi, ialah sekiranya kebanyakan guru
mengamalkan kaedah kapur dan cakap sahaja, pelajar kurang berminat
belajar sains. Dengan itu prestasi merosot. Itulah hipotesis kita. Kaitan
tersebut diterangkan dalam rajah berikut, di mana proses kajian saintifik (di
sebelah kanan) adalah perkembangan dari teori kitaran sains berasaskan
pernyataan Dewey (di sebelah kiri).
Kaitan antara kitaran saintifik dengan kajian saintifik
Seterusnya kita merangka instrumen menggunakan skala
pemeringkatan untuk mengukur sistem pengajaran guru.
Kita bercadang untuk membuat pemerhatian di semua
sekolah di kawasan kita. Itulah metodologi kita. Selepas
itu kita membuat pemerhatian. Itulah pengalaman kita.
Dari data yang diperolehi kita membuat analisis. Darinya
kita membuat kesimpulan. Darinya satu konsep telah kita
peroleh, yang kelak boleh digunakan untuk menguatkan
(atau menumpulkan) teori kita berdasarkan teori Dewey.
Kitaran ini diringkaskan dalam rajah pada halaman berikut
di mana sesuatu kajian bermula dari teori. Darinya dibuat
deduksi logik tentang pernyataan masalah, pembinaan
hipotesis, pengenalan kaedah instrumentasi, penskalaan
dan pensampelan, pengutipan data dan pemerhatian,
menganalisis data, membuat generalisasi darinya
kesimpulan dan formasi konsep yang menyumbang ke
arah sesuatu teori baru atau mengubahsuai teori yang
telah digunakan terdahulu.
Kajian umum berunsur saintifik
Kriteria Penyelidikan yang baik
3. Pengujian semula. Dalam mencari kebenaran
mempunyai ciri yang tidak terdapat pada
kaedah lain, iaitu pembetulan-kendiri. Setiap
cadangan perlu diuji dan diulang-uji dan setiap
tahap mempunyai cara untuk membetulkan
sebarang kesilapan sekiranya ada dalam
prosedur kajian. Saintis tidak hanya menerima
sesuatu andaian yang benar, walaupun ia hanya
mempunyai kecenderungan yang besar untuk
dipercayai.
Pengujian sesuatu hipotesis boleh dinilai
oleh orang ramai (mereka boleh baca
laporan). Sekiranya dipersetujui oleh
mereka atau oleh panel pakar, kajian telah
mencapai objektifnya. Secara ringkas,
kaedah saintifik merujuk bukti dan setiap
cadangan perlu diuji supaya terdapat bukti
tentang kejadian sesuatu fenomena atau
kejayaan menyelesaikan sesuatu
masalah.
4. Selektiviti. Dalam setiap tahap semasa penyelidikan,
pengkaji perlu merujuk kepada objektif supaya tugasan
tidak tersasar dari landasan awal kenapa menjalankan
kajian?
Kriteria Penyelidikan yang baik
5. Bukti. Penulis suatu hasil kajian saintifik mesti
boleh memberikan rasional kepada setiap
kenyataan, perenggan, ayat atau perkataan
yang digunakan. Dengan itu, adalah amat
penting setiap pernyataan diikuti sumber-
sumbernya sekali
6. Kebenaran. Tujuan utama mencari
penyelesaian melalui kajian adalah mencari
kebenaran. Kerlinger (1986) mengatakan ada
empat yang berpengaruh: a) Kegigihan, b)
kuasa, c) priori atau intuisi dan d) kaedah
saintifik.

You might also like