Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

No.

Siri : BS 2/4
No. Fail : JPA(BKP)548/1/12
Pindaan : 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


MALAYSIA

PANDUAN PEMBERIAN ELAUN PERUMAHAN


WILAYAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
YANG BERTUKAR WILAYAH

BAHAGIAN SARAAN

“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”


PANDUAN PEMBERIAN ELAUN PERUMAHAN
WILAYAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
YANG BERTUKAR WILAYAH

JPA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Kata-kata Aluan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-


Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan
sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh


Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap
keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan
negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang
menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan
meningkatkan keupayaan organisasi.

Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa.


Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk
menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus
sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan
perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui
kebiasaan.

Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui


penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan
penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan
dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)


1. Pegawai Perkhidmatan Awam kecuali pegawai dalam perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang bertukar
wilayah layak diberi Elaun Perumahan Wilayah (EPW).

2. Bagi maksud panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki


makna yang lain:

a. “ibu bapa” bermaksud ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa
tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah
sah di sisi undang-undang.
b. “wilayah” bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak
atau Labuan.
c. “stesen” bermaksud tempat biasa seseorang pegawai
melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak
pentadbirannya ialah:

i. 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;


ii. 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang
boleh dilalui oleh kenderaan bermotor;dan
iii. 8 km jika boleh dihubungi oleh basikal atau sungai.

BERTUKAR WILAYAH

3. Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berkhidmat di


wilayah selain dari wilayah asalnya.

PENENTUAN WILAYAH ASAL PEGAWAI

4. Panduan di bawah digunakan dalam menentukan wilayah asal seseorang


pegawai iaitu:

a.wilayah kelahiran pegawai sama dengan wilayah kelahiran ibu atau bapa
pegawai.
Wilayah Wilayah Wilayah Takrif berasal
kelahiran ibu kelahiran bapa kelahiran pegawai
pegawai
Semenanjung Semenanjung Semenanjung Semenanjung

1
b. sekiranya ibu atau bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza,
pegawai boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah
kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

Wilayah Wilayah Wilayah Takrif berasal


kelahiran ibu kelahiran bapa kelahiran pegawai
pegawai
Semenanjung Sabah Semenanjung Semenanjung/
Sabah

c. sekiranya ibu atau bapa pegawai dan pegawai dilahirkan di wilayah


yang berbeza, pegawai boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu
atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

Wilayah Wilayah Wilayah Takrif berasal


kelahiran ibu kelahiran bapa kelahiran pegawai
pegawai
Semenanjung Sabah Sarawak Semenanjung/
Sabah

d. bagi pegawai yang ibu atau bapanya memperolehi taraf penduduk tetap
atau warganegara Malaysia, wilayah asal ibu atau bapa adalah merujuk
kepada wilayah tempat tinggal ibu atau bapa pegawai berkenaan ketika
memperolehi Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil
Warganegara Malaysia.

2
e. sekiranya terdapat kes-kes lain selain yang dijelaskan di perenggan
(a), (b), (c) dan (d) di atas, pegawai bolehlah merujuk kepada Bahagian
Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan.

KADAR EPW

5. Kadar EPW adalah seperti di Lampiran A. Kadar EPW ditetapkan


mengikut bandar atau kawasan di mana terletaknya pejabat pegawai.
EPW yang dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah merupakan
suatu bentuk bantuan perumahan dan bukan berdasarkan rent in lieu.
Penentuan kadar EPW adalah mengambil kira nilai purata kadar sewa
rumah berdasarkan lokasi yang diperakukan oleh Jabatan Penilaian
dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan.

PERATURAN

6. Pegawai yang bertukar wilayah boleh memilih sama ada menerima


EPW atau Imbuhan Tetap Perumahan.

7. Pegawai yang menduduki Rumah Kerajaan sama ada secara


perseorangan atau berkongsi, tidak layak EPW dan juga Imbuhan
Tetap Perumahan (ITP)
8. EPW dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai
melaporkan diri di wilayah penempatan.

Pembayaran EPW Kepada Pegawai Suami Dan Isteri Yang Kedua-


Duanya Bertukar Wilayah

9. Bagi pegawai suami dan isteri yang kedua-duanya bertukar wilayah


pembayaran EPW adalah seperti berikut:

a. hanya salah seorang boleh dibayar EPW manakala seorang


lagi diberi ITP; dan
b. pegawai tidak layak EPW tetapi layak diberi ITP jika menduduki
Rumah Kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau
isterinya.

3
Pembayaran EPW Kepada Pegawai Yang Membeli Rumah Dalam Stesen
Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan

10. Pegawai yang telah membeli rumah dalam stesen pegawai berkhidmat
dengan pinjaman perumahan Kerajaan tidak layak EPW. Pembayaran
EPW akan dihentikan apabila rumah yang dibeli itu siap dan selamat
untuk diduduki.

11. Pegawai yang tinggal di rumah yang dibeli melalui pinjaman perumahan
Kerajaan oleh suami atau isterinya layak diberi bayaran EPW.

KEADAAN YANG TIDAK MELAYAKKAN PEMBAYARAN EPW

12. Pegawai yang menduduki Rumah Kerajaan.

13. Bagi pegawai yang dikehendaki menduduki Rumah Khas Jabatan atau
Rumah Khas Jawatan.

14. Pegawai yang bercuti tanpa gaji.

15. Pegawai yang menghadiri kursus melebihi 3 bulan.

16. Pegawai yang membeli rumah dalam stesen pegawai berkhidmat dengan
pinjaman perumahan Kerajaan.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

17. Pegawai hendaklah mengemukakan pemilihan EPW dengan mengisi Borang


JPA(EPW) yang terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11
Tahun 2001.

18. Mengemukakan borang tersebut kepada Ketua Jabatan untuk pertimbangan.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

19. Ketua Jabatan hendaklah mempastikan bahawa pegawai yang bertukar


wilayah dan memenuhi syarat yang ditetapkan dibayar EPW.

20. Merekodkan penerimaan EPW ini di dalam Buku Perkhidmatan pegawai.


.

4
RUJUKAN

21. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001, Lampiran C, Pekeliling


Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 29 Tahun 2005.

PERTANYAAN

Semua pertanyaan berhubung dengan EPW bolehlah dikemukakan kepada alamat


berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Saraan
(Sektor Dasar & Penyelidikan)
Aras 5, Blok A, No. 3200
Bangunan MKN-Embassy Techzone, Cyberjaya 

1. Cik Marziah binti Mohamed Mukhtar PP(S)S2A 03-83164473


2. Puan Faizatul Rahayu binti Zakaria PP(S)E2B 03-83164481
3. En. Azizul bin Mustafa PP(S)K3A 03-83164453

5
Lampiran A
Kumpulan Pengurusan Tertinggi Pengurusan dan Profesional Sokongan

Gred Gred/Kategori
Sistem Saraan Baru Turus A B C
1 2 3 V-Vll Vll-Xl

Sistem Saraan Malaysia Turus A B C 53-54 45-52 41-44 27-40 1-26

NEGERI/BANDAR

KL/Putrajaya

Semua Kawasan 2500 2000 1600 1300 1100 700 600 550 500

Selangor

Petaling Jaya 2500 2000 1600 1300 1100 700 600 550 500

Subang Jaya 2500 2000 1600 1300 1100 700 600 550 500

Shah Alam 2500 2000 1600 1300 1100 700 600 550 500

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 500 450 400

Pulau Pinang

Pulau Pinang 2500 2000 1600 1300 1100 700 600 550 500

Seberang Perai 2500 2000 1600 1300 900 700 500 450 400

Johor

Johor Bahru 2500 2000 1600 1300 900 700 500 450 400

Kulaijaya 2500 2000 1600 1300 900 700 500 450 400

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 300 280 230

Perak

Ipoh 2500 2000 1600 1300 900 700 300 250 200

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 250 220 180

Negeri Sembilan

Bandar Seremban 2500 2000 1600 1300 900 700 400 350 300

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 300 280 250

Melaka

Bandar Melaka 2500 2000 1600 1300 900 700 400 350 300

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 300 250 230

Kedah

Langkawi 2500 2000 1600 1300 900 700 500 450 400

Alor Setar 2500 2000 1600 1300 900 700 450 400 350

Sg. Petani 2500 2000 1600 1300 900 700 450 400 350

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 300 270 230

Perlis

Kangar 2500 2000 1600 1300 900 700 280 250 220

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 260 230 200

Pahang

Kuantan 2500 2000 1600 1300 900 700 350 300 250

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 280 250 220

Terengganu

Kuala Terengganu 2500 2000 1600 1300 900 700 350 300 250

Dungun 2500 2000 1600 1300 900 700 350 300 250

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 270 230 180

Kelantan

Kota Bharu 2500 2000 1600 1300 900 700 300 250 200

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 250 200 170

Sabah

Kota Kinabalu 2500 2000 1600 1500 1300 1130 930 830 730

Sandakan 2500 2000 1600 1500 1250 1080 880 780 680

Kawasan lain 2500 2000 1600 1500 1200 1030 830 730 630

Labuan

Labuan 2500 2000 1600 1500 1300 1130 930 830 730

Sarawak

Kuching 2500 2000 1600 1300 900 700 600 550 500

Miri 2500 2000 1600 1300 900 700 600 550 500

Bintulu 2500 2000 1600 1300 900 700 600 550 500

Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 600 450 500

You might also like