Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

HBEF2503_SEM JAN10/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Jelaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek


berikut:
(a) matlamat
(b) alat kajian
(c) persampelan
(d) rekabentuk
(4)

2. Berikan EMPAT perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan.


(4)

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konseptual?


(4)

4. Apakah statistik yang digunakan dalam keadaan berikut:


(a) perbezaan min lebih daripada dua populasi/kumpulan
(b) perbezaan min untuk dua kumpulan
(4)

5. Jelaskan EMPAT jenis triangulasi.


(4)

(Jumlah: 20)

1…
HBEF2503_SEM JAN10/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Penyelidikan memberikan sumbangan yang amat besar kepada ilmu.
(a) Huraikan alternatif kepada sumber ilmu selain daripada sains. (4)

(b) Bandingbezakan antara kajian asas dengan kajian gunaan. ( 16 )


(Jumlah: 20)

2. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini termasuklah


bahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi.
(a) Bagaimanakah tinjauan literatur dapat membantu seseorang
pengkaji? ( 10 )

(b) Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik. ( 10 )


(Jumlah: 20)

3. Umumnya kajian mempunyai dua metodologi yang selalu digunakan iaitu


kuantitatif dan kualitatif.
(a) Jelaskan apakah fungsi kajian rintis? ( 10 )

(b) “Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan


yang tinggi”.
Huraikan pernyataan tersebut. ( 10 )
(Jumlah: 20)

2…
HBEF2503_SEM JAN10/F_AH

4. (a) Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan
perkara-perkara berikut:
(i) soal-selidik
(ii) inventori
(iii) skala likert
(iv) placebo ( 12 )

(b) Kirakan varians (σ²) dan sisihan piawai (σ) data berikut:
x 35 40 26 60 57 55 74 28
x² 1225 1600 676 3600 3249 3025 5476 784 (8)

(Jumlah: 20)

5. (a) Banding bezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. (6)

(b) Buatkan satu analisis bagaimana Model Pengajaran dan


Pembelajaran MURE selari dengan Pengetahuan Pedagogi
Kandungan. ( 14 )
(Jumlah: 20)

3…
HBEF2503_SEM JAN10/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Penyelidikan sangat membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan
bagaimana seorang guru dapat mengaplikasikan pengetahuan penyelidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(Jumlah: 20)

2. Sediakan satu cadangan kajian yang ingin anda laksanakan di sekolah


dengan memberikan penekanan kepada Bab 1 dan Bab 3.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like