Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

BUKIT RAHMAN PUTRA ,SUNGAI BULOH,

SELANGOR DARUL EHSAN.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN SATU 2010.

TAJUK:POTENSI PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI TERHADAP AKTIVITI


PENDUDUK DI BUKIT RAHMAN PUTRA.

NAMA PELAJAR: PESHMINDERPALL SINGH A/L MOKHTAR SINGH

TINGKATAN : SATU

NO. I/C : 971001-33-5083

NAMA GURU : PUAN NOOR FADHILAH BINTI HASSAN

TANDA TANGAN PELAJAR TANDA TANGAN GURU

________________________ _____________________
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA: HALAMAN:

1.PERHARGAAN

2.PENDAHULUAN

3.OBJEKTIF KAJIAN

4.KAWASAN KAJIAN

5.KAEDAH KAJIAN

6.HASIL KAJIAN

7. LAMPIRAN

8. ANALISIS

9. RUMUSAN

10.RUJUKAN
Penghargaan:

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Bukit Rahman Putra , Sungai Buloh , Selangor iaitu Puan Ho Chee Lean yang telah

memberi kebenaran kepada saya untuk mejalankan kajian geografi tempatan ini selepas waktu

persekolahan.

Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada guru sejarah kesayangaan

saya iaitu Puan Noor Fadhilah binti Hassan di atas bimbingan, tunjuk ajar sehingga kajian saya

dihasilkan. Di samping itu juga saya berterima kasih kepada kedua – dua ibu bapa saya iaitu

Encik Mokthar Singh dan ibu saya Puan Narinderpall Kaur yang memberi sokongan moral dan

bantuan kewangan untuk kajian ini.

Kepada rakan – rakan saya yang juga banyak membantu saya iaitu Rizal Hanipah bin Abdul

Razak dan Nicholas Ooi juga serta para responden yang telah berkerjasama dengan memberi

maklumat yang berkaitan kajian geografi.


Pendahuluan:

Saya Peshminderpall Singh A/L Mokthar Singh iaitu pelajar kelas 1RK 2, Sekolah Menengah

Kebangsaan Bukit Rahman Putra. Saya telah menjalankan kajian tempatan bersama – sama dua

orang rakan saya iaitu Rizal Hanipah bin Abdul Razak dan juga Nicholas Ooi. Tajuk kajian saya

ialah potensi bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di Bukit Rahman Putra.

Saya telah memilih kawasan Bukit Rahman Putra sebagai kawasan Kajian Geografi Tempatan.

Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi di kawasan Bukit

Rahman Putra .Selain itu , saya juga dapat mengetahui sumbangaan dan ptensi pelbagai bentuk

muka bumi di kawasan Bukit Rahman Putra terhadap aktiviti penduduk tempatan.
Objektif Kajian:

Objektif khusus Kajian Geografi ini dijalankan adalah untuk:

(a)mengenal pasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Bukit Rahman Putra ,

Sungai Buloh.

(b)mengenal pasti kegiatan ekonomi utama yang dilakukan di kawasan kajian.

(c)mengkaji potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di kawasan

Bukit Rahman Putra.


Kawasan kajian:

Saya telah memilih Bukit Rahman Putra sebagai kawasan kajian saya.Rasionalnya ialah

kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya,iaitu kira-kira satu kilometer dari

rumah saya. Oleh itu,ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Bukit Rahman Putra terletak dalam daerah Gombak.Kedudukan kawasan ini terletak

berhampiran dengan tebing Sungai Buloh,Selangor.Ia juga berdekatan dengan Subang

Jaya,Kepong,Kuala Lumpur dan Shah Alam.Kawasan ini dibangunkan pada awal

1970’an.Pada asalnya,kawasan ini ialah kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Ia terdiri

daripada tanah beralun dan tanah leterit.


Kaedah kajian:

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul dan memperoleh maklumat

yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah digunakan ialah:

a)Lawatan dan pemerhatian: Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pelbagai bentuk

muka bumi dan taburannya di kawasan kajian.Selain itu, pemerhatian dijalankan untuk melihat

potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduknya.

b)Temu bual: Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan

ekonomi yang dilakukan oleh penduduk tempatan.Melalui kaedah ini maklumat sebenar tentang

sumbangan pelbagai bentuk muka bumi terhadap penduduk di kawasan kajian yang diperoleh.

c)Pembacaan:Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapat kefahaman tentang potensi

pelbagai bentuk muka bumi Buku-buku rujukan dan majalah merupakan bahan rujukan yang

utama bagi rakan – rakan yang lain.


Hasil kajian:

Sebahagian besar daripada keadaan bentuk muka bumi di sekitar Bukit Rahman Putra terdiri
daripada tanah rata dan agak beralun.Kawasan ini pada mulanya merupakan kawasan hutan dan
terdapat penanaman kelapa sawit dan getah.

Lima kegiatan bentuk muka bumi:

a)Perindustrian

b)Perniagaan

c)Petempatan

d)Perkhidmatan

Bagi hasil temu bual:

a)_ 9_ orang dalam sektor awam.

b)_7_orang dalam sektor swasta.

c)_4_orang dalam lain-lain seperti berkerja persendirian.

Tanah pamah yang rata telah menggalakkan petempatan.Antara petempatan yang dibina di sini
ialah rumah banglo,rumah semi-D,dan rumah teres.Penduduk memilh kawasan ini sebagai
tempat tinggal mereka kerana selesa dan mempunyai pelbagai jenis kemudahan asas.Di sini juga
terdapat sistem jalan raya,lebuh raya,bas awam,komuter dan teksi.Di sini juga terdapat pasar raya
untuk membeli belah seperti The Store,99 Speedmart dan lain – lain lagi.

Selain itu,bidang perkhidmatan yang lengkap juga menjadi tumpuan penduduk di kawasan
ini.Kemudahan – kemudahan awam seperti Taman Reaksi dan Kelab Bukit Rahman Putra yang
ada di sini juga turut menjadi tumpuan penduduk di kawasan ini.Terdapat juga kemudahan
perkhidmatan kesihatan yang dibina seperti klinik kesihatan dengan lain – lain lagi.Selain itu,ada
beberapa hospital yang ada di sini seperti Hospital Sungai Buloh,Putra Medical Centre dan Pusat
Kesihatan Mutiara.Terdapat juga beberapa sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman
Putra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra.
Di sini juga terdapat kawasan perniagaan yang menjual pokok bunga dan bunga-bungaan di

sekitar Bukit Rahman Putra dan juga di Kampung Melayu.Perniagaan ini sangat popular di

kalangan penduduk tempatan dan juga luar terutama dari Kuala Lumpur dan juga Shah Alam.Hal

ini berlaku kerana harganya lebih murah dan terdapat pelbagai pilihan.Kawasan tanah pamah

yang rata dan agak berbukit adalah amat sesuai untuk menanam pelbagai jenis buah – buahan.Di

sekitar Kampung Kuang terdapat pelbagai jenis buah – buahan untuk dijual seperti

durian,mangga dan lain – lain.

Perniagaan juga merupakan kegiatan ekonomi penduduk di sini.Kawasan Perindustrian Sungai

Buloh terlatak di Jalan Jaya.Terdapat beberapa syarikat seperti Syarikat Yamaha,Ayam

A1,Syarikat Gula Prai,kilang permaidani,kemudahan sukan seperti futsal dan lain – lain

lagi.Jikalau kilang – kilang ini dibina penduduk yang tiada kerja boleh mencari rezeki di

situ.Terdapat stesen minyak untuk kenderaan mengisi minyak seperti ESSO dan PETRONAS.Di

Bukit Rahman Putra juga terdapat restoran makanan segera seperti Mc Donalds.
Rumusan:

Melalui kajian yang telah saya jalankan ,Saya mendapati bahawa kawasan Bukit Rahman Putra

adalah sebuah kawasan yang mempunyai struktur bentuk muka bumi yang sesuai dengan

pekerjaan kampung ini.Kawasan tanah tinggi dibuat kawasan perumahan.Di tanah pamah

pula,penduduk menjalankan aktiviti harian dan kemudahan asas dapat diadakan.

Oleh itu,kawasan ini sudah maju dan sedang menuju ke arah pemodenan.
Nama Alamat Jenis Pekerjaan
Encik Ooi Chi Fung No.40,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Perniagaan
Encik Aiman b. Ahmad No.51,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Encik Asri b. Fauze No.42,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Swasta
Encik Azlan b. Yasak No.35,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Swasta
Encik Azrul b. Farhan No.61,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Encik Chai Eng No.52,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Swasta
Encik Dinesh a/l Muniandy No.58,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Lain-Lain
Encik Khusaian b. Fuzi No.31,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Kilang
Encik Lee Chong Wei No.48,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Encik lrsyad b. Sulaiman No.44,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Lain-Lain
Encik Luqman b. Nasir No.39,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Encik Nasrul b. Azreel No.56,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Encik Nicholas Ooi No.54,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Lain-Lain
Encik Rajan a/l Bala No.53,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Encik Ramesh a/l Kumar No.34,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Swasta
Encik Ramli b. Karim No.37,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Lain-Lain
Encik Rizal b. Halim No.33,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Swasta
Encik Vinosh a/l Sumaran No.68,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Encik Yam Wern Min No.50,Jalan BRP 4/9,Bukit Rahman Putra Sektor Awam
Analisis

Jenis pekerjaan penduduk di kawasan Bukit Rahman Putra

9
8
7
6
5 Awam
4 Swasta
3 Lain - lain
2
1
0
Awam Swasta Lain - lain

You might also like