Masalah Komunikasi Kumpulan Kecil Dalam Konteks Budaya

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MASALAH KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL DALAM

KONTEKS BUDAYA

1.0 PENGENALAN

Untuk mengupas tajuk ini dengan lebih terperinci, kita perlu memahami
beberapa konsep utama mengenai tajuk ini terlebih dahulu iaitu maksud
kumpulan kecil dan budaya.

1.1 Kumpulan Kecil

Kumpulan kecil boleh dedifinisikan sebagai koleksi individu yang mana saling
berhubung antara satu sama lain untuk tujuan tertentu dan memiliki darjah
organisasi di antara mereka. Kebanyakan penyelidik mentakrifkan kumpulan kecil
perlu dianggotai sekurang-kurangnya tiga orang ahli dan tidak lebih daripada
dua belas atau lima belas ahli-ahli.
(Tim Moorhead, 1999)

Sekiranya ahli bagi sesuatu kumpulan itu kurang daripada 3 orang maka mudah
untuk berlaku diad dan apabila ahli lebih daripada 12 orang pula kumpulan
tersebut akan mengalami kesulitan.

Dalam kumpulan kecil, setiap ahli kumpulan mestilah bebas untuk berinteraksi
dan bersikap terbuka dengan setiap ahli dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan
mestilah memiliki satu tujuan atau matlamat bersama dan mereka perlu
bekerjasama untuk mencapai matlamat tersebut.

1.2 Budaya

Budaya berasal daripada perkataan Jawa iaitu " budaya ". Perkataan budaya
merupakan hasil cantuman perkataan "budhi" dan "daya". Perkataaan "budhi"
adalah perkataan yang dipinjam daripada bahasa sanskrit yang beerti
kecergasan fikiran dan akal, manakala "daya" pula perkataan Melayu Polinesia
yang bermakna 'kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh'. Apabila dicantumkan
perkataan ini "budaya" akan membawa maksud 'tenaga fikiran, usaha rohani
atau tenaga menggerakkan jiwa'.
(Kajian Kebudayaan Melayu, 1963)

Budaya dedifinisikan sebagai cara hidup yang dianggotai oleh orang yang
menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai,
peralatan budaya atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota
masyarakat.
(Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, 2001)

Secara umumnya, budaya adalah cara hidup yang diamal oleh individu atau
sekelompok individu(masyarakat). Ia merangkumi pelbagai peralatan yang
dicipta dan diguna, cara berfikir serta kepercayaan yang diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi yang lain. Budaya tidak hanya merujuk kepada
warisan, etnik atau bangsa, tetapi ia juga ditentukan oleh umur, jantina, umur,
gaya hidup dan status ekonomi.
(Corey, 1991)

2.0 JENIS KUMPULAN

2.1 Kumpulan Perhubungan dan Kumpulan Kerja

2.1.1 Kumpulan sosial dan perhubungan ( Primary Groups)

Kumpulan yang pertama kali kita sertai dalam hidup seperti sistem keluarga,
kumpulan kawan-kawan di sekolah atau mungkin jiran-jiran kita. Kebiasannya
kumpulan ini menyediakan keperluan dalam perhubungan untuk
penggabungan(affiliation), pengesahan(affirmation) dan kasih sayang(affection).
Kumpulan jenis ini lebih berbentuk tidak formal.

2.1.2 Kumpulan Kerja/Tugasan (Secondary Groups)

Kumpulan ini dibentuk adalah bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.


Apabila sesuatu tugasan berjaya diselesaikan kumpulan ini akan dibubarkan.
Kumpulan jenis ini lebih berbentuk formal dan ganjaran akan diterima hasil
daripada penyelesaian sesuatu tugasan.

2.2 Kumpulan Rujukan dan Keanggotaan (Reference and Membership


Groups)

2.2.1 Kumpulan rujukan

Kumpulan yang mana kita mendapat dan mempelajari nilai-nilai dan norma-
norma tingkahlaku kita. Ia merukapan satu piawaian(standard) untuk kita
membandingkan diri kita. Dengan kata lain, kita menilai kejayaan dan kegagalan
kita berdasarkan kepada hasil yang diberikan oleh keseluruhan ahli dalam
kumpulan rujukan. Kumpulan rujukan boleh jadi primary ataupun secondry.
2.2.2 Membership group

Iaitu kumpulan yang disertai oleh seseorang individu. Akan tetapi penyertaan dia
dalam kumplan tersebut bukanlan bertujuan untuk menjadi kayu ukur.
Penyertaan hanya sekadar penyetaan semata-mata. Sebagai contoh, penyeraan
seseorang individu dalam unit beruniform kadangkala sekadar untuk memenuhi
syarat sahaja.

3.0 FAKTOR-FAKTOR BUDAYA YANG MEMPENGARUHI MASALAH


DALAM KUMPULAN KECIL

3.1 Jantina

Aspek jantina merupakan unsur yang terpenting dalam menentukan nilai,


tindakan dan cara hidup seseorang. Dalam kebanyakan masyarakat, ahlinya
diberi keistimewaan dan pengiktirafan tertentu berdasarkan jantinanya. Dengan
itu, jantina menjadi penentu utama kepada tugas dan peranan yang diberikan.
Misalnya dalam masyarakat Melayu, lelaki diberi keutamaan menjadi ketua atau
pemimpin, khususnya dalam keluarga dan juga dalam kumpulan kecil. Dalam
kumpulan kecil lelaki biasanya suka mendominasi kumpulan serta ahlinya, malah
masalah yang wujud dalam kumpulan kecil juga sering ditimbulkan oleh lelaki.

3.2 Amalan

Amalan atau kebiasaan adalah asas kepada apa yang dikatakan sebagai tradisi.
Ia merujuk kepada prosedur melakukan sesuatu yang diikuti oleh setiap ahli
kelompok berkenaan dan generasi demi generasi. Misalnya, dalam setiap
kelompok budaya etnik, terdapat prosedur tertentu (tradisi) untuk menyambut
kelahiran bayi, perkahwinan dan kematian. Berkait rapat dengan tradisi ialah
pantang larang. Setiap komuniti manusia mengenakan peraturan (pantang
larang) tertentu bertujuan mengawal tingkah laku ahli. Pantang larang
sebenarnya adalah manifestasi bagi apa yang penting bagi setiap kelompok.

3.3 Agama dan kepercayaan

Agama merupakan unsur yang amat penting dalam menentukan nilai, tindakan
dan cara hidup atau amalan harian seseorang. Agama dan kepercayaan
merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Agama yang memberi batas
kepada perlakuan dan hubungan sosial antara manusia, juga hubungan dengan
Pencipta dan alam. Kepercayaan pula merujuk kepada pantang larang sosial
yang membimbing ahli dalam berinteraksi dengan orang lain. Kerapkali berlaku
pertindangan antara dua jenis pantang larang ini. Namun, apa yang penting
adalah kedua-dua pantang larang agama dan pantang larang sosial memberi
batasan kepada tindakan dan perlakuan individu dan kelompok.

3.4 Bahasa dan polar komunikasi

Bahasa dan polar komunikasi akan tercipta bila mana wujud satu komuniti
manusia. Dengan itu, setiapa komuniti manusia mempunyai bahasanya yang
tersendiri. Bahasa memainkan peranan yang kritikal dalam identiti budaya
kerana melalui bahasalah budaya diturunkan dari satu generasi ke generasi baru.
Ungkapan ”Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahasa adalah nadi sesuatu
bangsa (etnik). Bahasa adalah merujuk kepada bagaimana kita mempamerkan
diri kita. Bahasa merangkumi aspek lisan, aspek penulisan dan juga aspek tanpa
lisan. Dalam kumpulan kecil, bahasa seringkali menyebab kepada masalah
kerana adakalanya bahasa yang digunakan oleh seorang ahli berbeza dengan
bahasa yang digunakan oleh ahli yang lain menyebabkan maksud yang hendak
disampaikan sukar difahami. Bahasa juga seringkali membawa erti yang berbeza
mengikut kefahaman budaya masing-masing.

3.5 Nilai

Nilai adalah merujuk kepada sesuatu yang diberi keutamaan atau dipentingkan,
atas apa-apa sebab. Ia adalah sebahagian dari komponen dalaman kita yang
membentuk persepsi kita dan menentukan perlakuan dan tindakan kita yang
lepas, hari ini dan akan datang. Nilai membantu menjelaskan tentang diri kita
dan perlakuan kita. Apa yang dinilai mungkin adalah satu idea, kepercayaan atau
amalan. Nilai juga dipengaruhi oleh norma masyarakat, di mana terdapat nilai
yang dikongsi bersama dengan ahli kelompok lain. Dengan itu, nilai bukan saja
menentukan keunikan individu (nilai peribadi), tetapi juga merupakan ciri-ciri
kelompok (nilai kelompok). Kerap kali nilai individu tidak dapat dikenal pasti
dengan jelas. Namun ia terkandung dalam minda dan emosi di mana ia boleh
diukur melalui penilaian peribadi. Dalam kumpulan kecil, nilai yang dipegang oleh
ahli kumpulan biasanya sama. Sekiranya nilai yang dipegang ini tidak dapat
diterima oleh semua ahli, situasi ini akan menimbulkan konflik.

3.6 Umur

Tahap umur seseorang mempengaruhi nilainya, tindakannya dan juga amalan


hariannya. Begitu juga dengan interaksi sosial yang mana ia seringkali
disesuaikan dengan usia seseorang. Biasanya ahli yang lebih berumur mahukan
setiap ahli menghormatinya dan setiap pendapat yang dikemukakan olehnya
perlu diterima oleh ahli kelompok yang lebih muda daripadanya. Selain itu, ahli
yang berumur juga lebih sensitif dan merasakan ahli yang lebih muda
daripadanya tidak layak untuk menegur setiap tindakannya walaupun
tindakannya itu jelas melanggar norma-norma dalam kelompok kecil.

3.7 Etnik

Sejarah yang dilalui oleh sesuatu kelompok etnik akan mentukan world view
ahlinya. Ini bermakna, setiap individu mempunyai nilai dan persepsi yang
berbeza terhadap dunia kerana etnik yang berlainan. Dengan itu, interaksi sosial
disesuaikan dengan etnik mereka yang terlibat. Dalam konteks kumpulan kecil,
ada kalanya wujud ahli yang berbeza etnik. Perbezaan inilah yang kadang
kalanya menimbulkan masalah dalam kumpulan ini. Perbezaan etnik inilah yang
menyebabkan pelbagai persepsi timbul dan menyebabkan pertelingkahan dan
seterusnya membawa kepada perpecahan dalam kumpulan kecil.

4.0 KESAN MASALAH KOMUNIKASI DALAM KUMPULAN KECIL

Masalah yang berlaku dalam kumpulan kecil yang pelbagai budaya akan
menimbulkan pelbagai konflikasi. Konflik-konflik yang timbul ini akan
mendatangkan beberapa kesan kepada individu dan kelompok. Kesannya dapat
dibahagikan kepada dua iaitu kesan yang positif dan kesan yang negatif.

4.1 Kesan Positif

4.1.1 Meningkatkan Motivasi Diri

Bagi sesetengah individu yang dapat menerima konflik yang berlaku dalam
kumpulan kecil pelbagai budaya ini akan menanggap ianya sebagai suatu
masalah kecil yang boleh memotivasikan diri. Malahan, ia juga akan dapat
meningkatkan kualiti kerja kerana setiap individu dalam kumpulan kecil pelbagai
budaya ini mempunyai corak budaya yang pelbagai. Kepelbagaian budaya sama
ada dari segi etnik, agama, bahasa, nilai, personaliti dan sebagainya amat
mempengaruhi sesuatu keputusan yang dibuat.

4.1.2 Dapat Meningkatkan Kesefahaman

Selain itu, masalah yang wujud dalam kumpulan kecil yang pelbagai budaya ini
juga akan dapat meningkatkan kesefahaman antara ahli. Kebijaksanaan ketua
kumpulan mengawal ahli-ahli akan menyebabkan setiap ahli dapat menerima
serta memahami jenis budaya individu lain dalam kumpulan yang sama.
Kesefahaman yang dibentuk ini akan dapat menghasilkan kerja yang lebih baik
dan lebih berkualiti.
4.1.3 Bersedia Untuk Berkongsi

Jika setiap individu dalam kumpulan memahami individu lain, maka akan timbul
perasaan ingin berkongsi. Biasanya ia berkaitan dengan sesuatu perkara yang
dibincangkan. Contohnya, apakah masalah yang wujud, bagaimana untuk
mengatasinya, siapa yang terlibat dan sebagainya. Masalah-masalah ini dapat
diselesaikan dengan mudah tanpa ada rintangan dan syak wasangka daripada
orang lain dalam kumpulan itu.

4.1.4 Penerusan Ahli Dalam Kumpulan

Apa yang paling diiginkan, ahli-ahli dalam sesuatu kumpulan yang memahami
antara satu sama lain walaupun pelbagai budaya akan cenderung untuk
meneruskan pertalian dengan ahli dalam kumpulan mereka.

4.2 Kesan Negatif

4.2.1 Minda Tidak Fokus

Kumpulan yang menghadapi masalah dalam kumpulan kecil yang pelbagai


budaya ini menyebabkan sesetengah individu tidak fokus kepada apa yang
dibincangkan dalam kumpulan. Individu dalam kumpulan kecil akan cenderung
untuk menerima pendapat ahli yang sama budaya dengannya. Hal ini akan
bertambah teruk jika ianya terus berlarutan. Ini akan memberi kesan kepada
kualiti sesuatu topik isu atau perbualan yang dibincangkan.

4.2.2 Suka Mengkritik

Kesan negatif yang lain adalah menyebabkan ada individu yang suka mengkritik.
Hal ini berlaku mungkin disebabkan perasaan tidak puas hati kepada seseorang
dalam kumpulan. Kadang-kadang, perkara yang sepatutnya senang untuk
dibincangkan menjadi sukar kerana ada individu yang suka mengkritik dan tidak
setuju dengan sesuatu pendapat orang lain.

4.2.3 Tidak Dapat Memberi Penjelasan Yang Baik

Akibat daripada permasalahan yang wujud, sesetengah individu akan mengalami


masalah untuk berinteraksi dalam kumpulan. Hal ini akan menyebabkan ada
individu yang tidak dapat memberi penjelasan yang baik tentang sesuatu perkara
yang dibincangkan. Masalah ini wujud kerana terlalu ingin menjaga perasaan
orang lain dalam kumpulannya terutama dari golongan yang pelbagai budaya
dengannya. Kesannya, perkara yang hendak disampaikan tidak jelas dan isu
yang dibincangkan tidak mencapai objektifnya yang sebenar.
4.2.4 Berlaku Salah Faham

Selain itu, masalah yang wujud dalam kumpulan juga akan mendatangkan kesan
salah memahami sesuatu soalan dan perkara yang dibincang. Contohnya,
individu A jenis yang suka cakap kuat. Manakala individu B pula tidak memahami
budaya individu A. Sesuatu persoalan atau penyataan individu A kepada individu
B akan mendatangkan konflik antara mereka kerana individu B tidak faham akan
budaya individu A begitu juga sebaliknya. Individu B akan menganggap yang
individu A memarahinya atau tidak senang dengan kehadirannya. Hal ini akan
mewujudkan konflik dalam kumpulan tersebut.

4.2.5 Perpecahan Kumpulan

Kesan ini adalah kesan yang paling klimak dan penghujung kepada
permasalahan yang wujud dalam kumpulan. Kesan ini mungkin berlaku setelah
sesuatu perkara atau projek yang hendak dilakukan selesai. Perpecahan
kumpulan ini adalah sebagai suatu langkah untuk menyelasaikan masalah yang
wujud dan disamping itu dapat mengelakkan masalah ini daripada berterusan
berlaku. Dengan itu, mereka dapat mencari ahli kumpulan yang “satu kepala”
dengan mereka dan ini memungkinkan mereka tidak menghadapi masalah yang
sama seperti mana yang dialami dalam kumpulan sebelum ini.

5.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH DALAM KUMPULAN KECIL

5.1 Pastikan maklumat yang diterima oleh setiap ahli adalah betul.

Bagi mengelakkan masalah berlaku dalam kumpulan, seseorang ahli kumpulan


perlu memastikan bahawa maklumat yang diterima oleh setiap ahli adalah betul.
Keadaan ini boleh berlaku apabila terdapatnya perbezaan cara perbualan,
terjemahan simbol ataupun bahasa badan. Hal ini akan menimbulkan masalah
dalam kumpulan walaupun sebenarnya tiada perbezaan pandangan berkenaan
isu yang dibincangkan.

Sebagai contoh terdapat rundingan diantara seorang usahawan Amerika Syarikat


dengan seorang ahli perniagaan dari Bali. Semasa membincangkan berkenaan
sebut harga projek usahasama yang diadakan, ahli perniagaan dari Bali tersebut
telah merendahkan suara dan memandang kebawah. Selepas itu, usahawan dari
Amerika Syarikat menganggap perbuatan itu sebagai tanda tidak jujur. Keadaan
ini telah menimbulkan masalah diantara kedua-dua belah pihak. Perkara sebegini
mampu dielakkan sekiranya kedua-duanya mengetahui tentang perbezaan
budaya masing-masing.
5.2 Memberi Penjelasan Yang Baik

Akibat daripada permasalahan yang wujud, sesetengah individu akan mengalami


masalah untuk berinteraksi dalam kumpulan. Hal ini akan menyebabkan ada
individu yang tidak dapat memberi penjelasan yang baik tentang sesuatu perkara
yang dibincangkan. Oleh itu setiap ahli perlu meningkatkan tahap komunikasinya
agar dapat memberi penjelasan yang baik apabila sesuatu perbincangan dalam
kumpulan di adakan. Kedaan ini akan meningkatkan tahap kesefahaman dan
seterusnya mengukuhkan perhubungan diantara ahli.Memastikan setiap orang
ada pendapat yang berlainan.

Setiap individu yang terlibat dalam masalah perlu memastikan bahawa mereka
mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan sesuatu isu. Kadangkala masalah
berlaku bukan disebabkan perbezaan pendapat berkenaan isu yang dibincangkan
tetapi disebabkan oleh tekanan perasaan yang dialami oleh ahli-ahli yang sedang
melakukan perbincangan. Tekanan yang dihadapi akan bertukar kepada
perasaan marah dan kebiasaannya kemarahan tersebut akan menimbulkan
masalah dalam sesuatu kumpulan.

5.3 Mengenalpasti masalah dan kehendak sebenar setiap ahli.

Individu perlu menentukan masalah dan kehendak setiap ahli yang menimbulkan
masalah. Seseorang itu perlu tahu konflik sebenar di sebalik masalah yang
berlaku kerana konflik yang wujud semasa perbincangan mungkin bukan
masalah sebenar. Misalnya seorang subordinat mengadu kepada majikannya
berkenaan masa bekerja yang panjang. Majikan pula menganggap aduan itu
sebagai konflik kepada subordinatnya tanpa mengkaji sebab sebenar aduan itu
dibuat. Kebiasaannya, masalah sebenar selalu disembunyikan daripada
pengetahuan pihak yang sepatutnya dan dalam kes ini, subordinat
menyembunyikan daripada pengetahuan majikannya. Sekiranya ada antara ahli
organisasi yang masih tidak berpuas hati selepas sesuatu masalah diselesaikan.,
bermakna punca sebenar masalah masih tidak diketahui. Apabila menyelesaikan
sesuatu konflik hanyalah sesuatu masalah dasar dan tidak bermakna
keseluruhan masalah diselesaikan.

5.4 Mengelak mengeluarkan komen atau kritikan yang boleh menimbulkan


konflik.

Tidak dinafikan terdapat ahli yang suka mengkritik antara satu sama lain, namun
setiap ahli perlu mengelak dari mengeluarkan komen atau kritikan yang boleh
menimbulkan masalah kepada kumpulan. Hal ini akan menimbulkan perasaan
tidak puas hati kepada seseorang dalam kumpulan. Kadang-kadang, perkara
yang sepatutnya senang untuk dibincangkan menjadi sukar kerana ada individu
yang suka mengkritik dan tidak setuju dengan sesuatu pendapat orang lain. Oleh
itu, individu perlu menukarkan komen atau kritikan menjadi satu soalan atau
kenyataan yang positif apabila menyedari sedang mengeluarkan kritikan yang
kurang sopan. Keadaan ini boleh mengelakkan daripada berlakunya masalah
dalam kumpulan.

5.5 Meningkatkan Kesefahaman

Setiap ahli perlu meningkatkan kerjasama dengan saling bantu membantu dan
memahami antara satu sama lain agar dapat meningkatkan kesefahaman dalam
kumpulan. Keadaan ini dapat ditingkatkan dengan perkongsian dalam sesuatu
perkara. Setiap individu dalam kumpulan perlu memahami individu lain, maka
akan timbul perasaan ingin berkongsisesama ahli kumpulan. Biasanya ia
berkaitan dengan sesuatu perkara yang dibincangkan dalam kumpulan.
Contohnya, apakah masalah yang wujud, bagaimana untuk mengatasinya, siapa
yang terlibat dan sebagainya. Masalah-masalah seperti ini akan dapat
diselesaikan dengan mudah tanpa ada rintangan dan syak wasangka daripada
orang lain dalam kumpulan itu apabila wujudnya kesefahaman antara ahli.

5.6 Menyediakan jalan penyelesaian dan mencari alternat if.

Setiap ahli perlu menyediakan jalan penyelesaian dan mencari alternatif untuk
mengatasi masalah yang berlaku. Masalah berlaku apabila masing-masing hanya
mengetahui satu jalan penyelesaian sahaja, keadaan ini akan menimbulkan
kesulitan untuk mencari alternatif. Contohnya apabila anda menawarkan
pelbagai jalan penyelesaian,hal ini akan menunjukkan bahawa anda bersedia
untuk melihat jalan penyelesaian daripada sudut pihak-pihak yang terlibat. Oleh
itu, pihak yang terlibat perlu memikirkan beberapa alternatif supaya konflik tidak
berlarutan.

RUJUKAN

Joseph A. Devito (2002), Essentials of Human Communication 4ed, A


Pearson Education company.

Zainuddin Zakaria & Ziadatul Hidayah zakaria (2006), Komunikasi efektif, PTS
Publications & distributors sdn.bhd.

amin Hazya (2006), Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunkasi,


Perintis Books sdn. bhd.

Lago Colin (2006), Race, Culture & Conseling, The Outgoig challenge, Mc
Grow-hill education, England.

negus keith & Micheal Pickering (2004), Creativity, Community and Cultural
value, SAGE publications Ltd, london.

You might also like