Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ELEMEN 2

SMK ST TERESA,
KUCHING

(ASAL USUL SEKOLAH)

NAMA: OCTAVIA TEO SIEW FOONG


KELAS: 2A1
SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat

1. Penghargaan 3

2. Objektif kajian 4

3. Kaedah kajian 5

4. Laporan kajian 6

5. Rumusan 7

6. Lampiran 8

7. Rujukan 9

2
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak


yang membantu saya dalam menjayakan kerja kursus Sejarah ini. Pertama, kepada guru
mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Catherine. Walaupun sungguh sibuk dengan
kerjanya, beliau telah meluangkan masanya untuk menerangkan cara untuk melaksanakan
projek ini.
Seterusnya, kepada pengetua sekolah, Puan Mary John. Terima kasih
kepada puan kerana membenarkan kajian ini dijalankan.
Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana membantu saya
dalam menjayakan kajian ini. Mereka telah menolong saya mendapatkan bahan-bahan
yang diperlukan untuk kajian saya.
Akhir sekali, kepada rakan-rakan saya. Mereka sudi berkongsi maklumat
dan bahan-bahan kajian. Saya amat berterima kasih kepada mereka.

3
OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah untuk mengenali dan memahami dengan
lebih mendalam berkaitan sejarah asal usul dan perkembangan sekolah St. Teresa.
Selain itu, saya ingin mendedahkan kepada diri dan rakan-rakan untuk
mengenali penubuhan sekolah yang telah membawa saya ke sekolah St. Teresa yang
kini.
Saya juga ingin memupuk perasaan bangga terhadap sekolah yang mampu
melahirkan perasaan sayang dan bangga terhadap institusi pendidikan yang banyak
berjasa kepada para pelajar.
Objektif kajian ini juga ialah untuk memupuk erti kesabaran semasa
mengumpul maklumat dan dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul dan
merekod maklumat berkaitan aspek yang dikaji.

4
KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah yang telah saya gunakan untuk mengumpul maklumat ialah
kaedah pemerhatian. Saya telah memerhatikan kawasan sekeliling untuk sumber-sumber
kajian saya.
Selain itu, saya telah gunakan kaedah penyelidikan. Saya telah membaca
daripada internet dan buku-buku yang menceritakan sejarah sekolah saya. Antara buku-
buku yang telah saya gunakan ialah diari sekolah dan buku “125 Glorious Years”.

5
LAPORAN KAJIAN

Berikut merupakan laporan kajian saya iaitu tentang asal-usul sekolah sekolah saya, SMK
St. Teresa:
Sekolah St. Teresa dinamakan oleh Reverend Father Jackson untuk
menghormati seorang biarawati Carmelite yang terkenal. Beliau tiba di Borneo pada
tahun 1881 atas jemputan Rajah Charles Brooke untuk mendirikan sekolah Katolik di
Kuching dan Kanowit. Nama yang dipilih merupakan pemenuhan perjanjian yang
dilakukan oleh Reverend Father Jackson pada beberapa tahun yang lalu.
Saint Teresa dilahirkan di Avila, Spain pada tahun 1515 dan meninggal
pada tahun 1582. Beliau berasal daripada sebuah keluarga yang mulia dengan nilai murni
yang tinggi. Namun beliau meninggalkan semua hartanya dan menjadi seorang biara
Carmelite, 1536. Beliau dikurniakan seorang doktor gereja sebab kebijaksanaan,
perisikan, ketekunan dan integriti. Sejak yayasan-nya pada tahun 1885, sekolah ini
diamanahkan di bawah naungan dan perlindungan beliau. Semua pelajar sekolah St.
Teresa diharapkan untuk mencontohi dan mematuhi qualiti dan kebajikan beliau.
Sekolah St. Teresa di Kuching, Sarawak telah dimulakan dalam sebuah
kedai kecil di 149, Yorkshire Street, Rochdale, England yang dijaga oleh Alice Ingham
dan ibunya yang balu. Alice dan beberapa orang kawannya, memahami keperluan
manusia untuk makanan dan pakaian secara fizikal dan rohani. Mereka membantu orang
ramai dalam apa jua cara yang mereka mampu. Mereka menjalankan kelas beragam
untuk kanak-kanak; merawat orang sakit dan membantu dalam kerja di paroki. Setelah
beberapa tahun, Alice dijemput oleh Bishop Herbert Vaughan untuk melakukan
pengurusan urusan domestik di sebuah kolej mubaligh di Mill Hill, 1878.

6
RUMUSAN

Melalui kerja kursus ini saya telah mempelajari ilmu menggunakan


komputer. Saya juga telah menguasai kemahiran mengumpul, merekod dan menulis
maklumat yang dicari sepanjang kajian ini. Saya telah memupuk nilai kerajinan dan
bertanggungjawab untuk menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya
memupuk sikap berkongsi maklumat dengan rakan-rakan. Saya mendapati bahawa
berkongsi tidak akan menyusahkan diri namun akan menolong orang lain.

7
LAMPIRAN

8
RUJUKAN

1. Buku ilmiah:
Heidi Munan, 2010, 125 Glorious Years: St. Teresa’s School, Kuching, Lee Miing
Press Sdn Bhd, Malaysia.
2. Surat khabar:
The Borneo Post, Monday, 31st May 2010.
3. Internet:
St. Teresa’s School: http://www1.sarawak.com.my/org/st_teresa/history.html#
4. Sumber-sumber lain:
Diari SMK St. Teresa Kuching 2010.

9
ELEMEN 3

Setiap pelajar St. Teresa harus menghormati raja dn pemimpin negara.


Semua pelajar St. Teresa haruslah menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara.
Selain itu, pelajar St Teresa juga harus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan
negara. Para pelajar juga harus berbangga dengan sejarah negara sebab begitulah
wujudnya negara kita yang kini.
Sehubungan itu, pelajar-pelajar St Teresa juga harus cinta akan bangsa dan
negara. Tambahan pula, mereka harus taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
Seterusnya, semua pelajar St. Teresa harus bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
dengan meneruskan yayasan tokoh-tokoh sekolah St. Teresa.
Setiap pelajar St. Teresa haruslah rajin dan gigih berusaha bagi
meneruskan kejayaan yang dicapai oleh tokoh-tokoh negara. Mereka harus berdikari dan
tabah menghadapi cabaran sebagai warga St. Teresa yang ingin St. Teresa menjadi
sebuah institute yang unggul dalam semu aspek.

10

You might also like