Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pendahuluan

MAUT...polis memeriksa mayat mangsa yang maut dalam kemalangan pagi semalam.
Gambar kecil, Foo.
“SEREMBAN: “Saya nampak treler menghala ke arah kami dengan laju lalu menarik ibu
ke tepi, namun saya terkejut menyaksikan bapa melambung selepas dirempuh treler
itu,” kata seorang mangsa kemalangan maut membabitkan sebuah treler dan Proton
Saga di Kilometer 252.7 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi semalam.
Lew Chin Shiong, 19, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi semalam, jiran
mereka, Foo Hui Theng, 19, pelajar sebuah kolej, berada di tempat duduk belakang
kereta maut di tempat kejadian, manakala bapanya, Liu Ah Gan, 55, cedera di badan
dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan.
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my”

Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai kisah menyayat hati khususnya di
dada akhbar maupun di laman internet . Antaranya , kisah seperti dipaparkan di atas .
Dalam sekelip mata , tanpa disangka seorang gadis telah kehilangan rakan manakala
ayahnya mengalami kecederaan parah apabila kereta yang mereka naiki mengalami
kerosakan dan terhenti di lorong kiri jalan lalu dirempuh oleh sebuah treler di Kilometer
252.7 Lebuhraya Utara-Selatan .Di mana silapnya dan siapa perlu dipersalahkan ?
Itulah persoalan yang sering menghantui kita sekiranya kejadian kemalangan berlaku.

1
Definisi
"Carriages without horses shall go,And accidents fill the world with woe."
-Mother Shipton (circa. 1530)
Begitulah ungkapan yang membawa makna cukup besar untuk kita. Betapa
merana dan gelap dunia bagi mereka yang ditinggalkan untuk semala-lamanya oleh
insan –insan tersayang dalam kejadian kemalangan.
Merujuk Kamus Dewan edisi kempat kemalangan ditakrifkan kecelakaan ,
kesialan,kerugian dan kesusahan. Apa-apa bencana yg berlaku dengan tidak disangka-
sangka , kejadian yang merosakkan yang berlaku dengan tidak diduga , kecelakaan
adalah merupakan takrifan kemalangan merujuk kamus dewan edisi dua.Ini bererti
kemalangan jalan raya merupakan suatu tragedi ,kesialan , kerugian dan kecelakaan
tanpa disangka-sangka atau kejadian merosakkan yang berlaku tanpa diduga yang
melibatkan semua pengguna jalan raya , sama ada sebagai pemandu kenderaan,
penumpang, maupun pejalan kaki.
Menurut Mohamad A'sim Bin Ismail seorang pegawai penyelidik dalam artikel
bertajuk “Sikap Ithar Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya” bertarikh 17hb06 2010
yang dipetik dari akhbar Berita Harian menyatakan Kemalangan jalan raya terus
menjadi ‘pembunuh' utama di Malaysia. Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
menunjukkan kemalangan jalan raya sentiasa berubah-rubah sama ada menurun atau
meningkat dalam tempoh-tempoh tertentu. Tetapi hakikat yang berlaku ialah
kemalangan jalan raya sentiasa berlaku apatah lagi pada musim perayaan yang
menyaksikan peningkatan pergerakan kenderaan. Statistik di bawah menunjukkan
bacaan jumlah kemalangan pada salah satu hari dalam Ops Sikap XXII (Aidilfitri) tahun
2010 .
Berdasarkan statistik jumlah kemalangan dan kematian bertarikh 6 september
2010 seperti di bawah , dikatakan menurun berbanding Ops Sikap sebelumnya ,
namun jumlah keseluruhan kemalangan adalah sebanyak 1109 kes melibatkan 12 kes
kemalangan maut manakala kes kematian menunjuk angka 14 direkodkan. Data ini
menunjukkan satu angka yang besar dan seharusnya dikurangkan pada masa akan
datang.

2
STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA DAN KEMATIAN
KESELURUHAN MALAYSIA

BERTARIKH : 6/9/2010 (ISNIN)


JUM
JUM KEMALANGAN
JUMLAH
JENIS JALAN KEMALANGAN MAUT
KEMATIAN(TOTAL
(TYPE OF ROAD) (TOTAL (TOTAL
DEATH)
ACCIDENTS) DEATH
ACCIDENTS)
LEBUHRAYA(EXPRESSWAY) 128 0 0
JALAN PERSEKUTUAN
270 6 7
(FEDERAL ROAD)
JALAN NEGERI
171 3 4
(STATE ROADS)
JALAN BANDARAN
469 2 2
(MUNICIPAL ROAD)
LAIN-LAIN JALAN
71 1 1
(OTHER ROAD)
JUMLAH
1,109 12 14
(TOTAL)
Sumber daripada Cawangan Trafik Bukit Aman.
YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan semasa sidang media
pada 18/09/2010 di Bukit Aman berkata , "Walaupun angka kemalangan dalam Ops
Sikap XXII menurun berbanding Ops Sikap XX, namun angka ini masih boleh
diturunkan lagi dengan kerjasama padu semua pihak khususnya agensi penguatkuasa
terlibat, dan yang paling penting adalah pengguna jalan raya". Kata-kata YDH Dato’
sepatutnya menjadi satu peringatan kepada semua rakyat bahawa tragedi berdarah
dijalan raya ini boleh dielakkan sekiranya pengguna jalan raya dapat mematuhi
peraturan yang sepatutnya di amalkan sewaktu memandu.
Faktor menyumbang Kejadian kemalangan Jalan Raya

3
Dr. Novandri Hasan Basri dalam artikel berjudul 85 peratus faktor pemandu,
bertarikh 18/10/2006, mengatakan masalah kemalangan di jalan raya adalah masalah
global di mana penduduk dunia berkongsi nilai peratusan penyebab kemalangan yang
hampir sama: 85 peratus - faktor pemandu, lima peratus - faktor mesin, 10 peratus -
faktor persekitaran. Ini memberi makna bahawa pemandu atau manusia merupakan
penyebab utama berlakunya kemalangan di jalan raya diikuti oleh faktor-faktor lain.
Halaman web www.jpjsabah.gov.my juga dilihat bersetuju dengan kenyataan
tersebut.apabila menegaskan sikap pemandu berkhemah menjadi keutamaan ketika
dijalan raya. JPJ Sabah telah menggariskan konsep pemandu berhemat yang
bermaksud pemanduan yang dilakukan oleh seseorang pemandu yang mempunyai
pengetahuan tentang peraturan-peraturan lalu lintas, kemahiran yang tinggi dalam
aspek pemanduan, sikap yang betul ketika memandu serta sentiasa bersedia dengan
mengenal pasti, menganalisis, membuat keputusan dan bertindak terhadap halangan
yang sama ada disebabkan oleh pengguna jalan raya atau halangan semula jadi yang
wujud.
Menurut Marc Green & John Senders pula dalam kajian mereka yang bertajuk
Human Error in Road Accident (www. visualexpert.com) mengatakan bahawa
jawapannya terletak kepada limitasi semula jadi pemprosesan informasi manusia di
mana manusia bergantung kepada tiga fungsi mental yang tak sempurna: Persepsual,
tumpuan dan memori.Kegagalan untuk menggunakan fungsi-fungsi mental tersebut
serta ketidaksempurnaan manusia akan menyebabkan berlakunya kemalangan.
Kajian juga mengatakan bahawa terdapat tiga sebab asas yang menyebabkan
berlakunya kemalangan. Pertama, kesilapan persepsual dan salah pertimbangan
persepsual. Kesilapan persepsual ialah apabila stimuli kritikal di jalan raya adalah di
bawah threshold deria penglihatan seseorang pemandu, contohnya akibat lampu
malap, cuaca buruk atau silauan. Salah pertimbangan persepsual ialah apabila
pemandu gagal menilai jarak dan kelajuan kenderaan yang lain atau menilai darjah
belokan kenderaannya.
Kedua, hilang tumpuan atau kegagalan untuk memberikan tumpuan
sepenuhnya, sungguhpun pemandu berjaya mengesan stimuli-stimuli kritikal semasa
memandu. Contohnya menggunakan telefon bimbit atau mengantuk. Terdapat juga kes

4
di mana pemandu mengatakan bahawa mereka ‘tidak nampak’ kenderaan yang lain.
Inattentional blindness ini berlaku apabila stimuli- stimuli terletak di luar skop tengah
penglihatan seseorang pemandu. (Mack & Rock, 1998)
Ketiga, kemalangan boleh berlaku apabila pemandu gagal untuk memilih
respons yang betul walaupun beliau telah berjaya memproses informasi serta stimuli di
jalan raya. Ataupun, pemandu mungkin telah memilih keputusan yang betul tetapi
beliau gagal untuk melaksanakannya.
Berdasarkan kajian oleh LIM AIK KUAN dalam tesis bertajuk Hubungan
SikapPengguna Dengan Keterlibatan Dalam Kemalangan Jalan Raya bertarikh APRIL
2007 menunjukkan perkara yang sama seperti perbincangan di atas . Hasil dapatan
kajian mendapati sifat-sifat pemandu yang sabar, cermat, sopan dan bertimbang rasa
mempunyai hubungan korelasi positif dengan kemalangan jalan raya.
Sikap terhadap perasaan seperti terganggu, tertekan, pandu laju dalam keadaan
mood tidak baik menunjukkan kecenderungan berlakunya kemalangan jalan raya.
Sikap pemandu terhadap had kelajuan menunjukkan signifikan bagi pemandu yang
memandu melebihi had laju 30 km/j dan tidak mematuhi had kelajuan. Sikap
bertanggungjawab dan bertimbang rasa, sikap tidak hiraukan tanda jalan, memintas
kenderaan di garisan berkembar, ikut kenderaan dengan rapat, membelok tanpa
memberi isyarat dan memasukki jalan utama dengan beranggapan kenderaan lain
memberi laluan menunjukkan terdapatnya perkaitan dengan kemalangan jalan raya.
Sikap suka memandu laju disebabkan faktor tekanan masa seperti ingin cepat
sampai, terlewat, tergesa-gesa, ghairah ke sesuatu destinasi dan menghambat waktu
pejabat turut menunjukkan signifikan dengan kemalangan jalan raya. Memandu laju
disebabkan inginkan cabaran dan keseronokan mendapati sikap habit, keseronokan,
suka memandu laju dan suka mengambil risiko turut menunjukkan faktor yang nyata
kejadian kemalangan Sikap ingin mencapai kepuasan dengan memandu laju
disebabkan faktor kawan memandu laju, kehebatan memandu, berlumba di jalan raya,
suka menunjuk-nunjuk, ingin memenuhi citarasa kepuasan dengan memandu laju dan
kepuasan merasa risiko bahaya telah menunjukkan juga menjadi faktor yang nyata.

Rasional Pemilihan Tajuk .

5
Kemalangan jalan raya merupakan satu tajuk yang baik untuk dikupas . Ini
kerana saban tahun statistik menunjukkan peningkatan kadar kemalangan walaupun
pelbagai usaha dari pelbagai pihak telah dilakukan untuk mengatasi perkara ini.
Cogan kata “Jangan biarkan keluarga anda menunggu dalam tangisan” dan “Pandulah
dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang” seperti tidak memberi apa-apa
makna apabila angka kemalangan jalan raya masih menunjukkan nilai yang tinggi
seperti tertulis pada data jumlah kemalangan dan kematian dalam Opps Sikap baru-
baru ini.Penulisan ini dibuat agar kesedaran sivik timbul dan dapat di terap untuk
kebaikan bersama.
Berdasar pelbagai data dikumpul , dapat dibuktikan punca terbesar yang
menyumbang kejadian kemalangan jalan raya berpihak pada sikap pengguna sendiri
disamping faktor-faktor lain. Kita seharusnya bersyukur kerana ditakdirkan lahir di
Malaysia tanah bertuah. Sebuah negara yang aman dan makmur , bebas dari rusuhan ,
apatah lagi bencana alam yang dasyat seperti taufan, gempa bumi, letusan gunung
berapi dan sebagainya yang boleh meragut korban nyawa yang besar. Namun
mengapa dalam negara yang bertuah ini, angka korban kemalangan jalan raya hampir
setanding dengan negara lain seperti yang dinyatakan di atas?Dimanakah silapnya ?
Bilakah kesedaran sivik mampu diterap ke dalam jiwa anak bangsa agar permasalahan
ini mampu di rungkai.
Sesungguhnya pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksana bagi membendung
masalah ini. Masyarakat semuda 6 tahun telah didedahkan dengan pendidikan asas di
jalan raya. Begitu juga mereka yang berada di sekolah rendah dan menengah
.Kurikulum sekolah memandu juga diadakan malah sering ditambah baik agar
pengguna jalan raya yang dilahirkan berkhemah tinggi dan mempunyai moral yang
baik. Ditambah lagi dengan usaha lain dari unit trafik jabatan penerangan dan
sebagainya. Pendek kata , jabatan kerajaan sentiasa berganding bahu mencari jalan
penyelesai masalah ini.Tetapi hingga ke hari ini , persoalan ini masih belum
berkesudahan.
Dewasa ini, anak bangsa kita terlalu manja , telah mabuk dengan kemewahan
sebahagian besarnya. Apa yang dimahu selalunya dituruti hingga mereka lupa akan
tanggung jawab mereka pada diri , keluarga , masyarakat dan negara .Terlalu asyik

6
bermegah-megah dan berlumba menunjukkan kehebatannya , ingin menjadi hero
lagaknya. Dan sikap negatif sebeginilah yang akhir diaplikasi di jalan-jalan raya yang
akhirnya mengundang padah . Sikap angkuh , mementingkan diri sendiri dan kurang
bertolak ansur di jalan raya boleh meyumbang kepada kejadian kemalangan .Sikap-
sikap sebeginilah yang kita perlu buang jauh-jauh agar padah kan bertukar bahagia.
Dengan kadar kemalangan yang tinggi juga , sebenarnya negara kita ini amat
menanggung kerugian.Bukan sahaja kerosakan infrastruktur akibat kejadian itu , malah
yang paling sedih apabila kita kehilangan warga-warga mahir dari pelbagai bidang yang
sepatutnya menjadi penyumbang dan penjana ekonomi negara.Perkara-perkara inilah
yang perlu direnung, difikir sedalam-dalamnya oleh kita semua.
Harapan yang tinggi disandar , mudah-mudahan satu hari nanti kita,warga
Malaysia keseluruhannya akan mampu bergerak ke hadapan .Sedar kesilapan diri,
sedar tanggung jawab yang terpikul baik pada diri , keluarga , masyarakat dan
seterusnya negara .Mengubah sikap agar lebih positif demi pembangunan negara dan
bangsa.

Langkah –Langkah Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

Hasil daripada penemuan ini dicadangkan beberapa langkah alternatif untuk mengatasi
isu dan permasalahan kemalangan jalan raya .Antaranya seperti tersebut di bawah .

1. Intensiti penguatkuasaan undang- undang lalu lintas mesti sentiasa berada di


tahap yang maksimum.

2. Halaman web JPJ Sabah (www.jpjsabah.gov.my) mempunyai topik ‘Kurikulum


Pendidikan Pemandu’ (KPP) yang perlu kita teliti dan praktikkan. Di antara lain, ia
menerangkan definisi Konsep Pemanduan Berhemat, langkah mencegah berlakunya
kemalangan dan pemandu sempurna. Selain daripada itu kurikulum ini turut menyentuh
pengurusan ketegangan stress management di mana ia sangat relevan kepada
pemandu yang berpersonaliti jenis-A (Type-A behavioural pattern).

7
Untuk pengetahuan semua, terdapat satu standard formula untuk mencegah
kemalangan yang di perkenalkan:
D - Mengenal pasti bahaya
A - Menganalisis
D - Membuat keputusan
A - Bertindak
3. Bilangan pihak berkuasa yang terlibat secara langsung di jalan raya mesti cukup
setiap masa supaya kehadiran mereka itu sentiasa dirasai oleh pengguna jalan raya.
Sikap pemandu banyak berubah serta bertambah baik, setiap kali hadirnya pihak
berkuasa dan juga peningkatan tahap penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.
Berkurangnya pemandu yang melakukan kesalahan akan menyebabkan bebanan pihak
berkuasa turut berkurang.
Maka dengan itu bilangan pihak berkuasa yang terlibat akan juga dikurangkan
dan disalurkan kepada isu-isu lain yang memerlukan kakitangan tambahan. Apabila ini
berlaku, tahap penguatkuasaan undang-undang lalu lintas akan menjadi rendah
kembali dan pihak pemandu akan mengulangi segala sikap negatif mereka di jalan
raya. Kitaran tidak stabil ini terus berlaku. (Bjornskau & Elvik, 1992)

4. Penggunaan kamera di simpang-simpang dan untuk merekodkan kelajuan


sesebuah kenderaan perlu ditambah. Tetapi kajian daripada pihak Royal Automobile
Club Foundation (RACF) di England mengatakan bahawa walaupun kamera-kamera ini
praktikal digunakan tapi kehadiran pihak berkuasa masih amat diperlukan setiap waktu
kerana pemandu yang mempunyai rekod jenayah, agresif, khayal kerana arak atau
dadah, mengantuk, tidak berlesen, memotong dengan bahaya atau yang menggunakan
telefon bimbit tidak dapat dirakam oleh kamera-kamera yang sedia ada.

5. Satu laporan yang disiarkan di jurnal perubatan The Lancet pada 20 Jun 2003
mengatakan bahawa tiket saman mampu mengurangkan kemalangan dan kehilangan
jiwa! Kajian itu telah dilakukan oleh Dr. Robert Tibshirani dari Fakulti Perubatan
Unversiti Stanford. Beliau mengatakan bahawa tiket saman akan meninggalkan impak
yang sangat mendalam dan tersemat di fikiran pemandu-pemandu, untuk sekurang-

8
kurangnya beberapa minggu. Impak ini akan menyebabkan seseorang pemandu itu
lebih berhati-hati dan lebih berhemat.
6. Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya atau KEJARA.
Ia adalah sistem pemberian mata demerit kepada pemandu-pemandu kenderaan yang
telah disabitkan kesalahan sama ada melalui bayaran kompaun (polis atau JPJ) atau
denda (mahkamah) bagi kesalahan lalu lintas. Buat masa ini, sistem KEJARA ini
ditujukan khas kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memiliki lesen memandu
CDL dan Lesen Memandu Percubaan. Sumber ini dipetik dari web www.jpj. gov.my,
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
7. Penguatkuasaan undang-undang untuk mengehadkan kelajuan kenderaan berat
juga perlu dipercepatkan. Alasan tidak kos efektif tidak boleh dijadikan sandaran
apabila kita membincangkan harga nyawa seseorang pengguna jalan raya

Rumusan

Dapat dirumuskan faktor kelalaian manusia banyak yang menyumbang kepada


nahas jalan raya. Ini secara kesimpulannya boleh kita katakan akibat mementingkan diri
sendiri. Sifat mementingkan diri sendiri termasuklah terus memandu dalam keadaan

9
mengantuk, memandu dalam keadaan kurang mahir dalam pemanduan kereta, tidak
memeriksa keadaan kenderaan, bersikap panas baran, bersaing-saing di jalan raya,
dan tidak mahu mengalah atau bertolak ansur.

Sikap mengalah dan bertimbang jika menjadi amalan pengguna jalan raya, maka
sudah tentu wujud suasana harmoni dan bertolak ansur mendahulukan yang lain di
kalangan mereka yang akhirnya boleh mengelakkan kemalangan dan seterusnya
menyelamatkan nyawa. Ini kerana pengguna jalan raya masing-masing sanggup
memberi laluan, bertolak ansur walaupun kadang-kadang dalam sesuatu situasi di atas
jalan raya, mereka sebenarnya lebih berhak melalui sesuatu jalan atau sebagainya.

Walaupun pelbagai usaha dan cadangan di lakukan untuk mengelak kejadian


kemalangan jalan raya , sekiranya masyarakat masih tidak sedar akan kelemahan
mereka, masalah ini tidak akan berakhir.Oleh itu amatlah diharapkan segala
cadangan ,tunjuk ajar , teguran , penguat kuasaan yang dilakukan ini mampu memberi
kesedaran sivi pada masyarakat .Akhirnya masalah yang sering membelenggu kita ini
berakhir.

10
11

You might also like