Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tamadun Rom

Tamadun Rom mengamalkan kerajaan bercorak republik.Kerajaan

Republik tidak mempunyai raja dan prinsip demokrasi diamalkan.Ciri-ciri kerajaan


republik di Rom ialah :

Dua konsul dilantik untuk memerintah negara menjamin kedaulatan dan kebajikan
rakyat

Konsul dibantu oleh Dewan Senat

Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan

Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat
Rom

Kuasa Dewan Perhimpunan terhad


Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mengesahkan undang-undang yang diluluskan
oleh Senat

Undang-undang Rom ditulis buat pertama kali pada tahun 451 - 450 SM.Empayar
Rom muncul sebagai sebuah kuasa besar pada kurun ke-3 dan ke-2 SM semasa
dipimpin oleh julius Ceasar.Di bawah pemerintahannya , Empayar Rom meliputi
Makedonia , Yunani , Syam , Mesir , Gaul , Brittania dan kawasan puak Jerman.Julius
Ceasar dikenal dengan kata-kata ' veni , vedi , vinci ' yang bererti 'saya datang ,
saya lihat dan saya takluk'.Pada tahun 59 SM , beliau telah dilantik sebagai
konsul.Pada 44 SM beliau dilantik pula sebagai diktator seumur hidup.Pada 15 Mac
44 SM , Ceasar telah dibunuh oleh sekumpulan senatornya yang diketuai oleh
Brutus.Pada tahun 27 SM , Octavius pula memerintah Rom dengan gelaran Maharaja
Augustus.Tempoh 27 SM - 180 TM dikenali sebagai Zaman Keemasan Kesusasteraan
dan Seni Bina Rom.

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan.Bangunan terkenal yang


dibina pada zaman Rom ialah Colosseum , Pantheon dan Circus Maximus.Colosseum
ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang dibina pada tahun 80
M.Ciri istimewanya ialah ia berbentuk melengkung dan dapat memuatkan 50 000
orang penonton.Pantheon ialah sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada
tahun 2 M.Saliran air yang dikenali sebagai aqueduct juga telah dibina.Orong Rom
juga membina jalan raya , tempat mandi awam , air pancuran dan kolam renang.Seni
bina Rom ini memaparkan gabungan tradisi Etruscan , Yunani dan Rom yang dipanggil
Graeco-Roman.Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas utama iaitu Patrician ,
Plebeian dan Hamba.

Falsafah Rom berasaskan ajaran Stoisisme Zeno.Namun Stoisisme Rom lebih


praktikal dan memberi penekanan kepada keadilan , bertanggungjawab , keberanian
serta berperikemanusiaan.Penganut Stoisisme yang berpengaruh di Rom ialah
Marcus Tullius Cicero ( 106 - 43 SM).Beliau merupakan seorang negarawan dan
pemidato yang terkenal.Retorik mula diajar dalam bahasa yunani dan Latin semasa
pemerintahan Julius Ceasar.

You might also like