Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

Article Review

Oleh

Mat Zani bin Abdullah (802856)

1. Pengenalan

Artikel yang akan dibincangkan dalam penulisan ini bertajuk “Gaya-gaya kepimpinan strategik guru-guru

besar sekolah rendah kebangsaan dalam program penambahbaikan sekolah”. Artikel ini dihasilkan oleh

Hairuddin bin Mohd Ali, Abdul Razak bin Md.Nor dan Ahmad Rafee bin Che Kassim. Tujuan utama

artikel ini adalah untuk melihat status gaya-gaya kepimpinan strategik guru-guru besar sekolah rendah

kebangsaan yang terlibat dalam program penambahbaikan sekolah. Selain itu, artikel ini juga cuba

melihat gaya kepimpinan strategik yang manakah menjadi pilihan atau dominan bagi setiap guru-guru

besar di sekolah rendah kebangsaan. Sehubungan dengan itu, kajian diasaskan kepada dua perkara utama,

iaitu perwatakan individu yang meliputi soal-soal kebijaksanaan, daya penyesuaian, tidak mudah berpuas

hati(restlessness) dan daya serap (absorptive). Kedua, keupayaan berorganisasi (organizational capability)

meliputi kompeten strategik, orientasi strategik, menterjemah strategik, menyusun strategik dan interaksi

strategik.

2. Sorotan Artikel

a. Metodologi Penyelidikan

Kajian yang dibuat menggunakan tiga kaedah metodologi penyelidikan, iaitu

persampelan yang terdiri daripada anggota pengurusan sekolah seperti penolong kanan

pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum dan

penolong kanan petang. Dalam hal ini persampelan rawak mudah digunakan. Kajian

melibatkan senarai 350 buah sekolah yang terlibat dalam program penambahbaikan

sekolah (School Improvement Programme (SIP)), namun begitu 150 buah sekolah dipilih

secara rawak sebagai sampel kajian. Semua pengurusan setiap sekolah diminta

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

melengkapkan soal selidik. Daripada 150 buah sekolah, 600 anggota pengurusan

memberi respon kepada soal selidik tersebut. Semua instrument dipos kepada setiap

sekolah dan instrument soal selidik yang telah lengkap dikumpul di Institut Aminuddin

Baki (IAB).

Bagi proses pengumpulan data, instrument soal selidik menggunakan Bahasa

Melayu dengan 55 item. Instrumen soal selidik juga mengandungi soalan-soalan tapisan

yang meliputi negeri, wilayah, kategori sekolah, bilangan murid dan sebagainya. Satu

bahagian mengandungi 35 item berkaitan gaya-gaya kepimpinan strategik. Responden

boleh memberikan ulasan dan maklumat-maklumat yang sesuai pada bahagian yang

disediakan. Kajian menggunakan skala likert 7 mata dengan nilai 1 merujuk kepada tidak

pernah (rarely), nilai 4 kadang-kadang(occasionally) dan nilai 7 selalu(almost always).

Penggunaan skala likert 7 mata dibuat kerana bilangan sample terlalu besar, iaitu, 600

orang responden. Pra ujian dilakukan dalam dua peringkat, pertama dua pakar

pengurusan pendidikan dari IAB menguji item dengan menumpukan kepada aras

kesukaran meliputi item-item ambiguous, perkataan, soalan-soalan yang memandu dan

bias. Pada peringkat kedua, pengkaji memilih 30 pengurusan sekolah untuk dijadikan

kerangkan persampelan. Berdasarkan peringkat dua, dengan menggunakan koefisien

Cronbach alpha didapati instrument boleh diterima dan baik kerana nilainya menghampiri

1, iaitu 0.8238 (paling rendah) dan 0.9346 paling tinggi.

Seterusnya, pengkaji menggunakan analisis statistik berpandukan Structural

Equation Modeling (SEM) dengan perisian SPSS AMOS 7.0. bagi tujuan memperoses

data yang dikumpulkan. Di bawah kebolehan berorganisasi(Organizational capability

(ORGACAPAB)) pengukuran dibuat berdasarkan 5 pembolehubah antaranya sentiasa

berorientasikan strategik (strategic orientation (ORIENTAT)), menterjemahkan strategi

kepada tindakan(translate strategic(ACTION)), menyusun manusia dan organisasi

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

bersama(strategic alignment(ALIGN)), mengenal pasti strategi dengan berkesan

(strategic interaction(POINT)) dan mengembang persaingan strategik (strategic

compentencies (CAPABILI)). Sementara perwatakan individu (individual

characteristics(INDVCHAR) diukur dengan menggunakan empat pemboleh ubah, iaitu,

tidak mudah berpuas hati atau tidak akan berhenti dengan kedudukan semasa

(restlessness(RESTLESS)), keupayaan untuk menyerap (absorptive(ABSORB),

keupayaan untuk menyesuaikan (Adaptive(ADAPT)) dan kebijaksanaan

(wisdom(WISDOM)).

b. Dapatan dan analisis

Profil demografi responden meliputi semua negeri di Malaysia kecuali Labuan kerana ia

dianggap sebagai sebahagian negeri Sabah. Daripada 150 buah sekolah, 135 buah atau

90% terlibat dengan soal selidik melibatkan 420 anggota pengurusan kanan. Sementara

daripada jumlah 135 buah sekolah yang dijadikan persampelan, 125 buah merupakan

sekolah yang terlibat dengan NIP, 10 buah sekolah merupakan sekolah mubaligh.

Berdasarkan saiz sekolah, 115 buah dikategorikan sebagai gred A, 16 buah gred B dan

selebihnya merupakan sekolah kurang murid. Jika berdasarkan jantina, 88 orang guru

besar yang terlibat merupakan lelaki dan 54 orang guru besar perempuan. Berdasarkan

senarai sekolah, 70 buah sekolah merupakan sekolah yang terletak di bandar, 57 buah

kawasan luar Bandar dan 8 buah terletak di kawasan yang diistilahkan sebagai “remote

areas”. Secara umumnya, taburan responden menggambarkan dan meliputi satu Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan semua penolong kanan mempunyai pengaruh yang

kuat di sekolah yang dikaji. Namun begitu, sebagai penolong kanan mereka sentiasa

dibayangi oleh pemimpin utama sekolah. Berdasarkan kes NPS (National Primary

School), kajian mendapati guru-guru besar menguasai tiga dimensi keupayaan organisasi.

Pertama, mereka sentiasa berorientasikan strategik sebagaimana kehendak Kementerian

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

Pelajaran Malaysia dan memenuhi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Kedua, mereka

berupaya menterjemah strategi dalam bentuk tindakan, hal ini menjadikan mereka

sebagai pelaksana strategi sebenar. Keupayaan menterjemahkan strategi dalam bentuk

tindakan merupakan satu komponen penting pengurusan pelaksanaan strategi, di samping

ia merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pemimpin utama NPS. Hal ini

memenuhi Standard Kompetensi Pengetua-pengetua Sekolah Malaysia dan Standard

Kualiti Pendidikan Malaysia. Sementara itu, menyusun manusia dan organisasi bersama

dianggap satu perkara dominan dalam keupayaan organisasi. Dapatan kajian

menunjukkan perkara ini antara paling bawah dikuasai oleh guru-guru besar NPS jika

dibandingkan dengan orientasi strategi dan merealisasikan strategi. Hal ini disahkan oleh

penolong kanan berdasarkan penilaian mereka. Berdasarkan persepsi penolong-penolong

kanan, didapati guru besar memerlukan kuasa kepimpinan bagi membolehkan mereka

menyesuaikan kakitangan dengan organisasi. Kuasa-kuasa kepimpinan ini antaranya

kuasa sah (legitimate power), kuasa paksaan (coercive power), kuasa ganjaran (reward

power), kuasa kepakaran (expert power) dan kuasa rujukan (referen power).

Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan guru-guru besar NPS bagi SIP gagal

menguasai “ability to develop strategic capabilities” (CAPABILI). Hal ini meliputi soal-

soal mengenal pasti strategi untuk meningkatkan pembelajaran murid, budaya “kambing

hitam”, keupayaan mentafsir data berkaitan pencapaian murid dan penyelesaian masalah

pasukan.Sebagai pemimpin pengajaran, guru-guru besar NPS mesti memiliki kemahiran

strategi penambahbaikan pembelajaran dan perlu sedar faktor pembelajaran murid

merupakan komponen penting dalam Standard Kompetensi Pengetua-pengetua Sekolah

Malaysia dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Selain itu, kajian juga mendapati

“determine effective strategic intervention point” (POINT) bukan menjadi satu dominan

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

dalam kalangan guru-guru besar NPS, keadaan ini menjadi gambaran kegagalan kawalan

dan pemantauan terhadap pelaksanaan strategi sebagai salah satu pelan sekolah.

Berdasarkan dapatan bagi kebolehan berorganisasi (ORGACAPAB) boleh

disimpulkan terdapat tiga dimensi dominan (ORIENTAT, ACTION & ALIGN) dalam

kalangan guru-guru besar NPS. Pada masa yang sama mereka gagal menguasai dua

kualiti dominan (POINT & CAPABILI) yang merupakan perkara penting.

Dalam soal perwatakan individu(INDVCHAR), kajian membuktikan guru-guru

besar NPS bagi SIP menguasai tiga dimensi perwatakan individu, iaitu, tidak mudah

berpuas hati dengan pencapaian semasa ( a dissatisfaction or restless with the present

(RESTLESS)), keupayaan menyerap (absorptive capacity(ABSORB)) dan keupayaan

menyesuai (adaptive capacity (ADAPT)). “RESTLESS” merupakan satu aspek penting

gaya kepimpinan strategik kerana visi tanpa tindakan hanya satu mimpi dan visi dengan

tindakan boleh mengubah dunia. Selain itu, keupayaan dan kebolehan menyerap

maklumat(ABSORB) tertentu merupakan satu perkara penting dalam mempengaruhi

pencapaian murid. Dengan keupayaan ini mereka mampu menganalisis strategi termasuk

aspek persekitaran dan situasi yang menjadi perkara penting penyediaan Perancangan

Pembangunan Strategik Sekolah. Berdasarkan persepsi penolong-penolong kanan,

didapati wujud keupayaan menyesuai(ADAPT) dalam kalangan guru-guru besar NPS,

keupayaan ini merupakan elemen penting sebagai pemimpin. Sebagai pemimpin, guru-

guru besar perlu berupaya menyesuaikan strategi mengikut perubahan semasa dan

persekitaran. Daya kreatif dan pengalaman autentik pemimpin juga mempengaruhi daya

penyesuaian. Namun begitu, kajian mendapati guru-guru besar NPS gagal menguasai

kebijaksanaan pemimpim(WISDOM) yang menjadi satu perkara penting. Soal

kebijaksanaan meliputi aspek intelek, bijak membuat pertimbangan, mempercayai

keupayaan dan penggunaan ilmu yang cemerlang dalam menentukan kejayaan organisasi.

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

3. Perbincangan

Berdasarkan analisis dapatan kajian, kekuatan utama artikel ini ialah keupayaan pengkaji memberi

gambaran tentang status kesediaan guru-guru besar NPS(National Primary School) yang terlibat dengan

SIP (School Improvement Programme). Tahap kesediaan ini merupakan satu elemen penting untuk

dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan SIP baik dari segi

strategi dan tindakan. Selain itu, kajian juga boleh digunakan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam

menyediakan program latihan yang bersesuaian kepada guru-guru besar yang terlibat dengan SIP agar SIP

mampu mencapai matlamat dan objektifnya. Sementara itu, dapatan kajian boleh digunakan oleh guru-

guru besar yang terlibat dengan SIP untuk melakukan refleksi kendiri, di samping ia juga boleh dijadikan

panduan untuk penambahbaikan secara berterusan yang akhirnya boleh menghasilkan kualiti dalam

pengurusan organisasi sekolah. Satu hakikatnya yang perlu diterima dalam soal-soal keupayaan

organisasi, pengurusan strategik merupakan kerangka kerja yang penting kerana sifatnya yang tersusun

dan sistematik boleh digunakan oleh pemimpin sekolah sebagai agenda perubahan. (Hairuddin Mohd Ali

& Muhamad Bustaman Abdul Manaf, 2009). Sementara Bryson dan Alston (1996) melihat perancangan

strategik sebagai kajian persekitaran organisasi yang membolehkan organisasi mengkaji faktor dan arah

aliran yang memberi kesan terhadap peranan mereka. Paling penting ia mampu menjulang organisasi

pada tahap kegemilangan. Sebagai pemimpin utama organisasi keupayaan berorganisasi perlu dikuasai

dalam lima aspek. Dalam soal ini, pemimpin strategik, harus berkeupayaan menentukan titik gangguan

yang efektif, di samping mampu mengenal pasti perubahan strategi yang perlu dibuat dan perubahan

strategi yang akan dilaksanakan. Bagi menjadiakan sesebuah sekolah berkembang dalam tempoh jangka

panjang, pemimpin sekolah perlu berkeupayaan untuk mengembangkan kemahiran strategik yang

meliputi soal-soal pembaharuan kurikulum, budaya menyelesaikan masalah daripada budaya

menyalahkan kakitangan, berupaya menyelesaikan masalah secara kreatif dan kerjasama berkumpulan.

Sementara itu, dalam soal perwatakan individu, perkara berkaitan WISDOM perlu diberi

perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengetahuan atau kebolehan

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

kognitif merupakan satu trait kepimpinan. Pemimpin yang mempunyai cara dan teknik komunikasi yang

baik, dan berkebolahan bagi memberi sebab untuk satu situasi dikatakan seorang pemimpin yang

berkebolehan. (Abdul Ghani Abdullah, 2008). Kegagalan menguasai WISDOM boleh menimbulkan

masalah pada kepimpinan individu. Seorang pemimpin yang mempunyai idea yang baik dan sesuai

dengan situasi mungkin gagal melaksanakan idea berkenaan disebabkan kegagalan logik serta keyakinan

diri yang rendah pada pandangan pengikutnya. Selain itu, kebijaksanaan juga merujuk kepada

penggunaan kuasa yang betul dan tepat pada masanya. Dalam hal ini Sternberg (2002) dalam

“International Skills Conference” menjelaskan pemimpin memerlukan kebijaksanaan kerana keperluan

secara kreatif untuk memperolehi idea, keperluan membuat analitikal untuk mengambil keputusan atau

idea yang baik, keperluan secara pratikal untuk memastikan setiap idea berfungsi dan menyakinkan orang

lain serta yang terakhir, keperluan untuk mengimbangi kesan-kesan daripada idea orang lain dan institusi

dalam jangka pendek serta panjang.

Pada asasnya, kajian mencapai matlamat ia dilakukan, di samping penggunaan teori dan model

yang bersesuai dengan kajian. Penggunaan data secara empirikal menguatkan lagi dapatan yang cuba

dibuktikan. Namun begitu, ketiadaan sorotan literatur sedikit menjejaskan kajian ini. Sebenarnya, sorotan

literature memberi peluang untuk mempelajari pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah

yang pernah digunakan oleh penyelidik dahulu. Sorotan literatur juga berperanan menjelaskan kepada

pembaca apa yang diketahui dan apa yang belum diketahui tentang topik yang dijadikan kajian. Ia juga

memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji. Selain itu, sorotan

literatur juga penting untuk memahami penemuan-penemuan awal yang kadang kala bercanggah (Ahmad

Mahdzan Ayob, 2007).

Selain itu, penggunaan sampel rawak mudah ada kemungkinan tidak dapat mewakili populasi

dengan baik. Walaupun yang dikaji ialah guru-guru besar NPS yang terlibat dengan SIP tetapi sifat

homogen tidak semestinya sama. Paling jelas, akan terdapat beza umur antara guru-guru besar berkenaan.

Perbezaan umur boleh menyebabkan perbezaan kebolehan atau keupayaan berorganisasi dalam kalangan

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

mereka (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007). Di samping itu, penggunaan kaedah pengumpulan data soal

selidik secara pos juga mempunyai kelemahan, yang utama ialah kadar respon lazimnya kurang

memuaskan atau lewat diterima. Misalnya, terdapat 30 sampul diterima dua bulan selepas kajian

disediakan. Pengendalian secara pos juga menyebabkan penyelidik tidak mengetahui adakah soalan-

soalannya dijawab oleh responden. Hal ini boleh menimbulkan persoalan adakah sampel berkenaan

benar-benar mewakili responden. Tambahan pula, responden mempunyai kemungkinan tidak mengambil

perhatian yang berat untuk menjawab soalan-soalan soal selidik atau kemungkinan mereka silap

memahami isi soalan, terutamanya soalan yang rumit. Hal ini amat jelas, apabila terdapat tiga responden

yang terdiri daripada pengurusan sekolah memberi data demografi yang berbeza walaupun mereka dari

sekolah yang sama (Mok Soon Sang, 2008).

Dalam hal ini, kajian yang dibuat hanya terbatas untuk pemimpin-peminpin sekolah rendah yang

terlibat dengan SIP, jadi ia bukan menggambarkan status kesediaan keseluruhan guru-guru besar sekolah

rendah di Malaysia dalam soal kepimpinan strategik. Sementara, perkara yang dikaji terhad kepada

kebolehan berorganisasi dan ciri-ciri pemimpin strategik bagi guru-guru besar. Soal-soal penerimaan

pengikut tidak diberi perhatian atau dijadikan sampel bagi menghasilkan bukti keupayaan pemimpin

utama sekolah. Namun begitu, apa yang dapat diambil daripada kajian ini ialah pemimpin strategik perlu

menguasai kebolehan berorganisasi, di samping ciri-ciri kendiri yang perlu dilatih. Kegagalan menguasai

dua elemen penting kepimpinan strategik boleh menyebabkan kegagalan dalam strategi pemimpin

berkenaan. Hakikat yang perlu diterima, daya “flexibility” perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin

supaya tindakan, keputusan dan komunikasinya sesuai dengan situasi. Kegagalan daya ubah suai akan

menyebabkan gaya kepimpinan akan menjadi mendatar dalam jangka panjang dan akhirnya tahap

kecekapan organisasi akan menurun serta sentiasa mengulang sistem yang sama dalam urusan seharian.

4. Kesimpulan

Berdasarkan kajian dan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa status kesediaan pemimpin-

pemimpin utama NPS yang terlibat dengan SIP perlu dipertingkatkan lagi terutamanya dalam perkara

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

berkaitan mengenal pasti strategi dengan berkesan dan bagaimana untuk mengembangkan persaingan

strategik. Hal ini kerana kebolehan berorganisasi dalam kepimpinan strategik melambangkan kualiti

kepimpinan di sekolah. Di samping itu, kebijaksanaan yang merangkumi kepintaran, keinginan yang

seimbang, masa yang seimbang, nilai kesedaran, tindak balas persekitaran yang seimbang dan kebolehan

menggunakan ilmu pengetahuan untuk amalan yang baik perlu dikuasai oleh setiap pemimpin utama

sekolah. Pendidikan pada masa ini berkembang secara dinamik dan kadang kala berlaku krisis-krisis di

luar jangkaan yang menuntut kebijaksanaan pemimpin untuk menyelesaikannya. Kegagalan

menyelesaikan masalah dengan meminimumkan rasa tidak puas hati pengikut boleh menyebabkan krisis

yang lebih besar berlaku. Perkembangan semasa pendidikan, tidak lagi memperlihatkan pandangan hebat

pada “status quo” pemimpin utama sekolah sebaliknya lebih kepada rasa hormat dan saling

mempercayai antara pemimpin dengan pengikut. Sehubungan dengan itu, penggunaan kuasa seperti kuasa

sah, kuasa paksaan dan ganjaran oleh pemimpin utama sekolah secara berlebihan akan menyebabkan daya

kepimpinannya boleh bertahan dalam jangka pendek sahaja, sebaliknya kuasa kepakaran dan rujukan

yang berasaskan pengetahuan akan menyebabkan kepimpinan boleh bertahan selama-lamanya dengan

syarat berlaku daya serapan yang tinggi terhadap maklumat semasa dan akan datang. Hakikat yang

diterima umum pada masa ini, sekolah yang hebat lahir daripada pemimpin yang cemerlang.

Dalam apa jua penghasilan oleh manusia akan wujud dua situasi, iaitu, kelebihan dan kelemahan.

Walaupun terdapat kekurangan tetapi kajian ini sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam membina

daya kepimpinan strategik dalam kalangan pemimpin utama sekolah di Malaysia. Dengan sokongan data

secara empirikal, bukti jelas menunjukkan telah berlaku penguasaan dalam soal-soal orientasi strategik,

keupayaan menterjemahkan strategi kepada tindakan dan kebolehan menyusun manusia dan organisasi

bersama dalam kalangan pemimpin utama NPS dalam SIP. Selain mereka mempunyai sikap yang tidak

mudah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, memiliki keupayaan untuk menyerap dan penyesuaian.

Implikasi daripada kajian ini secara jelas memperlihatkan elemen kebolehan berorganisasi dan

ciri perwatakan pemimpin strategik yang telah dikuasai oleh guru-guru besar SIP. Kajian ini boleh

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

dijadikan sorotan literatur dan panduan dalam mengkaji status kesediaan pengetua-pengetua sekolah

harian luar bandar sebagai pemimpin strategik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai kriteria

pemilihan pemimpin-pemimpin utama sekolah supaya standard pemilihan pengetua tidak hanya

ditumpukan kepada soal-soal kekananan tetapi perlu meletakan keupayaan pengetahuan dan berorganisasi

dalam kalangan calon-calon pengetua. Pengalaman yang gagal disesuaikan dengan kehendak semasa

boleh menyebabkan perjalanan sekolah berlaku dalam sistem yang diwarisi tanpa pembaharuan. Hal ini

menuntut anjakan paradigma dan keberanian dalam kalangan pemimpin pendidikan di Malaysia untuk

mengubah senario pendidikan di Malaysia.

RUJUKAN :

Abdul Ghani Abdullah.(2009). Kepimpinan penambahbaikan sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Abdullah, Abd.Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad.(2008). Gaya-gaya
kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahaya.(2005). Mengurus sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Mahdzan Ayob.(2007). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan.(2007).
Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.

Alfie Kohn (terj: Rosnani Kamarudin).(2008). Inilah sekolah idaman pelajar. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Hairuddin Mohd Ali dan Muhammad Bustaman Abdul Manaf.(2009). Perancangan strategik sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

James Ang Jit dan Balasandran Ramiah.(2009). Kepimpinan instruksional. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang.(2008). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Slaid Presentation

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

2010
PERANCANGAN STRATEGIK SMK PARIT PANJANG

2010

You might also like