Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kerajaan Bani Abbasiyyah

Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: ‫الع ّباسدين‬ al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi


bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani
Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan
tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara
perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka
cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima
tentera Mongol menghancurkan Baghdad.

Revolusi menentang Ummaiyyah

Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina Abbas bin Abdul


Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., oleh
itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan
mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang
berlainan daripada keturunan nabi.

Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa
pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim diParsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada
tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik
sebagai khalifah.

Masalah dan Cabaran

Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka
menjatuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan
pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama,
malah menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentakbiran
baru mereka. Bani Abbasiyyah membangunkan pemerintahan muslim mereka dan meniru pemerintahan
mutlak Parsi. Mereka turut mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab-Muslim ke sana. Hal ini
membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini mengasingkan banyak penyokong
berbangsa Arab mereka.

Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi
mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka
melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan
Ummaiyyah.

Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Golongan Syiah banyak
membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi
Abbasiyyah ialah Ahli Sunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja
memegang kuasa. Hal ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik.

Ancaman ini mendorong Khalifah Bani Abbasiyyah untuk memusnahkan musuh mereka dengan kejam,
melaksanakan upacara istana yang mewah, dan membiayai penulisan moden. Keadaan inilah menjadi
asas bagi penulisan kesah Seribu Satu Malam, kumpulan cerita yang menggambarkan kemewahan
Timur yang ditulis di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyyah.

Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar
Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah
di Anatolia dan Syria. Bagaimanapun dari sudut pandangan barat, kebangkitan Puak Bani Abbasiyyah
adalah penting, bukan sahaja kerana kerana perkembangan dalam penulisan dan lagenda, tetapi juga
kerana kecenderungan mereka kearah timur telah mengurangkan tekanan kepada kawasan
Mediterranean, membenarkan negara Byzantian keupayaan untuk bangkit kembali, dan puak Frank jauh
di barat untuk mulai membentuk kekuatan mereka. Pemerintah Frank, Charlemagne mengekalkan
hubungan diplomatik dengan khalifah Harun al-Rashid yang telah menghantar hadiah seekor gajah
kepada puak Frank.

Mamluk

Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh
perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas
ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di lembah Tigris-Euphrates. Selain itu kerajaan
Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan
Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang
kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang
dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Mu'tasim (833-842) dan zaman pemerintahan khalifah berikutnya iaitu
Khalifah al-Wathiq (842-847). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus
diancam.

Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah
mereka merampas kuasa. Selepas itu, pemimpin Bani Abbasiyyah menjadi boneka sehingga khalifah
mereka dimusnahkan sepenuhnya oleh puak Mongol pada 1258. Daripada 945 sehingga abad ke enam
belas politik dunia Islam dikuasai oleh politik tempatan dengan beberapa pemerintah lemah berlainan,
seringkali orang Turki yang memerintah kawasan berlainan. Bagaimanapun kebudayaan Islam terus
berkembang semasa "tempoh pertengahan", terutamanya antara 900 sehingga 1250, pada masa yang
sama apabila pemerntahan Islam berkembang ke Turki moden dan India. Kemudian empayar Islam
moden muncul, yang menonjol di barat adalah Othman Turki yang mengawal sebahagian besar Eropah
barat dan Timur Dekat dari abad ke lima belas sehingga 1918.

Kesarjanaan semasa zaman Abbasiyyah

Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya


perkembangan ilmu pengetahuan.

Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan
bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan
mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah.
Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah.
Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmugeografi, matematik,
dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh
beberapa tokoh Islam seperti Al-Birunidan sebagainya.

Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-
Farabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang
perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung
dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk
kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan
bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling
utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke
tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval.
Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar
sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan
(styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang
dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic,
dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian.

Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan
pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar
utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hospital moden. Setiap hospital mempunyai
wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan
memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat.
Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa
menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala.

Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar
sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori
kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi,
rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama,
dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah)
dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam
sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda
karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli
sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan
dan sublimation.

Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri
Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah
berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan
asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai
kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua
bidang pengatahuan methematik.

Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat
dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi
teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang
berbentuk bulat.

Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang
perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria
merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan,
barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi
penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan
dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.

Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat
maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang
ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru,
penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam
sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic,
tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang
sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali,
soda, dan almanac.
Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah

Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan


nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh
pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat
serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh
tentera Mongol.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Abbasiyyah

You might also like