Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

PROJEK FOLIO SEJARAH PMR 2010

SEKOLAH MENENGAH SHAN TAO

KOTA KINABALU, SABAH

Tajuk Kajian: Perayaan tradisi kaum di Malaysia


(TAHUN BARU CINA)

Nama: Yoong Sze How

Tingkatan: 3 Berdikari

Kad pengenalan:

Angka Giliran:

Penghargaan
1
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah

diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan Kerja Khusus Sejarah ini.

Ucapan ini saya tujukan kepada Tuan Pengetua SM Shan Tao, Encik Lee Wah Ban. Juga

kepada guru pembimbing Sejarah yang banyak membimbing saya mencari maklumat

iaitu Cikgu Gelbert David.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua kawan baik saya kerana

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa

juga kepada ibu bapa saya kerana mereka telah memberikan banyak sokongan kepada

saya supaya boleh menyiapkan kerja khusus tersebut.

Objektif Kajian

2
Saya dikehendaki untuk menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi

kaum di Malaysia merangkumi objektif-objektif berikut :

a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan membantu saya

membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia.

c. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilian Menengah Rendah

(PMR)

d. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi

muda melalui kajian ini.

Kaedah Kajian
3
Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti berikut:

a. Rujukan

Saya telah menjalankan rujukan ke atas majalah, internet dan buku-buku yang

berkaitan.

b. Pemerhatian

Kaedah ini dilakukan di sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Cina termasuk

rumah saya. Kaedah ini dipilih bertujuan melihat dan memerhatikan suasana

Perayaan Tahun Baru Cina di kawasan persekitaran tersebut.

c. Penyelidikan

Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah saya, melayari

internet ke web-web yang berkaitan dengan perayaan Tahun Baru Cina dan

merujuk ke majalah-majalah yang berkaitan. Selepas mendapati maklumat-

maklumat yang berkaitan, saya telah membuat analisis ke atas maklumat tersebut

agar ia bersesuaian dengan kajian yang hendak dijalankan.

Latar Belakang

4
Asal usul Perayaan

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ( 年 ) ialah seekor raksasa pemakan

manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap

11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya

percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka

mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara

meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò

nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun

baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.

Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12

ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah

diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari

dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut

catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja

pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada

221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-

duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu

Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

5
Upacara Khusus dalam Perayaan dan Individu yang
Mengetuai Upacara Khusus

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa

pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang

menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan

pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina. Tarian Singa merupakan upacara

simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Menjelang Tahun Baru Cina, kelihatan tarian-tarian sebegini di merata tempat

terutamanya di pusat membeli-belah.

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan

masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan

kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di

bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan

memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan

bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi

oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah Tarian Singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang

Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian Singa menjadi adat

di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut

mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal

sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu.

6
Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa

Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan

tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah,

jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih

banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu

dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara

meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum

mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta

sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Berdasarkan catatan sejarah, berlatih seni ilmu bela diri Cina sangatlah popular

dalam tempoh “Chun Chiu”. Di waktu-waktu kosong, Tari Singa ini juga diajarkan

kepada para pelajar ilmu bela diri untuk menambah semangat.

Tempat Khusus Sambutan Dijalankan


7
Sambutan ini dijalankan di rumah masing-masing. Ahli-ahli keluarga akan

menghiaskan rumah sebelum Tahun Baru Cina. Sambutan ini juga boleh kelihatan di

pusat membeli-belah dan juga pasar raya. Pihak pusat membeli-belah selalunya akan

mengundang penyanyi dari luar tempatan bagi memeriahkan suasana Tahun Baru Cina.

Ada juga yang menganjurkan pertandingan-pertandingan seperti menyanyi lagu Tahun

Baru Cina, melukis Suansana Tahun Baru Cina, mendeklamasi puisi Tahun Baru Cina

dan sebagainya. Di samping itu, sambutan Tahun Baru Cina juga dijalankan di gereja-

gereja dan tokong-tokong Cina. Upacara-upacara menyembah Tuhan kepercayaan

masing-masing dipercayai boleh membawa nasib baik kepada diri sendiri dan keluarga

dari segi kesihatan, kekayaan dan sebagainya sepanjang tahun.

Perayaan Tradisi
8
Nama Perayaan
Kerja Khusus ini tentang salah satu perayaan tradisi kaum di Malaysia iaitu
Tahun Baru Cina yang disambut oleh Kaum Cina.

Kaum Yang Terlibat


Kaum yang terlibat bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di seluruh dunia, malah

turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol, dan Miao (Hmong China) yang

dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai

kalendar qamari Cin

Tempoh Masa Dirayakan


Tempoh masa dirayakan merupakan terpenting bagi orang Cina untuk menyambut

tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran

12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan iaitu (tikus, lembu, harimau, arnab, naga,

ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi). Jadual 1 di bawah merupakan

tarikh perayaan Tahun Baru Cina bermula pada Tahun 1996 hingga Tahun 2019.

Jadual 1 . Tarikh perayaan Tahun Baru Cina

9
Haiwan Dahan bumi Tarikh
Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Tujuan Perayaan

Tujuan perayaan Tahun Baru Cina untuk melambangkan permulaan, titik

permulaan nasib dalam kehidupan, perhimpunan keluarga, dan jamuan sekeluarga.

Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan

sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang

muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Ia juga menandakan

permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.

Persiapan Sambutan Perayaan

Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina


10
Sebelum hari Tahun Baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali

berkumpul. Ahli keluarga Cina akan membersihkan rumah mereka kerana mereka

percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa

pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.

Segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang

sepanjang tahun yang baru. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam

sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada

orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi

potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam

bahasa Cina. Selain itu, rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah

rezeki, bunga dan pokok limau. Tambahan pula, rumah juga dihiasi dengan hiasan

bunga. Hiasan bunga membawa maksud yang berlainan mengikut jenis bunga yang

digunakan bunga plum melambangkan tuah, kumkuat melambangkan kemakmuran,

narcissus melambangkan kemakmuran, bunga kekwa melambangkan panjang umur,

bunga matahari bermaksud tahun yang elok dan sebagainya. Mercun dibakar pada tengah

malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib

malang. Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun

Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga,

mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk

kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula

dengan diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada

tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Biasanya

11
diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya

dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging, ayam dan ikan. Hidangan yang

terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan

ini. Hidangan yang terdiri daripada ikan membawa maksud "semoga ada lebihnya setiap

tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun." Ikan tersebut tidak

dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman). Masakan-masakan

lain seperti ayam, itik, daging salai, sosej, kuih pulut, sup juga tidak ketinggalan. Di

China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu

melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi

ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula.

Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan

tuah dan kehormatan.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli

keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan

mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba.

12
Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu

bapa.

Semasa Perayaan Tahun Baru Cina

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.

Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,

menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai

bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.Yang paling penting, hari pertama Tahun

Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli

keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek

atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik

untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年,

Cina Ringkas: 开 年 , kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk

13
menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah

kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk

menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: Hari ini dikenali sebagai "mulut

merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam

pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di

rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga

tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si

mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃 子 , Cina Ringkas: 饺 子 ,

jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang

tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka

semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai ( 人 日 , pinyin: rén rì,

Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut

pengiraan kalendar qamari Cina.Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang,

14
dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan

menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat

resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti

Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain

rantau tersebut.

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah

Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.Tambahan pula, hari

ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam

pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja

tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk

melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.Teh dituang

sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai

Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十

五 暝 ) dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina

15
Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada

hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.

Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian

dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi

atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali

sebagai Perayaan Tanglun

Selepas Perayaan Tahun Baru Cina

Ahli-ahli keluarga bermula untuk mengemaskan hiasan-hiasan rumah mereka.

Sanak saudara yang jauh akan balik ke bandar atau tempat yang jauh untuk meneruskan

kerja masing-masing. Pelajar juga meneruskan persekolahan.

Peraturan/Pantang-larang/Amalan Sampingan

Amalan Tahun Baru

Ang pau

16
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包 pinyin: hóng

bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事,

bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina,

oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin.

Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-

kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus

ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka

genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara

pengebumian. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk

empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4

ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"),

maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan

dalam angpau.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk

menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada

zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim

perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap

batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan

berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi

17
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan,

mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh

jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek

penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru

Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.

Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan

permulaan baru pada tahun baru.

Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau

kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang

tidak menyambutnya. Terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar

hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna

pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah

berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan

pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒

(dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào

melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.

Ikon dan hiasan

18
Ikon Makna Ilustrasi
Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias
yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan
melambangkan lebihan atau simpanan tambahan
supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan
berpadu dengan pepatah Cina 年 年 有 餘 (niánnián
yǒuyú).
Jongkong Yuanbao emas ( 金 元 宝 ; jīn yuánbǎo) melambangkan
Yuanbao wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk
Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian
di China zaman silam.
Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza
daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan
Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan
selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang
digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk
Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni,
dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun


Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa
Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru,
simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina.


singa Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat
dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa
yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir
puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara
pembukaan perniagaan orang Cina.
Cai Shen Cai Shen (Cina Tradisional: Cina Ringkas: )
merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru
dalam kepercayaan Cina.

Rumah terbuka

19
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh

golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga

pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah

terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah,

yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉 祥 話 , Cina

Ringkas: 吉祥话, pinyin: jíxiáng hùa).

Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新 年 快 樂 ; pinyin: xīnnián

kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): Sin-nî khòai-

lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara

literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di

bahagian utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过年好)

yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh

dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong Xi Fa Cai

20
Kung Hei Fat Choi

"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa

Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa

Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat

rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat

tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini

mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah

adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini

juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk),

manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan

konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakat Cina seluruh dunia. Ucapan

ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru

Cina di beberapa tempat di dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara,

termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta

pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang

transit (khususnya golongan siswa).

21
Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan

sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek

ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān"

(Cina Tradisional: 歲 歲 平 安 , Cina Ringkas: 岁 岁 平 安 ) diucapkan serta-merta, yang

bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia")

sama bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina

"bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 年年

有餘 (Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yú

yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru

berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan

hadiah.

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak,

apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan “yee

sang” di Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發

財,紅包拿來, Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo

nálái), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang

pau."

22
Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, orang cina percaya aktiviti-aktiviti khusus akan

memberi tuah yang baik kepada seisi keluarganya. Antaranya ialah:

1. Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

2. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka

pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang

tahun.

3. Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi

pemakannya.

4. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru

agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

5. Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama

mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang

23
Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh

harapan untuk menambah kekayaan.

6. Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang

yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Walau bagaimanapun, sesetengah aktiviti yang dijalankan semasa perayaan Tahun Baru

Cina dipercayai membawa nasib malang bagi sesetengah etnik orang Cina. Antaranya:

1. Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina

kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan

"kasar" atau "sukar".

2. Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan

Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang

menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu

juga sama bunyinya dengan "kaya".)

3. Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya

dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong

hasil dalam bahasa Kantonis".

4. Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal

kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

24
5. Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar

tuah bagi tahun baru.

6. Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal

Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

7. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina

bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun

baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun

adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau

menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka,

kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang

yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya

atas sebab-sebab keselamatan.

 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun

Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-

undangnya tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun

masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai

mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,

kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga

25
mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun

Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya

dalam dan luar China.

 Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970

setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68

orang lain. Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas

berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan

terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada

membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan

membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala

mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina,

mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan

Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh

lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak

boleh dijual secara komersial.

 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.

Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari

Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam

ketika Tahun Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan

penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara

26
kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di

mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan

mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun

dibakar di Chatham Square, Chinatown.

27
Kesan Perayaan
Merapatkan lagi hubungan silaturrahim

Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota

keluarga berkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa

atau kanak-kanak dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari

perayaan itu. Sambutan Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim

yang sedia ada. Ahli-ahli keluarga yang balik dari luar negeri atau negara

berkumpul bersama, makan, cerita, gelak ketawa akan mengeratkan lagi

perhubungan di antara satu sama lain. Ini juga merupakan masa yang terbaik

untuk melupa dan memadamkan segala salah faham, perselisihan dan pergaduhan

yang pernah berlaku sesama ahli keluarga sekiranya ada.

Memupuk perpaduan

Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk perpaduan antara kaum

di Malaysia. Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya

akan melawat atau dijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang

menyambut Tahun Baru Cina. Orang-orang kebesaran seperti pemimpin-

pemimpin masyarakat akan mengadakan rumah terbuka dan menjemput orang

ramai bukan sahaja kaum Cina malah kaum-kaum yang lain seperti Melayu,

India, Kadazan, Dusun, Bugis dan sebagainya. Orang ramai duduk bersama-sama

menikmati hidangan yang disediakan di samping berbual-bual. Dengan adanya

aktiviti seperti ini, ianya telah meningkat persefahaman dan mengeratkan

28
perhubungan antara satu sama lain dan secara tidak langsung mengurangkan

perselisihan antara kaum-kaum yang beraneka di Malaysia.

Pelancongan

Selain itu, Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan kepada industri

pelancongan negara kita. Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia

dapat melihat bagaimana perayaan ini disambut oleh kaum Cina di Malaysia

bukan sahaja aktiviti semasa Tahun Baru Cina malah juga mengetahui atau

menikmati makanan dan hidangan lain yang disediakan terutamanya semasa

rumah terbuka. Sejajar dengan itu, pelancong berpeluang untuk menyaksikan

pelbagai persembahan seperti Tarian Singa, Tarian Naga dan pelbagai tarian

tradisional orang Cina. Dengan itu, mereka turut merasai kemeriahan semasa

perayaan ini. Dengan mempromosikan kemeriahan tersebut kepada rakan-rakan

senegara pelancong tertentu, tahap pelancongan di negara kita pasti akan

melangkah ke satu arah yang lebih cemerlang dan kukuh di mana bilangan

pelancong dari negara-negara lain terus bertambah dan menguntungkan industri

pelancongan di negara kita.

Peluang perniagaan

Tambahan pula, perayaan Tahun Baru Cina memberi peluang perniagaan

kepada para peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan

sambutan Tahun Baru Cina seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun

angpau termasuklah juga bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan

ini. Peluang perniagaan yang terbaik selalunya berlaku sebelum perayaan. Orang

ramai telah bermula untuk membuat tempahan sebelum perayaan untuk beraneka

29
jenis biskut , kek dan makanan ringan lain seperti kerepek udang, “acar” dan

sebagainya untuk dijadikan hidangan ringkas semasa rakan-rakan atau saudara

mara melawat ke rumah mereka. Ini memberi peluang bukan sahaja penjaja malah

juga suri rumahtangga bukan sahaja Cina malah juga kaum lain yang ingin

mencari pendapatan tambahan. Mereka boleh membuat biskut, kek atau makanan

yang lain untuk dijual di kawasan perumahan atau jiran tetangga yang berdekatan.

Ini secara tidak langsung telah menambahkan pendapatan mereka dan

meningkatkan peluang perniagaan secara kecil-kecilan.

Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kerja kursus Sejarah dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,

pengajaran dan nilai yang telah saya dapati.

Selepas menjalankan kerja kursus Perayaan Tahun Baru Cina, saya rasa amat

bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana mempunyai pelbagai perayaan tradisi

kaum yang terdapat di negara yang tercinta ini. Selain itu, saya juga mempelajari tentang

keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai

pelancong asing. Selepas melakukan kerja khusus ini, saya juga dapat menguasai

30
kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkat

kemahiran berkomunikasi.

Di samping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,

memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan

dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah

menggalakkan saya dan rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang

kerja kursus ini.

Elemen 3

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah

dengan menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan

mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh,

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina atau Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin

sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.

31
Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber

informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan

wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media

hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan

dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah

tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan

perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media.

Seterusnya dengan pertunjukan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu

kaum kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi

tumpuan suku kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik

pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu

Tarian Singa menjadi kegemaran suku kaum lain.

Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan

impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1 Malaysia. Hal ini disebabkan

melalui pelbagai perayaan, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan

dan diperkukuhkan.

32
Rujukan
1. Internet

Tahun Baru Cina:


http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

Sejarah Tahun Baru Cina:


http://sejarah2u.blogspot.com/2008/02/sejarah-tahun-baru-cina.html

Makanan Tradisional Cina:


http://www.sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan2.htm

2. Orang Sumber

Encik Yoong Yew Fei, 50 tahun, Menggatal, Taman Fajar, Phase 2, Block L,
Tingkat 1, No 82
33
3. Akhbar

The New Strait Times, February 14 2010, halaman 21, 22.

4. Buku Rujukan

Masariah Mispari, Radzuan Hassan, 2003. Sejarah Tingkatan 1.


Selangor:DBP

Lofter Ismail, 1987. Sejarah Malaysia 1400-1963. Selangor: Utusan Publications


and Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad Noordan Sopiee, 1968. From Malayan Union to Singapore Separation:


Political Unifacation in the Malaysia region 1945-1965. Selangor: Universiti
Malaya Press.

Lampiran

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina

34
Sambutan Tahun Baru Cina

35

You might also like