Professional Documents
Culture Documents
Langkah Berterusan Mempertingkatkan Etika Dan Integriti Dalam Sektor Awam
Langkah Berterusan Mempertingkatkan Etika Dan Integriti Dalam Sektor Awam
Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah satu
mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir,
salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara dibentuk
untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan
aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undangundang dan peraturan. Manakala
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara
lain, sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang
moden, cekap dan berkesan.
Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa
Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian
keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera
pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi.
Sebagai suatu garis panduan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni. Kerajaan telah
mengenalpasti satu himpunan nilai teras sebagai panduan untuk dihayati dan dilaksanakan oleh
penjawat sektor awam. Himpunan nilai teras itu ialah amanah, benar, bijaksana, adil, telus
dan bersyukur. Ini adalah nilai induk bagi sesebuah organisasi yang beradab dan patut dihayati
oleh setiap warga perkhidmatan awam. Selain itu. Kerajaan juga mengenalpasti nilai kembangan,
yakni nilai yang dibentuk dari bawah, terdiri daripada nilai yang sesuai dan relevan dengan
kepakaran dan operasi organisasi berkenaan, yang akan mendukung pencapaian yang dituntut
oleh nilai teras. Mekanisme JKP yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah
bertanggungjawab menerapkan nilainilai tersebut.
Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan. Sistem dan
Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan. Kawalan Dalaman,
Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme
yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan memantapkan lagi keutuhan sistem
pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan
berterusan.
Selain daripada penekanan elemen etika dan integriti yang dinyatakan di atas, Kod Etika
Hakim (1994) dan Kod Etika Bagi Anggota-Anggota Pentadbiran (1997) juga telah digubal dan
diguna pakai.
Sektor swasta adalah pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dititikberatkan dewasa ini ialah tadbir urus
korporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran ekonomi selama beberapa
dekad ini memberi peluang bukan sahaja kepada sektor swasta luar negara untuk beroperasi di
negara ini. tetapi juga untuk sektor swasta dalam negeri beroperasi di pasaran global. Walau
bagaimanapun. beberapa peristiwa yang berlaku di peringkat dunia dan di dalam negeri dalam
tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa pentingnya tadbir urus terbaik dijadikan
prinsip yang menjiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya. Prinsip ini
menggariskan bagaimana para pegawai tersebut harus bertingkah laku dan bertanggungjawab
terhadap para pelabur dan pihak berkepentingan yang lain. Pelbagai skandal dan penyelewengan
yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan menunjukkan betapa pentingnya
isu tadbir urus terbaik dilaksanakan.
Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan
gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam
dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah sama ada dalam bentuk
memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta. Memandangkan betapa seriusnya
masalah ini, satu konvensyen antarabangsa, iaitu Organization for Economic Cooperation
Development (OECD) Anti-Bribery Convention telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada
1999 untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat multinasional dan
meningkatkan integriti mereka. Konvensyen ini mengharamkan tindakan menyogok oleh
syarikat-syarikat tersebut.
Namun begitu, usaha mence~ah gejala rasuah dalam sektor swasta masih tidak mencukupi.
Setakat ini masih belum terdapat tindakan undangundang yang cukup berkesan diambil oleh
negara-negara penandatangan Konvensyen berkenaan terhadap pelbagai syarikat dan pegawai
mereka yang memberi dan menerima rasuah. Pad a masa yang sama, gejala jenayah korporat
yang lain seperti penipuan telah menjejaskan kredibiliti dan integriti sektor tersebut di kalangan
pelabur dan juga anggota masyarakat. Justeru, usaha meningkatkan integriti sektor korporat
menjadi amat penting.
Gejala-gejala di atas menegaskan satu hakikat pokok, iaitu betapa pentingnya prinsip tadbir
urus terbaik menjadi nadi dan jiwa sektor korporat. la juga menunjukkan betapa pentingnya
pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi yang berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas sektor tersebut agar gejala semacam ini
dapat dibendung, integriti ditingkatkan dan kemakmuran ekonomi dapat dikekalkan.
Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus korporat yang dikenali sebagai
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan pad a Mac tahun 2000.
Walaupun pad a mulanya MCCG tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak swasta,
keadaan berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB)
menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan menerimapakai kod ini. Oalam syarat
penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaik
dalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan disclosures seperti yang
dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat
laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat penyenaraian.
Dalam sektor kewangan pult Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Pelan Induk Ke
Arah Masa pepan Yang Lebih Terjamin pada bulan Mac 2001. Pelan induk ini memberikan hala
tuju sistem kewangan bagi tempoh sepuluh tahun sehingga 2010. Objektif pelan ini adalah untuk
mewujudkan sistem kewangan yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik dengan amalan-
amalan terbaik yang mampu memenuhi permintaan pengguna dan perniagaan yang semakin
canggih. Sistem ini juga harus dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, serta
cabaran globalisasi dan liberalisasi.
Selain itu, satu himpunan etika dalam bidang perniagaan yang dikenali sebagai Rukuniaga
Malaysia juga telah digubal dan diterimapakai oleh Kementerian Perdagangan Oalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2002. Rukuniaga Malaysia menggariskan enam prinsip
dalam urusan perniagaan iaitu: Berlaku benar dalam amalan perniagaan; Bertanggungjawab
kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua
insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan
Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima Rukuniaga
Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.
Sejumlah badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menggubal kod
etika masing-masing untuk memastikan peningkatan etika dan integriti dalam organisasi mereka.
Badan-badan profesional di Malaysia, misalnya, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Perubatan
Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Persatuan Akauntan Bertauliah, Lembaga Arkitek
Malaysia dan lain-lain mempunyai kod etika masingmasing yang perlu dipatuhi oleh pengamal
profesion berkenaan. Bahkan, para pelajar institusi pengajian tinggi dalam profesion berdaftar
seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang juga perlu mengikuti kursus etika sebagai
syarat bagi mereka mendapat kelulusan dalam bidang itu dan menjadi pengamalnya.
Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah usaha peningkatan etika dan integriti masih
merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak menyeluruh, dan bergerak secara bersendirian
tanpa sinergi semua sektor untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, suatu mekanisme
menyeluruh yang merangkumi semua sektor perlu dibentuk dan agenda integritinya dilaksanakan
secara berkoordinasi.
Untuk tujuan itu, suatu peranc,ngan menyeluruh yang dikenali sebagai Pelan Integriti
Nasional (PIN dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti
serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua pihak iaitu
Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia,
pelajar dan golong an lain dalam masyarakat dari setiap pelusuk negara, secara keseluruhannya
perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka terhadap integriti .
Seiring dengan penggubalan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan. IIM adalah
mekanisme yang mengkoordinasikan pelaksanaan PIN.
Kesimpulan
Pencapaian Sasaran
1. Pelan Integriti Nasional (PIN) dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004-2008
merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai program dan
aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan.
Melalui pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program
dan aktiviti itu, Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh
PIN akan tercapai.
Faktor Penentu
2. Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada
dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke
akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor kritikal bagi mencapai sasaran
tersebut ialah: Kepimpinan berteladan; Dasar yang utuh, Matlamat yang jelas; Pendidikan
berterusan dan berulang; Komunikasi berkesan; Persekitaran budaya yang kondusif;
Kerjasama jentera politik dan pentadbiran; Kerangka perundangan berkesan dan
Kehakiman yang bebas; Kecukupan dan kecekapan sumber; dan Kesediaan individu
untuk berubah (sila lihat Gambarajah 4).
Kepimpinan Berteladan
3. Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan
sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran
yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang
baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat
memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk
mencapai matlamat PIN.
Dasar yang Utuh dan Matlamat yang Jelas
4. Pemimpin perlu menggubal dasar yang utuh dan menggariskan matlamat yang jelas,
munasabah dan boleh dilaksanakan. Penggubalan dasar dan penetapan matlamat perlu
mengambilkira pandangan dan cadangan pelbagai lapisan masyarakat dan sektor negara.
Pendekatan perundingan yang digunakan untuk menggubal PIN perlu diteruskan.
5. Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilainilai murni secara
berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara
ini nilai-nilai tersebut beransuransur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi
sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan dernikian ia akhirnya menjadi budaya
individu dan masyarakat.
Komunikasi Berkesan
7. Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata
tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan
pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya.
Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula
semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'rnemilih bulu'. Perkernbangan ini akan
lebih terdorong lagi apabila tedapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik
perhatian umum.
8. Sokongan padu dan kerjasarna jentera politik dan pentadbiran amat penting bagi
menjayakan sasaran PIN. Koordinasi antara kedua-dua jentera tersebut, dan isyarat yang
sama daripada mereka memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat
antarabangsa bahawa keadaan sedang berubah ke arah menjadi semakin baik.
9. Kerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat
penting. Pada masa yang sama, badan kehakiman yang bebas yang menjamin keadilan
dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar atau memihak adalah amat kritikal bagi
meningkatkan keyakinan rakyat. Kedua-dua ini menyurnbang kepada pencapaian sasaran
PIN.
10. Pelbagai syarat kejayaan di atas masih perlu dilengkapi dengan sumber manusia yang
terlatih, berkemahiran dan cekap. Selain itu, sumber kewangan dan teknologi moden
yang mencukupi juga amat diperlukan.
11. Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan
pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan
komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan
mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka
untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha
meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.
Kesimpulan
12. Gerakan pemantapan integriti ialah suatu gagasan yang semakin menawanimaginasi
pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Gerakan ini sedang menjadi suatu kekuatan
masyarakat bagi mengurus kejayaan dan menangani kelemahan dengan berkesan.
Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM)
menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti.
Kesemua ini membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan mencapai cita-
cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi
lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.