Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LABU GELUGUR

Labu gelugur dihasilkan daripada bentuk buah


gelugur yang mempunyai badan yang bulat dan
berlekuk-lekuk. Lekuk ini dihasilkan dengan
menekan jari dan dengan bantuan alat buatan
sendiri yang diperbuat daripada kayu. Seluruh
bahagian badan labu itu akan ditekan sehingga
menimbulkan kesan lurah bagi menggambarkan
buah gelugur.

LABU GELUK
Bentuk geluk mempunyai struktur bulat pada
badannya dan mempunyai mulut yang agak luas
berbanding labu . Geluk tidak mempunyai leher
atau kepala sepertimana labu . Sesuai dengan
mulutnya yang luas, fungsi geluk adalah untuk
mencedok, menyimpan dan menakung air . Geluk
bukan sahaja digunakan untuk menyimpan air,
malah geluk yang mempunyai tutup juga
digunakan sebagai bekas untuk menyimpan ubat
-ubat tradisional. Geluk juga menggunakan
teknik acuan dan tuangan.

LABU AIR
Labu air secara amnya serupa seperti labu
tanah. Beza antara labu tanah dengan labu air
ialah mempunyai bentuk leher yang lebih tinggi
dan dibahagian mulutnya bergombol atau
bergelembung. Di Sayong, labu air yang
mempunyai gombol ini telah diragamkan
dengan gombol bertingkat iaitu tiga dan lima.
Labu air kini hanya mempunyai satu gombol
sahaja.

LABU LEPAP
Labu ini dipanggil labu lepap kerana bentuk
labunya yang leper di bahagian punggung,
tidak mempunyai kaki dan rata. Badannya
masih berbentuk bulat dan hiasan permukaan
luarnya tidak berpanai timbul, kalau adapun
hanyalah dihiasi dengan gurisan-gurisan
menegak, melintang, membujur sahaja atau
dibiarkan kosong dan licin sama sekali.

LABU PUCHONG
Labu Pucung tercipta daripada alam
semulajadi juga iaitu burung pucung. Ianya
adalah sejenis burung yang berleher panjang.
Bentuk burung pucung ini telah diadaptasikan
oleh tukang-tukang tembikar di Sayong dalam
menghasilkan karya mereka. Rupa bentuk
labu jenis ini ialah mempunyai badan yang
bulat, berleher lurus, panjang dan tidak
mempunyai gombol pada leher.

LABU TANAH

Istilah labu tanah muncul berdasarkan material


asas yang digunakan dalam pembinaan badannya
iaitu tanah. Dari segi reka bentuknya, ia adalah
seiras dengan buah labu yang asli, untuk
membezakannya dengan yang asli maka
perkataan 'tanah' digunakan dibelakang labu
tiruan yang diperbuat daripada tanah.

Oleh kerana reka bentuk labu ini diadaptasikan


daripada bentuk semulajadi alam, maka
rekaannya adalah ringkas. Labu tanah
mempunyai badan yang bulat dan bentuk
lehernya adalah menyerupai tangkai labu yang
tegak ke atas dari bahagian badannya.Labu
tanah ini tidak mempunyai kaki di bahagian
punggungnya. Permukaan dasarnya adalah leper
seperti reka bentuk dasar labu lepap.
LABU TELA
Labu jenis ini dikenali juga sebagai labu
ketela. Rupa bentuk labu ini diambil dari
unsur ketela (buah betik) yang besar pada
bahagian badan dan kecil di atas. Bahagian
leher terus disambung bermula dari tengah
permukaan badan. Susunan seperti ini
menjadikan bentuknya lebih besar daripada
labu-labu lainnya

LABU PANAI
Labu Panai ialah bentuk labu yang
berhiaskan garis-garis lurus atau menyerong
pada bahagian badannya. Garis-garis yang
dipanggil panai ini dihasilkan dengan
menempelkan tanah pada badan labu atau
mengukir badannya dengan alat pengukir
yang dibuat sendiri oleh tukang-tukang ini.
Terdapat juga panai yang dihasilkan dengan
teknik gurisan. Teknik ini tidak
meninggalkan kesan timbul pada badan
labu.

You might also like