Kemasyarakatan Dan Perpaduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

1.

0 PENDAHULUAN

Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah
diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang. Tuntutan, desakan dan
tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang
asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain
daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Sebagai sebuah negara yang latarbelakang penduduknya pelbagai ia boleh
menggugat proses perpaduan dan integrasi. Pada umunya, perpaduan negara
adalah di tahap yang baik walaupun masih terdapat isu-isu yang perlu diselesaikan.
Namun, sedar atau tidak, masyarakat kini masih lagi berpegang kepada prasangka
dan prejudis antara satu sama lain. Negara bangsa Malaysia pula seharusnya
dibentuk berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi
dengan sempadan wilayah tertentu sebagai identiti di mana penduduknya
daripada pelbagai etnik. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab warganegara
Malaysia untuk memperbaiki kesepaduan negara demi membentuk negara bangsa
Malaysia yang sempurna sekaligus menghargai nilai kemerdekaan negara untuk
kesejahteraan bersama.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA BANGSA

Sejarah perkembangan negara bangsa telah bermula sejak dari zaman Kesultanan
Melayu Melaka hinggalah kepada saat pembentukan Malaysia dan seterusnya
mengembangkan misi dalam pembinaan negara bangsa. Berikut merupakan rentetan
sejarah perkembangan Malaysia.

2.1 Prasejarah Negara Malaysia

Kajian menunjukkan bahawa kewujudan manusia di Malaysia pada Zaman


Batu di antara 8 000 dan 2 500 S.M. Bukti-bukti menunjukkan wujudnya
Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik di Malaysia. Antara
penempatan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah Gua Badak dan Kota Tampak
di Negeri Perak, Gua Niah, Sarawak dn Tingkayu, Negeri Sabah.
Kemudiannya wujudnya negeri-negeri awal seperti Kedah Tua sebagai negeri

1
maritim terkenal. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah
membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi.
Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah
merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk
Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara
di Perak, dan Pan Pan di Kelantan.

2.2 Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka wujud. Zaman ini
dikatakan zaman kegemilangan kerana hampir keseluruhan Selat Melaka
dikuasai oleh Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka telah
bertahan lebih dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke–14 sehingga
permulaan kurun ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Terdapat
8 pemerintah Melaka bermula  Parameswara (1394-1414), Sultan Megat
Iskandar Syah (1414 – 1424), Sultan Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan
Muhammad Syah (1424 – 1445), Sultan Abu Syahid (1445 – 1446), Sultan
Muzaffar Syah (1446 – 1456), Sultan Mansur Syah (1456 – 1477), Sultan
Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488) dan Zaman Kesulatanan Melayu Melaka
berakhir dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488 – 1511).
Di bawah kekuasaan pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi
sebuah kota perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat
penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. Kestabilan politik
dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang dari
segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari China,
benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke
Melaka untuk berdagang. Kemakmuran ekonominya serta telah menarik
minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511.

2.3 Penjajahan Di Tanah Melayu

Negara kita telah dijajah oleh beberapa buah kuasa barat dan Timur iaitu
Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824), Inggeris (1841-1941) dan (1945-

2
1957) dan Jepun (1941-1945). Malaysia telah dijajah selama 446 tahun
bermula dari tahun 1511 hingga tahun 1957.
Penjajahan Portugis diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque. Portugis
menguasai Melaka pada tahun 1511 sehingga 1641 iaitu selama 130 tahun.
Sepanjang penjajahan tersebut Portugis hanya dapat menakluk dan
menduduki bandar dan pelabuhan Melaka dan tidak berupaya menakluki dan
menduduki negeri-negeri lain kerana jumlah tenteranya yang tidak mencukupi.
Tujuan utama Portugis datang ke timur ialah untuk menakluk dan menduduki
Melaka yang merupakan pusat perdagangan. Portugis masih lagi menghadapi
serangan dan tentangan dari Sultan Mahmud. Portugis terbabit
dengan Perang Tiga Segi (Portugis,Aceh dan Johor) utk menguasai
perdagangan Kepulauan Melayu Melaka. ekonomi (rempah ratus, bijih timah
dan emas). Terdapat beberapa matlamat Portugis menakluki Melaka iaitu
mencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan di kawasan timur (Melaka),
dan mahu mengembangkan agama Kristian.
Selepas itu Belanda pula menjajah Tanah Melayu. Pada tahun 1640,
pihak Belanda dengan pakatan bersama pihak Melayu telah mengepung kota
Melaka dan menghalang kemasukan bekalan makanan. Orang-orang dari
Johor mengawal bahagian sungai dan perkampungan di sekitar kota
manakala pihak Belanda mengawal laluan masuk dari arah laut. Pihak
Belanda juga membina benteng yang mempunyai beberapa pucuk meriam
yang dihalakan ke arah kubu pertahanan Portugis di bahagian timur, supaya
mereka boleh membedil pihak Portugis. Penjajahan Belanda atas Melaka
bertahan sehingga 17 Mac 1824.
Kejatuhan Negeri Melaka ke dalam tangan Inggeris berkaitan dengan
Pergerakan Patriotik Revolusi Belanda yang dikenali sebagai “the Velvet
Revolution”. Pada 15 Ogos 1795, angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan
mengambil alih kuasa dari tangan Gabenor Belanda, Abrahamus Couperus.
Walaupun berlaku tentangan terhadap penyerahan Melaka kepada Inggeris,
ianya tidak mengakibatkan sebarang pergeseran di antara mereka. Melaka
terus ditadbir oleh pegawai Belanda di bawah pengawasan seorang Residen

3
Inggeris. Berdasarkan Perjanjian Vienna pada tahun 1814, Melaka telah
dikembalikan kepada Belanda pada 21 September 1818, namun Melaka
diserahkan semula kepada pihak Inggeris pada 17 Mac 1824 berikutan
Perjanjian London. Pada tahun 1824, pihak Inggeri dan Belanda
mendatangani satu perjanjian yang iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda yang juga
dikenali sebagai Persetiaan London. Melalui perjanjian ini British dapat
menguasai seluruh perairan Selat Melaka dan menyebakan kerajaan Johor
berpecah.

2.4 Penubuhan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan


Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Pada tahun 1826, Pulau Pinang termasuk Seberang Perai, Melaka dan
Singapura telah digabungkan untuk membentuk Negeri-negeri Selat. Pulau
Pinang, yang merupakan penempatan terawal Inggeris telah dijadikan sebagai
pusat pentadbiran. Negeri-negeri Selat berada di bawah penguasaan Gabenor
Jeneral di Kalkatta. Walau bagaimanapun, pada tahun 1867, Negeri-negeri
Selat diasingkan dari penguasaan Inggeris di India dan telah dijadikan sebuah
Koloni Diraja secara langsung di bawah penguasaan Pejabat Tanah Jajahan
di London.
Negeri-negeri Melayu bersekutu ialah sebuah ialah sebuah sistem
sebuah persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah
Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.Sistem ini
dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895. Penubuhannya adalah
bertitik tolak daripada kelemahan yang terdapat dalam Sistem Residen.  Pihak
British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan
sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau
bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal
agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang
diberikan oleh Residen Jeneral.

4
Pihak British seterusnya mahu menjadikan keseluruhan Malaya
sebagai jajahannya dan menetapkan sempadan yang jelas di antara Siam dan
Tanah Melayu. Satu perjanjian telah ditandatangani dengan Siam pada tahun
1909 di mana Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah dijadikan negeri
naungan British. Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Penasihat-penasihat British telah dihantar untuk membantu
Sultan mentadbir negeri-negeri tersebut dengan teratur. Pada Tahun 1914,
Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi
menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak
Bersekutu.

2.5 Pendudukan Jepun (1941-1945)

Perang Dunia Kedua telah mamberi kesan yang cukup dalam Sejarah
Malaysia. Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada 3 September 1939.
Menjelang Jun tahun 1940, Norway, Holland, Belgium, Luxembourg dan
Perancis telah dijajah oleh pihak tentera Jerman, justeru, meninggalkan pihak
British bersendirian menangkis kemaraan tentera Jerman. Jepun pula, yang
sudah sekian lama berkeinginan untuk menguasai kawasan Asia Tenggara
telah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam peperangan ini dengan
berpihak kepada Jerman pada 8 Disember 1941.
Pada 13 Disember 1941, tentera Jepun telah berada di Kedah dan
memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Tentera Jepun mendarat di
Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun
pada tanggal 15 Februari 1942. Sabah jatuh ke tangan Jepun pada 19 Januari
1942 sementara Sarawak pula pada 1 April 1942. Pihak Jepun menubuhkan
pentadbiran tenteranya di Malaya, yang bertahan selama 42 bulan.
Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada kebanyakan
penduduk. Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah pada
bulan Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki dimusnakan oleh bom
atom. Zaman penjajahan Jepunlah membangkitkan semangat Nasionalisme.

5
Jepun memerintah Tanah Melayu selama tiga tahun setengah. Sistem
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu bercorak tentera di bawah satu
pentadbiran yang berpusat di Singapura. Tanah Melayu dan Sumatera
diletakkan dalam satu pentadbiran yang diketuai oleg Leftenan Jeneral
Tomoyuki Yamashita. Pada pertengahan tahun 1945, pihak Berikat bersiap
sedia untuk menyerang Tanah Melayu, tetapi serangan itu tidak sempat
dilakukan. Ini kerana Jepun mengambil keputusan untuk menyerah kalah
setelah Amerika Syarikat menggugurkan dua buah bom atom, iaitu di
Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan diikuti di Nagasaki tiga hari kemudiannya.

2.6 Penubuhan Malayan Union dan Perjuangan Ke arah Kemerdekaan

Pentadbiran Malayan Union telah diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946
di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. Gabenor pertamanya
ialah Sir Edward Gent. Pengisytiharan Malayan Union ini secara rasminya
menggantikkan Pentadbiran Tentera British sebelum ini mentadbir Tanah
Melayu. Sebahagian besar orang Melayu menentang penubuhan Malayan
Union atas beberapa sebab. Antaranya ialah, Penghapusan Kedaulatan dan
kuasa raja-raja Melayu, Tamadun orang Melayu terhakis, Kerakyatan yang
terlalu liberal dan membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang
mengancam raja-raja Melayu untuk mendapatkan persetujuan. Bagi
menunjukkan pembantahan orang Melayu mengadakan demontrasi secara
aman.
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah
Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan
Suleiman,Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu
daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan
gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan
Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk
penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Pada 1
Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor
Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn

6
Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu
juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan
mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan. Akhirnya, Malayan Union
dimansuhkan pada 1 Februari 1948 menggantikkan Persekutuan Tanah
Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk bagi menggantikan
Kesatuan Malaya setelah beberapa siri perbincangan diadakan di antara Raja-
raja Melayu dan lain-lain pihak yang terlibat. Persekutuan yang baru ini terdiri
daripada kesemua sembilan Negeri-negeri Melayu di Semenanjung, bersama
Melaka dan Pulau Pinang. Persekutuan Malaya berada di bawah pentadbiran
sebuah kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur yang diketuai oleh seorang
Pesuruhjaya Tinggi British. 

2.7 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Penubuhan Malaysia

Pembubaran Kesatuan Malaya pada tahun 1948 telah memaksa pihak British
untuk membuka jalan bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akibat
daripada dua tekanan utama yang terdiri daripada peristiwa Darurat dan juga
perkembangan pergerakan nasionalis Melayu iaitu UMNO, pihak British
memperkenalkan sistem pilihanraya pada tahun 1951 di peringkat
tempatan. Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan
etnik utama di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya
diatasi dengan pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina
Malaya (Malayan Chinese Association-MCA) dan kemudiannya disertai oleh
Kongres India Malaya (Malayan Indian Congress-MIC). Ketika pilihanraya
persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan UMNO-MCA-
MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan
yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri pertama
Persekutuan Malaya. Pakatan tersebut telah berjaya memaksa British untuk
melepaskan kuasa pemerintahan mereka dan pada 31 Ogos tahun 1957,
Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya.

7
Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun
1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang
lebih luas merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak,
Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini
secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi
menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.
Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun
1962. Satu suruhanjaya kerjasama British-Persekutuan Tanah Melayu yang
diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat
Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan
negeri menyokong penubuhan Malaysia. pada 16 September 1963, Malaysia
telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk
menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri
daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.

3.0 KEMERDEKAAN NEGARA DARI SUDUT KEMASYARAKATAN DAN


PERPADUAN

Kemasyarakatan merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud keadaan


masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat. Perpaduan pula boleh diertikan
sebagai satu proses yang menyatupadukan masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan banggakan tanah air. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama,
iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu
identity nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial
dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Terdapat beberapa unsur integrasi yang
terdiri daripada integrasi wilayah, integrasi ekonomi, integrasi kebudayaan, integrasi
sosial, integrasi pendidikan, dan integrasi politik. Asimilasi pula merupakan satu
proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan
campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender
Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-

8
kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu
dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Kemerdekaan Tanah Melayu hanya berlaku kerana adanya kerjasama antara
kaum. Sejak selepas pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan telah beruasaha untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh masa
yang singkat.British telah meletakkan syarat supaya ketiga-tiga kaum terbesar
bertolak ansur dan bermuafakat dalam bidang politik, sebelum mereka bersedia
memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Justeru, kemerdekaan yang dikecapi
pada hari ini adalah sebenarnya bertunjangkan kepada perpaduan rakyat dan sikap
tolak ansur pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menangani isu-isu yang melibatkan
kepentingan bersama.

3.1 Masyarakat Majmuk di Malaysia

Menurut J.S Furnival masyarakat majmuk merujuk kepada sebuah masyarakat


yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan setiap kaum mempunyai budaya,
agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri. Walaupun setiap
kaum ini berganding bahu di bawah sistem politik yang sama, tetapi mereka
hidup berasingan dan mempunyai fungsi-fungsi ekonomi yang tersendiri.
Pergaulan sesama mereka amat kurang dan hubungan yang wujud antara
kaum hanya terbatas kepada perkara-perkara ekonomi.
Pada umumnya, terdapat tiga kumpulan kaum yang utama di Malaysia,
iaitu orang Melayu, Cina dan India. Di samping itu, terdapat kaum-kaum
minoriti yang lain seperti kaum Serani, Punjabi, orang asli dan juga kaum
Bumiputera Sabah dan Sarawak. Orang Melayu merupakan kaum yang
terbesar dan merupakan penduduk asal di Tanah Melayu. Walaupun orang
Melayu merupakan penduduk asal di negara ini, tetapi kehadiran kaum-kaum
lain turut mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat.
Pembentukan masya-rakat majmuk di Tanah Melayu tidak berlaku secara
sengaja, tetapi melalui proses yang panjang, akibat penghijrahan kaum lain
seperti orang Cina dan India. Seiring dengan kemasukan mereka itu ,
penduduk dari Indonesia turut berhijrah ke Tanah Melayu. Perkembangan ini

9
menyebabkan penduduk Tanah Melayu bertambah dengan pesat. Kehadiran
ketiga-tiga kaum ini membawa kepada pembentukan sebuah masyarakat
majmuk.

3.2 Perpaduan Pada Zaman Sebelum Merdeka

Pada zaman sebelum kemerdekaan dicapai, kemasyarakatan dan perpaduan


rakyat di Tanah Melayu adalah berada di tahap yang membimbang-
kan.Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah menyebabkan
perpaduan masyarakat di Tanah Melayu semakin memburuk. Pengelasan
kaum mengikut pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan
interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga bangsa
utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja
sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan
kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih
timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-
ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain.
Pengasingan dan polarisasi juga berlaku akibat daripada perbezaan
agama yang dianuti. Sebagai contoh orang Melayu menganut agama Islam 
manakala orang Cina menganut agama Buddha, Confucious, Taoisme dan
Kristian dan India pula beragama Hindu. Situasi sebegini telah menyebabkan
pergaulan dan interaksi social antara kaum terbatas. Lebih mengeruhkan
keadaan lagi, prasangka buruk akan timbul dan merumitkan lagi usaha ke
arah perpaduan kaum.
Pada masa pemerintahan British yang mengamalkan Dasar pecah dan
perintah (divide and rule) ini telah menyebabkan wujudnya empat aliran utama
pendidikan iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Seperti yang
diketahui, sekolah yang mempunyai aliran yang berbeza ini sedikitpun tidak
membantu dalam pembentukan perpaduan antara kaum. Ini terjadi apabila
setiap setiap aliran menggunakan sukatan pelajaran, bahasa, dan guru yang

10
berbeza. Pada masa ini, tiada satu bahasa pengantar yang standard
digunakan. Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Inggeris
menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Cina dan Tamil masing-masing
menggunakan bahasa ibunda. Sekolah aliran Melayu lebih bertujuan
mengekalkan orang Melayu terus tinggal di kampung. Pihak British hanya
mahu orang Melayu sekadar mengenal huruf dan membuat kira-kira yang
asas. Sekolah aliran Inggeris yang mengambil orang Melayu hanya
melatihorang Melayu menjadi guru, kerani dan pegawai rendah tempatan yang
berpengetahuan Inggeris.
Perkembangan parti politik juga mengikut ras dan etnik tertentu. Orang
Melayu di era pemjajahan British mempunyai beberapa buah parti. Antara
parti politik yang dianggotai orang Melayu ialah Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) yang ditubuh pada 11 Mei 1946 dengan presiden
pertama Dato` Onn Jaafar. Di bawah era kepimpinan Tunku Abdul Rahman,
UMNO  Berjaya menerajui beberapa parti yang lain menuntut dan mendapat
kemerdekaan. Orang Melayu sebelum merdeka juga telah menubuhkan Parti
Islam Se-Tanah Melayu (PAS) pada 24 November 1951. Ia ditubuhkan bagi
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan memperkenalkan
demokrasi serta melaksanakan hukum-hukum yang berlandaskan Islam.
Sebuah lagi parti yang telah ditubuhkan ialah Hizbul Muslimin pada Mac 1948.
Tujuan penubuhannya adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan
menuntut kemerdekaan. Orang Cina telah menubuhkan Malayan Chinese
Association-MCA atau Persatuan Cina Malaya. Parti ini telah ditubuhkan pada
27 Februari 1949. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi kepentingan
Cina di Tanah Melayu. Orang India pula telah menubuhkan Kongres India
Malaya atau Malayan Indian Congress-MIC pada 8 Ogos 1946. MIC
ditubuhkan untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan social kaum India.
Sebuah lagi parti bertunjangkan orang India ialah Parti Politik Perak (PPP).
Parti ini ditubuhkan pada Januari 1953.
Selain itu parti politik di Sabah pula lebih bersifat etnik. United National
Kadzan Organization (UNKO) dianggotai oleh kaum Kadazan dan

11
memperjuangkan kaum kadazan. United Sabah National Organization ditubuh
bagi membela masyarakat peribumi Bajau, Suluk dan Melayu Islam di Sabah.
Pasok Momogun pula dianggotai oleh kaum Dusun dan Murut. Parti
Demokratik dianggotai oleh kaum Cina dan begitu juga dengan Parti Bersatu
bagi menjaga kepentingan orang Cina di Sabah. Di Sarawak pula, terdapat
beberapa buah parti telah ditubuhkan yang mengikut kumpulan kaum tertentu.
Antara parti politik yang ditubuhkan ialah Sarawak United People`s Party
(SUPP) yang ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan kebanyakannya dari kaum
Cina. Selain itu, Sarawak National Party (SNAP) pula ditubuhkan pada 10
April 1961 dan terdiri daripada kaum  Iban dan Bidayuh. Persatuan Cina
Sarawak (Sarawak Chinese Association) dipimpin oleh Willian Tan. Parti ini
menumpukan kepada kepentingan masyarakat Cina di Sarawak dan hak.

3.3 Usaha Awal Membentuk Kerjasama Antara Kaum

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan


langkah awal untuk membawa Tanah Melayu ke arah taraf berkerajaan
sendiri dan seterusnya kemerdekaan. Namun, pemberontakan bersenjata
Parti Komunis Malaya (PKM) dan pengisyiharan darurat mempercepatkan lagi
usaha untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu.
Percubaan PKM untuk melumpuhkan ekonomi dengan melancarkan mogok,
memusnahkan lading getah dan lombong bijih timah serta kemudahan
infrastruktur dilihat menjejaskan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
Oleh itu, pihak British bersedia merundingkan soal pemberian taraf
berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu sebagai langkah awal ke arah
kemerdekaan. Syarat utamanya ialah kerjasama antara penduduk berbilang
kaum dan kewujudan sebuah parti politik yang kuat. Keganasan PKM
sepanjang tahun 1945-48, menimbulkan ketegangan dan pergaduhan kaum,
terutama antara orang Melayu dengan Cina. Bagi membendung keadaan ini,
para pemimpin politik di Tanah Melayu mula memikirkan kaedah yang lebih
sesuai untuk merapatkan hubungan kerjasama antara kaum.

12
Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) pada tahun 1949
dianggotai oleh Dato’ Onn Bin Jaafar yang mewakili kaum Melayu, dan Tan
Cheng Lock mewakili kaum Cina. Keanggotaan CLC bertambah dengan
kemasukan enam orang pemimpin Melayu, Cina dan seorang daripada setiap
kaum India, Serani, Ceylon dan Eropah. Penubuhan CLC ini bertujuan untuk
menggerakkan usaha ke arah mewujudkan hubungan muhibah dan kerjasama
antara kaum. Melalui jawatankuasa ini pemimpin pelbagai kaum dapat
bertemu dan berbincang tentang masalah yang dihadapi secara terbuka
supaya jalan penyelesaian dan perpaduan kaum dapat dicapai. CLC
mencadangkan kerakyatan berasaskan jus soli diterima sebagai dasar
kerakyatan Tanah Melayu dan tempoh kerakyatan melalui permohonan
dipendekkan. CLC juga memohon satu tempoh peralihan berkerajaan sendiri
secara beransur-ansur dengan memperkenalkan pilihan raya serta dasar
sama rata antara rakyat. Dato Onn pula bercadang memberi peluang kepada
kaum bukan Melayu untuk bergiat dalam kegiatan politik di Tanah Melayu.
Beliau membuat dua cadangan iaitu supaya nama UMNO ditukarkan daripada
United Malay National Organization kepada United Malaya National
Organization serta membuka keahlian UMNO kepada semua rakyat di Tanah
Melayu tanpa mengira kaum. Namun, cadangan Dato Onn itu dibantah keras
oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO.

3.4 Tolak Ansur Antara Kaum

UMNO telah mengambil daya usaha untuk bertolak ansur dengan MCA dan
MIC bagi mencari kata sepakat dalam perkara-perkara yang melibatkan
kepentingan bersama. Satu daripada perkara yang diselesaikan secara tolak
ansur ialah berkaitan soal kerakyatan. UMNO bersetuju supaya prinsip jus soli
dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, di samping
fasal kerakyatan secara pendaftaran. Syarat-syarat yang longgar dalam
pemberian kerakyatan merupakan satu bentuk tolak ansur yang dipersetujui
oleh UMNO. Persetujuan itu diberi sebagai tindak balas UMNO terhadap
kesediaan MCA dan MIC menerima peruntukan tentang kedudukan istimewa

13
orang Melayu dalam perlembagaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi tunggal di Tanah Melayu mulai tahun 1967.

3.5 Permasalahan Dalam Perpaduan Dan Integrasi Nasional

Masalah perpaduan yang dihadapi di Negara ini adalah berpunca daripada


dasar-dasar British ketika menjajah Tanah Melayu. Kaum Melayu, Cina dan
India telah ditempatkan secara berasingan malahan terdapat jurang ekonomi
yang berbeza. Pada masa itu, British tidak merangka dasar untuk
menyatupadukan tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Keadaan ini telah
menyebabkan  sikap prasangka dan curiga antara satu sama lain sehingga
tercetus peristiwa berdarah iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Penempatan yang berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain
berikutan pengenalan ekonomi yang berbeza dan wujudnya jurang perbezaan
ekonomi antara kaum. Orang asing juga cenderung untuk berkumpul dalam
kumpulan yang sama dan menanggap lebih selamat jika berada dalam
kumpulan yang sama keturunan, agama dan kebudayaan.
Pada tahun 1929-an, jurang perbezaan kelihatan lebih ketara. Orang
Melayu tinggal di desa, orang Cina pula di Bandar manakala orang India pula
di estet. Antara masalah perpaduan yang dialami sebelum kemerdekaan
adalah pemisahan tempat tinggal atau penempatan, perbezaan tumpuan
sektor ekonomi, pengasingan sistem pendidikan, fahaman dan pengaruh
politik yang berbeza, masalah ekonomi, perbezaan kepercayaan atau agama
dan penggunaan akhbar yang berbeza.

3.6 Langkah-Langkah Menggalakkan Integrasi Nasional


Integrasi Nasional dapat dilaksanakan melalaui beberapa langkah dan dasar
seperti berikut:
3.6.1 Melalui pendidikan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas
Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk

14
yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang
penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan.  Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang
tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem
pendidikan boleh membentuk perpaduan iaitu:

1. Sistem persekolahan yang sama bagi semua rakyat.


Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan
sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.
Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan
jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai
dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah
menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.  Cara paling
penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di
antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. 

2. Kurikulum yang sama. 


Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di
dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai
dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada

15
ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani,
rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia,
kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga
rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).

3. Sukatan pelajaran yang seragam.


Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan
oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas
sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan
negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke
arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah
diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan
hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang
kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam
membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di
Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam
persefahaman.

4. Peperiksaan yang seragam.


Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di
sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan
satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan
pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar
tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah
ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang
kaum disamping mewujudkan keperibadian yang sama.  

3.6.2 Akta Bahasa Kebangsaan

16
Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat
Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada
1990.
Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa
menimbulkan rasa curiga.

3.6.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat
Malaysia. Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan
perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah
menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang
menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing.
Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan
dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Pembangunan
Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka
amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai
tiga objektif penting iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui Kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan dan
memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui
strategi-strategi seperti pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan
melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,

17
pengembangan dan perhubungan budaya, meningkat dan
mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-
luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan, mewujudkan
komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,
kenegaraan dan nasionalisme Malaysia, memenuhi keperluan
sosiobudaya dan meninggikan taraf dan mutu kesenian.
3.6.4 Sukan sebagai agen perpaduan
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat.
Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat
sekolah dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar
ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung
telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai
kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk
membolehkan Malaysia mendapat pingat.

3.6.5 Melalui Dasar Ekonomi Negara

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di


Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah
untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah
digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) pada 1991.

18
4.0 KEMERDEKAAN NEGARA DARI SUDUT PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Negara merujuk kepada sebuah unit politik yang mempunyai kedaulatan dan
tanggungjawab mentadbir serta berkuasa dalam menjalankan pemerintahannya
sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, negara membawa pengertian
‘kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, yang berkaitan dengan
negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan) dan suatu masyarakat
yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan’. Takrif lain
bagi negara ialah satu organisasi kumpulan bermasyarakat dan berbudaya politik
iaitu negara sebagai sebuah kumpulan yang mendiami satu kawasan tetap, bebas
daripada kawalan luar dan memiliki suatu kerajaan yang teratur. R.H Soltao pula
menyatakan negara adalah satu jentera atau agensi yang memiliki kuasa tertentu
bagi mengurus atau mentadbir hal ehawal rakyat itu sendiri. Ini bermakna negara
diberi kuasa untuk memerintah dan tertakluk kepada persetujuan orang yang
diperintah. Hal ini bermaksud, sebuah negara adalah merupakan kawasan yang
mempunyai sempadan yang jelas dan dihuni oleh masyarakatnya yang tinggal
menetap (disebut sebagai warganegara). Sebuah negara mempunyai kedaulatan
dan kuasa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran sendiri tanpa
terkongkong atau diancam daripada mana-mana kuasa luar. Negara berfungsi
sebagai perantaraan antara pemerintah dengan rakyatnya. Segala tindakan dan
kegiatan yang dilakukan oleh masyarakatnya hendaklah berpandukan atau
berdasarkan kepada peraturan, hukum dan undang-undang negara tersebut yang
telah digariskan dalam perlembagaan tertentu.

Bangsa pula merujuk kepada kumpulan anggota masyarakat yang


mendiamisatu ruang wilayah yang mempunyai sempadan dan satu kerajaan yang
sama serta metaati suatu undang-undang yang sama. Unsur politik memainkan
peranan yang penting kerana setidap anggota di dalam bangsa itu terikat oleh satu
sistem perundangan yang sama serta mempunyai hak dan tanggungjawab. Merujuk
kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, bangsa bermaksud ‘jenis manusia daripada

19
satu asal keturunan dan kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan’.
Kesimpulannya bangsa ialah beberapa kumpulan ras dan etnik yang disatukan di
bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab
yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu sendiri.

4.1 Pembentukan Negara Malaysia

Proses pembentukan Malaysia merupakan suatu proses yang memakan masa


yang agak lama. Cadangan awal untuk menggabungkan Tanah Melayu,
Singapura dan wilayah Borneo telah timbul sejak akhir abda ke-19 lagi. Pada
tahun 1930-an, Gabenor Negeri Selat-Selat, Sir Cecil Clementi
mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Persekutuan Borneo yang
mengandungi Brunei, Sabah dan Sarawak, tetapi tidak mendapat sambutan.
Pada tahun 1959 pula pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura,
Lee Kuan Yew mencadangkan percantuman Singapura dengan Tanah Melayu
sebagai langkah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura. Namun,
cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana
percantuman itu dilihat boleh menimbulkan masalah sosial. Tidal lama
kemudian, Tunku Abdul Rahman menyatakan percantuman itu hanya wajar
dilakukan jika melibatkan Sabah, Sarawak dan Brunei. Faktor-faktor
pembentukan Malaysia ialah adanya ancaman komunis di Singapura, untuk
mewujudkan keseimbangan kaum dan mencapai kemajuan ekonomi bersama
serta untuk mempercepatkan kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Sabah
dan Sarawak.

Pada tahun 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia


telah ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens
untuk menerangkan dengan lebih jelas konsep Pembentukan Malaysia,
terutamanya penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak
dan Brunei. Mereka mengadakan beberapa siri rundingan, perbincangan dan
mensyuarat yang melibatkan para pemimpin Tanah Melayu, Singapura, Sabah
dan Sarawak untuk memberi penjelasan lanjut tentang gagasan Malaysia.

20
Seterusnya, pada bulan Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold ditibuhkan
bertujuan untuk mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
tentang candangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya telah mengadakan
pertemuan dengan lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum dan
surat yang dihantar oleh pelbagai pertubuhan yang mewakili badna politik,
agama, kemasyarakatan dan kesatuan sekerja. Laporan Suruhanjaya Cobbold
diserahkan kepada kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British
pada bulan Julai 1962. Laporan tersebut mengesahkan bahawa lebih 80
peratus penduduk di Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia.

Kemudian Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada bulan


Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Persekutuan. JAK menerima
pandangan pelbagai pihak, terutamanya dari Sabah dan Sarawak tentang
kedudukan kedua-dua buah negeri itu dalam Persekutuan Malaysia. Wakil-
wakil dari Sabah menghantar satu memorandum yang mengandungi 20
Perkara untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk di Sabah. Walaupun
pemimpin Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan tetapi mereka
bersetuju mengenai perkara yang terkandung dalam 20 Perkara dari Sabah
itu.

Rundingan akhir antara semua negeri yang akan menyertai Malaysia


diadakan di London pada bulan Jun 1963. Setelah mencapai persetujuan
tentang syarat-syarat percantuman, Perjanjian Malaysia ditandatangani di
London pada 8 Julai 1963 antara kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini mengesahkan peralihan kedaulatan Britain
ke atas Sabah, Sarawak dan Singapura. Pada mulanya, tarikh pembentukan
Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963, tetapi disebabkan Suruhanjaya
Khas PBB yang dihantar ke Sabah dna Sarawak hanya dapat menyiapkan
laporan tinjauannya pada 14 September 1963, tarikh asal yang ditetapkan
terpaksa ditunda pada 16 September 1963. Perisytiharan Malaysia dibuat
pada 16 September 1963 secara serentak di seluruh negara, iaitu di Kuala
Lumpur, Singapura, Jesselton dan Kuching. Namun, pada 9 Ogos 1965,

21
Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan
membentang rang undang-undang pemisahan Singapura. Pemisahan itu
mengakhiri pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Singapura
dengan kerajaan Persekutuan. Dengan itu, terbentuklah sebuah negara
Malaysia yang dipunyai oleh seluruh penduduk Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak sehingga kini. Pembentukan Malaysia merupakan satu langkah awal
mewujudkan negara bangsa dalam sejarah tanah air kita. Proses membina
negara bangsa Malaysia berlaku sejak daripada negara mengecapi
kemerdekaan lagi. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk
membina negara bangsa Malaysia selepas tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
Antara usaha tersebut ialah dengan membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991 dan yang
terbaru ialah gagasan 1 Malaysia.

4.2 Negara Bangsa Malaysia

Pembinaan negara bangsa adalah titik pertama matlamat ke arah mengecapi


kejayaan dan dianggap sebagai kemuncak kemajuan negara, pentadbiran
serta penduduknya. Proses awal kepada pembinaan negara bangsa Malaysia
adalah tertumpu kepada pengukuhan politik. Pembinaan Negara Bangsa amat
penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti
Malaysia. Oleh itu agenda utama para pemimpin negara selepas Tanah
Melayu mengecapi kemerdekaan pada tahun 1957 dan terbentuknya gagasan
Malaysia yang berdaulat pada tahun 1963 adalah untuk mewujudkan sebuah
negara yang benar-benar kukuh dari segi pemerintahan dan pentadbirannya
serta teguh perpaduan rakyatnya.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian
nilai serta semangat patriotisme. Setiap warganegara hendaklah sedar
bahawa bukan mudah untuk membentuk negara yang boleh dikongsi bersama
secara saksama tanpa ada perbalahan dan prasangka terhadap satu sama
lain terutamanya bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti

22
Malaysia, malah Malaysia boleh diibaratkan sebagai negara merdeka yang
masih terlalu muda. Kepentingan untuk membina negara bangsa adalah
sangat dirasai lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta
manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai
negara. Perancangan ke arah pembentukan negara bangsa Malaysia pernah
disuarakan oleh beberapa pemimpin negara. Petikan di bawah merupakan
ungkapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan
Tun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“...membentuk sebuah negara yang bersatu


padu serta menyanjung masa hadapan yang
dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah
sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok-kelompoknya,menikmati kehidupan
bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaan hak dan keadilan, membentuk
sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat
setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi
terhadap bangsa tertentu”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke
Hadapan, 1991)

Merujuk petikan di atas, untuk membina sebuah negara bangsa yang


sempurna haruslah bermula daripada membentuk sebuah warganegara yang
rela berkongsi hak dan kepentingan bersama dan boleh hidup sejahtera tanpa
mengira sempadan bangsa dan wilayah serta boleh menumpahkan taat setia
kepada negara bangsa yang dientuk. Dengan itu, adalah menjadi keutamaan
untuk mewujudkan modal insan yang siap sedia menyumbang kepada
kemajuan negara bangsa Malaysia.

“...kita mempunyai tanggung jawab yang


besar dalam pembangunan bangsa dan
negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang
penting dalam pembentukan minda dan jiwa
rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan
yang ingin kita capai “

23
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
(Dewan Budaya USM,1999 )

Merujuk ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi pula, rakyat Malaysia


seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka untuk membangunkan
negara bangsa serta berperanan membentuk warganegara yang seimbang
bagi membolehkan kita mengecapi matlamat yang diigini.
Kerajaan dan kepimpinan negara Malaysia sebenarnya masih bergelut
membentuk sebuah negara bangsa yang ideal. Perpaduan sebahagian rakyat
termasuk pemimpin-pemimpin politik yang sepatutnya berperanan sebagai
contoh teladan merupakan antara penghalang terbesar dalam membentuk
negara bangsa. 1 Malaysia umpamanya, merupakan agenda terbaru
pemerintah negara di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
untuk membentuk sebuah negara ynag boleh dikongsi bersama dan dianggap
sepunya bagi seluruh rakyat negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa
persoalan dan pertikaian yang ditimbulkan oleh segelintir pemimpin yang buta
sejarah mengenai gagasan tersebut semata-mata untuk meraih populariti dan
simpati rakyat. Antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengapakah
Malaysia yang sudah merdeka selama 53 tahun masih mencari identiti untuk
membentuk bangsa dan negara sendiri? Terdapat juga pemimpin yang
sengaja memainkan sentimen perkauman seperti membangkitkan ketuanan
Melayu dan hak istimewa peribumi. Dalam pada itu, pengelompokan
masyarakat mengikut kaum masih lagi berlaku termasuk di institusi pendidikan
tinggi. Hal ini memperlihatkan bahawa negara kita menghadapi laluan berliku
dalam mencapai hasrat membentuk negara bangsa.
Rakyat Malaysia seharusnya menyanjung semangat setia kepada
negara bangsa Malaysia dan bekerjasama dalam menjayakan hasrat
membina negara bangsa sebagaimana yang telah dikecapi oleh negara jiran
kita, Indonesia. Pembinaan negara bangsa yang semourna tidak akan dapat
dilakukan seandainya masyarakat tidak berganding bahu mengangkat usaha
ini sebagai agenda utama negara. Justeru, isu perpaduan dan kesatuan tidak
boleh dipandang enteng. Nyata sekali, hanya melalui semangat kekitaan

24
sahaja yang mampu menyatukan semua bangsa yang pelbagai di Malaysia.
Daripada perpaduanlah maka kita dapat menjalinkan perkongsian bersama
sekaligus sepakat mencapai hasrat 1 Malaysia. Tun Abdullah Ahmad Badawi
pernah menyuarakan kepentingan perkongsian sebuah negara dan
menekankan semangat kecintaan kepada negara.

“Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha


bersama. Negara Malaysia akan terus
dibangunkan secara bersama dalam
semangat yang tidak membenarkan
berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti
warga, tidak membenarkan berlakunya
amalan ekstremisme agama, tidak
mengizinkan berlaku ketidakadilan di
kalangan warga dan tidka mengizinkan
tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap
jaminan masa hadapan mana-mana warga.
Bumi dan langit Malaysia adalah tempat
bertapak, tempat berteduh setiap warga
Malaysia, Bumi dan langit Malaysia
menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah
untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh
muafakat”.

(Ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi sempena ulang tahun


Kemerdekaan Malaysia ke 50 pada 31 Ogos 2007)

Justeru, pembinaan negara bangsa Malaysia hanya akan dapat direali-


sasikan seandainya perpaduan kaum dapat diwujudkan. Oleh itu, kerajaan
telah merangka DEB dan beberapa dasar lain seperti Dasar Pendidikan
Kebangsaan untuk menyatukan kepelbagaian bangsa di Malaysia.

4.3 Dasar-Dasar Kerajaan dalam Proses Membina Negara Bangsa

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia ialah untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum, agama, bahasa, adat resam
dan nilai hidup. Oleh itu, semenjak peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kerajaan

25
telah mewujudkan beberapa dasar-dasar yang berperanan penting dalam
proses membina negara bangsa Malaysia. Negara bangsa mempunyai
beberapa faktor pemangkin iaitu lingua franca, integrasi, kewarganegaraan,
patriotisme, dan demokrasi. Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan negara
yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan.
Bahasa Melayu sangat penting sebagai alat perpaduan dan perantaraan
utama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Integrasi pula merupakan
satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan-
kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan
dan politik. membentuk identiti rakyat dalam negara. Kewarganegaraan
membentuk identiti rakyat dalam negara. Patriotisme pula merupakan
perasaan cinta dan taat setia kepada negara sehingga sedia berkorban nyawa
dan jiwa kepada raga manakala demokrasi ialah pemberian hak kepada
semua warganegara untuk memilih tampok pemerintahan negara. Justeru,
adalah penting kerajaan mewujudkan dasar-dasar tertentu bagi mewujudkan
faktor-faktor pemangkin tersebut dalam usahanya membina sebuah negara
bangsa. Antara dasar-dasar tersebut ialah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan.

4.3.1 Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) bertujuan membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi yang wujud di antara kaum dan wilayah
bagi mencapai perpaduan negara. Dasar ini dilaksanakan menerusi
strategi serampang dua mata, iaitu pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk
mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi.

4.3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran
1961 adalah berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan Laporan

26
Rahman Talib 1960. Dasar ini mempunyai dua matlamat iaitu
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
memenuhi keperluan tenaga negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan
dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu melalui
penggunaan kurikulum, bahasa pengantar, dan sistem peperiksaan
yang sama serta kegiatan kokurikulum.

4.3.3 Dasar Kependudukan


Matlamat Dasar Kependudukan negara ialah untuk mencapai jumlah
penduduk sebanyak 70 juta orang menjelang tahun 2100. Dasar
tersebut adalah berasaskan hakikat bahawa bilangan penduduk
Malaysia secara relatif adalah kecil dan terdapat beberapa faedah
sekiranya populasi Malaysia diperbesarkan. Pertumbuhan penduduk
dalam jangka panjang boleh mendatangkan beberapa faedah seperti
bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk pembangunan negara,
perluasan pasaran tempatan dan peningkatan produktiviti. Selain itu,
pertambahan penduduk juga dapat menyumbang ke arah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kuat dari segi politik dan keselamatan.
Hal ini membolehkan wujudnya sebuah negara bangsa yang kuat dan
berdaya saing di serantau dunia.

5.0 PENUTUP

Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah
untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu
proses yang sangat panjang. Oleh itu, kita perlu menghargai negara yang kita miliki
kini seterusnya sedaya upaya menghapuskan sebarang kekangan yang mampu
mengganggu-gugat kemakmuran negara. Kepelbagaian masyarakat seharusnya
dijadikan kekuatan dalam memacu negara dan bukan dianggap sebagai batu
penghalang. Dengan itu, sebuah negara bangsa Malaysia yang mempunyai identiti
tersendiri dapat dibentuk dengan sempurna.

27
Refleksi

Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Perkembangan Sejarah Negara yang


diberikan oleh Encik Mahmud Khusairi, pensyarah bimbingan, memerlukan
penerangan lanjut maklumat berikut : (a) Kemerdekaan negara dari segi sejarah
perkembangan negara (b) Kemerdekaan negara dari segi kemasyarakatan dan
perpaduan (c) Kemerdekaan negara dari segi pembinaan negara bangsa. Terdapat
beberapa masalah yang timbul semasa proses mencari dan mengumpul maklumat
antaranya ialah kesukaran untuk mengenalpasti bahan rujukan yang diperlukan
yang menepati tajuk tugasan dan kesukaran menghubungkaitkan kemerdekaan
negara dengan sejarah perkembangan negara, kemasyarakatan dan perpaduan
serta pembinaan negara bangsa.

Namun, setelah membaca beberapa sumber buku ilmiah tidak kira yang
berkaitan dengan tajuk tugasan secara langsung atau tidak langsung akhirnya kami
mendapat gambaran mengenai topik tugasan yang diberikan selanjutnya
membolehkan kami memperoleh maklumat dengan lebih cepat dan tepat. Selain itu,
kami turut mencari bahan daripada sumber internet.

Kami juga membuat kolaborasi atau perbincangan antara rakan sekelas dan
rakan daripada kelas lain. Hasil daripada perbincangan tersebut dan dengan bantuan
beberapa bahan pembentangan rakan-rakan sebagai rujukan kami berjaya
mengatasi masalah pengumpulan data. Selanjutnya setiap maklumat yang diperoleh
dikumpulkan dan dianalisis satu persatu.

Draf pertama dibuat. Sebarang penambahbaikkan daripada draf dibuat dari


semasa ke semasa. Proses memperbaiki draf pertama dengan melengkapkan lagi isi
tugasan terutamanya dalam proses mengenalpasti tokoh-tokoh yang terlibat serta
garis masa bagi peristiwa kemerdekaan negara yang terdapat dalam isi jalinan
sejarah perkembangan negara dengan kemerdekaan negara.

28
Akhirnya output tugasan lengkap dan pengemaskinian hasil kerja akhir
dilaksanakan. Kami turut melampirkan beberapa sumber rujukan dalam tugasan ini.
Tugasan siap sedia untuk di hantar.

Melalui tugasan ini secara langsungnya kami bukan sahaja dapat menambah
pengetahuan mengenai proses negara kita mengecapi kemerdekaan malah dapat
menghubungkaitkan sejarah perkembangan negara, kemasyarakatan dan perpaduan
serta pembinaan negara bangsa dengan kemerdekaan negara. Pengetahuan
tersebut adalah sangat penting bagi bakal guru seperti kami untuk kepentingan
mengajar di sekolah kelak dengan menerapkan nilai-nilai patriotik dan
kewarganegaraan dalam diri murid-murid. Dengan itu, kami dapat membentuk jati diri
warganegara yang progresif serta seimbang dalam diri murid-murid tanpa melupakan
setiap perkembangan sejarah negara. Hal ini sekaligus dapat membantu ke arah
pencapaian warganegara kelas pertama.

Selain itu, tugasan ini membolehkan kami menghargai setiap pengorbanan


tokoh-tokoh yang terdahulu dan kini dalam memartabatkan negara sama ada
membantu dalam mencapai kemerdekaan atau meneruskan kepimpinan dalam
memacu negara ke arah wawasan 2020 serta meletakkan negara Malaysia
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Lantaran adalah sangat penting
bagi setiap warganegara terutamanya guru menyanjung warisan dan peninggalan
sejarah negara kita untuk dikenang dan dijadikan sebagai pengajaran dalam
menghadapi hari mendatang.

Melalui tugasan ini juga kami sedar bahawa kemerdekaan yang dikecapi pada
hari ini bukanlah untuk dijadikan kebanggaan semata-mata tetapi seharusnya dijaga
nilainya sebaik mungkin melalui pemantapan negara bangsa serta peneguhan
kemasyarakatan dan perpaduan rakyat Malaysia.

29
LAMPIRAN

30

You might also like