Professional Documents
Culture Documents
Jenisjenis Soket Cpu
Jenisjenis Soket Cpu
Soket CPU (Central Processing Unit), juga dikenali dengan nama ZIF (Zero Insertion Force) soket, dan juga
dikenali dengan pelbagai nama lain mengikut padanan CPU , merupakan suatu penyambung antara CPU
dan motherboard.
Soket CPU biasanya berbentuk segiempat bewarna putih, seperti dalam gambar. Pada suatu bahagian tepi
soket, terdapat tuil yang digunakan untuk menetapkan atau menanggalkan CPU dari soket. Soket CPU
masakini direka mengikut PGA (Pin Gid Array) Architecture, dan terdiri daripada pelbagai jenis mengikut
padanan. Misalnya, soket A adalah untuk CPU AMD Athlon dan Sempron, soket 478 untuk CPU Intel yang
mempunyai L2 Cache 512Kb dan ke bawah. Syarikat pengeluar CPU Intel telah mengeluarkan CPU soket
mengikut rekabentuk yang dinamakan LGA (Land Grid Array) Architecture. Secara ringkas:
PGA - Pin CPU (atau kaki komponen CPU, seperti kaki pada perintang) terletak pada CPU itu sendiri
LGA - Tiada pin di CPU, sebaliknya pin terletak pada soket CPU.
Berikut merupakan beberapa jenis soket CPU masakini (sehingga tarikh artikel ini ditulis) yang boleh
didapati pada pelbagai motherboard.
Soket LGA 775 – Untuk CPU Intel Pentium 4 (Codenamed Prescott; iaitu CPU generasi terbaru dari famili
Pentium 4 yang menggunakan rekabentuk terbaru LGA)
Soket 754 -Untuk AMD Sempron dengar PR rating 2800 ke atas dan AMD Athlon64 yang bereka bentuk
PGA 754.
Selain dari apa yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi jenis soket untuk CPU lama dan anda tidak
mungkin dapat melihatnya pada motherboard terkini. Contohnya soket 423, 370, 8, 7, 6, 463 dan lain-lain.
Untuk laptop: Soket 479 (Intel Centrino) dan 563 (AthlonXP Mobile)
Front Side Bus merupakan salah satu dari computer bus, dan ia merupakan data bus bagi
sesebuah CPU. Bus ini membawa data dan maklumat dari CPU ke lain-lain hardware
seperti hard disk, RAM, dan computer bus lain seperti USB, PCI dan sebagainya. Bus
moden masakini menjadi laluan ‘tulang belakang’ antara CPU dan chipset pada
motherboard iaitu northbridge dan southbridge.
Apabila menyebut mengenai Front Side Bus speed (atau FSB) ia sebenarnya merujuk
kepada kelajuan CPU berinteraksi dengan RAM dan peripheral lain dalam sesuatu sistem
komputer, contohnya 66Mhz, 100Mhz, 133Mhz sehingga melebihi 1000Mhz.
Konfigurasi antara FSB dan clock multiplier pada CPU menentukan kelajuan sesuatu
CPU.
Katakan CPU komputer anda beroperasi pada 800Mhz, maka kemungkinan CPU anda
beroperasi pada FSB sebanyak 100Mhz, dan clock multiplier diset pada 8. Makakelajuan
CPU ialah 100Mhz didarab dengan 8 menghasilkan 800Mhz. Dengan memanipulasi
clock multiplier dan FSB, maka anda boleh melakukan ‘overclock’ pada sistem komputer
anda, iaitu menginjak naikkan kelajuan CPU anda dari kelajuan asal yang ditetapkan oleh
kilang. Perubahan konfigurasi ini boleh dilakukan pada menu BIOS pada setiap sistem
komputer. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar tidak
lagi membenarkan overclock dengan mengunci/lock fungsi clock multiplier dari diubah
pengguna. Overclock tanpa pengetahuan yang cukup mengenai spesifikasi motherboard
dan CPU boleh menyebabkan kerosakan pada salah satu atau kedua-dua komponen
tersebut.
Lain-lain codename bagi pelbagai CPU Mobile Sempron (digunakan pada laptop):
Dublin , Georgetown , Sonora. (Mobile Sempron Socket 754, Hyper Transport)
Lain-lain codename bagi pelbagai CPU Mobile Athlon 64 (digunakan pada laptop):
Clawhammer, Odessa, Oakville (Athlon 64, L2 Cache 512Kb – 1MB, Hyper Transport)
IKLAN :
Bekas Pelajar SMK Junjong, sila layari www.hasrilhusni.com/smkjunjong .
Reunion dan Alumni SMK Junjong..