Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK)

Konsep KMK

Definisi

KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang
sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan
menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini
mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk
pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang
telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Faktor-faktor Yang Menyokong Kejayaan Pelaksanaan KMK

Faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan KMK ialah seperti berikut:


a. Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Ini
termasuklah kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga
dalam melaksanakan program ini.
b. Sistem latihan yang berkesan.
c. Sokongan dari semua peringkat
d. Pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK.
e. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat-alat
tulis, projektor overhed,transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya.
f. KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK haruslah dimulakan secara
kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat ikekalkan secara berpanjangan;
g. Perkembangan mengenai KMK harus diketahui oleh semua pihak.
h. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana, menyelaras
dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan dan
i. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan risalah-risalah.

You might also like