Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pada tahun-tahun menuju ke arah kemerdekaan, telah timbul kesedaran di


kalangan pemimpin-pemimpin dan rakyat negara ini betapa penting diadakan
satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan
penjajah dan memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahirnya
Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1957. Dasar Pendidikan ini telah disemak
semula pada tahun 1960 dan telah menghasilkan Laporan Rahman Talib yang
telah memperkemaskan Ordinan Pendidikan 1957. Laporan Rahman Talib
mengukuhkan lagi Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub di
dalam Akta Pendidikan 1961.

Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk


mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
perlaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih
bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan pada tahun 1979.

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa pertimbangan


kepada keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan
perpaduan negara. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat
setia kaum pendatang kepada negara asal mereka dan menekankan semangat
pembangunan rakyat tempatan. Langkah-langkah telah diambil bagi menggubal
sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan
mempunyai matlamat sendiri.

Objektif

Objektif dasar ini adalah dinyatakan di dalam pendahuluan Akta Pendidikan


1961, yang berbunyi :

“ Bahawa dasar pendidikan seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan


Pendidikan, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang
akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.”
Objektif ini dinyatakan secara am di dalam melaksanakannya, Kementerian
Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 telah menginterpretasi sebagai menyatupadukan kanak-
kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan
ekonomi. Objektif ini telah diperkhususkan lagi setelah Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Bidang tugas itu menunjukkan
bahawa Dasar Pendidikan diharap dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat
negara dalam jangka panjang dan pendek, melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisiplin dan terlatih.

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan


yang telah ditetapkan. Strategi pelaksanaan adalah seperti berikut :

1. Penggunaan satu kurikulum yang sama kandungannya untuk semua sekolah

2. Penggunaan satu bahasa pengantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia di


semua sekolah dan universiti

3. Penggunaan buku-buku teks yang sama berlatarkan negara

4. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal

5. Menggunakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah


yang berdasarkan 3M (membaca, menulis, mengira)

6. Menggunakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu


Sekolah Menengah (KBSM)

7. Penggunaan satu peraturan jadual waktu yang sama untuk semua sekolah

8. Penggunaan satu sistem peperiksaan yang sama

9. Penggunaan sistem penggal persekolahan yang sama

10. Penggunaan sistem pentadbiran dan peraturan sekolah yang sama


Antara tujuan Dasar Pendidikan Kebangsaan :

1. Sistem pendidikan yang memenuhi keperluan, perkembangan dan


pembangunan masyarakat dari segi sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan
masyarakat negara ini

2. Membentuk pengajaran yang cekap dan berkesan

3. Membentuk sistem yang mendatangkan bebab kewangan kepada negara

4. Membentuk sistem pendidikan yang memenuhi keperluan ibubapa

5. Pembentukan undang-undang yang sentiasa dapat menjamin perkembangan


dan peningkatan taraf sistem pendidikan dari masa ke semasa

Di samping strategi-strategi di atas, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga


dilaksanakan dengan mengada dan memperkemaskan tenaga pengajar yang
terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan
kanak-kanak. Di samping itu, beberapa bahagian dan Jawatankuasa telah
ditubuhkan di Kementerian Pendidikan yang meliputi perkara-perkara yang
dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi mempastikan tercapainya
hasrat Dasar Pendidikan ini.

Pencapaian

Dalam menilai pencapaian semasa, 2 matlamat utama Dasar Pendidikan


Kebangsaan yang perlu diberi perhatian ialah :

1. Samada pelaksanaan sistem pendidikan dan kurikulum yang ada dapat


melahirkan keperluan tenaga rakyat yang diperlukan oleh negara

2. Samada sistem pendidikan di negara ini telah dapat melahirkan rakyat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

Untuk mengetahui samada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah


dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat adalah rumit. Keperluan tenaga
rakyat yang bergantung kepada perkembangan sosial negara memang sukar
ditentukan. Ini disebabkan perkembangan ekonomi yang sangat dipengaruhi
oleh iklim dan suasana ekonomi dunia yang sering berubah.
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dapat merapatkan jurang pengenalan
bidang pekerjaan mengikut kaum. Ia juga telah dapat mengurangkan
kemiskinan dan meningkatkan bilangan kaum Bumiputera yang berpendidikan.

Sungguhpun Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dapat meluaskan


penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, namun
demikian terdapat rungutan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan telah
melemahkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar di semua
peringkat. Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya untuk mengatasi masalah ini memandangkan penguasaan Bahasa
Inggeris penting bagi pembelajaran dan pemindahan kemahiran daripada
negara-negara maju, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara

You might also like