Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1. Azri ingin memasang dan menjual sebuah komputer.

Dia telah mendapat sebut harga perkakasan komputer


daripada tiga pembekal yang berlainan. Sebut harga perkakasan adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah (SPM
2009)
Pembekal A Pembekal B Pembekal C
Perkakasan
(RM) (RM) (RM)
1 Intel CPU Centrino 550.00 600.00 650.00
2 RAM DDR 256MB 200.00 150.00 180.00
3 Papan Induk 150.00 220.00 175.00
4 Pemacu cakera keras 40GB 175.00 180.00 175.00
5 Pemacu CD-ROM DVD 220.00 190.00 200.00
6 Pemacu cakera liut 80.00 50.00 60.00
7 Tower casing 90.00 100.00 75.00
8 Monitor LCD 15” 450.00 400.00 400.00
9 Tetikus optic 15.00 20.00 12.00
10 Papan kekunci 25.00 22.00 30.00
11 Pembesar suara 20.00 20.00 20.00
12 Pengatur voltan-AVR 40.00 50.00 60.00
13 Kabel IDE 30.00 28.00 25.00
14 Kabel kuasa (CPU dan monitor) 17.00 18.00 15.00
Jadual 1
Hitung:
(a) Jumlah kos perkakasan paling minimum antara ketiga-tiga pembekal.
(b) Kos keseluruhan sebuah komputer daripada pembekal termurah sekiranya kos upah ialah RM1000.00 dan kos
overhed ialah RM50.00
(c) Kos jualan sebuah komputer jika sekiranya keuntungan adalah sebanyak 20% daripada kos keseluruhan
JAWAPAN
(a)
Perkakasan Pembekal A
(RM)
1 Intel CPU Centrino 550.00
2 RAM DDR 256MB 150.00
3 Papan Induk 150.00
4 Pemacu cakera keras 40GB 175.00
5 Pemacu CD-ROM DVD 190.00
6 Pemacu cakera liut 50.00
7 Tower casing 75.00
8 Monitor LCD 15” 400.00
9 Tetikus optic 12.00
10 Papan kekunci 22.00
11 Pembesar suara 20.00
12 Pengatur voltan-AVR 40.00
13 Kabel IDE 25.00
14 Kabel kuasa (CPU dan monitor) 15.00
Jumlah 1874
(b) Kos keseluruhan = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed
= RM1874 + RM1000 + RM50
= RM2924
20
(c) Keuntungan 20% = ×2924=RM 584.80
100
Kos Jualan = Keuntungan + Kos keseluruhan
= RM584.80 + RM2924
= RM3508.80
1
2. Seorang pelanggan telah menghantar beberapa peralatan elektrik untuk dibaik pulih. Senarai peralatan adalah
seperti jadual 1. SPM 2008
Harga Komponen
Alatan Komponen Rosak Unit
(seunit)
Kipas meja Kapasitor 2 RM 8.50
Pembakar roti Suis Laras Suhu 1 RM 7.50
Cerek Elektrik Elemen Pemanas 2 RM 15.00
Pembersih Vakum Motor 1 RM 75.00
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, hitungkan :
(a) Jumlah kos bahan
(b) Jumlah kos baik pulih sekiranya kos upah RM80.00 dan kos overhead RM20.00
(c) Kos keseluruhan yang diperlukan sekiranya keuntungan sebanyak 10% dikenakan
JAWAPAN
(a) Jumlah kos bahan
Kapasitor = 2 x RM 8.50 = RM 17.00
Suis Laras Suhu = 1 x RM 7.50 = RM 7.50
Elemen Pemanas = 2 x RM 15.00 = RM 30.00
Motor = 1 x RM 75.00 = RM 75.00
JUMLAH = RM129.50
(b) Kos baik pulih = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed
= RM129.50 + RM80.00 + RM20.00
= RM229.50
10
(c) Keuntungan 10% = ×229.50=RM 22.95
100
Kos Keseluruhan = Keuntungan + Kos baik pulih
= RM 22.90 + RM 129.50
= RM 152.40
3. Anda telah diberikan sebuah seterika untuk dibaik pulih. Setelah diperiksa, didapati beberapa komponen perlu
dibeli dan diganti. Berdasarkan Jadual 1, hitung: (SPM 2007)
(a) Jumlah kos paling rendah bagi semua komponen
(b) Kos baik pulih sekiranya kos overhed adalah 50% daripada kos komponen
(c) Harga yang dikenakan kepada pelanggan sekiranya kos upah sebanyak RM5.00.
Bil Komponen Harga Seunit (RM) Kuantiti yang
Kedai A Kedai B diperlukan
1 Palam 3 pin 13 Ampere 3.20 3.40 1 unit
2 Kabel tiga teras 1.70 1.50 2 meter
3 Lampu neon 2.10 2.20 1 unit
Jadual 1
JAWAPAN
(a) Kos paling rendah bagi semua komponen
Palam 3 pin 13 Ampere = 1 x RM 3.20 = RM 3.20
Kabel tiga teras = 2 x RM 1.50 = RM 3.00
Lampu neon = 1 x RM2.10 = RM 2.10
JUMLAH= RM 8.30
50
(b) Kos overhed = 50 % Kos Komponen = ×8.30=RM 4.15
100
Kos baik pulih = Kos komponen + kos overhed= RM 8.40 + RM 4.15 = RM 12.55
(c) Harga yang dikenakan kepada pelanggan = Kos baik pulih + Kos Upah
= RM 12.55 + RM 5.00= RM 17.55
2
4. Rakan anda telah meminta anda membeli perkakasan sebuah komputer dan memasangnya dengan peruntukan
sebanyak RM 2500.Berikut adalah senarai harga perkakasan yang diperolehi daripada tiga pembekal komputer.
SPM 2006
Harga Seunit
Bi
Perkakasan Komputer Era Sinar Maju
l
Komputer Komputer Komputer
1 Casing kompter 100.00 75.00 90.00
2 Papan Induk 180.00 150.00 200.00
3 CPU 350.00 320.00 300.00
4 RAM 128MB 70.00 80.00 80.00
5 Pemacu CDROM 75.00 75.00 90.00
6 Kabel Audio untuk CDROM dan kad bunyi 10.00 15.00 12.00
7 Pemacu Cakera Liut 30.00 28.00 25.00
8 Cakera Keras 180.00 175.00 175.00
9 Kabel Data untuk Pemacu Cakera Liut 10.00 15.00 12.00
10 Kabel IDE (Kabel Data) untuk Pemacu CDROM dan cakera keras 10.00 15.00 12.00
11 Monitor 175.00 280.00 230.00
12 Kabel Kuasa untuk Monitor 8.00 8.00 7.00
13 Kabel Kuasa Sistem Unit Komputer 8.00 10.00 9.00
14 Tetikus 12.00 15.00 10.00
15 Papan Kekunci 25.00 22.00 30.00
16 Set Pembesar Suara 25.00 30.00 25.00
17 AVR(Automatic Voltage Regulator) 50.00 55.00 60.00
(a) Pilih dan tuliskan kos perkakasan paling minimum antara tiga pembekal dalam ruang jawapan yang
disediakan.
(b) Hitung: (i) Jumlah kos yang dibelanjakan.
(ii)Keuntungan yang diperolehi jika kos upah RM250.00 dan kos sampingan RM100.00.
JAWAPAN
(a) Kos perkakasan paling minimum
Bil Perkakasan Komputer Harga Seunit
1 Casing kompter 75.00
2 Papan Induk 150.00
3 CPU 300.00
4 RAM 128MB 70.00
5 Pemacu CDROM 75.00
6 Kabel Audio untuk CDROM dan kad bunyi 10.00
7 Pemacu Cakera Liut 25.00
8 Cakera Keras 175.00
9 Kabel Data untuk Pemacu Cakera Liut 10.00
10 Kabel IDE (Kabel Data) untuk Pemacu CDROM dan cakera keras 10.00
11 Monitor 175.00
12 Kabel Kuasa untuk Monitor 7.00
13 Kabel Kuasa Sistem Unit Komputer 8.00
14 Tetikus 10.00
15 Papan Kekunci 22.00
16 Set Pembesar Suara 25.00
17 AVR(Automatic Voltage Regulator) 50.00
JUMLAH 1197

(b) (i) Jumlah kos yang dibelanjakan = RM1197


(ii)Kos keseluruhan = Kos Komponen + Kos Upah + Kos Sampingan
= RM1197 + RM250 + RM 100
= RM 1547
3
Peruntukan = RM2500 (lihat soalan)
Keuntungan = Peruntukan – Kos keseluruhan
= RM 2500 – RM 1547
= RM 953

5. En Azmi telah meminta anda menyiapkan lima unit litar kawalan cahaya untuk kegunaannya. Jadual 2
menunjukkan senarai bahan untuk menyiapakan satu unit litar kawalan cahaya tersebut. SPM 2005
Komponen Bilangan Kod per unit (RM)
1 Perintang tetap 2 unit 0.50
2 Perintang boleh laras 1 unit 0.50 Hitungkan:
3 Diod 1 unit 0.50 (a) Kos bahan yang telah anda belanjakan
4 Transistor 2 unit 1.20 (b) Jumlah kos projek sekiranya jumlah kos upah
5 LED 1 unit 0.50 dan kos sampingan adalah RM10
6 Bateri 9V 1 unit 3.50 (c) Jumlah harga kos kesemua litar kawalan
7 Kapasitor 1 unit 0.50 cahaya tersebut jika keuntungan yang
0.25 diperolehi adalah sebanyak 5% setiap unit.
8 Kabel 4.00/meter
meter JAWAPAN
9 Geganti 1 unit 1.50 (a) Kos Bahan
10 Mentol 5V 1 unit 1.50
11 PapanKomponen
Jalur 1 unit 1.00 (a) Kos projek = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan
1 Perintang tetap 2 x 0.50 = RM 1.00 = RM 13.90 + RM 10.00
2 Perintang boleh laras 1 x 0.50 = RM 0.50 = RM 23.90
3 Diod 1 x 0.50 = RM 0.50
4 Transistor 2 x 1.20 = RM 2.40 5
(b) Keuntungan 5% = ×23.90=RM 1.195
5 LED 1 x 0.50 = RM 0.50 100
6 Bateri 9V 1 x 3.50 = RM 3.50 Kos Jualan = Kos projek + Keuntungan
7 Kapasitor 1 x 0.50 = RM 0.50 = RM 23.90 + 1.195
8 Kabel 0.25x4.00 = RM 1.00 = RM 25.095 ≈ RM 25.10
9 Geganti 1 x 1.50 = RM 1.50 Kos kesemua litar kawalan cahaya = 5 unit x RM 25.10
10 Mentol 5V 1 x 1.50 = RM 1.50 = RM 125.50
11 Papan Jalur 1 x 1.00 = RM 1.00
JUMLAH RM 13.90
6. Seorang pelanggan telah meminta anda menggantikan kabel kuasa dan palam 3 pin bagi sebuaha seterika. SPM
2004
Sekiranya kos yang diperlukan adalah seperti berikut:
Kabel 3 teras = RM2.40/meter
Palam 3 pin = RM3.40
Kos Sampingan = RM0.50
Kos Upah = RM3.00
(a) Hitungkan jumlah kos alat ganti jika anda telah menggunakan kabel 3 teras sepanjang 1.5 meter.
(b) Hitungkan jumlah kos yang telah anda belanjakan untuk membaik pulih seterika tersebut.
(c) Berapakah kos perkhidmatan yang akan dikenakan kepada pelanggan sekiranya anda perlu mendapat
keuntungan sebanyak 20%?
JAWAPAN
(a) Jumlah kos alat ganti
Kabel 3 teras = RM2.40 x 1.5 = RM 3.60
Palam 3 pin = RM3.40 x 1 = RM 3.40
JUMLAH = RM 7.00
(b) Kos yang dibelanjakan = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan
4
= RM 7.00 + RM 0.50 + RM 3.00
= RM 10.50
20
(c) Keuntungan 20% = ×10.50=R M 2.10
100
Kos perkhidmatan = Keuntungan + Kos yang dibelanjakan
= RM 2.10 + RM 10.50
= RM 12.60
7. Berikut adalah kos perbelanjaan yang ditanggung oleh bengkel zulkifli bagi membaikpulih sebuah mesin basuh
jenis automatik: CONTOH 2003
(i) Mengganti suis pintu RM 5.00
(ii) Mengganti injap solenoid RM 15.00
(iii) Klip wire RM 1.00
(iv) Belanja pengangkutan RM 10.00
(v) Kos Sampingan RM 1.50
(vi) Upah RM 20.00
(a) Berapakah jumlah kos alat ganti yang di beli oleh Zulkifli
(b) Berapakah jumlah kos yang telah dikeluarkan oleh Zulkifli
(c) Jika Zulkifli inginkan keuntungan sebanyak 10% daripada jumlah kos. Berapakah harga yang sepatutnya
dikenakan kepada tuan punya mesin basuh tersebut?
JAWAPAN
(a) Kos alat ganti
Suis pintu RM 5.00
Injap solenoid RM 15.00
Klip wire RM 1.00
JUMLAH RM 21.00
(b) Kos yang dikeluarkan = Kos alat ganti + Kos Sampingan + Kos Upah
= RM 21.00 + RM 15.00 + RM 1.00
= RM 37.00
10
(c) Keuntungan 10% = ×37=R M 3.70
100
Harga yang dikenakan = Keuntungan + Kos yang dikeluarkan
= RM 3.70 + RM 37.00= RM 40.70

You might also like