Wawasan 2020 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENDAHULUAN

Wawasan dapat didefinisikan sebagai satu matlamat atau hala tuju yang

ditetapkan oleh sesebuah negara dalam mencapai kemajuan dan kegemilangan.

Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu

Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad. Konsep ini telah dibentangkan oleh Y.A.B

bekas Perdana Menteri kita dalam satu kertas kerja yang bertajuk “ Malaysia :

The Way Forward” ( Malaysia Melangkah ke Hadapan ) di Mesyuarat Majlis

Perdagangan Malaysia pada 28 Febuari 1991. Kertas kerja ini mengandungi

satu wawasan yang penting iaitu wawasan yang mempunyai matlamat terakhir

iaitu membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan

tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di

peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada

negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan

rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan

langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

Wawasan 2020 dianggap penting kepada negara kerana wawasan ini

memfokuskan perbincangan di peringkat kebangsaan ( National Focus ) ,

Konsensus Fokus, Pengajian Sosio Politik dan Agenda Pembangunan Nasional.

Dasar ini menitikberatkan kemajuan secara holistik yang meliputi aspek ekonomi,

politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Tahun 2020 dipilih sebagai

1
tahun sasaran matlamat sebagai garis pemisah pembangunan perindustrian,

mengikut ‘mega trend ‘ dan merupakan satu jangka masa yang munasabah.

Malaysia berupaya menjadi sebuah negara maju jika rakyatnya mampu

menghadapi sembilan cabaran wawasan 2020 yang strategi yang telah kita

hadapi sejak negara merdeka.

2.0 CABARAN WAWASAN 2020

Menurut lembaran kertas kerja yang dibentangkan, terdapat sembilan

cabaran wawasan 2020 yang telah digariskan. Cabaran-cabaran tersebut perlu

dihadapi dan diatasi oleh semua pihak ke arah pembentukan negara Malaysia

sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Berikut merupakan huraian bagi

lima daripada sembilan cabaran yang dapat dikenalpasti:

2.1 Cabaran pertama:

Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu untuk membina negara

bangsa.

Dalam cabaran ini, Tun Dr.Mahathir telah menghuraikan matlamat

pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya iaitu pengagihan

kekayaan, negara secara adil dan saksama. Bagi mencapai matlamat itu

integrasi dalam pelbagai bidang digiatkan bagi merapatkan jurang dalam

masyarakat. Antaranya ialah penghapusan kemiskinan mutlak tanpa mengira

2
kaum dan lokasi wilayah. Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

peninggalan British juga dihapuskan.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai semangat

perpaduan, integrasi peringkat wilayah perlu dilaksanakan agar semua etnik

dapat menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan

hak dan keadilan. Dengan kata lain bangsa yang ingin kita bentuk ialah “Bangsa

Malaysia“ yang penuh dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak

berbelah bahagi terhadap bangsa kita sendiri. Perdana Menteri kita sekarang

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak meneruskan

usaha untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat walaupun itu merupakan

cabaran dan usaha untuk dicapai melalui melalui konsep ‘Satu Malaysia’.

Konsep ini membawa maksud “kita berdiri, kita berfikir, dan bertindak sebagai

bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak

semua kumpulan etnik dalam negara kita.”

Sehubungan itu, rakyat memainkan peranan membantu pihak kerajaan

dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu. Sebagai warga

Malaysia, kita hendaklah bekerjasama dan berusaha untuk memperoleh sesuatu

secara adil tanpa ada sebarang perselisihan faham yang mungkin boleh

mengundang pergaduhan. Kita tidak mahu sejarah silam berulang kembali.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi kesan yang mendalam kepada negara.

Oleh sebab itu, wujud prinsip rukun negara yang menjadi amalan masyarakat

3
kita sehingga hari ini untuk mewujudkan masyarakat yang berpegang kepada

konsep “Bangsa Malaysia”. Oleh yang demikan, kita seharusnya memberi

kesetiaan sepenuhnya terhadap negara dari pelbagai aspek dan berdedikasi

khususnya kepada negara Malaysia agar menjelang tahun 2020, Malaysia

mendapat pengiktirafan di arena antarabangsa.

2.2 Cabaran kedua:

Mewujudkan masyarakat dan negara yang berjiwa bebas, tenteram dan

maju.

Cabaran kedua wawasan 2020 ialah melahirkan sebuah masyarakat

Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya iaitu yakin akan dirinya

sendiri, berbangga dengan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah

dicapainya serta cukup tangkas untuk menghadapi segala rintangan.

Masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk ialah masyarakat yang mempunyai

sifat-sifat mengejar kecemerlangan dan benar-benar menyedari segala

kemungkinan pada dirinya, tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh

semua bangsa.

Dalam hal ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga

dengan setiap apa yang telah kita miliki ataupun yang telah ada dalam

genggaman. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang

bebas daripada unsur-unsur keganasan khususnya peperangan berbanding

rakyat mangsa perang di negara lain.

4
Di samping itu, bagi melahirkan sebuah negara yang berjiwa bebas, kita

tidak seharusnya mengalah apabila berhadapan dengan masalah atau rintangan.

Masyarakat berjiwa bebas yang dimaksudkan di sini juga termasuklah

masyarakat yang hidup tenteram dan maju dengan keyakinan akan keupayaan

sendiri serta berbangga dengan kejayaan dan tabah menghadapi dugaan

ataupun masalah. Maka, Malaysia akan menjadi terkenal dan dihormati oleh

negara-negara lain kerana rakyatnya yang mudah dikenali sebagai masyarakat

yang bertamadun tinggi.

2.3 Cabaran ketiga:

Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.

Masyarakat bermoral dan beretika yang ingin dibentuk ialah masyarakat

yang mempunyai peribadi dan tingkah laku yang mulia serta bersopan dalam

semua aspek. Adalah tidak mustahil bagi negara kita Malaysia mencapai

cabaran ini jika wujud kerjasama antara semua pihak. Dalam menghadapi

cabaran ini, selain membentuk masyarakat yang memiliki moral dan etika,

masyarakat yang ingin dihasilkan juga harus berpegang teguh kepada nilai

keagamaan dan kerohanian. Usaha dan cabaran kerajaan mewujudkan

masyarakat bermoral dan beretika ini seharusnya mendapat kerjasama daripada

setiap institusi keluarga, institusi pendidikan dan masyarakat.

5
Institusi keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam

pembentukan peribadi anak-anak yang sudah pasti menjadi pewaris bangsa

pada masa akan datang. Justeru ibu bapa perlulah menitikberatkan soal etika

dan moral terhadap anak-anak. Bak kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah dari

Rebungnya“. Anak-anak merupakan pewaris yang bakal mentadbir negara

menjelang tahun 2020 khususnya. Oleh itu, masyarakat mestilah mempunyai

pegangan agama yang kukuh dan mempunyai kejiwaan jitu yang didorong oleh

tahap etika yang tinggi.

Institusi pendidikan juga turut menyumbang kepada masyarakat yang

bermoral dan beretika. Kurikulum yang diperkenalkan di sekolah telah

merangkumi aspek kerohanian yang membantu pembentukan peribadi pelajar

yang berakhlak mulia. Malahan melalui subjek-subjek tertentu seperti

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral telah berupaya

memupuk perkembangan jiwa pelajar pada tahap yang lebih baik.

Masyarakat pula berperanan sebagai penggerak dan agen pemerhati

kepada tingkahlaku sosial masyarakat terutamanya generasi muda.

Intihannya , semua pihak harus memainkan peranan agar cabaran ini

dapat diharungi bersama dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju

tanpa membelakangkan nilai dan norma masyarakat.

6
2.4 Cabaran keempat:

Mewujudkan masyarakat sainstifik dan progresif yang mempunyai daya

perubahan yang tinggi serta sentiasa memandang ke depan.

Cabaran Wawasan 2020 yang seterusnya ialah mewujudkan masyarakat

sainstifik dan progresif serta sentiasa maju ke hadapan. Sehubungan itu,

cabaran ini bertujuan melahirkan masyarakat yang berdaya cipta dan

berpandangan jauh ke hari muka yakni membentuk sebuah masyarakat yang

bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi

penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa

hadapan.

Pembentukan masyarakat saintifik penting kerana masyarakat sainstifik

berupaya memberi sumbangan kepada negara dalam meningkatkan tamadun

negara dan membantu memudahkan segala urusan. Oleh itu, masyarakat

seharusnya berusaha mempelajari bidang sains dan teknologi agar masyarakat

kita akan mempunyai daya perubahan yang tinggi khususnya dalam bidang

perindustrian dan automotif yang berteraskan penggunaan teknologi moden.

Penggunaan teknologi merupakan penyumbang kepada tamadun

sainstifik dan teknologi masa hadapan. Apabila masyarakat sainstifik dapat

diwujudkan, maka sudah pasti kita mampu menghasilkan rakyat yang progresif.

7
2.5 Cabaran kelima:

Mewujudkan masyarakat penyayang dan sentiasa mengamalkan budaya

sayang-menyayangi

Cabaran ini adalah untuk membentuk sebuah masyarakat berbudi dan

berbudaya penyayang iaitu sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan

masyarakat daripada diri sendiri. Hal ini meliputi soal kebajikan iaitu kebajikan

rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem

kekeluargaan yang kukuh serta mantap.

Bagi mencapai hasrat cabaran ini, masyarakat negara kita seharusnya

mengamalkan budaya sayang-menyayangi antara satu sama yang lain tanpa

mengira ras dan agama. Sekiranya budaya sayang-menyayangi tidak

diamalkan, sudah tentu perselisihan faham akan berlaku. Oleh hal yang

demikian, kita sepatutnya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam

mencurahkan rasa sayang. Bagi mewujudkan masyarakat penyayang, rakyat

seharusnya mengutamakan kepentingan masyarakat tanpa ada perasaan

diskriminasi dalam diri yakni mengikis sikap individualistik. Tuntasnya, kita

perlulah berusaha mewujudkan sebuah masyarakat penyayang tanpa ada

batasan dari aspek kaum dan agama agar cabaran wawasan 2020 dapat

dicapai.

8
3.0 PENUTUP

Konklusinya, Wawasan 2020 telah meletakkan matlamat untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam semua aspek

yang merangkumi dimensi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan

budaya. Dengan kata lain, menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi

sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakatnya serta mempunyai

rasa keyakinan diri, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang

demokratis, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, liberal lagi

bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur

seterusnya menguasai sepenuhnya ekonomi yang mampu bersaing, tangkas,

dinamis serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Sesungguhnya,

Wawasan 2020 bukanlah hanya slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih

merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk

mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan negara Malaysia menjadi

negara yang benar-benar maju dan makmur.

9
BIBLIOGRAFI

1. Abu Hassan Haji Abdul. Esei-esei Terbaik STPM Pengajian Am. Pustaka
Widad. Kuala Lumpur, 1998.

2. Goay Teck Chong. 111 Contoh Karangan Pengajian Am STPM. Penerbit


Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor, 1997

3. Haji. lias Hj. Zaidi. Kursus Lengkap Pengajian Am Kertas 2 STPM.


Penerbit lman. Kuala Lumpur, 1997.

4. Malaysia Kita : Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan,


Selangor: International Law Book Services.

5. Mok Soon Sang ( 2004 ) Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim


Perkhidmatan Guru, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

6. Muhammad Ariffin. Kecemerlangan Dalam Pengajian Am 1 STPM.


Federal Publications Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor, 1997.

7. Ranjit Singh Malhi. Ulang Kaji Lengkap STPM Pengajian Am: Kenegeraan
Malaysia. Federal Publications Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor, 1997

8. Rashida Awang Zainal Abidin, Normah Abdul Aziz, Haliza Hamzah dan
Hadiyaton Mohd. Amin ( 2005 ) Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ,
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

9. http:// wawasan 2020.com

10
11

You might also like