Soalan Mikro Trial 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1

SULIT*

PERCUBAAN
942/1
STPM 2010
EKONOMI
KERTAS 1
MIKROEKONOMI
( 3 jam )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA STPM


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAHUN 2010

Arahan kepada calon:


Jawab semua soalan dalam Bahagian A, lima soalan daripada Bahagian B, dua
soalan daripada Bahagian C, dan dua soalan daripada Bahagian D.
Ada tiga puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan
jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan
jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab Bahagian A dalam masa satu jam yang pertama.
Borang Jawapan Aneka Pilihan ini akan dikutip selepas jam yang pertama tamat.
Gunakan lembaran kertas yang berasingan bagi tiap-tiap bahagian B, C, dan D.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua
tempat perpuluhan.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak


© Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2010

Percubaan STPM 944/1 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat
SULIT*

Bahagian A

944/1SULIT
2

Jawab semua soalan dalam Bahagian ini. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa
selama 60 minit yang pertama bagi menjawab bahagian ini.

1 “Penawaran barang M sangat berguna kepada manusia, penawarannya tidak


terhad .” Barang M ialah

A barang awam
B barang percuma
C barang ekonomi
D barang persendirian

2 Yang manakah antara berikut merupakan penyelesaian kepada masalah ”untuk


siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan” di dalam sistem ekonomi pasaran bebas?

A Berasaskan persaingan antara firma


B Berasaskan keputusan firma dan kerajaan
C Berasaskan motivasi berasaskan keuntungan
D Berasaskan penagihan pendapatan di kalangan individu

3 Sesebuah ekonomi yang beroperasi berdasarkan titik-titik di atas keluk


kemungkinan pengeluaran akan mengalami
A kecekapan pengeluaran kerana pengeluaran akan maksimum
B kecekapan pengeluaran kerana is mengalami kos lepas yang minimum
C kecekapan pengeluaran akibat pelaksanaan pengkhususan
D ketidakcekapan pengeluaran kerana wujud guna tenaga tidak penuh

4 Antara yang berikut,yang manakah yang benar tentang keluk permintaan?


A keluk permintaan mencerun dari kiri ke kanan
B keluk permintaan sentiasa mencerun keatas dari kiri ke kanan
C semakin anjal keluk permintaan ,semakin bertambah perbelanjaan penggunaan
D walaupun keluk permintaan mencerun kebawah dari kiri ke kanan,tetapi ia
mempunyai kecerunan tertentu.

5. Jadual dibawah menunjukkan harga dan jumlah perbelanjaan seorang individu


terhadap Z.

Harga (RM) Jumlah perbelanjaan individu


1.00 8.00
2.00 12.00
3.00 12.00
4.00 8.00
5.00 0.00
Fungsi permintaan individu tersebut terhadap barang Z ialah

944/1SULIT
3
A Qd =8-2P
B Qd=8-10P
C Qd=10-P
D Qd=10-2P

6. Yang manakah tidak menyebabkan perpindahan keluk permintaan kasut jenama X


dari D1 ke D2 ?.

Harga (RM)

D2

D1

Kuantiti(unit)

A Pertambahan jumlah penduduk


B Penurunan harga kasut jenama X
C Penurunan cukai pendapatan individu
D Kenaikan harga kasut berjenama Y

7 Dalam gambar rajah dibawah,SS ialah keluk penawaran suatu barang.


Harga(RM)
S0

S2

Kuantiti(unit)
Apakah faktor yang menyebabkan keluk penawaran berubah darjah keanjalannya dari
So ke S1 ?

A Perkembangan teknologi
B Pengguna lebih menyukai barangan tersebut
C Jangka masa untuk mengeluarkan barang tersebut
D Semakin besar sebahagian pendapatan yang dibelanjakan.

944/1SULIT
4
8 Gambar rajah di bawah menunjukkan S1 danS2 ialah keluk penawaran minyak
kelapa sawit.
Harga (RM)

S1
S2

Kuantiti(unit)

Peralihan keluk penawaran dari S1 ke S2 mungkin disebabkan oleh


A Kenaikan harga minyak soya
B Kenaikan kos input pengeluaran getah
C Kejatuhan upah peneroka kelapa sawit
D Pertambahan dalam permintaan makanan berasaskan kelapa sawit

9 Jadual dibawah menunjukkan kuantiti barang yang ditawarkan pada pelbagai


tingkat harga.
Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)
10.00 18
15.00 43
20.00 68
25.00 93
30.00 118
Fungsi penawaran barang itu
A Qs = -18 – 10P
B Qs = -18 + 5P
C Qs = -32 + 5P
D Qs = -32 – 5P

10 Persamaan permintaan dan penawaran barang S masing-masing ialah P=10+0.2Q


dan P= 2=0.2Q dengan P = harga dan Q =kuantiti.Jika persamaan permintaan berubah
kepada P= 7-0.3Q,apakah yang akan berlaku?

A kuantiti dan harga turun


B kuantiti dan harga berubah
C kuantiti turun dan harga berubah
D kuantiti bertambah dan harga turun

944/1SULIT
5
11 Jika keanjalan permintaan suatu barang ialah 0.20 ,kenaikan harga dari RM10 ke
RM11 per unit , akan mengubah kuantiti yang diminta dari 1000 unit ke?
A 880 unit
B 980 unit
C 1020 unit
D 1200 unit

12 Sebuah firma dapat menjual sebanyak 15 000 unit apabila harga barangnya ialah
RM5.00 per unit. Apabila harga naik sebanyak RM1.00 per unit, jualannya merosot
menjadi RM12000 . Ini bermkana keanjalan permintaan harganya ialah
A - 0.38
B -0.60
C - 1.67
D -2.50

13 Keanjalan permintaan silang bagi barang B terhadap barang C ialah 3. Jika kuantiti
diminta barang B yang asal ialah 100 unit , berapakah kuantiti barang B yang baru jika
barang C naik daripada RM6 kepada RM9 per unit?
A 30 unit
B 70 unit
C 300 unit
D 250 unit

14 Keluk penawaran bagi kereta MyVi akan beralih ke kiri jika

A harga kereta Viva meningkat


B harga besi dan keluli meningkat
C harga kereta Perodua Kancil jatuh
D tariff terhadap kereta import dikurangkan

15 Seorang pelajar membelanjakan pendapatannya untuk tiga jenis barang, iaitu buku,
majalah dan baju. Apabila semua wangnya dibelanjakan, utiliti sut ketiga-tiga barang
tersebut adalah seperti jadual beikut

Barang Harga (RM) Utiliti sut


Buku 20 50
Majalah 10 30
Baju 40 40

944/1SULIT
6
Apakah tindakan yang harus diambil oleh pelajar tersebut supaya keseimbangan
penggunaan tercapai?
A menambah perbelanjaan atas baju dan mengurangkan perbelanjaan majalah
B menambah perbelanjaan atas baju dan mengurangkan perbelanjaan atas buku
C mengurangkan perbelanjaan atas baju dan menambah perbelanjaan atas buku
D mengurangkan perbelanjaan atas buku dan majalah dan menambah perbelanjaan
atas baju

16 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti baju dan harga yang sanggup dibayar oleh
seorang pengguna

Kuantiti baju (unit) Harga (RM)


1 15.00
2 14.00
3 13.00
4 12.00
5 11.00
6 10.00
7 9.00
8 8.00

Berdasarkan jadual di atas, berapakah lebihan pengguna jika harga pasaran ialah
RM10.00?

A RM5.00
B RM10.00
C RM15.00
D RM20.00

17 Pada peringkat awal pengeluaran, kos purata jangka panjang berkurangan apabila
pengeluaran meningkat. Ini disebabkan

A ekonomi ikut bidangan


B disekonomi ikut bidangan
C hukum pulangan berkurangan
D pulangan berkurangan ikut bidangan

18 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan pertalian antara keluaran fizikal
sut (MPP) dengan keluaran fizikal purata (APP)?

A apabila APP meningkat, MPP meningkat


B APP memotong MPP pada titik maksimum
C Mpp mencapai tingkat maksimum apabila MPP=0
D MPP beradad di atas MPP semasa APP meningkat, dan MPP berada di bawah
APP semasa APP menurun

944/1SULIT
7

19 Jadual dibawah menunjukkan hubungan tingkat output dengan jumlah kos dan kos
berubah purata.

Tingkat Output Jumlah kos (RM) Kos berubah purata(RM)


Q0 18 000 900
Q1 24 750 ?

Jika kos tetap ialah RM4500 dan Q1-Q0 =3,berapakah kos berubah purata pada tingkat
output Q1?.

A RM1000
B RM1125
C RM1375
D RM1500

20 Jika sebuah firma mengalami ekonomi bidangan ketika output meningkat,keluk kos
purata jangka panjang akan

A berbentuk U
B mencerun keatas dari kiri ke kanan
C mencerun kebawah dari kiri ke kanan
D sentiasa berada diatas keluk kos sut jangka pendek

21 Gambar rajah dibawah menunjukkan keluk hasil sut(MR),hasil purata(AR),kos


sut(MC) dan kos purata(AC) bagi sebuah firma monopoli yang mengamalkan
diskriminasi harga.

Hg/kos(RM) Hg/kos(RM) Hg/kos(RM)

40.00 MC

30.00 35.00 AC
20.00
AR1 17.00
MR1 MR2 AR2
Qty Qty Qty(unit
21 100
Berapakah
200 jumlah untung monopoli150
tersebut?
300 250 )

A RM 750.00
B RM 4250.00
C RM 4500.00
D RM 4750.00

944/1SULIT
8
22 Antara yang berikut,yang manakah yang perlu wujud bagi membolehkan firma
monopoli memaksimumkan untung?.
A hasil sut menyamai kos sut
B hasil purata menyamai kos purata
C hasil purata lebih besar daripada hasil sut
D kos purata adalah minimum manakala hasil purata adalah maksimum

23 Antara yang berikut,yang manakah merupakan cirri yang sama antara firma
bermonopoli dengan oligopoli?.
A persaingan bukan harga
B kebebasan keluar masuk
C kuasa menentukan harga
D untung lebih normal dalam jangka panjang.

24 Permintaan terhadap faktor buruh dianggap permintaan terbitan kerana

A dipengaruhi oleh tingkat harganya


B dipengaruhi harga barang keluarannya
C berlaku dalam pasaran persaingan sempurna
D dipengaruhi oleh permintaan terhadap barang keluarannya

25 Permintaan terhadap faktor pengeluaran bersifat anjal apabila

A keuntungan yang diperoleh oleh firma adalah kecil


B barang yang dikeluarkan mempunyai banyak pengganti
C terdapat persaingan dengan faktor pengeluaran yang lain
D jumlah kos yang dibayar kepada faktor pengeluaran adalah kecil

26 Dalam pasaran persaingan sempurna, upah ditentukan oleh

A daya pengeluaran buruh


B jumlah jam bekerja buruh
C mekanisme pasaran buruh
D jumlah buruh dalam pasaran

27 Jika kesatuan sekerja berjaya meningkatkan daya pengeluaran sut buruh, apakah
kesannya ke atas kuantiti buruh dan jumlah pendapatan buruh ?
Kuantiti buruh Jumlah pendapatan
A turun turun
B naik naik
C naik turun
D turun Naik

944/1SULIT
9
28 Encik Adam berkelulusan Sarjana Perakaunan, sebagai seorang pegawai bank.
Pendapatan beliau ialah RM3 500. Encik Adam berbakat sebagai seorang pemuzik dan
beliau boleh mendapat pendapatan sebanyak RM3000 sebulan. Jika beliau bekerja
sebagai pengajar sambilan di universiti , ia akan mendapat RM2500. Dengan demikian ,
perolehan pindahan dan sewa ekonomi yang diperolehnya ialah

A RM3000 dan RM500


B RM500 dan RM3000
C RM2500 dan RM500
D RM2500 dan RM3000

29 Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai dasar harga minimum?
A dasar penetapan harga lebih rendah daripada harga keseimbangan
B dasar penetapan harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan
C kerajaan akan membeli semua lebihan penawaran yang berlaku
D bertujuan untuk memastikan para petani tidak tertindas

30 Gambar rajah di bawah menunjukkan kesan pemberian subsidi oleh kerajaan ke atas
suatu barang. E1 ialah titik keseimbangan sesudah subsidi diberikan

Harga (RM)
D S
P0 A
S1
P Eo B

P1 E1
S
S1 D

Q Q1 output (unit)

Berapakah jumlah subsidi yang diterima oleh pengeluar?


A PP1E1B
B P0ABP
C P1E1AP0
D P10Q1E18

Bahagian B [30 markah]


Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa 50 minit bagi
menjawab soalan bahagian ini.

944/1SULIT
10

1 (a) Dengan contoh ,bezakan barang percuma dengan barang ekonomi?


[2m]
(b) Dengan bantuan gambar rajah terangkan kesan pilihan masa kini terhadap
keluk kemungkinan pengeluaran masa depan.
[4m]
2. Dengan bantuan gambar rajah terangkan kesan kepada keluk permintaan kamera
berfilem sekiranya:

(a) Harga filem menjadi murah [3m]


(b) Harga kamera digital menurun [3m]

3. Jelaskan mengapa beras mempunyai keanjalan sifar berbanding dengan cendol


yang dianggap mempunyai keanjalan lebih daripada satu. [6m]

4 Dengan memberikan contoh,huraikan secara ringkas apakah yang dimaksudkan


dengan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam suatu proses pengeluaran.
[6m]

5. Bezakan ciri-ciri pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli. [6m]

6. Huraikan tiga cara bagaimana kerajaan menggunakan pencukaian bagi


mewujudkan pengagihan pendapatan yang lebih setara dikalangan rakyat. [6m]

7 Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana sesebuah firma menentukan


kuantiti buruh yang digunakan untuk memaksimumkan keuntungan. [6m]

8 (a) Apakah rundingan kolektif? [2m]


(b) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan kegagalan tuntutan upah melalui
rundingan kolektif. [4m]

Bahagian C [ 20 markah ]
944/1SULIT
11

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa 35 minit bagi
menjawab bahagian ini.

9 (a) Dengan bantuan gambar rajah,bezakan antara perubahan kuantiti ditawar


dengan perubahan penawaran. [4m]

b) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan penawaran. [6m]

10 (a) Apakah yang dimaksudkan keanjalan permintaan harga? [2m]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah , terangkan jenis-jenis keanjalan


permintaan harga . [8m]

11 Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan kepada upah di pasaran buruh jika

( a) Dasar kerajaan memperbanyakan intitusi berasaskan kemahiran .


( b) Kejayaan kesatuan sekerja menuntut upah minimum.
(c ) Kesatuan sekerja mengetatkan syarat keahlian. [10m]

12 ( a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan


faktor bagi firma persaingan sempurna diterbitkan. [6m]

( b ) Dengan contoh berangka bezakan upah wang dengan upah benar.


[4m]

Bahagian D [ 20 markah ]

944/1SULIT
12
Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa 35 minit bagi
menjawab bahagian ini.

13 Persamaan permintaan bagi pasaran kereta ialah Qd=100-2P dan fungsi penawaran
Qs=20+2P

a) Berapakah tingkat harga dan kuantiti keseimbangan kereta dipasaran ?.


[2m]
b) Bentukkan jadual permintaan dan penawaran. [2m]
c) Lukis rajah keseimbangan pasaran kereta. [2m]
d) Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 2.00 seunit,lukiskan keluk
penawaran yang baru pada graf soalan (c) [2m]
e) Berapakah beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan penjual. [2m]

14 Jadual di bawah menunjukkan permintaan barang X dan barang Y.

Kuantiti di tawarkan (unit)


Harga (RM)
Barang X Barang Y
2.00 10 7
3.00 19 9
4.00 28 11
5.00 37 13

(a) Hitung keanjalan penawaran barang X apabila harga turun daripada


RM4.00 kepada RM3.00? [2m]
(b) Jika harga meningkat daripada RM3.00 kepada RM4.00, hitung keanjalan
penawaran bagi barang X dan keanjalan penawaran barang Y. [3m]
(c) Antara barang X dan barang Y, yang manakah mungkin merupakan
barang pertanian. Jelaskan jawapan anda. [3m]
(d) Andaikan harga barang X tidak berubah. Perubahan harga bagi barang Y
daripada RM3.00 kepada RM4.00 telah menyebabkan keluk penawaran
barang Y beralih ke kanan daripada keluk asal. Apakah hubungan antara
barang X dan barang Y? Jelaskan jawapan anda. [2m]

15 Sebuah firma pasaran persaingan sempurna mempunyai kos berubah purata(AVC)


pada pelbagai tingkat output seperti didalam jadual dibawah ini.

944/1SULIT
13

Output (unit) AVC(RM) Jumlah Kos (RM) Jumlah Untung (RM)


1 120.00
2 100.00
3 96.67
4 107.50
5 118.00

Diberi kos tetap ialah RM100 dan keluarkan hasil sut ialah RM150

a) Lengkapkan jadual diatas. [3m]


b) Berapakah keluaran firma untuk memaksimumkan keuntungannya? [2m]
c) Berapakah keluaran firma untuk mencapai titik pulang modal? [2m]
d) Berdasarkan jadual,buktikan bahawa P=AR=MR. [3m]

16 Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran dan kuntiti buruh yang digunakan
dalam proses pengeluaran sebuah firma.

Kuantiti buruh ( unit ) Jumlah keluaran ( unit )


1 7
2 19
3 34
4 48
5 58
6 58
7 56

(a) Hitung keluaran fizikal purata dan keluaran fizikal sut pada setiap tingkat buruh
[2m]
(b) Jika harga keluaran ialah RM6 seunit, hitung keluaran hasil purata dan keluaran
hasil sut pada setiap tingkat buruh. [2m]
(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil purata dan keluk
keluaran hasil sut. [3m]
(d) Jika kadar upah adalah RM60.00, berdasarkan graf
( i ) tentukan tingkat keseimbangan penggunaan buruh [1m]
( ii )hitung keuntungan firma [2m]

944/1SULIT

You might also like