Usul Fiqh

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

USUL FIQH

PERGERTIAN ILMU USUL FIQH

 Usul
i. Asas,usul,rajah dan kaedah

 Fiqh
Bahasa:

i. Memahami tentang sesuatu

Istilah

i. Ilmu tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama


mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak yang berkaitan
dengan perbuatan mukalaf daripada dalil-dalil tafsili.

ii. Suatu kaedah yang digunakan sebagai alat untuk mengeluarkan


hukum praktikal yang bersumberkan dalil Qat’I dan Zanni.

iii. Ilmu tentang kaedah-kaedah yang dijadikan perantaraan untuk


keluarkan hukum-hukum syarak yang praktikal daripada dalil-
dalil tafsili.

KAEDAH PENYUSUNAN

 ULAMA SYAFI’I

i. Berdasarkan nas/menetapkan kaedah yang disokong oleh dalil

ii. Meninggalkan kaedah yang bertentangan dengan dalil tanpa


mengambil kira keselarasan masalah fiqh.
iii. Ketetapan kaedah itu menyamai/tidak dengan kaedah yang
ditetapkan oleh imam mereka

iv. Mereka mengemaskini kaedah yang diperkukuhkan dengan dalil


mantiq.

 ULAMA HANAFI

i. Berdasarkan zan /sangkaan yang kuat imam mereka

ii. Berpandukan dan berdasarkan furu’ serta perlu mencukupi semua


furu’

iii. Kaedah yang digunakan sesuatu lafaz tidak boleh digunakan


untuk makna hakiki dan majazi serentak serta lafaz musytarak
tidak boleh digunakan kecuali untuk satu makna sahaja.

 ULAMA MUTAKHIR

i. Memantapkan kaedah usul dan membawa dalil serta


diimplitasikan/dicantumkan kaedah-kaedah usul kepada masalah
fiqh.

ii. Merupakan gabungan kedua-dua kaedah al-Syafi’i dan Hanafi


SKOP PERBAHASAN

1) Menganalisa cara-cara mengeluarkan hukum syarak

2) Membahaskan tentang kaedah-kaedah hukum syarak yang umum

3) Istinbat/mengeluarkan hukum syarak daripada dalil-dalil dan nas


serta beramal

FAEDAH

 Mengetahui cara mengeluarkan hukum syarak

 Mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat


menentukan hokum terhadap mukallaf

 Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah-ubah mengikut


zaman

 Mengetahui cara ulama mujtahid menggunakan kaedah usul fiqh


menetapkan hukum

 Memudahkan ulama mengeluarkan hukum/fatwa kerana mempunyai


panduan dan landasan

You might also like