Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Guru Besar:

A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung
dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan
guru di sekolah sebagaimana berikut:

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua


kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.

2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi


semua kakitangan di bawah jagaannya.

3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,


penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.

4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan


kursus dalam jawatan.

5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian


kakitangan di sekolahnya.

6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan


tugas kakitangan sekolahnya.

7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.

8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan


bukan guru.

9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan
Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.

10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di


sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.

11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur
dan sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan
ditetapkan itu berjalan dengan lancar.

13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan
sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala
keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah


yang melibatkan guru dan kakitangan.

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan


Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan
yang lain.

B. Kewangan:

1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan


perbelanjaan pembangunan.

2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran


yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.

3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber
pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.

4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang


dilakukan oleh pihak sekolah.

5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun
dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang
Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit


akaun sekolah secara teratur dan kemas.

8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar


sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.

9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan
dengan teratur dan kemas kini.

11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang
runcit dan sebagainya.

12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan
sempurna mengikut peraturan yang ada.

13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan
menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:

1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya


dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.

2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan


sekolah dari semasa ke semasa.

3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang


diadakan di sekolah.

4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan
dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.
D. Pembangunan Kakitangan:

1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan
guru untuk pengayaan dirinya.

2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam
perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.

3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian
di peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar:

1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan


yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:

1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,


berkesan dan mengikut perancangan.

2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh


Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.

3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di


sekolah berjalan dengan sempurna.

4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan


menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk


memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.


7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu
sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.

8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-


jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.

9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang
akademik.

G. Ko-Kurikulum:

1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-
pasukan unit pakaian seragam.

2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik,


teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.

3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-
kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit
berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar:

1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa


pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.

2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang


praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.

3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar


yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik
dan sukan.

4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang


dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar,
perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik,
iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa,
keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan:

1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan


terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.

2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas


pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan
pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.

3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan


Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang
dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.

4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru
dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran
mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan
dibuat pada setiap hujung tahun.

1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS

1.1 Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan
diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri
dan negara.
1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu,
penugasan guru dan sebagainya.
1.3 Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku
pelajar.
1.4 Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-
data untuk perancangan dan tindakan susulan.
1.5 Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod
guru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP.
1.6 Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan
kurikulum dari masa ke semasa.
1.7 Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.
1.8 Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan
bimbingan kepada guru dan pelajar.
1.9 Mengajar sebilangan waktu.

2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID

2.1 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh.


Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpa
dengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.
2.2 Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilai
keberkesanannya.

3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)

3.1 MURID-MURID

3.1.1 Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.


3.1.2 Menyelia buku jadual kedatangan murid.
3.1.3 Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.
3.1.4 Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai
pelajar yang layak dan tidak layak.
3.1.5 Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti
menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid.
3.1.6 Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna
supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid.
3.1.8 Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.
3.1.9 Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah.

3.2 PENGURUSAN PERSONEL

3.2.1 Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke


dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.
3.2.3 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa
ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan
menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
3.2.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang
kuasanya.
3.2.5 Menjaga kebajikan kakitangan.

3.3 KEWANGAN

3.3.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod


akaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.
3.3.2 Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat
tindakan susulan ke atas laporan audit.
3.3.3 Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.
3.3.4 Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat
anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL

3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah


berada dalam keadaan baik.
3.4.2 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.
3.4.3 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.
3.4.4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat
pengagihan yang berkesan.
3.4.5 Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.
3.4.6 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.

4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)

4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman,
perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan
pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.
4.2 Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dan
salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan
`learning experiences’ murid.
4.3 Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.
4.4 Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

5.1 Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus,
seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja.
5.2 Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang
lebih berkesan.
5.3 Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.

GURU PENOLONG KANAN 1

PENTADBIR

A. Bidang Tugas:
1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa
ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang
ditetapkan dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait
dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan
masyarakat dan juga keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang
mempunyai sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan
pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya
berjalan dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara
teratur dan baik.
4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat
sumber, makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan
itu dilakukan dengan baik.
6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum
dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum
dan mencadangkan tindakan susulan.
8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan
ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan yang ada di sekolah.
10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-
lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian
bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami
kecemasan.

C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru
sekolah adalah adil dan saksama.

2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga
perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam
menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi
sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan
dan permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap
salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga
perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:


1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan
keindahan sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya
oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan:
1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru
Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan
mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

F. Kantin:
1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.

G. Buku Teks:
1 Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan
sekolah.

H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana
yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang
diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun
yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.

1. KURIKULUM

1.1 Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual waktu
gantian.
1.2 Pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Penyeliaan dan penilaian.
1.4 Perlaksanaan kursus pengajian.
1.5 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggalan.
1.6 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1./ Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru.
1.8 Kajian laporan kurikulum.
1.9 Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian.
1.10 Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN – UPSR.

2.

3. PENGURUSAN

2.1 Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan.


2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru /
kakitangan.
2.3 Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan
perangkaan.
2.4 Membantu merancang takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.8 Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah.

4.
5. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD)

3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah – keceriaan /


keindahan / kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan – mencegah kebakaran.
3.3 Mengadakan kursus motivasi murid.

6.

7. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

4.1 Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
4.2 Menghadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain.

8.

9. PEMBANGUNAN ORGANISASI (SYNERGY)

5.1 Hubungan ibu bapa / masyarakat.


5.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

GURU PENOLONG KANAN 2 (PK HEM)

TUGAS PENOLONG KANAN


HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan
Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang
pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum,
disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur
mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan
kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan
dan kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru
dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di
sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan
bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu
dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen
dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar
ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil
berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama
Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam
menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat
sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh
guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan
bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap
mengenai pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:


1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan
sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
pelajar-pelajar baru.

E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di
sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna
seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah
untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di
kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:


1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar
yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan,
pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.
G. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan
pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para
pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan
pelajar yang layak menerimanya.

H. Ko-kurikulum:
Sukan Dan Permainan:
1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan
di semua peringkat.

Persatuan Dan Kelab:


1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:


1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan
pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang
disediakan di sekolahnya.
Koperasi Dan Simpanan Pelajar:
1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di
peringkat sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan
Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan
di kalangan pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:


1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-
kurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi
dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk
para pelajar.
Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)

1. DISIPLIN

1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.


1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.
1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.
3. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4.

1.2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.


1.2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
1.2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah
dilaksanakan.

5. KESIHATAN

1.3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.


1.3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad
tenaga asas.

7. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

1.4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.


1.4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.

9. BIASISWA DAN BANTUAN

1.5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.


1.5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

11. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN

1.6.1 Projek Susu Sekolah.


1.6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2. PENTADBIRAN.

2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid


2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.
2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.7 Membantu merancang takwim sekolah.

4. KURIKULUM.

3.1 Pengajaran dan pembelajaran.


3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.

6. KO-KURIKULUM

4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan /
kelab serta pasukan unit beruniform.
4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.
4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.
4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.

8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)

5.1 Menghadiri kursus.


5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)
5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.
5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.
5.5 Penglibatan dalam PIBG.

GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

TUGAS PENOLONG KANAN


KO-KURIKULUM

1. PENGURUSAN KURIKULUM:
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai
contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan
lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN


KELAB):
2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

3. PENGURUSAN:
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.
3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah
diambil penjelasan.
3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan
pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan
program khas untuk mereka.
4. PEMBANGUNAN DIRI STAF:
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/ko-kurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi
kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/ko-kurikulum bersepadu.

5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:


5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.
5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

6. SUKAN DAN PERMAINAN:


6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di
semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7. KELAB/PERSATUAN:
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.

8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:


8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:


9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan
stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.
9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan
anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh
jabatan atau kementerian.
9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/
MSSM.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.

1. PENGURUSAN KURIKULUM

1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya.


1.2 Melaksanakan pengajaran- pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan
kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan betul dan sistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan lancar.
1.5 Merancang program aunjuran keluar bilik darjah.

2. KO-KURIKULUM : SUKAN, PERMAINAN, UNIT BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB.

2.1 Merancang takwim permainan setiap bidang.


2.2 Memilih kumpulan peserta elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid.

4. PENGURUSAN
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah.
3.3 Menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti ko-kurikulum yang dirancang telah
diambil.
3.4 Membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras Hari Ucapan dan Perayaan sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian
prestasi rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data ko-kurikulum diselenggara dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju - mengadakan program khas
untuk mereka.

6. PEMBANGUNAN DIRI MURID

4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.


4.2 Menganggotai Jawatankuasa Ko-kurikulum / Kurikulum yang dibentuk oleh sekolah
bagi kemudahan murid.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras Kurikulum / Ko-kurikulum bersepadu.

8. PERKEMBANGAN KENDIRI (PERSONEL SYNERGY)

5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.


5.2 Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas:
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981
menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan
para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum
sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-
kira pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa
itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah,
ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu
kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual
pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para
pelajar.

Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik
sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan
tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan
memberi sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh
sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga
dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas
semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali
dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah
seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertang-
gungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan
bagi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan
guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru:


1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu
tinggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang
diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah
hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan
menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa
dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali
guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan
pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada
pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan
dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah
adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru
menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan,
menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan
memeriksa buku latihan pelajar.
8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang
bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-
lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:


1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku
Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan
sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu
persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan
peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru
itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi
untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod
Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila
guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar
memerlukan agar dia berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:


1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa
bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera
perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar.
Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar
atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan
disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk
mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai
pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul
guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah.
Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah,
merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan
mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah,
membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar.
5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.
6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai
untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut
hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan
segera.

Pakaian:
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu
petang semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu
diurus dan kelihatan kemas.

Pelawat:
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam
bilik darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka
mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh
dibuat di dalam bilik guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak
atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru
atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

Lawatan:
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan
Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya
lima minggu sebelum lawatan dilakukan.

Kutipan Wang:
1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab
perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan
oleh persatuan dan kelab.
Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar
jumlahnya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


GURU KELAS

Bidang Tugas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual
kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama
pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor
sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada
memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah
mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan
ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku
jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut
suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis,
perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan
pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan
mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual
kedatangan dan buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada
pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat
jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan
memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam
semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK
HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan
masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru
dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan
Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang
masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu
menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping
menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas
pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada
masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah,
maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah
kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang
akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah,
daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.
Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai
dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat
lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke
semasa di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari
persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan
tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh
para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan
dan di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan
besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan
sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada
pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan
masalah pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk
menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-
majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.
Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan
mengumumkan kelas yang paling kotor.

TUGAS PEMBANTU TADBIR SEKOLAH

1.0Menyediakan lembaran gaji setiap bulan.


2.0Menyediakan dan menyimpan :
2.1. Resit-resit bayaran
2.2. Baucar tuntutan
2.3. cek-cek sekolah
2.4. menutup akaun sekolah setiap bulan.
3.0Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran
4.0Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.
5.0Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.
6.0Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.
7.0Tugas-tugas lain :
7.1. Membuat penyata bulanan.
7.2. Menyelesaikan surat-menyurat.
7.3. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.
7.4. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan
SPBT.
7.5. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah.
7.6. Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah.
7.7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
8.0Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar
tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.
9.0Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.
10.0Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan)
11.0Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan
sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.

TUGAS PEMBANTU AM RENDAH

1.0Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan


dan Guru Besar.
2.0Menjaga kebersihan pejabat.
3.0Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.
4.0Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan Pendidikan Negeri.
5.0Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan
dihantar.
6.0Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.
7.0Membantu kerani dalam urusan pejabat.
8.0Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.
9.0Menjaga buku rekod pejabat.
10.0Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.
11.0Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah
menggunakan mesin pendua.
12.0Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan
Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu.
13.0Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.
14.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

TUGAS PEKERJA RENDAH AM

1.0Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.


2.0Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil
yang tidak berguna di kawasan sekolah.
3.0Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga
semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.
4.0Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang
permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.
5.0Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.
6.0Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan
pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah.
7.0Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.
8.0Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan
sekolah.
9.0Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin.
10.0Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.
11.0Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan
juga longkang sekolah.
12.0Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas
digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.
13.0Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan selesa.
14.0Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari
kecuali hari perhimpunan dan cuti am.
15.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

You might also like