Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAHAN BUKAN LOGAM

BAHAN BUKAN LOGAM


Kemajuan teknologi moden sekarang telah memungkinkan penghasilan berbagai-bagai jenis
bahan bukan logam seperti:
i) Kaca
ii) Plastik
iii) Bitumen dan asfalt
iv) Cat
Pada hari ini kita boleh melihat hasil daripada bahan bukan logam ini telah depelbagaikan.

1)KACA
Kaca merupakan bahan bukan logam yang kita dapat lihat setiap hari dengan pelbagai jenis.
Anataranya ialah kaca optic, kaca keselamatan, kaca untuk memesongkan pancaran atau sinaran,
jubin kaca dan blok-blok untuk bangunan.

Jenis kaca yang paling ringkas ialah silika, namun disebabkan takat leburnya sangat tinggi iaitu
1713 Darjah Celcius, kaca ini lebih mahal daripada jenis-jenis aloi kaca yang lain. Kaca
borosilikat diperolehi dengan menggunakan boraks atau asid boric, di samping soda. Takat
leburnya rendah dan ianya lebih stabil dari segi fizikal dan kimia. Kaca kimia dan kaca pireks
ialah contoh kaca borosikat yang tidak mudah pecah apabila dikenakan suhu mengejut. Plumbum
Oksida kadang-kadang digunakann untuk mengantikan kapur sebagai agen penstabil.

Jenis-jenis kaca:
a) Kaca Plat dimana kualiti permukaanya lebih baik daripada kaca kepingan dengan kurang
heroten.
b) Kaca Kepingan member pandangan yang pada hakitkatnya terang dan tidak herut.
c) Kaca Penyerap Haba merupakan kaca kepingan yang berwarna dan menyerap sejumlah
besar sianaran matahari, malah ianya megurangkan pembentukan haba disekitar bangunan.
d) Kaca Sepoh merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan rintangan
pada hentaman dan tegasan haba.
e) Kaca berlapis keselamatan mangandungi kepigan nipis dan kukuh berlapiskan plastic
lutsinar.
f) Kaca Berdawai diaman jejaring dawai dimasukan ke dalam kaca yang digelekkan semasa
pengilangan.
g) Kaca Penebat mengandungi dua lapisan kaca yang dipisahkan oleh ruang kedap udara.
2) PLASTIK
Plastik wujud disekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Campuran plastik dengan
bahan-bahan lain boleh memperbaiki bahan tersebut seperti berikut.

Kayu Tidak mudah terbakar

Getah Menjadi kuat

PLASTIK Besi Tidak berkarat

Kertas Bertambah kuat

Terdapat banyak plastik yang berlainan. Ada jenis-jenis plastik dibuat daripada selulos kayu,
kapas dan tumbuhan lain. Sesetengah plastik terdiri daripada dammar tulin seperti minyak dan
juga dammar tiruan.

Jenis-jenis plastik
a) Polyseste – merupakan bahan plastik yang lutsinar dan dikenali sebagai venil. Terdapat dua jenis
venil iaitu jenis lembut dan keras. Venil keras biasanya digunakan pada kemasan
lantai dan juga perusahaan membuat kabel dan dawai. Permukaan tangki asid dan
gas yang mudah dihakis dikemaskan dengan bahan ini.

b) Arcylic plastik – ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak digunakan untuk membuat kanta. Dalam
industri binaan ianya digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilan-kilang dan
juga bagi membuat tingkap kaca.

c) Polisterin – ianya digunakan dalamm pembuatan cat yang boleh larut. Ianya merbaiki mutu cat
supaya dapat tahan lama dan kalis air.

d) Polyethylene – ianya amat ringan jika dibandingkan dengan plastik-plastik yang lain.
Walaubagimanapun, ianya amat kukuh dan pada masa sekarang ia mula pesat
digunakan sebagai pengganti bingkai tingkap.

Ciri-ciri plastik:

1. Mempunyai kekuatan tegagan tinggi dan kadar kekenyalan yang rendah.


2. Tindakbalas dalam suhu yang tinggi iaitu menjadi lemah apabila dikenkan suhu yang tinggi.
3. Pengaliran haba bagi plastik yang padat sama seperti kayu.
4. Pengaliran elektrik menjadi penebat elektrik yang baik.
5. Pergerakan haba iaitu mengembang dengan banyaknya apabila panas dengan kadar lebih tinggi
daripada logam.
6. Tindakbalas dalam kebakaran iaitu plastik boleh dibakar tetapi dalam penambahan bahan
tambahan tahan api.
7. Pergerakan kelembapan iaitu kebanyakan plastik menyerap air dengan amat sedikit.
8. Daya ketahan iaitu plastik tidak berkarat.
3)BITUMEN & ASFALT

Bitumen ialah nama am untuk semua hidro karbon. Bahan yang tergolong dalam keluarga
bitumen alah asfalt,tar dan pitch. Asfalt ialah pepejal atau separa pepejal yang didapati dari
dalam keadaan semulajadi yang juga boleh dihasilkan dengan memproses petroleum. Asfalt
ssemulajadi boleh didapati dalam bentuk:

 Lake Asfalt(pasir asfalt) – didapati dalam tanah


 Rock Asfalt(batu asfalt) – didapati dicelah batu
 Gilsonite – didapati melalui bumi seperti arang batu

Tar pula terhasil apabila proses mereputkan bahan-bahan seperti arang batu, kulit-kulit kerang,
tulang-tulang biantang dan benda-benda lain. Manakala pitch terhasil apabila tar diproseskan
melaluli proses distillatilation.

Ciri-ciri Bitumen:

i. Warna coklat gelap atau hitam


ii. Tahan air atau wap
iii. Tahan serangan asid dan alkali tetapi tidak tahan pada minyak
iv. Menjadi lembut apabila terdedah kepada cahaya matahari

Kegunaan Asfalt:

i) Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab


ii) Bahan perekat dan film
iii) Hasilkan cat
iv) Jubin lantai

BITUMEN
4)CAT

Cat adalah bahan yang member perlindugan dan kecantikan kepada permukaan bahan-bahan
binaan. Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindugan bahan supaya tahan
lebih lama, menembahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan.

Jenis-jenis cat:

1. Cat minyak – cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Dalam proses
mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan
kemasan.
2. Cat air – cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh
denga air ssemasa digunakan. Cat ini deperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan
kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan
konkrit.
3. Cat distemper – cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapurr
mati, dibancuh dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa
digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit.
4. Cat kegunaan khas
 Cat aluminium – digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada
permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.
 Cat bitumen – ia member perlindungan yang berkesan kepada bahan yang mudah
berkarat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang permandangannya tidak
diutamakan.
 Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah
tumbuhan kulat. Kegunaanya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang
mengalami kelembapan.
 Cat tahan api – cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunkan untuk
menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang
tertentu dalam perusaahan pembinaan.

You might also like