Professional Documents
Culture Documents
Kegunaan Bahan Radioaktif
Kegunaan Bahan Radioaktif
Kegunaan Bahan Radioaktif
Kegunaan Radioisotop
Isotop suatu unsur ialah atom-atom yang mempunyai bilangan proton
yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan. Isotop-isotop mempunyai
nombor proton Z yang sama tetapi nombor nukleon a yang berlainan.
Radioisotop ialah isotop yang nukleusnya tidak stabil. Radioisotop wujud
secara semula jadi atau dihasilkan apabila nukleus stabil dihentam dengan
zarah alfa, proton atau neutron. radioisotop akan mereput dengan memancar
sinaran radioaktif iaitu zarah alfa, zarah beta atau sinar gama. ciri-ciri reputan
dan sinaran radioaktif yang membolehkan radioisotop mempunyai kegunaan
yang luas ialah:
Perubatan
Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah
dalam rawatan radioterapi. Sinar gama ini juga digunakan untuk membunuh
kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum
dan picagari suntikan, alat pembedahan dan sebagainya. Radioisotop
natrium-24 disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan
kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah.
Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan
kedudukan tumor otak. Radioisotop iodin-131 digunakan untuk menentukan
aktiviti kelenjar tiroid. radioisotop ferum-59 digunakan sebagai unsur
penyurih peredaran besi dalam darah. teknetium-99m (m bermaksud
metastabil) merupakan satu penyurih yang sesuai digunakan di dalam badan
manusia sebab :-
(a) memancarkan sinar gama sahaja. Sinar gama boleh dikesan dari luar
badan dan tidak menyebabkan banyak pengionan semasa melalui tisu badan,
dan
Pertanian
Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan ditentukan dengan
mencampurkan fosfat yang radioaktif ke dalam baja. Selepas suatu masa,
tumbuhan itu diuji dengan pembilang Geiger-Muller. Sinaran radioaktif
daripada radioisotop digunakan untuk membunuh sertangga perosak.
Serangga perosak juga boleh dibiakkkan di makmal. kumudian didedahkan
kepada sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga itu boleh menjadi
mandul dan tidak dapat membiak.
Perindustrian
Dalam pembuatan kertas,kepingan plastik, dan kepingan logam,
pengawalan ketebalan secara automatik boleh dicapai dengan ,meletakkan
sumber zarah beta di sebelah kepingan dan pengesan di sebelah yang lain.
Jika kepingan itu terlalu nipis, pembilangan yang dicatat oleh pengesan
bertambah dan isyarat akan dihantar ke penggelek supaya tekanan pada
kepingan dikurangkan.
Tin dan bungkusan disemak dengan memancar zarah beta menerusinya. Jika
pembilangan bertambah, tin itu tidak diisi dengan penuh dan akan
disingkirkan.
(b) memancarkan zarah beta yang dapat menembusi tanah untuk dikesan .
(Zarah alfa tidak dapat menembusi tanah manakala sinar gama pula akan
menembusi paip yang tidak bocor).
Semasa pembuatan kain sintetik, kain dicaskan dan akan menarik
habuk serta kotoran dari udara. Sumber zarah alfa yang kuat digunakan
untuk menyahcas kain sintetik. Sinar gama yang mempunyai kuasa
penembusian yang tinggi digunakan untuk mengesan rekahan dalam yang
mungkin terdapat di dalam plat keluli.
http://keradioaktifan.tripod.com/kegunaan_bahan_radioaktif.htm