Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SURAU AL-

JANNAH
No. 2, Jalan Komoditi 23/9, Section 23, 40300 Shah Alam, Selangor D.E

Rujukan kami : Tarikh:

Kepada

Penyumbang / Penaja Moreh

Assalamu alaikum warahmatullah

Tuan/Puan,

Perkara : Penaja ‘Moreh’ Sempena Ramadhan

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa sempena Ramadhan pada


tahun ini pihak AJK Surau Al-Jannah telah merancang beberapa aktiviti bagi
menghidupkan malam Ramadhan. Aktiviti-aktiviti berkenaan termasuklah
mengadakan ‘Moreh’ selepas solat tarawih.

Pada Ramadhan tahun ini, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan
untuk menjadi penaja jamuan ‘Moreh’ di Surau Al-Jannah. Terpulang kepada tuan-
tuan/puan-puan untuk hidangan yang ingin disediakan samaada kuih-muih,
minuman dan sebagainya. Hidangan boleh dihantar terus ke surau Al-Jannah
sebelum selesai solat tarawih.

Semoga sumbangan daripada tuan2 diberkati oleh Allah S.W.T. dan dimurahkan
rezeki ke atas hambaNya yang menderma di bulan Ramadhan yang penuh barakah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Dan semua apa yang kamu sedekahkan
dari harta, maka Allah maha mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah ayat 273).

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

……………………………. …………………………….
Pengerusi Setiausaha

You might also like