Memorandum Khazanah Ilmu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Sarawak

History
department
Memorandum

Kami menyedari bahawa Sarawak Bumi Kenyalang adalah syurga warisan


sejarah dan ketamadunan.

Khazanah warisan ini telah sekian lama dengan sewenangnya digunakan


oleh pihak luar untuk kajian dan dokumentasi.

Kami berhak berkongsi hasil kajian tersebut dan mendapat manfaat ilmunya
untuk generasi akan datang.

Kami menuntut pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri


Sarawak untuk:

1. Membuka sebuah Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Malaysia


Sarawak.

2. Memanggil pulang dan melantik ilmuan Sarawak yang mempunyai


pengkhususan Anthropologi, Sejarah Sarawak, Arkeologi dan mana-mana
bidang berkaitan warisan Sarawak untuk menjadi tenaga pengajar di
Jabatan berkenaan.

3. Membawa pulang dokumen-dokumen berkaitan sejarah Sarawak di luar


Sarawak ke Sarawak.

4. Mengupayakan akses sumber sejarah Sarawak kepada semua


masyarakat Sarawak.

5. Memberi peruntukan yang khas dan sewajarnya kepada Jabatan


Muzium dan Antikuiti Sarawak dan Jabatan Pelajaran Sarawak untuk
memelihara dan memulihara pensejarahan Sarawak khususnya kepada
anak-anak Sarawak.

6. Menambah sukatan pelajaran berkenaan sejarah Sarawak dalam buku


teks di sekolah dan institut berkaitan.

You might also like