Laporan Pengurus Pengeluaran

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kerjasama antara ahli

syarikat amat penting bagi memastikan kejayaan sesebuah syarikat. Syarikat Exulspreneur

dianggotai oleh ahli-ahli yang sangat berdedikasi, bersemangat dan bersatu padu dalam

menjayakan sesebuah matlamat yang telah kami sasarkan pada awal penubuhan syarikat.

Pengurus pengeluaran ialah individu yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung

dalam menentukan arah tuju perkembangan syarikat. Bagi memastikan AJK dalam unit

pengeluaran adalah individu-individu yang benar-benar komited, pengurus besar syarikat

Exulspreneur telah menyediakan kriteria-kriteria yang tertentu bagi memilih ahli unit

pengeluaran. Antara kriteria tersebut adalah:

 Individu yang kreatif dan inovatif

 Individu yang mempunyai idea yang bernas bagi menghasilkan produk

 Individu yang komited terhadap kerja

 Individu yang amanah

 Individu bertanggungjawab

Berdasarkan kriteria terssebut, pengurus besar telah memilih enam orang untuk menyertai unit

ini.
Tugas Dan Tanggungjawab Pengurus Pengeluaran
 Belanjawan syarikat merujuk kepada segala perbelanjaan syarikat. Pada setiap awal

bulan, pengurus pengeluaran akan membuat perancangan yang teliti lagi rapi bagi bulan

tersebut. Hal ini kerana perbelanjaan yang terkawal akan mengekalkan prestasi syarikat

sentiasa berada di tahap yang terbaik.

 Pengurus pengeluaran bertanggungjawab memastikan kelangsungan kemasukan bahan

mentah bagi memastikan proses pengeluaran sentiasa bergerak dengan lancar.

 Selain itu, semua belian bahan-bahan mentah perlu direkodkan bagi memastikan proses

pengeluaran produk syarikat dapat berjalan dengan lancar dan juga bagi memudahkan

pendokumentasian produk.

 Tempat pengeluaran yang digunakan syarikat merupakan tanggungjawab pengurus

pengeluaran. Lantaran itu, kebersihan dan kekemasan tempat tersebut turut merupakan

salah satu daripada tanggungjawab pengurus pengeluaran.

 Selepas jualan, lebihan stok yang ada disimpan di bilik khas yang selamat dan bersih bagi

memastikan kualiti stok tidak terjejas. Oleh itu, pengurus pengeluaran telah menyimpan

lebihan stok dengan kemas, teratur dan sistematik di bilik khas yang tersedia bagi

kegunaan syarikat kami.

 Selain itu, pengurus pengeluaran turut bertanggungjawab memastikan segala produk siap

yang diperoleh daripada pihak pembekal mempunyai kualiti yang berada dalam

lingkungan dan spesifikasi yang dipersetujui oleh syarikat dengan pihak pembekal.

 Pengeluaran produk yang lancar hanya dapat dicapai dengan mengamalkan sebuah jadual

pengeluaran produk yang efisien, berkesan dan fleksibel. Jadual yang sedemikian telah

disediakan oleh pengurus pengeluaran syarikat Exulspreneur.


 Tanggungjawab yang paling penting bagi pengurus pengeluaran adalah memastikan

pengeluaran produk tidak mengakibatkan kerugian kepada pihak syarikat. Disamping itu,

pengurus pengeluaran haruslah berusaha memaksimakan keuntungan dalam setiap jualan

dan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat.

Hasil perbincangan pada awal penubuhan syarikat mengenai matlamat,syarikat Exulspreneur

dapat meminimakan hasil kerugian dan memaksimakan hasil keuntungan pada setiap kali

jualan diadakan walaupun kami hampir kerugian besar

You might also like