Rancangan Tahunan PJK

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia yang menekankan aspek kesihatan dan kecergasan pelajar-pelajar selaras

dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangasaan (FPK) untuk memperkembangkan

lagi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam mata pelajaran PJK,

pelajar-pelajar telah didedahkan kepada kecergasan fizikal yang dipelajari di dalam

matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan diri serta mental yang dipelajari di

dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan.

Selain daripada penekanan terhadap kecergasan fizikal, pelajar-pelajar juga

didedahkan kepada teknik dan taktik dalam sesuatu permainan seperti bola baling, bola

jaring, bola sepak, olahraga dan sebagainya. Selain itu, pelajar-pelajar juga di dedahkan

kepada pelbagai jenis pola pergerakan yang melibatkan perhubungan dengan alam

semulajadi yang dipelajari di dalam pendidikan pergerakan.

Dalam Pendidikan Jasmani juga telah menekankan unsur-unsur kecergasan di

mana ia merupakan unsur yang paling penting dalam pembangunan pendidikan jasmani.

Kecergasan yagn optimum boleh membantu pelajar dalam melaksanakan aktiviti harian

tanpa berasa lerih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang

perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item

ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.


2. RASIONAL

Melalui PJK, pelajar-pelajar dapat menilai kemampuan diri sama ada dari segi taknik dan

taktik permainan dan juga kecergasan dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar.

Pelajar-pelajar akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan Negara selaras

hasrat FPK kea rah merialisasikan Wawasan 2020.

3. MATLAMAT

Memastikan pelajar-pelajar sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti PJK

untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap pengetahuan sesuatu permainan secara

optimum.

4. PERANCANGAN PROGRAM PANITIA PJK BAGI TAHUN 2008

a. Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk

Pelajar Sekolah Malaysia (SEGAK)

b. Minggu Kecergasan dan Kesihatan

c. Pertandingan Folio Secara Berkumpulan

d. Peningkatan mutu p&p


PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL
KEBANGSAAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)
1 Objektif 1. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh
pentadbir sekolah
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod
kecergasan fizikal individu
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan
kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti
kecergasan secar sitematik
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan
prestasi semasa
2 Sasaran Semua pelajar bermula dari tingkatan 1-5
3 Masa Setahun dua kali (Mac dan Ogos)
4 Plan Operasi 1. Mesyuarat panitia pertama untuk memaklumkan tentang
pelaksanaan ujian SEGAK
2. Satu kursus dalaman akan diadakan untuk guru-guru PJK
untuk membiasakan diri dengan ujian-ujian yang perlu
dilaksanakan.
3. Setiap ujian akan direkodkan dan disimpan oleh guru PJK
dan diserahkan kepada Ketua Panitia untuk simpanan pada
akhir tahun.

MINGGU KECERGASAN DAN KESIHATAN


1 Objektif 1. Meningkatkan pengetahuan pelajr-pelajar tentang
kepentingan gaya hidup sihat.
2. Menggalakkan pelajar-pelajar mengamalkan gaya hidup
sihat
3. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental melalui
program kesihatan
2 Sasaran Semua pelajar SMK Air Merah
3 Masa Bulan Julai
4 Plan Operasi 1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana (JKP)
2. Mesyuarat JKP pertama:-
 menentukan bentuk, tarikh, syarat, acara dan hadiah
 pengagihan tugasan
 anggaran belanjawan
3. Penyebaran maklumat
4. Mesyuarat JKP kedua
 membuat refleksi dan penambahbaikan
5. Persediaan untuk minggu kecergasan dan kesihatan
6. Penyampaian hadiah
7. Refleksi dan dokumentasi program

PERTANDINGAN FOLIO SECARA BERKUMPULAN

1. Objektif 1. Mencungkil bakat di kalangan pelajar


2. Meningkatkan komitmen di kalangan pelajar

3. Menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar


2. Sasaran Tingkatan 1 dan 2
3. Masa Jun hingga Julai
4. Plam Operasi 1. Mengadakan mesyuarat panitia bagi menentukan:-

 tema bagi setiap tingkatan

 tarikh penghantaran folio

 bentuk penilaian

 hadiah

2. Setiap kelas diwajibkan menghantar 4 folio untuk

pertandingan

3. Penilaian oleh AJK Panitia

4. Pengumuman pemenang

5. Penyampaian hadiah

PENINGKATAN MUTU P&P

1. Memperbanyakkan buku-buku dan majalah tentang PJK

2. Mempelbagaikan kaedah P&P

3. Memperbanyakkan penggunaan peralatan untuk tujuan P&P


4. Kursus dalaman akan dilakukan dari masa ke semasa bagi meningkatkan

pengetahuan guru-guru tentang penggunaan peralatan dan P&P PJK

PENUTUP

Strategi yang disusun adalah semata-mata untuk meningkatkan kualti P&P seterusnya

membantu pelajar dalam pembentukan peribadi yang sempurna dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Keberkesanan dan kejayaan program ini akan dapat dicapai dengan

wujudnya bersama intensif dan komitmen yang padu antara semua guru PJK.

Pengubahsuaian akan dibuat dari masa ke semasa bagi memastikan setiap program

berjalan dengan lancar. Input dari semua semua sumber akan digunakan bagi

mengemaskinikan program yang dirancang.

Melalui program-program yang dirancangkan, diharap dapat melahirkan individu

yang sihat dari segi fizikal dan mental selaras dengan slogan “Badan sihat otak cerdas”,

memupuk semangat kerjasama dan daya saing dalam memberi sumbangan kea rah

pembangunan Negara. Selain itu, melalui program gaya hidup sihat ini, dapat

mengelakkan pelajar-pelajar dari aktivii-aktiviti yang tidak sihat.


SMK AIR MERAH
09000 KULIM KEDAH

RANCANGAN TAHUNAN
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN (PJK)
TAHUN 2008

Disediakan oleh:
NOORHASHILA BT ABDUL HAMID

BELANJAWAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN


KESIHATAN (PJK)

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)


1. Ujian ‘Segak’ 100.00
2. Minggu Kecergasan Dan Kesihatan 400.00
3. Pertandingan Folio Secara Berkumpulan 200.00
4. Bahan Bantuan Mengajar

A. Majalah 200.00

B. Buku Rujukan 400.00

B. Peralatan Sukan 550.00


5. Kursus Dalaman 150.00
JUMLAH 2000.00

You might also like