Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

ANALISIS NOVEL : KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN

NAMA MURID : MUHD FAIZ BIN IBRAHIM

NO. KP. : 960920-04-5091

TINGKATAN : 3 SIGMA

TAHUN : 2011

NAMA GURU :
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN
2. PENGHARGAAN
3. BIODATA PENGARANG
4. SINOPSIS CERITA
5. SINOPSIS BAB
6. TEMA
7. PERSOALAN
8. WATAK UTAMA
9. WATAK SAMPINGAN
10. LATAR
11. PLOT
12. TEKNIK PENCERITAAN
13. GAYA BAHASA
14. NILAI
15. PENGAJARAN
16. ULASAN MURID
17. RUJUKAN

Pendahuluan
Saya Muhd Faiz dan rakan-rakan dari kelas 3 Sigma telah ditugaskan
oleh guru kami,untuk menyiapkan folio novel Kanang Cerita Seorang
Pahlawan dalam masa dua bulan pada cuti skola. Saya berharap cikgu folio
ini telah lengkap sepenuhnya dengan mengikut kemahuan cikgu.

Sekian terima kasih

Penghargaan
Alhamdulillah saya telah meluangkan masa cuti saya dengan menyiapkan
folio ini dengan selengkapnya.Syukur ke hadrat ilahi.Dengan itu, saye ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru bahasa melayu saya ketika
saya di tingkatan dua kerana telah banyak membantu saya dan memberi
peluang kepada saya untuk menyiapkan folio ini.Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang banyak
memberi dorongan untuk menyiapkan folio ini.Tidak lupa juga kepada kakak
saya yang juga turut membantu saya untuk menyiapkan folio ini.Akhir
kata,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan saya
Nurfatihah dan Ahmad Fikri yang banyak membantu saya dalam
menyiapkan folio ini.

Sekian terima kasih.


Biodata Pengarang

Penulis cerita Kanang Seorang Pahlawan ialah Maznan Noordin. Beliau


dilahirkan di Kuala Lumpur dan menerima pendidikan awal di Sekola
Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Selepas itu, Maznan
melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera DiRaja Sungai Besi.

Maznan kemudian berkhidmat dalam angkatan tentera. Semasa


berkhidmat dalam angkatan tentera ini, beliau berpeluang mengikuti kursus
di Sekola Pertahanan Penerangan Tentera Darat Amerika di Fort Benjamin.

Disamping itu, maznan juga pernah mengikuti kursus di Sekolah


Pertahanan Darat Abri, Jakarta Indonesia dan di Universiti Malaya. Maznan
Noordin berhenti berkhidmat sebagai angkatan tentera semasa beliau
menyandang pangkat Mejar.

Dalam bidang penulisan , Maznan banyak menghasilkan cerpen dan


sajak. Cerpen dan sajak beliau banyak tersiar dalam majalah dan akhbar.
Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah novel dan novel Kanang
Cerita Seorang Pahlawan ini terhasil atas kerjasama DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.

SINOPSIS BAB
Novel ini mengisahkan kehidupan seorang perajurit, iaitu Kanang anak Langkau.
Kanang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di
Karangan Manok Nanga Meluan di Sarawak. Dia merupakan anak kelima daripada
enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau
dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan
neneknya.
        Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di ¡°Local Authority¡±. Selepas itu, dia
melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukangm masak, penoreh getah, dan
mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada
21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera
sebagai Iban Tracker.
        Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang
anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya
dilantik sebagai eskut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans
Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke kem Terentak Melaka, dia
berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan
pangkat sebagai Ketua Seksyen.
        Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah
mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat
daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlandar di wad selama
setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama
tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat
Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya
menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang
keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).
        Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai
Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan
seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan
pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos
1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. selepas bersara, dia dianugerahi
¡®Bintara Bintang Sarawak¡¯ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-
jasanya.

Bab 1: zaman kanak-kanak di nanga meluan

Kanang anak langkau dilahirkan di karangan manok,


nanga meluan, sarawak pada 2 mac 1945. Ibubapanya
berpisah sejak dia masih kecil. Kemudian dia tinggal bersama
dengan datuk dan neneknya. Kanang berbangsa iban dan
beragama pagan. Dia tinggal di rumah panjang karangan
manok. Kebanyakan penghuninya bekerja sebagai petani
dengan mengerjakan ladang lada dan padi huma. Dia adalah
seorng kanak-kanak yang nakal kerana tidak mendapat
belaian kasih sayang ibubapanya sejak kecil. Tiada sesiapa
pun berani menegurnya. Semasa kecil, dia tidak mempunyai
teman rapat lantaran sikap nakalnya. Dia hanya bersekolah
sehingga darjah tiga dan bukanlah seorang yang pandai.
Kanang amat berpegang kepada pantang larang yang
banyak membantunya dalam bidang ketenteraan.

Bab 2: anak remaja yang gelisah

Ketika remaja, kanang masih tinggal di nanga meluan.


Kanang mempunyai sebuah perahu yang berenjin. Kanang
sering bertukar pekerjaan semasa remaja. Selain bekerja
sebagai penoreh getah, kanang menjadi tukang masak
kepada mr. Ford. K anang kemudian ditawarkan bekerja
mengangkut arang batu oleh mr. Ford. Ini kerana
kebolehannya mengendalikan perahu. Namun pekerjaan itu
tidak lama kerana kontrak yang diberikan tidak disambung
semula. Kanang kemudian bekerja sebagai peraih
penumpang. Kehidupan zaman remajanya terumbang-ambing
tanpa arah tujuan

Pada suatu hari, bulan mac 1962. Kanang telah


menghantar dua puluh orang pemuda yang hendak
menghadiri temu duga bagi menyertai iban tracker.
Sementara menunggu mereka menjalani temu duga, kanang
telah dipelawa oleh seorang pegawai british menyertai
iban tracker. Akhirnya, kanang diterima sebagai iban
tracker dalam pasukan sarawak rangers pada 21 april 1962.
Dia kemudian dihantar ke sekolah latihan peperangan
hutan, ulu tiram, johor yang sekarang dikenali sebagai
pusat latihan tentera darat (pulada) bagi menjalani
latihan. Kanang mempelajari ilmu ketenteraan seperti
mengesan musuh dan persenjataan selama sebulan si situ.
Semangat patriotisme turut disemai di kalangan pelatih
termasuklah kanang. Selesai latihan, kanang kembali
semula menyertai pasukan sarawak rangers.

Bab 4: era pemberontakan brunei dan konfrontasi

Kanang memulakan kehidupannya sebagai seorang tentera. Kanang


bertugas dalam pasukan 42 komando tentera british pada tahun 1962 yang
berpangkalan di selat tebrau. Ketika itu berlaku pemberontakan azahari di
brunei. Pasukan kanang ditugaskan untuk mendapatkan kembali daerah
limbang yang dikuasai oleh pemberontak. Pemberontakan azahari berakhir
pada februari 1963.

Ketika itu juga bermula konfrontasi antara malaysia dengan indonesia.


Kanang dan enam orang iban tracker diarahkan untuk menjejak tentera
indonesia yang memasuki malaysia melalui kota tinggi. Selepas itu kanang
pulang semula ke ipoh. Belum pun hilang penat akibat perjalanan pulang
dari johor, kanang diarahkan ke singapura kerana pihak rejimen infrantri
singapura yang pertama memerlukan pasukan penjejak.

Pasukan kanang di bawah pimpinan leftenan yap diterbangkan ke


mersing untuk mengesan tentera indonesia yang mendarat di mersing. Pada
satu senja, mereka berjaya mengesan musuh dan berlaku pertempuran yang
dimenangi oleh pasukan kanang. Pada disember 1963, di lubuk antu,
sarawak, kanang dan pasukan 42 komando tentera komando british
bertempur dengan musuh dan dia hampir-hampir ditawan musuh. Berkat
kebijaksanaannya menyamar sebagai orang awam, dia berjaya melepaskan
diri.pada tahun 1964, kanang dipinjamkan ke pasukan 1st royal new zealand
army.

Bab 5: di ambang perkahwinan

Semasa kanang bercuti daripada tugasnya, bapa saudara helen telah


memperkenalkannya dengan helen latai anak intie yang tinggal di rumah
panjang skra hilir. Pertemuan itu menjadi titik permulaan percintaan mereka
dan akhirnya kanang ank langkau berkahwin dengan helen latai anak intie
pada 25 mei 1965 di simanggang.

belum pun sempat meraikan hari bahagia mereka, kanang telah


dipanggil bertugas dalam operasi mencari anggota 1st royal new zealand
army yang hilang. Selepas tiga hari operasi dilancarkan, anggota itu
akhirnya ditemui dalam keadaan cedera dan kakinya patah. Setelah operasi
itu berakhir, kanang pun pulang semula ke simanggang dan bermulalah
kehidupan berumah tangga.

Bab 6: zaman pancaroba

Kanang dikenali dengan nombor 901738 dalam batalion pertama


Rejimen renjer malaysia. Kanang telah dilantik sebagai ketua eskot. Pada
suatu hari, dia dituagaskan untuk menghantar catuan berjumlah 200
bungkus ke batu lintang, sarawak. Dalam perjalanan pulang, kenderaan
yang dinaikinya rosak dan menyebabkan dia lewat tiba di kem. Apabila
kompeni sarjan mejar mengarahkannya berkawal, kanang melanggar
perintah tersebut kerana dai terlalu penat. Dia berasa begitu kesal dengan
sikap kompeni sarjan mejar yang tidak bertimbang rasa itu. Kemudian dia
dinaikkan pangkat ke lans koperal dalam rejiman polis pasukan pada 1
januari 1966. Kanang seterusnya dilantik menjadi penolong ketua seksyen
dalam kompeni raifal. Kanang bertugas dalam rejimen 1 renjer sehingga 2
mac 1973. Dia kemudian ditukar ke rejimen 8 renjer pada mac 1973.

Bab 7: bintang, isteri dan mimpi

Setelah berpindah ke rejimen kelapan renjer pada tahun


1973, di kem terendak , melaka, kehidupan kanang semakin
cerah. Kanang dihantar mengikuti kursus ptt rendah da
kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi koperal penuh. Pada
tahun 1977, kanang dihantar mengikuti kursus latihan kawat
pasukan di pusat latihan askar wataniah, ipoh, perak. Ketika
berada di sini, kanang pernah menyatakan hasratnya untuk
bersara dari perkhidmatannya. Namun begitu, leftenan
kolenal sulaiman bin kudus berjaya memujuknya untuk
meneruskan perkhidmatan sebagai tentera. Pada 17 julai 1978,
kanang dinaikkan pangkat ke pangkat sarjan.

Semasa kanang dan keluarganya tinggal di taiping,


perak, helen masih muda dan berusia 14 tahun. Helen terpaksa
berdikari dan mengambil inisiatif mempelajari bahasa melayu.
Berkat kegigihannya, dia berjaya menguasai bahasa melayu
dengan fasih. Kanang pula mengalakkannya bergiat aktif
dalam bakat supaya lebih terdedah kepada masyarakat.

Sebagai seorang anggota tentera, kanang amat


mempercayai pantang larang yang sememangnya sebati dalam
kehidupannya. Kanang yang dilahirkan di sarawak amat
menghormati hutan. Baginya, flora dan fauna yang terdapat
di hutan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Selain itu, kanang amat mempercayai mimpi dan
menganggapnya sebagai sumber maklumat yang betul dan
boleh dipercayai.

Bab 8: agi idup agi ngelaban

Pada malam minggu, kanang bermimpi parang miliknya


telah patah-patahkan. Kemudian, berjaya menyambungnya
semula.pada firasatnya, mimpi itu membawa alamat yang tidak
baik.rupa-rupanya dia dipanggil untuk gerakan setia 8/79 di
hutan korbu, perak. Operasi menjejak mereka bermula pada 27
mei hingga 31 mei 1979. Dalam operasi ini kanang menemui
sebilah parang yang terdapat dalam mimpinya. Selain itu,
mereka menemui beberapa bukti lain yang menunjukkan
mereka hampir menjejak pihak musuh.

Pada malam hari gawai ( 1 jun 1979 ) kanang bermimpi


seorang pak haji yang mengatakan ayamnya akan menang
tetapi dia mesti mengali dua lubang. Keesokan harinya
pasukan gerakan setia yang diketuai oleh koperal michael
bertempur dengan musuh. Pasukan mereka terpaksa
bertempur sebanyak tiga kali untuk menghapuskan musuh.
Dalam pertempuran ibni, renjer baharudin dan renjer ramli terkorban
manakala koperal michael dan renjer kotab bin
buang cedera parah. Betullah mimpi kanang bahawa dia mesti
membuat dua lubang kubur untuk anak buahnya yang
terkorban ddalam mempertahankan negara. Setelah dua
puluh tahu berkhidmat dalam tentera, kanang dianugerahkan
pingat keddua tertinggi negara iaitu panglima gagah berani
( pgb ).

Bab 9: dugaan kedua

Kanang meneruskan perjuangan menentang pengganas.


Kali ini, kanang terlibat dalam gerakan pukat. Kanang
bertinak sebagai peninjau pertama manakala koperal nasir
bin mohd nordin sebagai peninjau kedua. Mereka itugaskan
untuk bersama platun risik gempur yang diketuai oleh
leftenan muda johnson anak meling di tanah hitam, perak,
pada 3 isember 1980. Mereka ditugaskan untuk menjejak dan
menghapuskan pengganas yang telah membunuh seorang
anggota keselamatan dan menyerang henap anggota 25 ramd.
Pada 13 febuari 1980, setelah sepuluh hari di dalam hutan
menjejak musuh, renjer sulaiman cedera parah kerana
terkena jerangkap samar. Pada malam 19 mei 1980 kanang
sekali lagi brmimpi bahawa dia henak memasuki sebuah rumah
tetapi tiak sempat.koperal nasir telah dibling dengan najis
oleh seorang budak manakala kanang telah dibaling dengan
tanah liat. Tanah liat itu tetap melekat walaupun puas
mencucinya.

Keesokan paginya, kanang dan koperal nasir


meneruskan operasi. Selepas makan tengah hari, pasukan
mereka telah diserang pihak musuh. Ketika serangan itu,
koperal nasir cedera parah. Kanang bertindak garang
melepaskan tembakan tanpa mengira keselamatan dirinya.
Dalam pertempuran itu, kanang telah mendapat kecederaan
parah. Kanang yang beraa dalam keadaan separuh sedar
telah bertemu dengan orang tua yang selalu muncul dalam
mimpinya. Rentetan peristiwa itu, kanang anugerahkan pingat
tertinggi negara iaitu seri pahlawan gagah perkasa pada
thun 1981. Itulah penghargaan paling tinggi yang diterimanya
sepanjang berkhidmat dalam tentera

Bab 10: mati hidup semula

Berita mengenai kanang yang menapat kecederaan dalam


pertempuran gerakan pukat tersebar ke seluruh batalion
kelapan rejimen renjer di sulva line, ipoh. Puan josephine,
isteri pegawai memerintah telah mengunjungi helen untuk memberitahunya
mengenai kanang. Helen menerima berita
sedih itu dengan dukacita. Ketika koma, kanang bermimpi, yang
dia sedang berusaha mencari orang terkaya di dunia.
Akhirnya, kanang mangambil keputusan untuk pulang setelah
melalui pelbagai dugaan. Ketika itulah, dia tersedar dari
komanya.kanang beransur pulih dengan bantuan bapa
saudaranya dan dipindahkan ke wad biasa di hospital besar
ipoh, perak.helen, menjaganya sepanjang dia berada di
hospital selama hampir satu tahun.

Bab 11: ke mana selepas ini

Selepas pulih daripada kecederaan kanang kembali


bertugas sebagai jurulatih di sekolah tempur pegawai muda
pada januari 1981. Dia kemudian dinaikkan pangkat ke satf
sarjan. Pada hari angkatan tentera ke-48 pada 16 september
1981, di tugu peringatan tentera, kanang telah dianugerahkan
pisau angkatan tentera oleh jeneral tan sri mohd ghazali
dato mohd seth. Pada 1 oktober 1982, kanang dinaikkan
pangkat ke pegawai waran 2 dan jawatannya telah berubah
menjadi sarjan mejar. Kanang kembali ke batalion kelapan
rejimen renjer malaysia pada 2 april 1983. Semasa berada di
sibu, kanang mengambil keputusan untuk menamatkan
perkhidmatannya setelah genap 21 tahun berkhidmat.akhirnya
kanang dinaikkan pangkat menjadi pegawai waran 1 pada 17
ogos 1985.pada 6 mei 1986, satu upacara penyerahan potret
kanang kepada muzium angkatan tentera telah diadakan bagi
memperingati pengorbanannya kepada negara.

Setelah bersara, kanang membawa keluarganya pulang


Ke rumah panjang.

Tema
Tema novel Kanang ialah keberanian dan semangat kontal dalam
perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan Negara dan semangat cinta
akan Negara di kalangan anggota tentera. Ini jelas diperlihatakan melalui
watak Kanang dan rakan-rakannya yang berjuang mempertahankan tanah
air daripada ancaman pengganas komunis. Mereka sanggup mengorbankan
nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara. Kanang dan
anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan
dengan musuh, misalnya semasa Gerakan Pukat, Kanang berjuang habis-
habisan menentang penggacas komunis. Kanang telah mendapat cedera
parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Namun begitu, dia
meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan
menentang pengganas komunis.

Persoalan
 Persoalan yang terdapat dalam novel Kanang ialah semangat setia kawan
dan sepasukan yang kuat. Sikap saling membantu antara sesame anggota
tentera jelas dilihat. Kanang dan anggota tentera yang lain memberi
bantuan kepada anggota tentera yang cedera dalam pertempuran dengan
pengganas komunis dalam operasi Gerakan Setia 8179. Persoalan lain yang
terdapat dalam novel ini ialah keberanian melawan musuh terutamanya
pengganas komunis. Anggota tentera sentiasa bersemangat untuk melawan
musuh dan mengetepikan keselamatan diri sendiri. Contohnya Kanang dan
rakan-rakannya begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan
musuh walaupun terpaksa berkorban nyawa. Selain itu, persoalan lain novel
ini ialah menyelesaikan masalah dengan bijaksana. Kanang menukarkan
pakaian seragamnya dan menyamar sebagai orang awam dengan bertutur
dalam bahasa Iban untuk mengelak daripada ditawan oleh tentera Siliwangi.
Penghargaan kepada jasa dan pengorbanan juga merupakan persoalan novel
ini. Kanang menerima pelbagai anugerah kerana jasa dan pengorbanannya
mempertahankan negara. Antaranya pingat yang dianugerahi kepada
Kanang oleh kerajaan ialah Pingat Panglima Gagah Berani (1980), Seri
Pahlawan Gagah Perkusa (1981) dan Pisau Angkatan Tentera (1982).

WATAK UTAMA
Kanang anak langkau

 Berketurunan Iban,beragama Pagan,dan anak kelima daripada lima orang adik-beradik.


 Tidak pernah mendapat kasih sayang dari ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya berpisah
sejak ia masih kecil dan Kanang diperlihara oleh datuk dan neneknya.
 Pemarah dan tidak mempunyai kawan rapat sejak kecil.
 Anggota tentera yang sangat berani,tabh,gigir, dan tidak gentar apabila berhadapan
dengan musuh.
 Berdisiplin dan patuh akan arahan. Kanang tetep patuh akan arahan ketuanya  walaupun
tidak berpuas hati dengan arahan tersebut. Dia sering biberi pelepasan kawat kerana
berdisiplin dan berpakaian kemas.
 Seorang yang sangat mempercayai mimpi,kuat berpegang kepada adat kepercayaan dan
pantang larang. Cantohnya; Kanang telah bermimpi, Koperal Nasir dibaling dengan najis
dan diri sendiri dibaling dengan tanah liat sebelum cedera parah dalam Gerakan Pukat di
Tanah Hitam, Perak pada tahun 1980.
 Memiliki kebolehan yang luar biasa. Dia dapat mengesan musuh seperti menjangka sama
ada musuh ada atau tidak berdasarkan petunjuk seperti ranting patah,bunyi binatang,atau
kesan-kesan yang ditinggalkan musuh. Bersemangat petriotik dan semangat juang tinggi.
Mempunyai prinsip iaitu”Agi Idup Agi Ngelaban”bermaksud selagi ada hayat,selagi itu
bersedia untuk berjuang dan berkorban.

WATAK SAMPINGAN
Helen Latai Anak Intie
Dilahirkan  di Rumah Panjang Skra Hilir,Simanggang, Sarawak pada tahun 1951.
Berkhawin dengan Kanang pada 25 Mei 1965,  ketika itu berusia 14 tahun.

 Isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suaminya. Dia


merelakan suaminya bertugas walaupun pada hari perkahwinannya atau ketika
bercuti.
Seorang isteri yang bersifat positif dan pandai menyesuaikan diri. Helen mempelajari
bahasa Melayu semenjak tersesat di pasar Taiping. Dia juga menyertai aktiviti BAKAT
semasa berada di Melaka.
Insan  yang setia dan tidak cemburu. Dia telah menyampaikan pesanan seorang wanita
yang mahu menemui Kanang setelah diberitahu oleh wanita itu bahawa  dia hanyalah
adik angkat Kanang.
Pelupa dan lemah semangat. Dia sering kali pengsan dan seperti orang hilang akal
sejak Kanang tertembak. Dia pernah hendak terjun dari tingkat lima rumahnya sewaktu
mendengar hon penjual roti.
 

Latar
Latar Tempat
1. Pasar Taiping, Perak : Isteri Kanang, Helan telan sesat di pasar Taiping
ketika dia mula-mula belajar di pasar akibat malu bertanya kerana dia tidak
tahu berbangsa Melayu.
2. Simanggang (Bandar Sri Aman) penghujung tahun 1964, di rumah
Panjang Skra Hilir Sarawak : Kanang bersama bapa saudara Helen bertemu
kali pertama dengan Helen Latai anak Intie. Kanang dan Helen kemudiannya
berkahwin pada 25 Mei 1965 di Simanggang.
3. Rumah Kelamin pegawai di kem Terentak, Melaka : Kanang bertindak
nakal. Dia telah mengambil helmet dan meletakkan di muncung senapang
dan menyandarkannya ke dinding pos supaya orang menyangka senyri
sedang berkawal.

Latar Masa
1. Bulan Mac 1962, pada waktu tengah hari dalam cuaca yang panas Kanang
menghantar dua puluh orang pemuda untuk menghadiri temu duga Iban
Trackers.
2. Pada sebelah petang : Kanang bersama pasukan penjejak tiba di
Lapangan Terbang Changi, Singapura untuk membantu pasukan 1st
Singapura Infantry Regiment.
3.4 Jun 1979 : Kanang sebagan plantun sarjan telah menyenaraikan barang-
barang penggarus dan meneruskan penggeladahan di kiri dan kanan sungai
Piah.

Latar Masyarakat
1. Iban : Kanang - Rumah Panjang karangan manok ; Helen - Rumah
Panjang Skra Hilir (Kaum Iban).
2.Pekerjaan masyarakat : Masyarakat Iban yang menjalankan pertanian
seperti menanam padi, menjala ikan dan memburu binatang.
3.Pelbagai agama : Masyarakat Iban yang beragama Pagan.
 Permualan 
Kanang menghadapi kesusahan hidup kerana ayah dan ibunya berpisah semasa dia kecil.
Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibunya kerana terlalu nakal.

 Perkembangan 
Sewaktu remaja, Kanang melakukan pelbagai kerja seperti penoreh getah, tukang masak dan
mengangkut penumpang dengan perahu. Kemudian, dia diterima menjadi anggota tentera
sebagai Iban Tracker. Dia berkahwin dengan Helen Latia anak Intie.

 Perumitan 
Kanang berjuang menentang tentera Indonesia semasa zaman konfrontasi. Dia turut
menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis di dalam hutan dan berjaya
membunuh beberapa orang pengganas komunis.

 Klimaks 
Dalam satu pertempuran dengan pengganas komunis, Kanang mendapat cedera parah dan
tidak sedarkan diri. Dia terlantar di hospital selama setahun.

 Peleraian 
Selepas sembuh, Kanang meneruskan perkhidmatannya dalam tentera sehinggalah bersara
pada 30 Mei 1986 dengan pangkat Pegawai Wanran I. Kanang sekeluarga hidup dalam
keadaan yang sederhana. Selepas bersara Kanang hidup sebagai petani dan isterinya berniaga
secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Walaupun kehidupan Kanang
agak perit selepas bersara, namun dia bersyukur kerana semua pihak menghargai setiap
pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada negara.
Teknik Huraian/Contoh
Dialog  Perbualan antara Kanang dengan bapa saudaranya yang ingin
memperkenalkan Helen anak Intie.
 Perbualan antara Kanang dengan Koperal Michael semasa
pertempuran dalam Operasi Pukat.
Monolog Cuma yang saya kesalkan,kenapa saya tidak diberitahu semasa saya
di Sekolah Latihan Peperangan Hutan?
Monolog Dalaman Saya amat terkejut dengan pelawaan itu. Tak tentu arah saya rasanya
hati saya. Fikiran saya agak kacau. Adakah orang yang sukakan
saya?
Imbas Kembali Ketika isterinya keluar membeli-belah di pasar
Taiping,isterinya,Helen telah tersesat kerana die tidak fasih
berbahasa Melayu dan malu hendak bertanya.
Imbas Muka Kanang memberitahu semua anggota platun bahawa dia mendapat
alamat mereka akan bertempur pada petang ini.
Pemerian Pengarang menggambarkan suasana bertempur di hutan antara
anggota tentera dengan pasukan pengganas komunis.

GAYA BAHASA
Diksi
Pemilihan kata yang digunakan sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan
dengan dunia ketenteraan. Contohnya, markas, raifal, platun.
Penggunaan Bahasa Asing
Contohnya, launcher, All round defence, paper potting, dan sebagainya.
Bahasa China, iaitu Chow.
Bahasa Iban, iaitu agi idup agi ngelaban.

Peribahasa
Maklumlah selama ini saya umpama katak di bawah tempurung.
Seperti sirih pulang ke tepak, maka saya pun ditukarkan semula ke batalion
yang telah mengharumkan nama saya dahulu, Iaitu Batalion Kelapan Rejimen
Renjer Malaysia.
Anak buah – merujuk kepada anggota bawahan Kanang yang tercedera dan
terkorban semasa Gerakan Setia di Hutan Korbu.

Simile
o Pendek kata hidup saya laksana perahu yang terumbang-ambing dibuai ombak
dan tidak mempunyai arah tujuan.

Repitasi/Pengulangan
o Kalau datuk ke sungai menjala ikan, saya ikut. Kalau datuk ke hutan pergi
memburu, saya ikut.

Personifikasi
o Keletihan membuatkan saya tidur begitu nyenyak dengan dengkur yang keras
tetapi sang mimpi telah mengganggu saya.

Metafora
o Api marah sudah menghantui saya.

NILAI MURNI
Nilai murni
1. Bertanggungjawab
- tanggungjawab sebagai pejuang tanah air amatlah besar dan harus
disanjung tinggi.

2. Keberanian
- para pejuang tanah air, terutama watak Kanang mempunyai sifat
keberanian yang luar biasa dan sanggup mengadaikan nyawa demi orang
lain dan negara.

3. Yakin pada diri sendiri


- seseorang itu perlu yakin akan apa yang dilakukan dan tidak bertindak
membuta tuli. Begitu juga dengan watak Kanang yang sentiasa yakin akan
apa yang dilakukannya, terutama ketika bertugas di dalam hutan.

4. Cinta akan negara


- negara merupakan tempat kita dilahirkan, tempat perlindungan, dan
tempat kita mencari identiti diri. Oleh itu, kita harus berbangga terhadap
negara sendiri.

5. Mengambil berat
- jangan mengambil mudah dan bersikap sambil lewa terhadap sesuatu
perkara yang berlaku.

6. Tabah
- ketabahan merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri
seseorang, lebih-lebih lagi ketika menghadapi tugas yang amat berat.

7. Berusaha dengan bersungguh-sungguh


- jika kita memperoleh sesuatu yang dihajati, kita perlulah berusaha agar
apa yang kita lakukan mendapat pengiktirafan daripada seseorang.

8. Bersyukur
- setiap manusia perlu bersyukur dan berpuas hati atas sesuatu perkara
yang diperoleh.

9. Faham-memahami
- sekiranya mempunyai suami yang sentiasa bertugas demi negara, si isteri
hendaklah memahami tugas suami itu.

Pengajaran
Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa mencintai tanah air dan berasa bangga tinggal di
tanah air yang aman damai ini.
2. Kita harus menyanjungi pengorbanan yang telah dilakukan oleh para
perajurit negara dengan berderma kepada tabung pahlawan.

3. Kita tidak harus mudah berputus asa dalam apa jua yang kita lakukan
kerana lambat-laun apa yang kita hajati itu akan tercapai akhirnya.

4. Janganlah kita mementingkan diri sendiri, kelak dibenci orang.

5. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang merdeka ini, kita harus
bertanggungjawab menjaga keamanan, imej, dan nama baik negara.

6. Kita hendaklah sabar menghadapi dugaan hidup yang datangnya daripada


Tuhan.

7. Kita tidak seharusnya berasa takut dalam perjuangan untuk mencapai


kejayaan.

8. Kita seharusnya mempunyai semangat nasionalisme yang kuat, berani


dan sanggup berkorban demi negara serta mempunyai semangat
perjuangan yang tinggi.

9. Sebagai anggota tentera, kita hendaklah meningkatkan kemahiran dan


profesionalisme agar dapat melahirkan satu masyarakat tentera yang
bersemangat waja, kuat, dan cekap.

10. Pihak kerajaan, swasta, mahupun orang perseorangan perlulah


membantu mana-mana pahlawan yang masih hidup dalam kemiskinan agar
mereka turut merasai bahawa pengorbanan mereka dihargai dan mereka
dapat hidup senang seperti orang lain juga. 
Ulasan murid
 
            Cerita Kanang Seorang Pahlawan merupakan sebuah cerita
perjuangan yang menarik kerana cerita ini agak sulit untuk diketahui
tanpa membacanya. Jalan ceritanya agak menarik dan menambahkan
minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah kehidupan
seorang pahlawan. Pelbagai iktibar dan pengajaran yang dapat saya
perolehi dengan kisah Kanang ini. Antaranya ialah kita perlulah tabah
dan sabar menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan kita.
Selain itu, saya amat mengkagumi sikap Kanang yang amat
menghargai alam sekitar. Sikap seperti perlu diterapkan ke dalam diri
remaja-remaja sekarang ini memandangkan masalah pencemaran
alam sekitar yang semakin hari semakin menjadi-jadi.
 
            Jasa Kanang amat tinggi di dalam memperjuangkan tanah
air. Semangat juangnya yang kental sepatutnya dicontohi dan
dikagumi. Kanang sanggup mempertahankan Negara yang tercinta
dan sanggup menghadapi cedera yang serius. Saya amat berbangga
mempunyai pahlawan seperti Kanang di Negara ini. Tanpa beliau,
tiadalah Negara yang aman damai seperti kita miliki sekarang.
Rujukan

 Buku
teks(n
ovel)
Kana
ng
Cerita
Seora
ng
Pahla
wan

o
Dit

o
Di

 Buku
rujuk
an
Kana
ng
Cerita
Seora
ng
Pahla
wan

o
Dit

o
Sa
 Inte
rnet
o
w

o
htt

You might also like