Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 50

PLURALITI

DAN MASYARAKAT
PLURALISTIK DI
MALAYSIA
(Kuliah pada Minggu 3)
28 Jan-1 Feb.2008
1
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep pluraliti dan
masyarakat pluralistik.
2. Menjelaskan pembentukan pluralisme di
Alam Melayu
3. Menyatakan kesan sekularisme penjajah
dan pembentukan masyarakat pluralistik.
4. Menghuraikan perkembangan
pembentukan masyarakat pluralistik
selepas era penjajahan.
2
Liputan Kuliah
3.1 PENGENALAN

3.2 PLURALITI BUDAYA ALAM MELAYU

3.3 KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU :


KESULTANAN MELAYU MELAKA

3.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL OLEH PENJAJAH

3.5 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL DI MALAYSIA

3.6 MASYARAKAT PLURAL SELEPAS MERDEKA


3.5.1 Politik
3.5.2 Perlembagaan
3.5.3 Pendidikan
3.5.4 Ekonomi

3.6 KESIMPULAN
3
Pluralisme Budaya Alam Melayu
Ciri Pluraliti dan Masyarakat Plural
 Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg asas
utk memahami masyarakat plural.

 Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah


memberi sumbangan terhadap pembentukan
masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama
dalam kepelbagaian.

 Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat


utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi
kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam
Melayu.

4
Pluralisme, Pluraliti & Pluralistik
Pluralisme: Ideologi yang menyamaratakan
kepercayaan dan pegangan yang berbeza
dalam masyarakat.

Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa,


agama di suatu tempat pada satu masa secara
semulajadi – masyarakat Melaka.

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa,


agama di suatu tempat pada satu masa secara
dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu
yang berkepentingan – era penjajah British.
5
Pluraliti Budaya Alam Melayu
Realitinya, Malaysia adalah sebuah negara unik
yang memiliki keistimewaan wujudnya
masyarakat plural yang ketara.

Proses pembentukan masyarakat plural adalah


berbeza dahulu dan sekarang.

Pembentukannya di zaman sebelum penjajahan


adalah berbeza berbanding selepas penjajahan.

6
Masyarakat plural wujud pelbagai bangsa mendiami
sesuatu kawasan di Alam Melayu seperti Melayu, Cina,
India, Eropah, Jepun dan lain-lain lagi

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum


kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses
semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di
sebaliknya

Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni


dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik
dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka.

Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan


penduduk tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba
ialah keturunan Cina telah berkahwin dengan masyarakat
tempatan
7
Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha
tidaklah begitu mendominasi masyarakat di
Alam Melayu berbanding dengan kekuatan
pengaruh ajaran Islam.

Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab


klasik mereka yang membincangkan secara
meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah,
metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya


agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan
dan pemerintahan
8
9
10
Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan
dua hala antara Cina dan India.

Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan


bagi kedua-dua pihak.

Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan


pluraliti di Alam Melayu.

Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah


menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu
pengetahuan

11
Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk
ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan
politik Inggeris.

Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum


keluarga seperti isteri dan anak mereka.

Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka


ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris
maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara
masyarakat tidak berlaku.

Masing-masing menjalankan kehidupan di dalam


kelompok masyarakat masing-masing. Namun, ini tidak
bermakna tiada kehidupan yang harmoni.

12
Kemuncak Pluraliti Alam Melayu
Kesultanan Melaka
Pemerintahan:
Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu.

Melaka dianggap The Venice of The East.

Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan


damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil.

Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang


Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi
keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada waktu
tersebut.

13
14
 Perdagangan:
Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan
dengan baik hasil dari sistem urus tadbir
berteraskan Islam.

 Kependudukan:
Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri
dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam
suasana aman dan damai.

 Kebudayaan:
Kedatangan para pedagang antarabangsa ke
Melaka juga telah menyumbang kepada multi
budaya yang tersendiri.

15
16
17
18
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik oleh Penjajah
Ketibaan Inggeris adalah titik pemisah
antara pluraliti dan masyarakat plural.

Berbeza dengan penjajah Eropah yang lain,


Inggeris menggunakan senjata serampang
dua mata dalam misi penjajahan mereka
iaitu imperialisme dan kolonialisme.

19
Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara fizikal
di mana segala kekayaan hasil bumi negara jajahan
akan diperah demi kepentingan ekonomi negara mereka
sendiri seperti bijih timah dan emas

Dari segi kolonialisme, mereka memperkenalkan sistem


sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk
tempatan.

Hasilnya, menerusi imperialisme budaya digunakan


sebagai alat kerana mereka berjaya menjajah dan
mengawal kehidupan masyarakat peribumi seperti mana
yang berlaku di India di mana hanya 120,000 orang
Inggeris berjaya memerintah 600 juta orang India

20
Prinsip:
 Pemisahan Agama dan Negara (sekularisme), Agihan

Kuasa, Federalisme.

 Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep


pemikiran pemisahan negara dan agama.

 Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan,


manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.

 Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran


berasaskan 3 unsur penting, iaitu:Kehakiman, Eksekutif
dan Perundangan

21
22
Kubur Kamal Atatuk

23
Pembentukan Masyarakat
Pluralistik Di Malaysia
Kedatangan orang China dan India ke
Tanah Melayu di akhir abad ke 19 dan
awal abad ke 20 yang bertujuan untuk
memenuhi peluang-peluang perkerjaan
seperti perlombongan, perladangan dan
perniagaan yang disediakan oleh pihak
penjajah British, orang-orang China, India
dan Melayu.

24
Kewujudan peluang perkerjaan yang
banyak, kekalutan ekonomi dunia serta
galakan daripada British yang menjajah
Tanah Melayu pada waktu itu telah
menjadi faktor penggerak yang seolah-
olah ‘memaksa’ kedatangan orang-orang
China dan India ke Tanah Melayu.

25
Telah berlaku interaksi yang baik di antara orang-orang
China dan India yang datang dengan orang-orang
Melayu yang telah sekian lama mendiami Tanah Melayu
ini. Semenjak itu telah berlaku akomodasi cara hidup
yang harmoni di antara ketiga-tiga etnik utama.

Kolonialisme British memberi impak sangat besar


terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada
dalam bentuk material mahu pun non-material.
Walaupun dari sudut fakta British mempunyai
sumbangan terhadap penambahbaikan kehidupan rakyat
Malaysia.

26
Al-Attas ; kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar
memisahkan orang Islam daripada agama mereka

British mula bertapak kukuh menerusi satu


campurtangan secara tidak langsung pada tahun 1786
apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah.

Bagi memastikan penaklukkan mereka berjalan lebih


tersusun dan sistematik penasihat British kemudiannya
turut di tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NMTB). Perjanjian Pangkor pada tahun 1874
merupakan titik permulaan penguasaan British di Tanah
Melayu.

27
Perkembangan ini dengan jelas
memperlihatkan agama dipisahkan
daripada urusan politik, pentadbiran,
undang-undang, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya. Ringkasnya, agama Islam
dan adat istiadat Melayu terletak di bawah
urustadbir.

28
Masyarakat Pluralistik
Selepas Merdeka
Politik:

Walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran, Malaysia masih


lagi dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya
melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan.

Dalam konteks politik domestik, demokrasi di negara ini telah


berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama
tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu,
Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan
kemerdekaan. n T.Melayu.

29
30
Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang
berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan
berkesan. Dalam konteks politik domestik, demokrasi di
negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak
pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga
kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah
bersatu untuk mendesak British memberikan
kemerdekaan.

Selepas era 1960an perjalanan politik Malaysia terus


berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam
pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan
peningkatan keahliannya. Hal ini terbukti melalui
penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974.

31
Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan
pelbagai perkara yang berkaitan dengan
perhubungan etnik melalui formula tolak
ansur telah berjaya mengekang pihak
tertentu seperti parti pembangkang yang
cuba memecah belahkannya.

32
 Perlembagaan:

 Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah


dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik dan “coalition”
sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan
Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif).

 Perlembagaan merupakan panduan asas kepada


perlaksanaan sistem politik di negara ini.

 Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui


bersama antara kaum di negara ini.

33
34
Perlembagaan merupakan panduan asas kepada
perlaksanaan sistem politik di negara ini. Perlembagaan
mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara
kaum di negara ini. Dari segi sejarah terdapat dua
peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.

Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat


setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja.
Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan
sebagai wa’ad.

Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural


hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk
memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.

35
 Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk
parti politik dan mencapai persepakatan untuk
hidup dalam aman dan damai.

 Dengan itu terbentuklah CLC (Communities


Liason Commitiee/Perhubungan Antara Kaum)
pada tahun 1948.

36
37
Pendidikan
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Ia
penting sebagai satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian
budaya.

Usaha ke arah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak sebelum


merdeka lagi khususnya melalui dua laporan iaitu Laporan Razak
tahun 1956 dan Laporan Rahman Talib tahun 1960.

Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan


tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang
etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu
(Wan Hashim 1983).

38
39
40
Lebih jauh daripada itu, dalam peruntukan Perlembagaan
Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu
telah dijadikan bahasa kebangsaan dengan Bahasa British masih
lagi digunakan sebagai bahasa rasmi.

Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan parti Perikatan telah


mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan
Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip: (i) sekolah berbagai aliran
dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing
dibenarkan; (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan
bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar
Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; (iii)
pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku
teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi
berteraskan negara Cina dan India (John Lowe 1960).

41
Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan terhadap
Penyata Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 adalah
melalui proses musyawarah telah secara langsung
mengikhtiraf penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat
untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik
lain.
Kerajaan juga telah mengambil langkah
memperbanyakkan penubuhan institusi pengajian tinggi
bagi mempertingkatkan bilangan pelajar Melayu ke
universiti. Kesan daripada dasar ini kemasukan pelajar
Melayu ke universiti telah meningkat daripada 20%
tahun 1960 – 1964 menjadi 65% pada tahun 1975 (Milne
dan Mauzy 1986).

42
Pada masa yang sama, golongan bukan Bumiputera
khususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan
untuk melindungi budaya warisan nenek moyang dengan
menggunakan wadah pendidikan.

Oleh yang demikian, masyarakat Cina masih


mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina.
Namun begitu, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah
jenis kebangsaan Cina adalah selaras dengan apa yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini
penting untuk memastikan perpaduan negara dan
pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai.

43
 Ekonomi:
Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi
pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan
pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat;
Rancangan pra-merdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan

Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan separuh Rancangan


Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)

Perancangan lepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan


Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan
Malaysia Pertama (1966-1970)

Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Pembangunan Negara hingga kini.

44
45
46
Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua
orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak
seiringan dengan garis etnik:

Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi


keseluruhan organisasi pengeluaran.

Kedua, sistem ekonomi tradisional yang diidentifikasikan


dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya
ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarannya,
pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi
oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar
(Ness 1967).

47
48
Berdasarkan gambaran umum di atas ketara sekali isu yang
berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada
semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada.

Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini


amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah satu asas utama
dalam memupuk kerjasama antara etnik.

Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga


harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik.
Dalam hal ini, isu ketidakseimbangan ekonomi telah dianggap
sebagai salah satu faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

49
Kesimpulan
Memahami pluraliti adalah asas penting ke arah
memahami pembentukan masyarakat plural.

Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu.

Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan


dalam sistem masyarakat sepadu.

Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan


melalui dasar-dasar negara yang dibentuk
berteraskan persetujuan bersama.

50

You might also like