Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

“BANTU MULA KECEMASAN”

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Universiti Pendidikan Sulatan Idris tahun 2010

Majlis Ilmu untuk Unit Beruniform (Bulan Sabit Merah) Anjuran Kumpulan 6

Laporan Program.

Pada hari Isnin bersamaan 23 Ogos 2010, Majlis Ilmu Bantumula Kecemasan telah di
sempurnakan di Bilik Kuliah 13, Taman Bernam pada jam 4.00-7.00 petang. Sepanjang
perjalanan majlis ilmu ini berlangsung ,majlis berada dalam keadaan baik dan berjalan lancar.
Kehadiran daripada setiap kumpulan adalah memuaskan.

Selain itu, majlis ilmu ini juga disertakan sekali dengan aktiviti kuiz, iaitu sebanyak 4
soalan diajukan untuk menguji kefahaman para peserta dan setiap soalan yang berjaya dijawab
akan diberikan cenderahati daripada pihak penganjur.

Majlis ilmu yang dianjurkan iaitu mengenai Bantumula Kecemasan ini juga mendapat
sambutan menarik para pelajar dan telah menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih banyak
pengetahuan mengenai Bantumula Kecemasan. Selain itu, majlis ini dapat memberi pengalaman
yang berguna kepada semua bakal guru di masa hadapan.
Laporan Pengarah.

Sebelum Majlis.

Pengarah Majlis melantik ahli jawatan kuasa untuk Program Bantu Mula Kecemasan dan
menyelia keseluruhan perjalanan program.

1. Memantau perjalanan mesyuarat.


Pengarah memberitahu perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan
selepas majlis dilakukan.

2. Menyediakan peralatan kursus.


Menyediakan bilik kuliah untuk menjalankan majlis ilmu.

3. Berhubung dengan AJK Tertinggi dan Ketua-ketua setiap AJK.


Pengarah memastikan setiap AJK yang dilantik supaya menjalankan tugas bagi menjamin
kelancaran majlis yang akan diadakan dan berbincang kepada setiap AJK sekiranya
mempunyai masalah untuk menjalankan majlis tersebut.

Semasa Majlis

Memastikan program berjalan dengan lancar, memastikan AJK menjalankan tugas yang telah
diamanahkan. Semasa majlis juga pengarah memastikan penceramah akan tiba pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan.

Selepas Kursus

Memastikan bilik kuliah berada dalam keadaan seperti sedia kala. Peralatan-peralatan yang
dipinjam hendaklah dikembalikan seperti dalam keadaan asal.

Secara keseluruhannya majlis berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya komitmen dan
kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

______________________________

( MOHD ANAS BIN MOHD AMER )

Pengarah Majlis

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )

Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.


Laporan Timbalan Pengarah.

Sebelum Kursus

Timbalan pengarah menjalankan tugasnya secara menyeluruh dan bertindak sebagai pembantu
kepada pengarah bagi meringankan beban pengarah dalam menjalankan tugas mengendalikan
kursus ini.

1. Merangka kertas kerja.


Timbalan pengarah merangka kertas kerja program yang bakal dilaksanakan dan selepas
itu, timbalan pengarah menyerahkan kertas kerja tersebut untuk dilengkapkan oleh
setiausaha program.

2. Memantau perjalanan Mesyuarat.


Bersama-sama dengan pengarah memberitahu maklumat-maklumat terkini tentang
program, tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh setiap AJK yang telah dilantik.

3. Menyediakan peralatan kursus.


Membeli peralatan untuk majlis dan yang berkaitan seperti yang diperlukan oleh AJK
Urusetia dan AJK Hadiah.

4. Berhubung dengan AJK Tertinggi dan Ketua-ketua setiap AJK.


Bagi menjamin kelancaran program yang akan diadakan timbalan pengarah sentiasa
berhubungan dengan pengarah program, setiausaha, dan bendahari bagi berbincang
tentang keperluan-keperluan majlis serta ketua-ketua AJK bagi mengetahui sejauh mana
persiapan yang telah dilakukan, masalah-masalah yang dihadapi jika ada.

Semasa Kursus

Memastikan semua AJK menjalankan tugas mereka seperti AJK Urusetia datang tepat pada
masanya untuk pendaftaran peserta, AJK Hadiah bersedia dengan cenderahati AJK peralatan
telah menyusun atur peralatan sebagaimana yang dikehendaki dan diperlukan dan sebagainya.
Memantau kedatangan peserta-peserta majlis ilmu. Perjalanan majlis ilmu pada hari tersebut
berjalan lancar dan memuaskan semua pihak. Penceramah juga berpuas hati dengan perjalanan
majlis ilmu, iaitu semasa sesi soal jawab dilakukan.

Selepas Kursus

Memeriksa bilik kuliah berada dalam keadaan asal. Berhubung dengan AJK-AJK yang
berkaitan terutamanya Ajk Hadiah telah diberikan kepada peserta yang berjaya menjawab soalan.

Peralatan-peralatan yang dipinjam hendaklah dikembalikan seperti dalam keadaan asal.

Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya komitmen dan
kerjasama dari semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

______________________________

( RENIE BINTI MAIDIN )

Timbalan Pengarah

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )

Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.


Laporan Setiausaha.

Sebelum Majlis.

1. Membuat Kertas kerja dan minit mesyuarat.


Setiausaha menjalankan tugas awalnya setelah dilantik dalam mesyuarat dengan
mengadakan perbincangan dengan pengarah tentang kertas kerja yang akan dibuat.
Setiausaha memfailkan minit-minit mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan.

2. Membuat Laporan.
Setiausaha membuat laporan majlis sebelum, semasa dan selepas majlis dijalankan.
Membuat laporan menegani kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada majlis ilmu
yang telah dijalankan.

Semasa Majlis.

Memantau setiap perjalanan majlis ilmu yang sedang berlangsung dan mencatatkan setiap
perkara yang berlaku.

Selepas Majlis.

Menyedia dan mengumpul semua laporan daripada setiap AJK.


Disediakan Oleh;

______________________________

( MUNIRAH ANIS BINTI JAMLI )

Setiausaha

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )

Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.


Laporan Bendahari.

Sebelum Majlis.

Membuat belanjawan dan peruntukkan yang hendak digunakan. Bendahari


menyenaraikan barang keperluan yang hendak dibeli untuk majlis ilmu. Memastikan
barang yang diperlukan mencukupi bajet yang disediakan.

Berbincang dengan semua AJK mengenai bajet yang diperlukan.

Semasa Majlis

Bendahari memastikan bajet untuk penceramah di sediakan.

Selepas Majlis.

Menyenaraikan belanjawan yang telah digunakan. Melampirkan bajet pembelian barang.

Disediakan Oleh;

______________________________

( NATASHA BINTI KAMARUZAMAN )

Bendahari

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )

Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.


Laporan AJK Urus Setia.

Sebelum Majlis.

Berbincang dengan pengarah, tugas yang hendak dilakukan. AJK urus setia dikehendaki
menyediakan borang kehadiran dan pendaftaran serta mengemas kinikan kehadiran.

Semasa Majlis.

AJK memastikan kehadiran setiap pelajar mendaftarkan diri dan mengedarkan fail yang
disediakan kepada pelajar.

Memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Selepas Majlis.

AJK urus setia mengumpulkan semua fail-fail dan perkara-perkara berkaitan seperti
kehadiran peserta.

Disediakan Oleh;

______________________________

( JESSYLA @ ASSAD BINTI SHAPRI )

Setiausaha

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )

Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.


Laporan Publisiti.

Sebelum Majlis.

Menyediakan jenis publisiti yang hendak digunakan untuk memaklumkan kepada semua
pelajar UPSI mengenai majlis yang akan dijalankan.

Semasa Majlis.

Memasang banner ketika majlis hendak dijalankan dan mengedarkan iklan kepada
pelajar yang ingin mengikuti Majlis ilmu..

Selepas Majlis

Membuka banner yang telah dipasangkan, memastikan setiap iklan yang ditampal dibuka
semula untuk tidak mengelirukan pelajar.

Disediakan Oleh;

______________________________

( MOHD ANAS BIN MOHD AMER )

AJK Publisiti

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )

Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.


Laporan AJK Buku Program.

Sebelum Majlis.

Berbincang dengan pengarah majlis dan AJK-AJK lain , jenis buku program yang hendak
reka.

Semasa majlis.

Mengedarkan Buku Program Bantu Mula Kecemasan kepada setiap pelajar yang hadir.
Mengedar borang soal selidik.

Selepas Majlis.

Membantu AJK-AJK lain untuk membersihkan bilik kuliah dan menyediakan laporan
untuk dilampirkan kepada setiausaha.

Disediakan Oleh;

______________________________

( NORSHAHIDA BINTI ABDUL RANI )

Setiausaha

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )

Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.


Laporan Peralatan.

Sebelum Aktiviti.

Menyediakan peralatan seperti mikrofon, LCD, Projector, skrin dan komputer untuk
pencermah.

Menyediakan bilik kuliah untuk mengadakan majlis ilmu.

Semasa Majlis.

Memasang kesemua peralatan untuk kegunaan penceramah, memastikan peralatan boleh


digunakan dengan baik.

Bersiap sedia untuk memastikan peralatan tidak berlaku masalah dan bersiap sedia untuk
membaikinya.

Selepas Majlis.

Memastikan kesemua peralatan dikembalikan kepada asal dan tidak mengalami


kerosakkan.

Disediakan Oleh;

______________________________

( NATASHA BINTI KAMARUZAMAN )

AJK Peralatan

Di sahkan oleh:

______________________________

( EN. SHAADAN BIN MANAP )


Penasihat Kursus Pengelolaan dan pengendalian Ko-kurikulum 2010.

Permasalahan:

I. Sukar untuk mendapatkan tempat mengadakan majlis ilmu kerana tempat yang dipilih
tidak dapat menampung kapasiti pelajar yang hadir. Selain itu, sebilangan pelajar tidak
mengetahui tempat atau kawasan yang hendak menjalankan program majlis ilmu itu
berlangsung.
II. Kurang peruntukkan untuk menyediakan hadiah yang lebih baik kepada peserta dan
penceramah.
III. Para peserta yang terlibat lambat sampai ke bilik kuliah 13, Taman Bernam kerana
sebahagian pelajar mempunyai kelas sehingga jam 4.00 petang dan ini menyebabkan
tentatif program asal berubah sedikit, namun aktiviti masih berjalan dengan lancar
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
IV. Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi antara penceramah dan para pelajar untuk
mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana bantu mula kecemasan dilaksanakan.

Cadangan Penambahbaikan.

I. Pihak penganjur akan mencari kawasan yang lebih sesuai untuk menganjurkan majlis
ilmu pada masa akan datang bagi memudahkan semua pelajar mengikuti program majlis
ilmu.
II. Pihak penganjur akan cuba mendapatkan sumber-sumber kewangan dengan lebih awal
agar majlis lebih meriah lagi.
III. Pihak penganjur akan berbincang terlebih dahulu dengan para pelajar dan penceramah
agar kedua-dua pihak dapat menghadiri majlis yang hendak dilaksanakan.
IV. Pihak penganjur akan mengadakan majlis ini dengan lebih awal agar para pelajar dapat
menanya lebih banyak soalan dan berbincang dengan penceramah cara-cara bantu mula
kecemasan dilakukan ketika kemalangan.
Cadangan masa depan.

Sebanyak 47 borang soal selisik telah diedarkan kepada pelajar dan sebilangan daripada
mereka berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi bagi untuk menimba ilmu dan
pengetahuan sebanyak yang mungkin.

Selain itu, para pelajar juga mengaharapkan agar, program seperti ini, dapat
diperkenalkan kepada guru-guru agar lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemalangan
yang tidak dijangkakan.

Rumusan.

Secara keseluruhan program yang dijalankan boleh dikatakan berjaya kerana kesemua
peserta memberikan kerjasama sewaktu majlis ilmu dijalankan. Peserta juga, telah menunjukkan
minat dan sokongan yang padu agar program seperti ini akan dianjurkan lagi.

Peserta juga banyak menanyakan soalan kepada penceramah untuk menambahkan lagi
ilmu dalam menghadapi kecemasan semasa berada di sekolah ataupun berada diluar sekolah.

Rumusannya, program seperti ini perlu diteruskan pada masa yang akan datang kerana
ianya amat berguna kepada semua pelajar.
Lampiran

Sebelum Majlis.
Semasa Majlis
Majlis penyampaian hadiah.

Selepas majli.

You might also like