Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ANALISIS KEPUTUSAN SPM TAHUN 2007

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

1.0 Pendahuluan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 telah diadakan dari 11


November 2007 hingga 6 Disember 2007 dan seramai 439 295 pelajar telah
menduduki peperiksaan tersebut. Seramai 6780 orang pelajar dari 29 buah
MRSM telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 .

2.0 Pencapaian Keseluruhan SPM 2007

Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 ini, kesemua 6780
orang pelajar MRSM yang menduduki peperiksaan tersebut telah berjaya
mendapat sijil. Prestasi keseluruhan MRSM dalam peperiksaan SPM 2007
adalah mengikut pencapaian berikut:

2.1 Prestasi MRSM mengikut pencapaian Gred Purata Maktab (GPM)

Dalam peperiksaan SPM kali ini, MRSM Langkawi merupakan MRSM


terbaik dengan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.4457. Lima
buah MRSM lain turut mencapai keputusan cemerlang dengan
mendapat GPS di bawah 2.00 iaitu:

MRSM Tun Ghafar Baba - 1.6084


MRSM Taiping - 1.6716
MRSM Pengkalan Chepa - 1.6735
MRSM Kuala Kubu Bharu - 1.9482
MRSM Kuala Lipis - 1.9866

Pencapaian GPS keseluruhan MRSM dalam peperiksaan SPM 2007


ialah 2.1579 berbanding dengan 2.1058 pada tahun lepas dengan nilai
GPS bertambah sebanyak 0.0521menunjukkan berlaku sedikit
penurunan.

Pada tahun ini juga, 26 buah MRSM telah mencapai sasaran yang
ditetapkan iaitu mendapat Gred Purata Maktab (GPM) di bawah 2.50
berbanding dengan 27 buah MRSM pada tahun lepas.

Dalam keputusan SPM 2007, 14 buah MRSM telah menunjukkan


peningkatan pencapaian berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah
berbanding dengan 22 buah MRSM pada tahun lepas. Pencapaian
keseluruhan 29 buah MRSM mengikut Gred Purata Maktab (GPM)
adalah seperti Lampiran 1.

1
2.2 Prestasi cemerlang mengikut pencapaian 1A bagi SEMUA subjek
yang diambil

Bilangan pelajar MRSM yang mencapai kecemerlangan mendapat


SEMUA 1A bagi semua subjek yang diambil dalam SPM 2007 adalah
seramai 150 orang pelajar (2.21%) berbanding dengan 307 orang
(4.71%) pada tahun lepas iaitu pengurangan sebanyak 2.50%.

Pencapaian mengikut MRSM adalah seperti Lampiran 2.

2.3 Prestasi cemerlang mengikut Pencapaian A (1A+2A) bagi SEMUA


subjek yang diambil

Bilangan pelajar MRSM yang mendapat A (1A+2A) bagi semua subjek


yang diambil dalam SPM 2007 adalah seramai 979 orang pelajar
(14.44%) berbanding dengan 1066 orang (16.30%) pada tahun lepas
iaitu menurun sebanyak 1.86%.

Bilangan pelajar yang mendapat A (1A+2A) bagi semua subjek yang


diambil mengikut MRSM adalah seperti Lampiran 3.

3.0 Prestasi Mengikut Subjek

3.1 Pencapaian subjek mengikut gred A (1A+2A)

Perbandingan dalam subjek utama pada tahun ini mengikut pencapaian


gred terbaik (1A dan 2A) adalah seperti Lampiran 6.

Dalam peperiksaan SPM 2007, 5 subjek telah menunjukkan


peningkatan, iaitu: Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Agama
Islam, Fizik dan Pendidikan Seni Visual manakala lain-lain subjek
berlaku penurunan.

3.2 Pencapaian subjek mengikut pencapaian gred purata subjek

Perbandingan dalam mata pelajaran utama pada tahun ini mengikut


pencapaian gred purata subjek berbanding dengan tahun-tahun yang
lain adalah seperti Lampiran 7.

2
4.0 Penutup

Secara keseluruhannya, pencapaian MRSM dalam peperiksaan SPM 2007


menurun sedikit berbanding dengan pencapian tahun lepas. Ini dapat dilihat
dari pertambahan nilai Gred Purata Maktab (GPM) sebanyak 0.0521. Gred
Purata Maktab (GPM) pada tahun ini ialah 2.1579 berbanding dengan 2.1058
pada tahun lepas.

14 buah MRSM menunjukkan peningkatan pencapaian berdasarkan


pengurangan nilai Gred Purata Maktab (GPM) berbanding dengan 22 buah
pada tahun lepas.

Dalam pencapaian subjek pula, 5 subjek telah menunjukkan peningkatan


pencapaian gred A berbanding dengan 10 subjek pada tahun lepas.

Pada tahun ini, 26 buah MRSM (89.7%) berjaya mencapai Gred Purata
Maktab (GPM) di bawah 2.50 berbanding dengan 27 buah MRSM (93.1%)
pada tahun lepas.

Pencapaian dalam peperiksaan SPM 2007 menunjukkan sistem pendidikan


MRSM mampu melahirkan pelajar cemerlang dari semasa ke semasa selaras
dengan perkembangan kurikulum, penilaian dan pentaksiran di peringkat
kebangsaan. Kejayaan pelajar MRSM juga menyumbang kepada hasrat
sistem pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar cemerlang yang
mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak maktab dan guru-guru MRSM
khususnya yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan diharap
kejayaan yang dicapai ini menjadi pemangkin untuk terus maju ke hadapan
dalam mendidik dan melahirkan pelajar MRSM menjadi insan cemerlang.

Unit Ujian dan Peperiksaan


Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA
12 Mac 2008

3
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

ANALISIS KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN

SPM 2007

UNIT UJIAN DAN PEPERIKSAAN


BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH) MARA
12 Mac 2008

You might also like