CTH Soalan Induksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SOALAN

PKPA ( UMUM )

1.Fail Meja perlu disediakan untuk semua individu dalam sesebuah Jabatan. Penyediaannya adalah berasaskan
kepada
A. objektif utama Jabatan.
B. fungsi dan bidang tugas Jabatan.
C. sejarah dan rasional penubuhan Jabatan.
D.tugas dan tanggungjawab setiap individu.

2. Perkhidmatan telefon yang berkualiti perlu mempunyai ciri-ciri berikut,kecuali


A. penggunaannya yang terkawal
B. layanan urusan telefon yang menepati piawaian.
C. sistem canggih yang memudahkan perhubungan.
D. operator telefon, pembantu khas dan pegawai-pegawai yang berpengetahuan.

3. Langkah-langkah asas yang terlibat dalam perancangan adalah seperti berikut,


kecuali
A. menetapkan matlamat.
B. membentuk satu set tindakan.
C. Mengenalpasti pengukuran output.
D. Mengenalpasti bantuan dan rintangan kea rah pencapaian matlamat.

4. Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti merupakan struktur pengurusan kualiti dan produktiviti yang
tertinggi di peringkat Jabatan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk
A. menyelaras dan mengesan usaha peningkatan kualiti.
B. mengawal pelaksanaan usaha-usaha peningkatan kualiti.
C. membantu dalam penyelesaian masalah.
D. memberi bimbingan dan latihan kepada kakitangan jabatan.

5. Pengukuran produktiviti membolehkan sesebuah organisasi menikmati faedah-faedah


berikut,kecuali
A. mempermudahkan sistem dan prosedur yang sedia ada.
B. menentukan kos operasi organisasi.
C. meningkatkan daya ubah dari segi penggunaan tenaga manusia dan peralatan.
D. mengenalpasti bidang-bidang untuk meningkatkan produktiviti.

6. Senarai tugas merupakan dokumen yang penting dalam setiap jabatan terutamanya supaya anggota baru dapat
mengetahui
A. kerja-kerja yang perlu dilakukan dan kepada siapa anggota bertanggungjawab.
B. kerja-kerja harian yang perlu dilakukan.
C. jenis-jenis tugas yang telah disusun untuk dilaksanakan.
D. kerja-kerja yang perlu anggota dan pegawai atasannya lakukan.

7. Kertas Minit yang diletakkan di bahagian sebelah kiri kulit fail adalah digunakan untuk tujuan-tujuan
berikut,kecuali
A. merekodkan butir-butir tindakan ke atas panggilan telefon yang berkenaan perkara dalam fail.
B. mencatatkan pengedaran fail.
C. merekodkan surat-surat masuk dan keluar.
D. mencatatkan hasil-hasil perbincangan berkaitan isi kandungan fail.
8. Satu dari kenyataan berikut berkenaan Manual Prosidur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) adalahbetul.
A. MPK merupakan dokumen rujukan peringkat Ketua Jabatan.
B. FM digunakan sebagai rujukan peringkat jabatan.
C. MPK merupakan dokumen rujukan peringkat jabatan.
D. MPK merupakan salah satu kandungan dalam FM.

9. Antara kenyataan berikut berkenaan Piagam Pelanggan adalahsalah.


A. Piagam Pelanggan ialah komitmen bertulis agensi kerajaan terhadap penyampaian perkhidmatannya kepada
pelanggan.
B. Piagam Pelanggan hendaklah dibuat secara umum sahaja tanpa perlu menyatakan secara khusus aspek
berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan.
C. Piagam Pelanggan mengandungi jaminan penyampaian perkhidmatan mengikut standard.
D. Piagam Pelanggan secara jelas memberitahu hak-hak pelanggan.

10. Pemulihan Perkhidmatan sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.
1 Tahun 1994 boleh dibuat secara

A.reaktif dan proaktif.


B. reaktif dan induktif.
C. proaktif dan deduktif.
D. induktif dan deduktif
( Umum)
1. Berikut adalah ciri-ciri yang boleh menyumbang ke arah pengurusan masa yang cekap, berkualiti dan
berkesan dalam sesuatu mesyuarat.

I. merancang peruntukan masa untuk setiap perkara dalam agenda.


II. menetapkan tarikh mesyuarat sebulan sebelum mesyuarat diadakan.
III. menentukan kertas kerja yang hendak dibincangkan.
IV. mengadakan perbincangan pra mesyuarat dengan Pengerusi.

A I,II dan III sahaja.


B I,III dan IV sahaja.
C I,II dan IV sahaja.
D II,III dan IV sahaja.

2. Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gamba rajah ke atas tindakan- tindakan yang terlibat dalam
sesuatu aktiviti atau prosedur. Ianya diperlukan dalam Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja kerana

A. menyenangkan maklumat dan prosedur direkodkan dengan cara yang teratur dan sistematik.
B menunjukkan di mana berlakunya kelewatan, “bottleneck” dan kerja berulang- ulang.
C Memperlihatkan dengan jelas apa yang dikehendaki oleh pihak pengurusan.
DMenyenangkan usaha-usaha untuk pengurangan staf.

3. Salah satu daripada kenyataan berikut adalah benar mengenai prosedur penyediaan minit bagi sesuatu
mesyuarat
A. Draf minit mesyuarat tidak perlu dirujuk kepada Pengerusi jika masa tidak mengizinkan.
B. Minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli mesyuarat tidak lewat daripada lima hari selepas tarikh
mesyuarat diadakan.
C. Minit mesyuarat hendaklah dihadkan kepada lima belas muka surat sahaja.
D. Draf minit mesyuarat untuk kelulusan Pengerusi hendaklah dikemukakan kepadanya tidak lewat daripada
tiga hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.

4. Konsep yang menerangkan tentang perhubungan di antara output yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi
dengan input yang digunakan adalah dikenali sebagai
A. Produktiviti.
B. Keberkesanan kerja.
C. Kualiti
D. Kecekapan kerja

5. Setiap Jabatan yang melaksanakan Piagam Pelanggan hendaklah menjalankan aktiviti pengesanan terhadap
keberkesanan piagam masing-masing secara berterusan. Ini bertujuan

A. mengenal citarasa pelanggan agar jabatan dapat memenuhinya melalui proses penambahbaikan dari semasa
ke semasa.
B. mewujudkan satu sistem bagi mengesan prestasi keluaran atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah
jabatan.
C. mengukur sejauhmana jabatan dapat memenuhi janji-janji menyediakan keluaran atau perkhidmatan
mengikut apa yang termaktub dalam Piagam Pelanggan masing-masing.
D. memaksimumkan perkhidmatan yang perlu diberikan kepada pelanggan sebagaimana yang termaktub dalam
Piagam Pelanggan masing-masing.
6. Mengurus atau mentadbir sumber manusia secara teratur dapat membantu sesebuah agensi mencapai objektif
mereka. Bagi mencapai hasrat tersebut, aspek pentadbiran berikut hendaklah dilaksanakan.

I. Menyediakan panduan kerja seperti Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
II. Mewujudkan pembahagian kerja yang adil termasuk langkah mengadakan sistem pusingan kerja.
III. Melaksanakan sistem ‘reward’ kepada pegawai cemerlang, khususnya memberi peluang kenaikan pangkat
secara lantikan.
IV. Mewujudkan suasana kerja yang ceria melalui hubungan baik di antara satu sama lain.

A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C II, III dan IV.

D. I, II dan IV.

7. Ciri-ciri objektif kualiti yang baik di dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah

A. mempunyai wawasan, membangun, dinamis dan penjadualan yang rapi.


B. ringkas, padat, realistik dan mempunyai tempoh masa tertentu.
C. Boleh diukur, realistik, mempunyai tempoh masa tertentu dan boleh dicapai.
D.Spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa tertentu.

8. Faedah-faedah yang boleh diperolehi hasil daripada perlaksanaan KMK di Jabatan- Jabatan Kerajaan adalah
seperti berikutkecuali

A. dapat memupuk kerjasama di kalangan pekerja.


B.dapat menjimatkan masa bekerja.
C. memberi keyakinan di kalangan pekerja mengenai kebolehan diri sendiri.
D. dapat menggalakkan daya kreativiti di kalangan pekerja.

9.Sistem Cadangan Q perlu diwujudkan oleh agensi-agensi Kerajaan untuk

A. menggalakkan perhubungan yang lebih baik di antara kakitangan.


B. memupuk budaya kualiti dan produktiviti di kalangan kakitangan.
C.memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan dalam aspekpeningkatan kualiti.

D. mengumpul maklumat-maklumat mengenai perlaksanaan dasar-dasar agensi

10.Salah satu pendekatan empat peringkat dalam panduan meningkatkan kualiti layanan urusan melalui telefon
ialah peringkat pengendalian panggilan. Peringkat ini bertujuan

A memberi panduan kepada mereka yang terlibat dengan cara-cara yang terbaik untuk mengendalikan
panggilan.
B. mengingatkan operator telefon mengenai tindakan yang perlu diambil sebelum memulakan tugas.
C. Memberi panduan kepada mereka yang terlibat mengenai amalan-amalan baik semasa melayani panggilan
daripada pelanggan.
D. Memberitahu cara yang terbaik untuk menamatkan panggilan dengan bijaksana.
SOALAN : CUTI ( UMUM )

1. Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tidak berekod kepada kakitangan bagi tujuan mengambil
bahagian dalam sebarang perlawanan olahraga atau sukan di peringkat negeri atau antarabangsa tidak melebihi

A. 90 hari.
B. 60 hari.
C. 45 hari.
D. 30 hari.

2. Puan Hairiah seorang Pembantu Tadbir ( Perkeranian/ Operasi ) di Jabatan Kerja Raya telah disahkan
menghidap sakit barah paru-paru. Beliau layak diberi cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi

A. 12 bulan
B. 24 bulan
C. 30 bulan.
D. 36 bulan.

3. Selaku Ketua Jabatan, Encik Shah boleh meluluskan cuti sakit berdasarkan sijil sakit daripada doktor swasta
kepada kakitangan bawahannya. Walau bagaimanapun, dalam tempoh setahun, kelulusan cuti hanya boleh
diberikan sebanyak

A. 14 hari.
B. 15 hari
C. 30 hari.
D. 45 hari.

4. Encik Abu, seorang Pembantu Tadbir ( Perkeranian/Operasi ) baru saja menerima telegram yang menyatakan
ibunya sedang sakit tenat di kampung. Beliau bercadang untuk balik ke kampung. Sekiranya cuti rehat beliau
telah habis, maka beliau boleh dipertimbangkan untuk mengambil

A. cuti kecemasan
B. cuti rehat tahun hadapannya.
C. Cuti separuh gaji
D. Cuti ihsan.

5. Salah satu kenyataan berikut adalah benar bagi pegawai wanita yang bersalin bagi kali ke enam dan
seterusnya.
A. Cuti separuh gaji sekiranya bersalin dalam cuti penggal persekolahan bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan.
B. tidak layak mendapat apa-apa jenis cuti kerana cuti bersalin hanya dihadkan sebanyak lima kali sahaja.
C. cuti separuh gaji bagi masa sehingga 30 hari dalam tempoh lepas bersalin.
D. cuti sakit sekiranya pegawai masih sakit selepas masa pemulihan 42 hari.
6. Encik Sabu seorang Pembantu Am Rendah sedang bercuti rehat di luar Negara.. Semasa sedang bercuti beliau
jatuh sakit dan mendapat sijil cuti sakit dari Negara yang dilawatinya. Adakah sijil cuti sakit itu boleh diterima.

A. Sijil cuti sakit tersebut tidak boleh diterima sama sekali.


B. Sijil cuti sakit tersebut boleh diterima.
C. Sijil cuti sakit tersebut boleh diterima sekiranya ianya dikeluarkan oleh hospital kerajaan Negara berkenaan.
D.Sijil cuti sakit tersebut boleh diterima sekiranya ianya dikeluarkan oleh hospital kerajaan Negara berkenaan
dan beliau dimasukkan ke hospital berkenaan.

7. Cuti rehat seseorang pegawai akan dikira luput sekiranya tidak diambil dalam tahun
A. ke 3 bagi cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan.
B. ke 4 bagi cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan.
C. ke 5 bagi cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan.
D. Boleh dibawa ke hadapan dengan kebenaran ketua jabatan tanpa mengira tempoh.

8. Cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan adalah seperti berikut kecual i
A. Cuti Rehat.
B. Cuti tanpa gaji.
C. Cuti Sakit.
D. Cuti Separuh gaji.

9. Seorang pegawai yang akan bersara dibenarkan mengambil ke semua cuti rehat yang ia berkelayakan
mendapatnya sejurus sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat di hari akhir perkhidmatannya. Walau
bagaimanapun jumlah cuti rehat tersebut tidak dibenarkan melebihi tempoh

A. 12 bulan
B. 18 bulan
C. 24 bulan
D. 36 bulan

10. Cik Mariam adalah seorang pegawai kerajaan. Beliau dimasukkan ke hospital dan melahirkan anak kali
pertama walaupun beliau masih lagi bujang. Adakah beliau layak mendapat cuti bersalin?

A. Cik Mariam layak mendapat cuti bersalin berkenaan tetapi tempohnya 42 hari sahaja.
B. Cik Mariam tidak layak mendapat cuti bersalin kerana beliau belum berkahwin.
C. Cik Mariam layak mendapat cuti bersalin sebanyak 60 hari kerana beliau adalah seorang pegawai wanita.
D. Cik Mariam layak diberi cuti bersalin selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengujudkan masyarakat
penyayang

Bab Cuti

1. Encik Roslan sedang bercuti rehat di luar Malaysia. Beliau jatuh sakit semasa tarikh yang beliau patut balik
ke Malaysia. Dalam keadaan bagaimanakah cuti sakit tersebut boleh diterima?

I. Encik Roslan mengambil peluang balik ke Malaysia sebaik saja beliau sihat.
II. Permohonannya disokong oleh sijil cuti sakit dari seorang pegawai perubatan.
III. Permohonannya disokong oleh sijil cuti sakit dari seorang pegawai perubatan kerajaan negeri berkenaan
menyatakan jenis sakit dan tarikh ia masuk hospital dan tarikh dijangka keluar.
IV. Pegawai dimasukkan ke hospital.

A . I , II dan III.
B. I , III dan IV.
C. I ,II dan IV.
D. I , II , III dan IV.
2. Di antara kenyataan berikut pilih yang manakah salah ?
A. Cuti separuh gaji hanya boleh diluluskan atas sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai itu
sahaja.
B. Cuti separuh gaji tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab- sebab bersalin.
C Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji melebihi 180 hari dalam setahun.
D Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan adalah sebanyak 30 hari bagi tiap- tiap genap tahun
perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.

3. Puan Robiah tidak hadir bekerja pada hari Isnin. Beliau tidak dibenarkan keluar rumah kerana tempat di mana
beliau tinggal telah diistiharkan sebagai tempat wabak Penyakit merebak. Dalam keadaan ini Puan Robiah layak
diberi cuti

A. cuti Ihsan.
B. cuti Wabak Penyakit.
C.cuti Kuarantin yang tidak dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan.
D. cuti Kuarantin yang dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan

4. Sehingga 31.12.2003, Encik Ramli seorang jurutera PKNS masih mempunyai baki cuti sebanyak 8 hari. Pada
1.6.2004, beliau telah diarahkan mengikuti kursus jangka panjang selama 18 bulan di Australia. Dalam keadaan
ini, baki cuti rehatnya sebanyak 8 hari itu

A. boleh diambil semasa beliau berkursus.


B. boleh dibawa ke tahun 2005.
C. boleh diambil selepas beliau berkursus.
D. cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

5. Cuti Haji diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai-pegawai Islam untuk menunaikan fardhu haji
dengan syarat pegawai telah
I. berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun bagi pegawai tetap.
II. berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan bagi pegawai kontrak.
III. berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan bagi pegawai berjawatan sementara.
IV. disahkan dalam jawatan

A I , II dan III sahaja.


B I , II dan IV sahaja.
C I , III dan IV sahaja.
D I , II , III dan IV.

6. Salah satu dari kenyataan berikut adalah salah tentang penubuhan Lembaga Perubatan.
A. Lembaga Perubatan boleh dipanggil bagi memeriksa kesihatan pegawai yang telah bercuti sakit sebanyak 45
hari atau lebih selama tiga tahun berturut-turut.
B. Lembaga Perubatan boleh dipanggil apabila didapati pegawai masih lagi tidak sihat setelah menghabiskan
semua cuti-cuti sakit biasanya.
C. Lembaga Perubatan boleh dipanggil untuk membersarakan pegawai atas sebab- sebab kesihatan.
D. Lembaga Perubatan boleh dipanggil apabila kesiuaman otak atau kesihatan badan pegawai diragu-ragukan.

7. Seseorang pegawai yang telah dipilih oleh Kerajaan untuk mengikuti kursus jangka panjang adalah layak
mendapat cuti berikutkecual i
A. Cuti perjalanan ke tempat belajar.
B. Cuti perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan paling dekat.
C. Cuti rehat bagi sepanjang tempoh berkursus.
D Cuti bagi tempoh menunggu di luar Negara kerana tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleh urusan
perjalanan setempat.
8. Peruntukan Cuti tanpa rekod adalah diberi kepada pegawai untuk menduduki peperiksaan yang boleh
membaiki peluang hidup pegawai berkenaan. Tempoh cuti berkenaan adalah

A. Tempoh masa menduduki peperiksaan itu sahaja.


B. Tempoh cuti tanpa rekod itu dihadkan kepada hari pegawai itu menduduki peperiksaan itu sahaja.
C. Tempoh cuti tanpa rekod itu tertakluk kepada Ketua Jabatannya samada perlu atau tidak.
D. Tempoh cuti tanpa rekod itu dihadkan kepada hari pegawai itu menduduki peperiksaan itu sahaja tertakluk
kepada kelulusan dan budibicara Ketua Jabatan.

9. Berikut adalah tujuan cuti rehat diwujudkan. Dasar Cuti Rehat adalah
I. tujuan kecekapan.
II. Kepentingan pegawai sendiri.
III. Tidak menguruskan hal peribadi ketika waktu kerja.
IV. Mengelakkan pegawai kerajaan tidak amanah semasa waktu bekerja.
A. I, II dan III sahaja.
B. I, II dan IV sahaja.
C. I, dan II sahaja
D. I, II, III dan IV.

10. Salah satu dari kenyataan berikut adalah salah.


A. Cuti rehat adalah cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun,
dari bulan Januari hingga Disember.
B. Cuti bermaksud sebarang tempoh seseorang itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu
tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
C. Cuti sakit bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan. Oleh sebab itu
pegawai perubatan mengeluarkan sijil cuti sakit.
D. Perkhidmatan yang melayakkan bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan
mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat, dan cuti sakit.
SOALAN
ESSEI
1.
Soalan 1 PTK 3

a) Terangkan jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan?
b) Nyatakan jenis-jenis cuti atas sebab perubatan?
c) Sekiranya seseorang staf telah berkhidmat selama 10 tahun, berapakah kelayakan beliau untuk memohon cuti
tanpa gaji?

Skima Jawapan
a) Jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan ialah:
I Cuti rehat: bermakna cuti bergaji penuh yang boleh diambil pada bila-bila oleh
seseorang kakitangan bagi perkhidmatan yang melayakkan.
ii) Cuti Separuh Gaji: bermakna cuti yang boleh diambil oleh kakitangan sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap
tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji ini hanya boleh
diluluskan atas sebab kesihatan sanak saudara rapat sahaja.
iii) Cuti Tanpa Gaji : bermakna cuti yang boleh diambil atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah
cuti yang boleh diluluskan ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.

b) Jenis-jenis cuti atas sebab-sebab perubatan ialah:


i. Cuti Sakit
ii. Cuti Sakit Lanjutan
iii. Cuti Pemulihan & Cuti Kuarantin
iv. Cuti Bersalin
v. Cuti Kecederaan
vi. Cuti Tibi, Kusta dan Barah

c) Prinsipnya adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan. Maka kelayakan cuti tanpa gaji bagi 10
tahun perkhidmatan adalah 30 X 10 = 300 hari.

Soalan 2
Terdapat 7 program peningkatan kualiti yang digariskan dalam PKPA bilangan 4 Tahun 1991 mengenai Strategi
Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

.
1. Terangkan fungsi Sistem Cadangan Q yang dilaksanakan di setiap Jabatan Kerajaan

2. Jelaskan tentang bentuk- bentuk Sistem Cadangan Q yang boleh dilaksanakan di Jabatan Anda.

Skima Jawapan
1. Fungsinya adalah :
a. Mengumpul dan mengendalikan cadangan daripada kakitangan supaya idea yang bernas dikenalpasti untuk
tindakan.
b. Menggalakkan kakitangan menyumbang dalam bentuk idea dan buah fikiran.
c. Memupuk daya kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan dalam aspek peningkatan kualiti.

2. Bentuk
a. Sistem cadangan daripada Ketua Jabatan kepada Ketua Setiausaha Negara. Biasanya melibatkan hal-hal dasar
dan perlaksanaannya boleh digunapakai oleh agensi lain.
b. Sistem cadangan daripada kakitangan kepada pihak Pengurusan Agensi
SOALAN INDUKSI
1. Bekas Pegawai Kerajaan yang telah berhenti kerja dari perkhidmatan Kerajaan boleh diambil balik
berkhidmat dalam apa jua jawatan dengan kebenaran khas

A. Ketua Setiausaha Negara.


B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
C. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D.Suruhanjaya yang berkenaan.

2. Apakah tindakan bagi seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen apabila
dilantik ke satu jawatan baru?
A. Diperakukan menghadiri Kursus Induksi
B. Disahkan dalam perkhidmatan setelah Laporan Perubatan menyatakan beliau
layak untuk dibuat sedemikian.
C. Diperakukan perkhidmatan cemerlang.
D. Tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam perjawatan berpencen.

3. Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertibyang berkenaan bagi
tempoh
I. tiga bulan
II. empat bulan
III enam bulan
IV. dua belas bulan

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja.
C.I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja

4. Encik R telah menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang
daripada 24 jam. Beliau layak menuntut elaun makan sebanyak RM 45.00 sehari. Berapakah jumlah elaun yang
layak dituntut oleh beliau
A. RM45.00.
B. RM125.00.
C. RM60.00.
D. RM22.50

5. Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat layak memohon Pendahuluan Diri.
Bayaran yang layak dipohon di dalam Pendahuluan Diri tersebut ialah

A. elaun makan sahaja.


B. kadar sebenar bayaran sewa hotel.
C. Elaun makan, bayaran sewa hotel/lojing dan tambang perjalanan.

D. Elaun makan dan bayaran hotel.

6. Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecual i


A. Tahan Kerja.
B. Lucuthak emolumen.
C. Tangguh pergerakan gaji.
D. Buang kerja.
7. Bayaran Wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital-hospital Kerajaan hanya boleh
dikecualikan sekiranya pegawai itu
A. jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu Pejabat.
B. mempunyai gaji kurang daripada RM500.00 sebulan.
C. Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.
D. Menerima rawatan kurang daripada dua minggu.

8. Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik mengikut Sistem Saraaan Baru (SSB) boleh disahkan dalam
perkhidmatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut,kecual i
A. setelah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan pada gred jawatan tersebut.
B. setelah hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
C. setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
D. setelah lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika perlu).

9. Seseorang pegawai awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab berikut boleh dilantik semula ke
dalam Perkhidmatan Awam.
A. Sumpah palsu.
B.Tidak Lulus peperiksaan yang ditetapkan.
C. Prestasi kerja tidak memuaskan.
D. Diwartakan tidak hadir bekerja.

10. Puan Asiah seorang Penolong Pegawai Perangkaan selalu memberi pinjaman wang dengan bunga kepada
rakan-rakan sepejabatnya yang berada dalam kesusahan. Oleh itu, Puan Asiah
A.telah melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman wang dengan bunga.
B. tidak melakukan apa-apa kesalahan
C. tidak melakukan kesalahan kerana niatnya baik.
D. tidak melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman adalah urusan peribadi.

11. Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah


I. Cuti rehat
II. Cuti pemulihan dan cuti kuarantin
III. Cuti kemalangan
IV. Cuti Sakit Lanjutan
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II dan IV.
D. II, III dan IV.

12. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa adalah kerja-kerja yang

A. dilakukan di luar Ibu Pejabat yang melebihi daripada waktu bekerja.


B. perlu dibuat pada waktu malam.
C. dilakukan sebelum jam 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang.

D. dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasa.

You might also like