Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK

Ujian Saringan (US)


Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid
berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka
memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.

Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam
kemahiran mata pelajaran asas.
Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa.
Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Faktor yang menentukan bilangan murid :


• Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.
• Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.
• Masalah murid.
• Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Ujian Diagnostik
Definisi
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan
kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan Ujian Diagnostik


• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan
kesulitanyangdihadapiolehmurid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk
menguasai sesuatu kemahiran.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut
kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus
pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
• Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan
bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik


Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan:
• Objektif ujian
• Kemahiran yang hendak diuji
• Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
• Siapa yang hendak diuji – sasaran.

• Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang
lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-

• Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh
murid dalam pembelajaran.

• Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah
disusun dari senang ke susah.

• Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik

• Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih
mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.

• Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis
dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

• Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang
paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian
lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

• Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab
semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut.

• Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

• Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program
pengajaran kepada murid tersebut.

• Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat
menjawab dengan tenag dan selesa.

• Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau
data-data yang diberi cara mana murid belajar.

• Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di
manaa kesilapan mereka.
• Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada
guru pada satu masa yang lain.

Analisa Ujian Diagnostik


• Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam
borang analisis
• Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada
secara kumpulan atau pun individu.

http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/11/ujian-saringan-dan-diagnostik.html

You might also like