Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tabik Pengakap

Tabik secara ringkasnya merupakan satu isyarat tangan yang mempunyai maksud yang tersendiri dan
digunakan oleh satu pasukan, pertubuhan, pergerakan sebagai isyarat hormat dalam pasukan
beruniform di Malaysia.

Tabik Pengakap hanya digunakan oleh ahli-ahli Pengakap dalam semua peringkat dari Pengakap
kanak-kanak hingga ke peringkat yang tinggi iaitu Ketua Pengakap Negara.

Pengunaannya sebagai menandakan memberi salam sesama sendiri serta memberi penghormatan.
Masa untuk menggunakan tabik Pengakap adalah apabila bertemu dengan ahli-ahli Pergerakan
Pengakap contohnya apabila bertemu dengan Pemimpin-Pemimpin, Penolong Pemimpin dan ahli-ahli
pengakap yang lain.

Tabik Pengakap juga digunakan semasa upacara-upacara rasmi dan sebagai satu penghormatan
ketika menaikan bendera kebangsaan semasa lagu kebangsaan dimainkan serta upacara rasmi
Pengakap dan negaranya.
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA MALAYSIA

1910 ~ 1948
Frank C. Sands (Pesuruhjaya Agong)

1948 ~ 1957
E.M.F. Payne (Pesuruhjaya Agong)

1957 ~ 1960
Mohamad Yusuf Bin Ahmad

1960 ~ 1963
Zainal Abidin Bin Ali

1963 ~ 1968
Dato' Syed Esa Bin Syed Alwee

1969 ~ 1987
Dato' Syed Hashim Bin Syed Abdullah

1987 ~ 1989
Dato' Hj. Wan Puteh Bin Wan Mohd. Saman

1990 ~ 2002
Dato' Seri Hj.Yang Rashidi Bin Maasom

2002 ~ 2004
Dato Hamiddin Bin Abdullah

2005 ~ Sekarang
Kol Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar
COGANKATA PENGAKAP

1.Pengakap Kanak-Kanak (umur : 10 - 12 tahun )


" Buat Sehabis Baik "

2.Pengakap Muda (umur : 13 – 15 tahun )


" Selalu Bersedia "

3.Pengakap Remaja (umur : 15 – 17 tahun)


" Pandang Luas "

4.Pengakap Kelana (umur : lebih daripada 17 tahun )


" Berkhidmat "

You might also like