Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tepung Gandum Serbaguna (All Purpose Flour)

Tepung ini paling mudah didapati di pasaran. Ia sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih,
roti, pastri ,kek atau biskut. Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protinnya
adalah 9 - 10.5 %. Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut Kegunaan : 
Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Protin Tinggi


Tepung ini juga dikenali sebagai tepung roti dan ia amat sesuai untuk membuat roti dan produk-
produk pastri. Kandungan protin adalah tinggi iaitu 12.6 - 13.6 % .Gluten yang terhasil apabila
tepung ini diuli memberi kekenyalan kepada roti.

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)


Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan
protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Pau
Tepung ini sesuai untuk membuat pau kerana sangat cerah dan putih. Pau juga akan menjadi
lembut dan halus. Kandungan protinnya ialah 9.5 - 10.5 %.

Tepung Kek
Ia juga dikenali sebagai tepung superfine . Tepung ini jenis rendah protin dan sesuai untuk
membuat pelbagai jenis kek dan pastri. Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart
dan pai.

Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)


Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu ia sangat
sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung red rose atau di kenali dengan tepung
cookies.  Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. 
Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung
ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut
mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Hong Kong


Tepung ini juga dikenali sebagai 'water lily flour' dan ia sangat putih. Ia sesuai untuk membuat
kek lapis dan menjadikan kek lembut. Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih
muih

Tepung Hoen Kwee


Tepung ini diperbuat dari sejenis kacang dan sering digunakan untuk membuat kuih-muih
terutama di Indonesia. Ia boleh didapati dalam peket-peket kecil seberat 85 gm dan terdapat
dalam pelbagai warna seperti kuning, putih, hijau dan merah. Kegunaan :  Kuih-muih dan
puding.

Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)


Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan ia telah mengandungi serbuk penaik dan soda
bikarbonat dalam kadar yang tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek,
tidak perlulah menambah serbuk penaik dalam resepi anda. Kegunaan :  Produk-produk pastri
dan kek

Lain-lain jenis tepung yang biasa kita gunakan adalah tepung kastad, tepung jagung, tepung ubi,
tepung beras, tepung pulut, tepung susu dan lain-lain yang digunakan hanya sedikit sahaja. Oleh
itu, pastikan anda menggunakan tepung yang betul agar hasil produk tersebut memuaskan hati
anda.
a pelbagai jenis tepung di pasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam
penyediaan kuih muih, kek, pastri, biskut atau roti.  Oleh itu perlu bagi anda memahami
jenis-jenis tepung yang hendak di gunakan bagi memastikan anda mengunakan jenis
tepung yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.

Tepung High Protein (Tepung Roti)


Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.  Gluten di dalam tepung
memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)


Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan
protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)


Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda
bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek

Tepung Red Rose (Cookies Flour)


Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies.  Kandungan tepungnya telahpun di
campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.  Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan
sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung
kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)


Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan
cap sauh.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-
muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2
atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)


Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana
menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih
Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh
di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan :  Kuih-muih dan puding.

Lain-lain Jenis Tepung


Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu. 
Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam
penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.  

You might also like