Pemakanan Sukan (P.W)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Sains Sukan

Bab 6 : Pemakanan Sukan


6.1 Sistem Digestif dan Nutrien

Pengenalan Kepada Sistem Digestif


 Sistem digestif terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di
dubur.
 Bahagian yang terdapat dalam sistem ini :
- Mulut
- Esofagus
- Perut
- Pankreas
- Hepar
- Ileum
- Usus besar
- Rektum
 Saluran penghadaman sampingan ialah lidah, gigi, kalenjar air liur, pankreas, hati
dan hempedu.
 Salur digestif berukuran lebih kurang 9.75 m.
 Fungsi sistem digestif ialah :
- Memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam
darah untuk kegunaan aktiviti sel.
- Mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis.

Fungsi Nutrien
a) Karbohidrat
 Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga
 Terdiri daripada gula ringkas seperti monosakarida, disakarida atau polisakarida
(kanji ).
 Keperluan karbohidrat dalam diet harian ialah 50% - 60% kalori
 Dalam tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan
glikogen (dalam otot dan hati)
 Ia menolong mengekalkan tahap glukosa darah.
 Karbohidrat juga menolong mengawal kolesterol dan kegemukkan serta
membantu pencernaan dan penyerapan nutrien.
 Individu yang aktif dalam aktiviti fizikal memerlukan lebih kurang 60 – 65%
tenaga daripada karbohidrat.
 Pengambilan karbohidrat ialah 30 kalori bagi setiap kilogram berat badan.
 Kalori adalah unit untuk mengukur jumlah tenaga yang terkandung dalam ikatan
kimia.
 Kandungan kalori dikenali dengan cara mengukur jumlah haba yang dikeluarkan
bila makanan dibakar di dalam tubuh.

Karbohidrat

Metabolisme

( Metabolisme Lengkap ) ( Metabolisme Tak Lengkap )


Glukos Darah Glukos Darah

Menghasilkan Diabetes
Tenaga

b) Protien
 Merupakan sebatian yang lebih kompleks berbanding karbohidrat dan lemak
 Disintesis dalam sitoplasma sel untuk membentuk asid amino
 Menyediakan pelbagai fungsi dalam tubuh
 Juga bertindak sebagai pembekal tenaga
 Protien yang mengandungi asid amino essential dikenali sebagai protien lengkap
 Protien yang tidak mengandungi semua asid amino essential merupakan protien
tidak lengkap
 Asid amino yang tidak digunakan akan dipecahkan di dalam hati dan akan
dirembeskan sebagai urea
 Pengambilan protien kalori adalah 15-20 % sahaja.

Protein

Metabolisme
( Metabolisme Lengkap ) ( Metabolisme Tak Lengkap )

Homocysteine Homocysteine

Asid Amino Menyekat


Saluran Darah

Bahan Untuk
Pertumbuhan Strok, Sakit
Sel Jantung

c) Lemak
 Merupakan kandungan sebatian yang mengandungi asid lemak yang bergabung
dengan alkohol
 Menghasilkan tenaga dua kali lebih banyak daripada karbohidrat dan protien
 Simpanan lemak membekalkan tenaga semasa kecemasan atau semasa
kekurangan nutrien
 Lemak juga ialah komponen sel membran dan menyumbang kepada pembentukan
hempedu dan hormon steroid
Lemak

Metabolisme

( Metabolisme Lengkap ) ( Metabolisme Tak Lengkap )


Triglycerides Triglycerides

Asid Lemak Tinggi


Kolestrol

Tenaga
Menyekat
Saluran Darah

Strok, Obesiti,
Sakit Jantung

d) Vitamin
 Dianggap sebagai sebatian organik aktif secara biologikal
 Berfungsi sebagai koenzim dan perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran serta
kesihatan normal
 Vitamin diangkut oleh sistem peredaran darah ke seluruh tubuh
 Vitamin A, D, E, K adalah larut dan disimpan di dalam tubuh

e) Mineral
 Merupakan elemen kimia yang didapati daripada sebatian organik
 Jenis-jenis mineral adalah seperti berikut :
f) Serat
 Hanya didapati dalam tumbuhan
 Serat adalah penting untuk fungsi usus, mengurangkan kesan sembelit, penyakit
diventicula, hemorhoids, mengurangkan penyakit jantung dan kanser
 Banyak didapati dari makanan

g) Air
 Komponen penting kepada tisu tubuh
 Mempuyai pelbagai fungsi kepada tubuh iaitu :
- Bertindak sebagai pelarut kepada tindak balas biokimia
- Bertindak sebagai pengantara dalam pengangkutan bahan tertentu
- Berfungsi sebagai pelincir kepada pergerakan sendi dan saluran pencernaan
- Mengawal suhu badan semasa perpeluhan
- Sebagai penyerap hentak kepada organ dalaman

Proses Pencernaan
 Berlaku di mulut dan gaster
a) Mulut :
- Makanan akan masuk ke saluran pencernaan melalui mulut.
- Di dalam mulut mengandungi membrane mucus.
- Anak tekak ( uvula ) akan menghalang makanan daripada memasuki
kaviti nasal semasa menelan.

 Fungsi sistem pencernaan :


- Memecahkan makanan secara fizikal kepada lebih kecil
- Mengubah kandungan makanan secara kimia dengan jus penghadaman
- Menyerap nutrien ke dalam kapilari darah di usus kecil
- Menyingkirkan bahan kumuh

Penyerapan Produk Pencernaan


 Berlaku di usus kecil
 Jus pencernaan dirangsang oleh :
- Secretin
- Cholecystokinin
 Jus pencernaan terhasil dari pankreas, hati dan hempedu
 Jus pankreatik – akan memecahkan protien kepada asid amino
 Amylase – memecahkan kanji kepada glukosa
 Lipase – memecahkan lemak kepada asid lemak & gliserol
 Usus kecil merembeskan jus intestinal iaitu maltase, laktase, dan sukrase
 Kombinasi tindakan oleh jus pankreatik, hempedu, dan jus intestinal akan
melengkapkan proses pertukaran karbohidrat, lemak dan protien

Fungsi Usus Kecil & Usus Besar


 Usus kecil – menyerap segala nutrien untuk di hantar ke semua sel melalui darah
 Usus besar – untuk memproses pembuangan bahan kumuh atau najis

You might also like