Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10
“Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit” adalah peringkat akhir panyakit yang disebabkan oleh sejenis virus (disebut “Human immunodeficiency virus” atau HIV), Virus ini akan menyerang dan melumpuhkan sistem per- tahanan badan. Dengan kelumpuhan sistem pertahanan badan ini, seseorang itu boleh:— — dijangkiti semua jenis kuman termasuk yang bigsanya tidak membehayakan — mengidap beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku. ‘Setakat ini, pakar-pakar perubatan dan para saintis masih belum men- jumpai ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS atau vaksin [ubat pelali) untuk mencegahnya. Kebanyakan pesakit AIDS berkesudahan dengan kematian. Bagaimana virus (HIV Jitu menyebabkan Al Virus HIV menyebabkan AIDS dengan melemah dan memusnahkan sel-sel darah putih yang tertentu yang bissanya berfungsi untuk menolong tubuh badan kita melawan penyakit. Jika sel-sel tertentu ini dimusnahkan, seseorang itu tidak dapat melindungi dirinya dari- pada jangkitan kuman-kuman lain serta barah-barah yang biasanya dapat dihindarkan aleh seseorang yang sihat. ‘Walaupun pesakit-pesakit AIDS boleh mengidap berbagai-bagai jenis penyakit, semua pesakit AIDS mempunyai satu persamaan - laitu sistem pertahanan badan mereka tidak lagi berfungsi kerana jangkitan HIV. Selepas jangkitan oleh virus HIV, kebanyakan orang tidak menunjuk- kan apa-apa tanda dan gejala penyakit untuk beberapa wektu Mereka dipanggil pembawa AIDS. Lama-kelamaan mereka akan mengidap AIDS. Pada peringkat akhir ini, pesakit akan mempuryai tanda-tanda dan gejala seperti demam yang berpanjangan, berat badan menyusut tanpa sebab-sebeb tertentu, cirit birit yang berpanjangan, batuk-batuk yang berterusan dan keletihan serta mempunyai jangkitan seperti radang paru-paru (pneumonia) dan beberapa jenis barah yang jarang didapati, Pesakit AIDS biasanya tidak hicdup lama, Keapaynan serail: jadi badan i dalam melawan peayakit re Silumpeibbas Pesakit terdedah kepada oe esis Kuran termasuk sn ah dan bel jenis bara ieeaya jane belt. Bagaimana anda boleh dijangkiti virus HIV dan mendapat AIDS ? Virus (HIV) ini didapati terutamanya di dalam darah, air mani dan cecair faraj orang-orang yang telah dijangkiti, Kecuali seseorang itu menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala AIDS, anda tidak akan tahu siapa yang telah mendapat jangkitan virus ini, AIDS hanya boleh berjangkit melalui cara-cara berikut:— berkongsi jarum dan alat suntikan dengan pengguna dadah yang telah dijangkiti oleh virus ini, mengadakan perhubungan seks dengan pengguna dadah yang lain atau siapa juga yang telah dijangkiti virus ini. Seorang wanita yang telah di- Jangkiti virus ini boleh memin- dahkannya kepada bayi yang di dalam kandungannya. Bagaimana anda mendapat jangkitan virus ini apabila anda berkengsi menggunakan jarum dan alat suntikan dengan pengguna dadah yang dijang Virus (HIV) ini terdapat di dalam Apabila ia menggunakan jarum darah orang yang telah dijangkiti. dan alat suntikan untuk menyun- tik dadah, sedikit titisan darah, ‘termasuk virus ini, tertinggal di dalam jarum. DARAH ¥ANG DICEMARI VIRUS AIDS Jika anda berkengsi jarum dan anda akan menyuntikkan virus alat suntikan yang sama untuk ini terus ke dalam darah anda. menyuntik diri anda, DARAH YANG DICEMARI VIRUS AIDS Dengan itu, anda sebenarnya mendedahkan diri anda kepada AIDS dengan berkongsi jarum dan alat suntikan dengan pengguna dacah yang lain, walaupun cuma sekali. 4 Bagaimana sesearang mendapat AIDS melalui hubungan seks? Virus HIV atau virus AIDS didapati dengan banyaknya dalam air mani dan darah orang-orang yang dijangkiti, Virus ini juga didapati dalam lelehan faraj perempuan-perempuan yang dijangkiti Sermasa hubungan seks, virus di dalam air mani, dareh atau lelehan faraj seseorang yang dijangkiti HIV boleh berpindah kepada pasangannya sama ada lelaki atau perempuan. Virus ini boleh masuk ke dalam saluran darah sesearang yang belum dijangkiti dengan cara-cara berikut:— Melalui dinding bahagian akhir usus besar atau faraj. Melalui hujung zakar dan seterusnya melalui dinding saluran kencing. Melalui luka di kulit, kudis atau gusi berdarah. Hubungan seks yang melibatkan dubur mempunyai risiko yang sangat tinggi kerana kebiasaannya akan terjadi kecederaan dan perdarahan pada lapisan dubur dan bahagian akhir usus besar {rekturn), 5 Bagaimana anda boleh melindungi diri anda daripada mendapat jangkitan virus ini? Berpandukan kepada cara virus ini merebak, anda boleh melindungi diri anda dengan melakukan perkara berikut : Yang paling baik anda lakukan ialah dengan berherti menjadi pengguna dadah. Jika anda sedang menjalani program pemulihan dadah, ikutilah ia dengan baik-baik dan yakinlah anda akan pulih sepenuhnya. Sekiranya anda belum mengikuti program ini, dapatkan bantuan untuk membolehkan anda rmengikuti program tersebut. Jangan sekali-kali berkongsi jarum dan alat suntikan dengan orang lain. Anda dinasihatkan menggunakan kondom setiap kali anda melakukan perhubungan jenis. Untuk mendapatkan perlindungan maksimum, kondom hendaklah digunakan dengan cara yang betul. AIDS reve Jauhilah Bahaya Ini! Demi keselamatan anda : * jangan gunakan dadah a jangan berkongsi jarum dan alat suntikan DAPATKAN NASIHAT DOKTOR JIKA ADA KEMUSYKILAN Kelahuan rénda

You might also like