Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SULIT 2 3757/2

BAHAGIAN A

[75 markah]
Jawab tiga soalan sahaja.

1 (a) Rajah menunjukkan hubungan masalah ekonomi.

Pilihan

Kos lepas

Bagaimana unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah X? [6 markah]

(b) Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan dua jenis barang.

GAMBAR 1 GAMBAR 2

(i) Nyatakan jenis barang bagi Gambar 1 dan Gambar 2. [2 markah]

(ii) Bezakan antara kedua-dua barang tersebut. [6 markah]

(c) Petikan berikut adalah berkaitan dengan Syarikat Sedap Sendirian Berhad.

Syarikat Sedap Sendirian Berhad mengeluarkan kerepek pisang untuk


pasaran tempatan. Beliau mensasarkan 1 000 bungkus kerepek pisang
sehari. Untuk mencapai sasaran, beliau telah menggunakan dua buah mesin
pemotong pisang.

Terangkan masalah asas yang telah diselesaikan oleh Syarikat Sedap Sendirian Berhad.
[5 markah]

(d) Jelaskan bagaimana Sistem Ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas ekonomi
berikut :
(i) Apa yang hendak dikeluarkan? [2 markah]
(ii) Berapa hendak dikeluarkan? [2 markah]
(iii) Untuk siapa dikeluarkan? [2 markah]

3757/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 3 3757/2
2 (a) Selain daripada upah, terangkan tiga jenis pendapatan individu yang lain.
[6 markah]

(b) Maklumat berikut mengenai Encik Zabidi.


Encik Zabidi ialah seorang pegawai kerajaan yang mempunyai seorang isteri yang
tidak bekerja dan empat orang anak. Anak sulungnya sudah bekerja dan tiga orang
masih bersekolah.

Pendapatan tahunan Encik Zabidi ialah RM39 600 dan mempunyai sebuah rumah
yang disewakan RM300 sebulan. Beliau mencarum 11% ke dalam Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja(KWSP) dan membayar premium insurans nyawa sebanyak RM1
404. Bapanya mengidap sakit kronik dan beliau menanggung kos perubatan bapanya
sebanyak RM2 500. Beliau juga membayar zakat sebanyak RM280.

Pelepasan cukai RM
Diri sendiri 8 000
Isteri 5 000
Anak(seorang) 1 000
Caruman KWSP dan Premium insurans nyawa 5 000 maksimum
Perubatan ibu bapa 3 000 maksimum

Kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan


RM2 500 pertama 0%
RM2 500 berikutnya 1%
RM5 000 berikutnya 3%
RM10 000 berikutnya 5%
RM15 000 berikutnya 9%

Hitungkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Zabidi.
[8 markah]

(c) Jelaskan mengapa pengeluar membuat pinjaman. [5 markah]

(d) Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi permintaan. [6 markah]

3 (a) Jadual menunjukkan permintaan bagi beg sekolah.

Harga(RM) Kuantiti diminta(buah)


15 1200
20 800
25 300

(i) Lukiskan keluk permintaan bagi beg sekolah. [4 markah]

(ii) Jelaskan pembentukan keluk permintaan tersebut. [5 markah]

3757/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 4 3757/2
(b) Rajah menunjukkan keluk penawaran bagi barang Z.

Harga(RM)

S0
S1

10

S0
S1

Kuantiti(unit)
0 80 120
(i) Apakah yang ditunjukkan oleh peralihan keluk S0S0 ke S1S1? [1 markah]
(ii) Jelaskan mengapa berlaku perubahan penawaran itu? [8 markah]

(c) Rajah menunjukkan keluk permintaan pasaran, DD dan keluk penawaran pasaran, SS bagi
buah durian.

Harga(RM)

D
S
9

6 E

3
S
D
0 Kuantiti(kg)
40 80 115

Bagaimanakah titik E dicapai? [7 markah]

3757/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 5 3757/2
4 (a) Terangkan empat ciri wang yang baik. [8 markah]

(b) Huraikan tiga kaedah pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan.
[9 markah]
(c) Gambar menunjukkan perbualan antara dua orang rakan.

Mad, saya dengar kawan-kawan Betul, keadaan ini akan menyebabkan


Betul, keadaan ini akan
kita ramai dibuang kerja. Betul ramai kawan kita menganggur.
menyebabkan ramai kawan kita
ke? menganggur.
Kasihan Kesianyang
mereka, terutama kat mereka
telah
terutama yang
berkeluarga. telah berkeluarga.

Bagaimanakah cara bank pusat mengawal keadaan ekonomi seperti yang dinyatakan
dalam perbualan itu. [8 markah]

5 (a) Gambar menunjukkan jenis pekerjaan dalam suatu sektor ekonomi.

Jelaskan kesan kepada guna tenaga jika negara terus bergantung kepada sektor
tersebut. [5 markah]

3757/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 6 3757/2
(b) Jadual menunjukkan anggaran hasil kerajaan bagi tahun 2007.

Jumlah
Hasil kerajaan
(RM juta)
Duti setem 2 125
Cukai jualan 7 144
Duti import 2 300
Cukai pendapatan petroleum 22 600
Cukai eksais 8 500
Cukai pendapatan syarikat 30 821
Duti eksport 2 500
Cukai pintu 1 062
Cukai pendapatan individu 12 154
Hasil bukan cukai 15 210
Cukai perkhidmatan 3 300
Jumlah 107 716

(i) Jelaskan maksud cukai langsung. [1 markah]


(ii) Hitungkan cukai langsung. [5 markah]

(c) Terangkan bagaimana kerajaan menampung kekurangan hasil. [9 markah]

(d) Jelaskan tiga jenis belanjawan negara. [5 markah]

[25 markah]
3757/2 [Lihat sebelah
SULIT
SULIT 7 3757/2

Soalan ini wajib dijawab

6 Syarikat Tioman Berhad merupakan syarikat pengeluar beras untuk pasaran tempatan.
Hasil kajian syarikat mendapati nilai pekali keanjalan harga permintaan beras ialah 0.75.
Syarikat bertindak menurunkan harga beras untuk mendapat keuntungan yang maksimum.

Syarikat bercadang untuk menambahkan keluarannya bagi menampung peningkatan permintaan


dengan menambah bilangan buruh kepada 450 orang.
Jadual yang tidak lengkap menunjukkan pengeluaran jangka pendek Syarikat Tioman
Berhad.

Jumlah Keluaran Keluaran Sut


Tanah Buruh
Keluaran(tan) Purata(tan) (tan)
200 0 0 - -
200 50 900 18 18
200 100 2 300 23 28
200 150 4 000 S 34
200 200 5 900 29.5 38
200 250 R 30.4 34
200 300 9 200 30.7 32
200 350 10 200 29.1 20
200 400 10 700 26.8 T
200 450 10 700 23.8 0
200 500 10 400 20.8 -6

Untuk menampung kekurangan bekalan beras tempatan, Syarikat Tioman Berhad perlu
mengimport sebanyak 1 000 tan metrik sebulan sama ada daripada Thailand atau India.
Syarikat ini juga melalui Persatuan Pengimport Beras memohon kepada kerajaan supaya
cukai import ke atas beras dikecualikan. Syarikat tersebut yakin akan mendapat kelulusan
kerajaan walau pun tindakan pengecualian cukai import beras akan memberi pelbagai
implikasi terhadap pengeluar tempatan dan kerajaan.

Berdasarkan kes itu, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan bagi beras tersebut. [2 markah]

(b) Adakah anda bersetuju dengan tindakan Syarikat Tioman Berhad menurunkan
harga beras? Berikan alasan anda. [3 markah]

(c) (i) Hitungkan nilai-nilai R, S dan T dalam jadual tersebut. [4 markah]

(ii) Terangkan hubungan antara buruh dengan keluaran purata dan keluaran sut.
4 markah]

(d) Jelaskan kesan ke atas pengimport, pengeluar tempatan dan kerajaan jika
permohonan Persatuan Pengimport Beras diluluskan oleh kerajaan. [6 markah]

(e) Kerajaan bertindak membuat pinjaman untuk tujuan membangunkan sektor


pertanian iaitu projek pembukaan tanah untuk tanaman padi bagi memenuhi
keperluan dalam negeri.
Terangkan tujuan lain kerajaan membuat pinjaman. [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disahkan oleh,
Pn Halimah Bt Ali
Pengetua,
SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.
Panel Penilai Penggubal Soalan Pertengahan Tahun
Daerah Johor Bahru

3757/2 [Lihat sebelah


SULIT

You might also like