Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dirai Pn Hjh. Azizah Bt.

Jusoh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Lati, Yang
berusaha Penolong Kanan Pentadbiran PN. Hjh Peridah binti Che Mat,
Penolong kanan kokurikulum, En. Norazmi Nordin, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana telah memberi
peluang kepada saya selaku ketua murid untuk berucap sempena majlis
persaraan PK HEM yang kita sayangi pada pagi yang bersejarah ini.

Hadirin yang saya hormati,

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir buat PN.
Hjh Azizah untuk berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Lati. Mulai esok beliau
akan bersara daripada jawatannya selaku seorang PK HEM. Kita akan terasa
kehilangan seorang penolong kanan yang sangat disegani. Sebelum terlambat,
saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin meluahkan rasa sedih dan sayu
kerana terpaksa berpisah dengan puan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, PN. Hjh Azizah telah berkhidmat


di sekolah ini selama lebih kurang lapan tahun. Untuk pengetahuan murid-
murid, sekolah kita banyak menempa kejayaan sepanjang penglibatan beliau
sebagai PK HEM sekolah ini. Antaranya, kantin sekolah kita telah mencapai 5
bintang dalam Juara Keceriaan antara Sekolah. Beliau juga dapat mengurus
dengan baik dan jayanya dalam hal-hal berkaitan kewangan kepada pelajar-
pelajar miskin . PN. Hjh Azizah seorang guru yang sangat cekap melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Kami semua berharap agar puan tidak melupakan kami di sekolah ini.
Segala kenangan pahit, manis yang telah kita lalui bersama puan akan kami
pahatkan di dalam hati. Cikgu, tiada satu hadiahpun yang dapat kami
hulurkan untuk menggembirakan hati cikgu kecuali kejayaan kami di sini.
Oleh itu, kami berjanji akan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam
UPSR nanti. Hanya itulah yang paling berharga dapat kami berikan kepada
cikgu. Insyaallah.....

Di majlis ini, kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Lati mendoakan agar


puan sentiasa berjaya dalam hidup dan mendapat keberkatan dari-Nya dalam
setiap perkara yang dilakukan.

Akhir sekali, saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin memohon maaf atas
segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu
berkhidmat di sekolah ini. Sebelum saya mengundur diri, saya akhiri ucapan
saya dengan dua rangkap pantun:

i. Pulau pandan jauh di seberang, ii.Naik rakit bersama kemudi,


Tempat bermain si ikan haruan, Kemudi di bawa di dalam peti,
Jasamu Puan akan kami kenang, Banyak budi perkara budi,
Menjadi ingatan sepanjang zaman . Budi mu puan kami hargai.

Sekian, terima kasih.....

You might also like